KEPERLUAN dialog antara agama hari ini dikaitkan dengan corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat arus globalisasi kerana kebanyakan negara didiami masyarakat pelbagai dan sebahagian besar mengamalkan demokrasi yang menonjolkan hak asasi beragama.
Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohd Farid Mohd Sharan berkata, kebebasan beragama memerlukan interaksi di kalangan penduduk berbilang agama.
Beliau berkata, timbulnya masalah baru seperti ekstremisme agama serta sesetengah pihak yang bertindak atas nama agama menyebabkan berlaku salah faham yang mendatangkan kesan buruk kepada hubungan antara agama.
Justeru, dialog sama ada pada peringkat dalaman antara penganut agama dan dengan agama lain perlu untuk menjelaskan kedudukan sebenar kefahaman agama bagi mengelak salah faham atau tuduhan tidak berasa yang dilontar terhadap agama itu sendiri.
“Walaupun faktor yang membawa kepada tindakan oleh sesetengah penganut agama itu dapat difahami, tetapi ia memberi kesan buruk kepada hubungan antara agama dan perkara itu hanya dapat dijernihkan menerusi dialog di mana perkara sebenar dapat dijelaskan.
“Dialog seperti ini mungkin bukan cerminan bentuk interaksi antara agama yang berlaku dalam sejarah dan tamadun lalu, tetapi ia adalah keperluan semasa yang tidak dapat dinafikan kepentingannya,” katanya.
Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk Dialog Antara Agama dan Peradaban: Perspektif Agama dan Tamadun berkata, dalam konteks Malaysia, isu mengenai pentadbiran agama dan pelaksanaan undang-undang memberi kesan terhadap agama seperti pembinaan kuil, sistem Mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah.
Katanya, perkara itu memerlukan tindakan proaktif daripada kelompok agama untuk duduk berbincang dan menawarkan penyelesaian terhadap masalah itu dengan cara bijaksana bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terjamin.
Dr Mohd Farid berkata, dialog antara agama boleh berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat lebih khusus dengan tujuan menjelaskan kebenaran agama masing-masing bagi mengelak salah faham daripada penganut agama lain.
Katanya, asas kepada dialog khusus ialah untuk menjalin persefahaman dengan menjelaskan lebih lanjut mengenai kepercayaan serta kefahaman agama masing-masing bukan bertujuan mengubah doktrin agama.
Pada peringkat itu, dialog perlu diwakili ilmuwan yang berwibawa daripada pihak yang menyertainya dan oleh mereka yang benar-benar arif serta faham akan tajuk perbincangan.
Peringkat kedua, dialog yang menumpukan terhadap penyelesaian masalah semasa yang berkait dengan urusan pentadbiran agama dan masalah agama yang mana tujuannya untuk menjamin kelangsungan keharmonian serta kehidupan bersama.
Selalunya, masalah yang timbul memberi kesan langsung kepada keharmonian hidup bermasyarakat termasuk membincangkan masalah yang dihadapi setiap agama supaya dapat mencari titik persefahaman bagi mengatasi masalah itu.
Dr Mohd Farid berkata, walaupun dialog antara agama dapat membantu terutama dalam menyelesaikan masalah membabitkan salah faham dan mengatasi masalah dihadapi setiap agama secara bersama, ia perlu dilaksanakan dengan bijak.
Beliau berkata, dalam keghairahan mengadakan dialog antara agama, ada perkara yang perlu dielakkan antaranya, kecenderungan untuk menyamakan kebenaran antara agama dengan fahaman pluralisme agama.
“Kita tidak menentang pluralisme agama jika ia bermaksud kehidupan bersama pelbagai penganut agama dalam satu wilayah untuk hidup dalam satu harmoni. Malah, keterbukaan itu sudah wujud dalam Islam sejak dulu.
“Pluralisme yang ditolak ialah kefahaman bahawa semua agama sama dari aspek kebenaran dan tidak ada agama boleh mendakwa kebenaran lebih daripada agama lain. Sebaliknya, prinsip harus dipegang seperti dianjurkan al-Quran, bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku,” katanya.
Katanya, satu lagi perkara yang perlu difahami semua pihak ialah masalah yang berlaku antara agama sebahagiannya bukan disebabkan ajaran agama tetapi kelemahan dan kejahilan penganutnya memahami agama masing-masing.
Showing posts with label Kefahaman Islam. Show all posts

Saturday, January 26, 2008
Monday, January 21, 2008
Fahaman sempit punca jiwa berkecamuk
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
KEMAJUAN yang dicapai dan dinikmati negara selama ini adalah kemajuan seimbang - material dan rohani. Namun, kita harus jujur mengakui kesan pelbagai nilai asing yang menerjah kehidupan menyebabkan segelintir di kalangan masyarakat kita terpengaruh nilai tidak secocok dengan agama dan budaya ketimuran kita.
Ada kalangan masyarakat mereka yang cenderung kepada sifat individualistik dan materialistik. Jika sifat ini wujud di kalangan orang yang berkuasa atau berpengaruh, maka ia akan membawa kepada suburnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Sifat ini apabila wujud di kalangan pemodal dan peniaga akan menyebabkan mereka cenderung menaikkan harga barang sesuka hati atau menipu pengguna dengan pelbagai cara yang tidak beretika.
Kita juga tidak menafikan wujud pelbagai gejala sosial, terutama di kalangan anak muda (remaja). Gejala sosial seperti merempit, penagihan dadah, menghidu gam, vandalisme, gangsterisme, berpeleseran, pergaulan bebas, seks bebas dan sukakan hiburan adalah sebahagian gejala sosial yang melanda anak muda.
Sedikit ketempangan berlaku adalah hakikat yang harus diakui, namun ia bukan bererti kita mengetepikan pembangunan rohani dan moral. Ia juga tidak bermakna masyarakat kita tidak lagi berjiwa agama dan berpegang kepada nilai ketimuran.
Hakikat yang perlu diakui ialah kepesatan kemajuan kini, pasti akan disusuli dengan sedikit kegoncangan rohani berikutan tekanan hidup di sekeliling. Kemajuan sains dan teknologi misalnya, membawa banyak perubahan mendadak dalam kehidupan kita.
Begitu juga dengan pelbagai bentuk pemikiran baru yang bersifat liberal, begitu mudah tersebar melalui dunia siber (internet) hingga membuka ruang penyebaran yang besar pengaruhnya terhadap generasi muda.
Semua ini memaksa kita mengubah dan menyesuaikan diri dengan perkara baru yang mencabar nilai dan pegangan agama. Kesan daripada semua perubahan itu menimbulkan pelbagai percanggahan dalam kehidupan.
Sering kali percanggahan itu berpunca daripada pemahaman agama sempit menyebabkan jiwa dan pemikiran menjadi berkecamuk dan kacau. Nilai asing yang bertentangan dengan akhlak (agama) dan moral boleh mengheret kita kepada ketandusan rohani.
Penerimaan terhadap nilai asing ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang tidak mempedulikan agama atau disebabkan kejahilan. Masalah timbul apabila wujud kelompok menyalahkan pembangunan sebagai punca pelbagai masalah.
Dalam hal ini, kerajaan menjadi sasaran mereka kerana pembangunan biasanya dikaitkan dengan dasar kerajaan. Malah, ada parti politik bertopengkan agama mengkritik dasar dan amalan kerajaan sebagai punca berlaku kepincangan dalam masyarakat, lalu menghukum parti yang dimusuhinya sebagai sekular (menolak agama).
Demikianlah Pas yang sering menuduh Umno sebagai parti yang mengembangkan nilai sekularisme di negara ini. Ia satu tuduhan bersifat politik dan tidak berasaskan kepada fakta konkrit.
Kita tidak boleh mengambil jalan mudah menolak pembangunan semata-mata takut kehidupan terperosok dalam lembah kehinaan.
Mulia atau hinanya kehidupan kita adalah bertitik tolak daripada bagaimana kita memanfaat kemajuan dan pembangunan yang kita nikmati berasaskan ajaran agama.
Ajaran Islam tidak menghalang pembangunan dan kemajuan, malah mendorongnya selagi ia tidak bercanggah dengan dasar dan peraturan syariah.
Namun, dalam mengejar kemajuan, Islam tidak mengizinkan manusia hidup dalam kekosongan jiwa dan kekosongan erti hidup. Justeru, pembangunan dan kemajuan tidak sepatutnya terarah hanya semata-mata kepada matlamat pencapaian dan kejayaan kebendaan.
Ia juga mesti membangun rohani insan supaya pembangunan yang dikecapi membawa kesejahteraan dan keharmonian dalam diri insan.
Kerajaan sentiasa komited untuk membangun masyarakat yang kuat berpegang kepada nilai agama dan moral. Kemajuan yang hendak dicapai menerusi Wawasan 2020 adalah berdasarkan acuan yang kita miliki dengan mengutamakan nilai moral dan akhlak.
Kita mahu mencapai negara maju bukan saja dalam aspek kebendaan, malah aspek kerohanian dan intelektual. Kerajaan mahu falsafah hidup masyarakat di negara ini bertunjangkan kepada ajaran agama dan adat ketimuran tanpa mengetepikan penyerapan serta pengambilan elemen positif dari luar.
Buktinya, prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan.’ Demikian juga dengan prinsip pertama Islam Hadhari, iaitu ‘keimanan dan ketakwaan.’ Pengajian Islam dan moral masih menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan kita.
Sekolah agama dalam pengurusan yang lebih baik dan bersistematik terus dimajukan oleh kerajaan. Bagi umat Islam, pemakanan yang baik lagi halal amat diutamakan. Justeru, Jakim terus dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mengawal produk makanan dengan memberikan kelulusan logo halal.
Dalam sistem pentadbiran negara, kerajaan sudah lama memperkenalkan dasar penerapan Islam. Demikian juga pelaksanaan Pelan Integriti Nasional yang mempunyai tujuan jangka panjangnya untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu membentuk masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya, sekali gus menjadikan rakyat mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh, dan ditunjangi budi pekerti luhur.
Selain itu, untuk membentuk masyarakat berbudi luhur dan bertatasusila, kerajaan melancarkan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’ pada 2005. Hakikatnya, falsafah hidup rakyat Malaysia masih bertunjangkan ajaran agama.
Pembangunan yang dibawa tidak mengetepikan soal nilai, adab, akhlak dan moral. Kita tidak bersifat sekular dalam pengertian menolak agama (Tuhan). Duniawi yang kita tuntut adalah juga perkara yang dituntut Islam.
Islam menyuruh kita berusaha dan bekerja untuk membangun ummah. Menyedari hakikat inilah maka, syariah Islam semakin kuat dijadikan landasan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan. Konsep pembangunan Islam Hadhari adalah bukti dalam hal ini.
Islam Hadhari seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermaksud ‘pendekatan sederhana (wasatiah) yang diguna oleh kerajaan ke arah membawa masyarakat Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khasnya, dalam memahami dan menghayati prinsip Islam yang syumul, berasaskan intelektual, rasional, praktikal dalam tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan keharmonian.’
Dalam konteks masyarakat majmuk yang pelbagai agama, kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat hidup dalam semangat toleransi, hormat menghormati dan saling bantu membantu. Walaupun kerajaan tidak mampu untuk melayan semua tuntutan rakyat pelbagai kaum, dengan semangat agama dan kemanusiaan, kerajaan sentiasa mengamalkan sifat marhamah (kasih sayang) dengan menolak perhambaan, kezaliman, permusuhan, diskriminasi dan ketidakadilan.
Inilah yang diajarkan oleh Islam dan juga agama lain. Justeru, tidak ada sebab kepemimpinan negara daripada pelbagai kaum (agama) melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.
INTI PATI
Bahaya pengaruh nilai, budaya asing
Nilai asing yang bertentangan dengan akhlak (agama) dan moral boleh mengheret kita kepada ketandusan rohani.
Ada parti politik bertopengkan agama mengkritik dasar dan amalan kerajaan sebagai punca berlaku kepincangan dalam masyarakat, lalu menghukum parti yang dimusuhinya sebagai sekular.
Sifat individualistik dan materialistik yang wujud di kalangan orang yang berkuasa atau berpengaruh akan membawa kepada suburnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Islam tidak mengizinkan manusia hidup dalam kekosongan jiwa dan kekosongan erti hidup, justeru, pembangunan dan kemajuan tidak sepatutnya terarah hanya semata-mata kepada matlamat pencapaian dan kejayaan kebendaan.
Penulis ialah Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.

Labels:
(A) Mohd Ayop Abd Razid,
Kefahaman Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)