Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
MINGGU lalu, kita digemparkan dengan tragedi kematian bayi dibuang dengan sengaja ke dalam tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bayi itu dibungkus dengan plastik hitam dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat kemanusiaan.
Dipercayai kes itu adalah antara ribuan kes buang bayi hasil daripada perhubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan Sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.
Tanpa rasa belas kasihan si ibu atau pasangan terbabit sanggup membuang bayi yang dikandung ini ke dalam tong sampah, semak, tempat pembuangan sampah dan di tepi sungai untuk mengelakkan mereka dikesan.
Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.
Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: “Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.”
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Sabda Rasulullah bermaksud, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran” (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.
Rasulullah bersabda bermaksud, “Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (riwayat Bukhari).
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati sebanyak 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.
Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas berlaku perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.
Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 bermaksud, “Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka.”
Sepatutnya sebagai warga yang hidup di dalam negara berdaulat dan dalam era pasca-merdeka amat tidak wajar sama sekali ada yang terbabit dalam kes seperti ini kerana kita tidak lagi hidup pada zaman penjajah yang tertutup dari ilmu kemanusiaan yang menagih kefahaman yang tinggi dalam menginsafi diri sebagai insan dan hamba-Nya, bahkan peluang terbuka dengan luas kepada mereka memulakan penghidupan baru yang diredhai Allah dengan menghargai anak sebagai kurniaan Allah seterusnya menikmati kebahagiaan hidup di muka bumi Allah ini.
Saturday, April 5, 2008
Friday, April 4, 2008
Jendela Hikmah: Tiga prinsip damaikan perbalahan
Oleh Endok Sempo Tahir
wanitajim0@yahoo.com

JALIN PERSAUDARAAN: Rundingan damai jalan penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman golongan bermusuhan. - Gambar hiasan
Islam utamakan konsep persaudaraan untuk bentuk kekuatan ummah
'BIDUK berlalu kiambang bertaut'. 'Buang yang keruh ambil yang jernih'. Demikianlah pepatah Melayu yang melambangkan kehalusan budi untuk memelihara hubungan persaudaraan serumpun bangsa.
Biasanya suasana politik orang Melayu dan Islam akan tegang setiap kali pilihan raya diadakan terutama sebelum pilihan raya. Namun, sebaik saja pilihan raya selesai, kita teruskan kehidupan seperti sedia kala dan menerima realiti seadanya. Kita teruskan usaha membina martabat umat dan membaiki kehidupan kepada yang lebih baik.
Persahabatan, persaudaraan dan persefahaman terus kekal untuk membina tamadun. Pembinaan tamadun umat yang gemilang adalah agenda utama kita. Janganlah perkara remeh temeh menjadi halangan agenda besar ini.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikan antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawan puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adil kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil." (Surah al-Hujurat, ayat 9)
Ayat itu turun kerana terjadinya perbalahan dua orang sahabat yang menyebabkan pergaduhan. Walhal puncanya kecil saja.
Diriwayatkan oleh Anas, satu ketika Rasulullah SAW dijemput melawat Abdullah bin Ubay, Baginda menaiki untanya dan diikuti sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah SAW menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah SAW sambil mencemuh: 'Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku`. Lalu salah seorang sahabat daripada golongan Ansar menjawab: 'Demi Allah, bau unta Rasulullah SAW adalah lebih harum daripada baumu'. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat: "Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damailah di antara keduanya." (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad)
Prinsip mendamaikan dua golongan Muslim yang bergaduh atau berperang berlandaskan kepada tiga langkah:
l Pertama, kedua-dua pihak yang berperang mesti menghentikan kekerasan ke atas satu sama lain. Siapa yang memulakan kekerasan tidak penting, apa yang penting perdamaian dan persefahaman harus segera dicapai.
l Langkah kedua, jika satu pihak berkeras untuk berperang dan tidak mahukan penyelesaian, maka pihak yang mahukan damai hendaklah disokong supaya pihak yang degil dapat ditundukkan kepada undang-undang dan ketetapan Allah (berdamai).
Keutamaan menghentikan kekerasan sesama Muslim adalah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bantulah saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi. Seorang sahabat, Anas terkejut lalu bertanya: Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim? Rasulullah SAW menjawab: Bantulah dia dengan menghentikannya daripada menzalimi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
l Langkah ketiga, apabila pihak yang degil sudah berjaya ditundukkan, maka rundingan damai bolehlah segera dibuat untuk mencari penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman semula.
Firman Allah yang bermaksud: "Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)
Ayat itu adalah lanjutan kepada ayat sebelumnya yang menegaskan bahawa orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan dalam Islam itu penting kepada kekuatan ummah.
Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan lain kerana persaudaraan merangkumi aspek kasih sayang, tolong menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu menipu atau tindas menindas.
Sabda Rasulullah SAW dalam beberapa hadis mengenai persaudaraan antaranya: "Allah membantu hamba-Nya selama mana dia membantu saudaranya." (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Musa al-Asha'ri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pusat yang boleh dihubungi menerusi e-mel: wanitajim0@yahoo.com

Bicara Kalbu: Tinggal bersama bukan muhrim hampiri zina
www.bicarakalbu.blogspot.com
Soalan
SAYA mempunyai kawan berasal dari China yang datang ke Malaysia kerana mengikuti program pertukaran pelajar di institut pengajian tinggi selama tiga bulan. Sepanjang berada di sini, beliau menunjukkan minat mendalami Islam kerana terpikat dengan budaya orang Melayu serta wanita Islam yang bersolat, bertudung dan amalan lain.
Bagaimanapun, tanpa disedari beliau tinggal menyewa bersama teman lelaki beragama Islam kerana beranggapan perbuatan itu tidak salah menurut agama dianutinya. Apa yang mengejutkan, beliau menghantar mesej kepada kami memberitahu dirogol teman lelakinya. Beliau sedih kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku memandangkan teman lelaki itu beragama Islam. Beliau tidak pernah menyangka peristiwa hitam ini terjadi kepada dirinya dan mula mempersoalkan di manakah kasih sayang Allah? Kami tergamam dengan kejadian memalukan ini. Apakah yang perlu kami jelaskan ?
Siswi simpati
Lembah Klang
Jawapan
Persoalan ini perlu ditangani dengan cara sebaiknya. Kita seharusnya bersimpati dan memberi pertolongan serta sokongan kepadanya di atas apa yang menimpa beliau.
Kita perlu menjelaskan kepada beliau perbuatan lelaki itu mewakili Islam dan tidak boleh diandaikan Muslim sejati. Persoalan rasa selamat kerana lelaki itu Islam tidak ada berkaitan dengan kes ini.
Seharusnya sebaik saja dia dirogol, dia mesti buat laporan polis kerana ini bukan persoalan agama, tetapi berkaitan kes jenayah. Dia seharusnya diberitahu dalam Islam adalah haram lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tinggal bersama.
Fahamkan kepadanya prinsip murni perhubungan lelaki perempuan dalam Islam ialah tidak ada seks sebelum perkahwinan. Apalagi untuk tinggal bersama.
Apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kasih sayang kerana Allah. Islam datang bersama manual kehidupan yang amat lengkap iaitu al-Quran dan hadis. Jika semua mengikut kedua-dua sumber yang ditetapkan, hidup akan sejahtera.
Manusia diberi pilihan sama ada untuk ikut atau sebaliknya. Jika sesuatu perkara tidak baik berlaku jangan salahkan Allah atau Islam. Yang salah individu itu sendiri.
Islam bukan sekadar menegah perlakuan zina, malah Islam melarang perbuatan yang boleh mendekatkan seseorang kepada zina termasuk tinggal bersama lelaki perempuan, berdua-duaan di tempat gelap dan keintiman yang tidak ada batasan.
Firman Allah bermaksud: "Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Surah al-Isra' ayat 32)
Manusia adalah makhluk yang dikurniakan akal. Oleh itu, dia diberi pilihan sama ada untuk mengikuti agama atau menyimpang agama.
Dalam kes ini, wanita berkenaan menjadi mangsa kejahatan lelaki itu. Tidak adil jika Allah dipersalahkan sedangkan yang melakukan perbuatan itu adalah orang yang tidak mengikut perintah Allah.
Walaupun wanita itu kecewa dengan apa yang berlaku ke atasnya, jangan berputus asa dengan kehidupan. Dia perlu kuatkan semangat untuk terus menjalani hidup, dan berdoa kepada Tuhan semoga hidupnya lebih sejahtera.
Jangan jadikan peristiwa ini sebagai penutup jalan hidupnya. Mungkin banyak lagi kebahagiaan lain yang menanti, yang dia sendiri tidak pernah menjangka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka." (Surah al-Thalaaq, ayat 2-3)
Orang di sekeliling juga perlu sentiasa memberi sokongan dan semangat padanya Di saat genting seperti ini, dia perlukan sokongan dan panduan. Persaudaraan Islam perlu dizahirkan melalui aktiviti sokongan, kaunseling dan hubungan kasih simpati.
Jawapan disediakan panel penasihat PAKSI JIM. Setiap persoalan boleh dilayari www.bicarakalbu.blogspot.com

Semangat juang kental mampu elak umat Islam dibuli
UMAT Islam sentiasa diserang dengan pelbagai tindakan provokasi yang memerlukan jihad secara jitu. Jihad yang ikhlas adalah bukti kepada keteguhan iman dan kesungguhan untuk merealisasikan tanggungjawab sebagai Muslim.
Jihad dalam Islam meliputi segala usaha dan perjuangan yang menjurus kepada tegaknya agama Allah supaya dapat diamalkan secara terbuka tanpa dihalang atau dimomokkan sesiapa.
Jihad tidak hanya terhad berperang di medan perang, tetapi merangkumi segala aktiviti diperlukan dalam kehidupan umat Islam. Usaha membangunkan masyarakat, memelihara dan memastikan keperluan masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya terbela atas prinsip keadilan juga adalah sebahagian daripada jihad yang dituntut.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan berjihad kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benar. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama,” (Surah al-Hajj - ayat 78).
Kita perlu sedar umat Islam perlu berada pada kedudukan lebih kuat jika ingin dihormati dan mengelak daripada dibuli musuh Islam. Nasib umat Islam akan terbela jika mempunyai kekuatan atau kedudukan setanding dengan penganut agama lain.
Kejayaan ini hanya dapat dicapai jika setiap Muslim mempunyai jati diri dan daya juang yang utuh untuk berdepan dengan semua cabaran itu. Jati diri amat penting bagi melahirkan diri yang bersedia dan sanggup melakukan sesuatu bersangkutan kepentingan agama, diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.
Pada konsepnya jati diri atau kekuatan diri adalah semua aspek murni diamalkan dalam diri. Sesuatu yang mendatangkan keburukan tidak kira kepada diri sendiri, orang lain dan negara, bertentangan dengan maksud jati diri. Sesuatu yang buruk ditegah dalam Islam.
Umat Islam mesti lebih bersedia menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran dan ketakwaan sehingga berjaya meraih kejayaan hakiki di sisi Allah. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas melaksanakan jihad untuk agama Allah akan mencapai kejayaan. Ia sesuai dengan tujuan Allah mencipta manusia untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Asas ke arah pembentukan jati diri ialah kenal diri. Tanya diri kita apakah yang ingin dicapai dalam kehidupan ini? Adakah kita bersungguh-sungguh berusaha untuk melayakkan diri sebagai hamba Allah yang diredai setiap apa yang dilakukan?
Jihad boleh dilakukan menggunakan lisan, penulisan, kekuatan tenaga, ilmu, kekayaan, profesion yang diceburi, kepakaran dan segala macam tindakan dan usaha yang menuju tercapainya maksud jihad.
Musuh Islam sentiasa berusaha menghakis jati diri Muslim. Provokasi dalam bentuk menghina agama Islam, menidakkan hak kebebasan mengamalkan ajaran agama dan memperkecilkan kepentingan sesuatu amalan dalam agama Islam dilakukan secara terancang oleh musuh Islam di seluruh dunia.
Musuh Islam menguji dan menunggu tindak balas daripada umat Islam terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan. Dalam hal ini, umat Islam perlu bijak mengendalikan krisis provokasi itu. Tindakan kemarahan yang hebat dan luar kawalan akan memburukkan lagi imej umat Islam di seluruh dunia.
Golongan remaja dan pelajar menjadi sasaran pihak yang cuba menghakis jati diri dan melahirkan golongan yang mendatangkan masalah kepada negara. Masalah penagihan dadah, gejala seks bebas, kongsi gelap, mencuri, hiburan melampau, tidak menghormati ibu bapa, bergaduh dan vandalisme adalah unsur yang banyak menghakis jati diri golongan berkenaan.
Dengan cara itu, golongan muda terkeluar daripada ciri akhlak Islam. Mereka hilang jati diri dan keyakinan kepada ajaran agama semakin luntur. Akhirnya, mereka sekadar Islam pada nama, sedangkan amalan seharian tidak ubah seperti orang bukan Islam.
Perasaan cinta terhadap bangsa perlu disuburkan dan dibina dengan satu kesedaran bahawa ia tanggungjawab setiap rakyat. Sesiapa yang menolak tanggungjawab mempertahankan bangsa bermakna memutuskan ikatan bangsa yang ada dalam dirinya. Mencintai bangsa adalah satu daripada cabang iman.
Mencintai dan berbangga dengan bangsa perlu disuburkan mengikut garis panduan dibenarkan agama. Hakikatnya, bangsa itu sebahagian daripada sunnah Allah. Dalam konteks di negara kita, memperjuangkan bangsa itu sendiri bermaksud memperjuangkan Islam.
Perlu ditegaskan, amalan berbangga dan cinta terhadap bangsa tidak perlu disempitkan dengan konsep assabiah yang ditegah agama. Amalan assabiah satu peringkat terlalu taksub terhadap bangsa sehingga sanggup melakukan perbuatan membabi buta dan ditegah agama semata-mata atas nama bangsa.
Oleh itu, pembinaan jati diri amat penting bagi melahirkan umat yang bersedia menunaikan keperluan berjihad ke arah membina masyarakat harmoni, bersatu dan berjaya, dalam tuntutan mencari keredaan Allah menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sifat sabar bentuk jiwa sentiasa tenang
Oleh Khairunneezam Mohd Noor
SESUNGGUHNYA tiada sesiapapun di dunia ini yang suka berhadapan dengan musibah atau malapetaka. Sebagai manusia yang beriman, segala kecelakaan yang berlaku perlu dihadapi dengan sabar dan bertakwa. Ujian yang diberikan Allah ini datang dalam pelbagai cara. Kehilangan atau kematian ahli keluarga tersayang, gagal dalam pelajaran, kesukaran dalam bekerja, kemusnahan harta benda, menghidap pelbagai penyakit kronik, terbabit dalam kemalangan, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya adalah sesuatu yang cukup pedih untuk dihadapi.
Jika hati seseorang itu goyah dan tidak rasional, musibah yang melanda tidak akan dianggap sebagai cubaan dan petunjuk yang berupaya meneguhkan keimanan dan kekuatan diri. Kehidupan dianggap sebagai tidak bermakna. Jiwa tidak tenteram dan perasaan menjadi kusut apabila kesenangan dan kebahagiaan dinikmati sebelum ini hilang sekelip mata. Ada di antara kita yang menganggap Allah tidak adil kerana menurunkan musibah demi musibah, umpama 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Ditambah lagi hasutan syaitan akan menyemarakkan lagi rasa putus asa, sesal, sedih dan marah. Kesannya, mulalah seseorang itu mencari penyelesaian secara negatif dengan melakukan kemungkaran . Ia sebenarnya adalah tanda protes terhadap nasib buruk dialami mereka.
Sebenarnya jika sifat sabar dipupuk sebaiknya dalam diri, seseorang itu akan terus diberi petunjuk oleh Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan di dunia yang fana ini. Firman Allah, maksudnya: Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang yang rugi (Surah al-A`raf ayat 178).
Bagi orang yang bersabar, dia akan reda dan tabah menerima segala ketentuan Allah. Bahkan sifat berserah (tawakal) dan bersyukur akan tumbuh subur di dalam sanubari di samping percaya segala sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Individu seperti ini sedar bahawa Allah menunjukkan contoh kesabaran rasul yang bergelar `Ululazmi' yang menerima pelbagai cabaran lebih hebat dalam menyebarkan dakwah Islamiah pada zaman mereka. Sifat sabar dapat membentuk keperibadian seseorang supaya sentiasa tenang. Ketenangan ini yang akan memandu dirinya untuk memuhasabah diri. Daripada perspektif Islam, orang yang bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Allah adalah orang yang terpelihara kehidupannya di dunia dan di akhirat dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Ini selaras dengan firman Allah: "Sesungguhnya orang yang sabar sajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira? (Surah al-Zumar, ayat 10).
Sebagai masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap satu sama lain, adalah wajar untuk kita membimbing dan membantu sebaiknya orang yang dilanda kesusahan. Bukannya mencemuh, menghina atau menjauhkan diri daripada mereka ini yang masih trauma dan tercari-cari pedoman menghadapi saat-saat sukar dalam hidup.
Bantuan boleh dihulurkan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit, kudrat tulang empat kerat, nasihat, kaunseling dan doa. Sokongan masyarakat dari segi fizikal, psikologi dan emosi sangat terkesan dalam membentuk sifat kesabaran dan ketakwaan dalam diri mereka yang dilanda musibah. Ia sekali gus menunjukkan betapa tingginya nilai tamadun masyarakat yang mengambil berat hal ehwal dan kebajikan setiap ahlinya.
Khairunneezam Mohd Noor adalah pensyarah yang sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di Universiti La Trobe, Melbourne, Australia

Wednesday, April 2, 2008
Bersama YaPEIM: Celik emosi boleh erat silaturahim
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

KERJASAMA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, dirai Ketua Pengarah YaPEIM Dr Abd Malek Awang Kechil, dalam suatu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rasulullah bijak menilai perasaaan, persekitaran ketika menyelesaikan masalah
BAGAIMANAKAH pengetahuan mengenai emosi membantu dalam pembentukan personaliti seseorang individu dan membantu menyelesaikan masalah dalam perhubungan seharian manusia.
Lebih penting lagi adakah saranan celik emosi ini bertepatan dengan Islam itu sendiri. Islam adalah agama rahmat. Syariat Islam diturunkan sebagai penyelesaian kepada permasalahan manusia.
Malah, dalam menegakkan syariat, kita mendapati pelbagai mekanisme digunakan oleh fuqaha bagi mengeluarkan hukum fiqh (istinbat al-hukm).
Oleh itu, ada mazhab yang empat dan pandangan (qaul) dalam sesuatu mazhab. Hakikat Islam adalah agama penyelesai masalah, perlu diraikan. Permasalahan yang membangkitkan persoalan emosi, kejiwaan dan perasaan pun penyelesaian boleh dicapai menggunakan kaedah diguna pakai di dalam tradisi keilmuan Islam.
Dakwah Rasulullah SAW membuktikan kemahiran Baginda membaca persekitaran dan menyelesaikan setiap permasalahan yang datang berdasarkan hikmah Baginda dan wahyu Allah SWT. Contohnya, apabila Rasulullah pertama kali berdakwah secara terang-terangan kepada kaum Quraisy, Baginda berjaya memanfaatkan emosi kaumnya pada masa itu.
Dilaporkan, kaum Arab Quraisy gemar mendengar syair. Baginda memanfaatkan rasa ingin tahu mereka dengan bertanya adakah mereka percaya kepada Baginda. Kaum Quraisy, didesak oleh rasa ingin tahu dan semangat yang meluap-luap untuk mendengar syair mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar Rasulullah berbohong.
Emosi mereka yang begitu meluap-luap ketika itu diketahui Rasulullah dan dimanfaatkan sepenuhnya dalam erti kata, mereka sewajarnya tidak menafikan berita atau maklumat yang bakal dibawa Rasulullah. Apabila Rasulullah menyebutkan mengenai kiamat dan hari kebangkitan, sekalian yang hadir terdiam memandangkan mereka mengakui Baginda bukan penipu.
Dalam satu lagi peristiwa seperti dilaporkan berlaku kepada seorang sahabat Alqamah yang menghadapi kesukaran untuk menghadapi sakratul maut. Rasulullah mengancam untuk membakar mayatnya bagi memanfaatkan emosi ibu Alqamah sehingga ibunya menarik semula sumpahnya dan mengampun Alqamah dan dengan itu Alqamah kembali ke pangkuan Allah dengan tenang.
Begitu juga kisah berlaku kepada Sa'ad Ubadah yang dilantik sebagai ketua delegasi ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah. Sa'ad terkenal dengan ketegasan dan kepahlawanannya. Ketika bertembung dengan Ketua Kota Makkah, Abu Sufyan, Ubadah melemparkan kata-kata amaran seperti ancaman terhadap Abu Sufyan dengan tujuan untuk mengingatkan beliau mengenai kekuatan delegasi Rasulullah pada masa itu.
Abu Sufyan bertemu Rasulullah dan menuntut janji bahawa delegasi baginda akan masuk ke Makkah dengan aman. Dengan nasihat Abdul Rahman bin Awf, Rasulullah mengambil keputusan untuk menggantikan Sa'ad bin Ubadah dengan puteranya, iaitu Qays bin Sa'ad.
Menurut perkiraan Baginda, ayah tidak akan tersinggung, malah akan berasa lebih berbangga jika anaknya diminta untuk meneruskan tanggungjawabnya. Kebijaksanaan Rasulullah memanfaatkan emosi seorang bapa itu amat nyata sekali.
Baginda berkeyakinan Sa'ad tidak berniat mengapa-apakan penduduk Makkah, namun Baginda juga mengiktiraf emosi Abu Sufyan yang berasa terancam melihatkan kehebatan delegasi Rasulullah pada hari itu. Dalam konteks perhubungan kita sesama manusia hari ini, tidak dapat dinafikan betapa kompleks jaringan perhubungan dan saluran maklumat yang ada. Sama ada kita suka atau tidak, ini adalah hakikat yang menuntut kita lebih peka dan sensitif kepada apa juga yang berlaku.
Dalam ruang lingkup konvensional contohnya, dalam sesebuah keluarga, kepekaan perlu diterjemahkan melalui kesungguhan dalam mengambil berat dan mengambil tahu apa yang berlaku dalam ruang lingkup keluarga. Ibu bapa yang celik emosi contohnya peka terhadap emosi anaknya yang sedang merajuk.
Ibu bapa sedar dan mengiktiraf kewajaran emosi anak itu dan berusaha untuk memahami. Kemahiran yang seterusnya ialah untuk menangani dan memanfaatkan status emosi anak itu contohnya, apabila anaknya mengasingkan diri, tidak mahu bercakap dan sebagainya. Ibu bapa sedar reaksi itu timbul disebabkan oleh sesuatu permintaan atau keinginan yang tidak dipenuhi.
Ibu bapa tidak celik emosi mungkin tidak akan ambil pusing status emosi anaknya atau berharap dia menyedari kesilapannya. Kemujuran mungkin berlaku seandainya anak itu mendapat kesedarannya semula.
Persoalan timbul seandainya anak itu tidak memahami sikap ibu bapa dan dia dibiarkan membuat kesimpulan bersendirian. Ibu bapa yang celik emosi sekurang-kurangnya akan menunjukkan rasa ingin tahu mengapa anaknya memilih untuk berdiam dan mengasingkan diri.
Ini membuktikan kepekaan mereka dan kesanggupan mereka untuk mengetahui dan berkongsi masalah walaupun ibu bapa mempunyai pandangan berbeza terhadap cara menyelesaikan masalah itu.
Rasa perkongsian ini mewujudkan pertalian di antara ibu bapa dan anak yang membuktikan anak tidak bersendirian di dalam menghadapi konflik.
Ibu bapa sentiasa bersedia mengambil tahu dan berkongsi rasa dengan konflik yang dihadapi. Mungkin ini bukan bentuk penyelesaian yang terdekat untuk anak itu ketika itu, tetapi sudah cukup untuk menunjukkan kepada anak itu mengenai perhatian yang diberikan maka tidak wajar jika anak mendakwa dia diabaikan apabila permintaannya tidak dipenuhi.
Jika Imam al-Ghazali dan Sheikh Muhamad Nasih al-Ulwan menekankan pendidikan anak di dalam kajian mereka, ini sudah cukup untuk membuktikan kepentingan ilmu dan kemahiran keibubapaan dalam pembentukan personaliti individu.
Mungkin kita boleh mendakwa generasi terdahulu tidak perlu pendedahan seperti kita pada hari ini tetapi tetap berjaya menjalankan tanggungjawab mereka. Perubahan masa membawa banyak perubahan, juga kepada cara hidup dan berfikir.
Teknologi sebagai suatu alat juga banyak membentuk sikap dan cara hidup manusia. Perubahan ini perlu diambil kira. Contohnya, jika zaman dulu, anak tidak berani mengangkat muka apabila dimarahi ibu bapa, tetapi kini, anak menuntut ibu bapa memberikan rasional di sebalik teguran itu.
Kita boleh mengambil kesimpulan yang negatif daripada fenomena ini tetapi kita tidak dapat memanfaatkan kebaikannya. Kita sewajarnya mengambil kesimpulan positif, iaitu contohnya, ini menunjukkan anak zaman ini mempunyai keupayaan kritis tinggi dan sewajarnya potensi itu digunakan untuk kebaikan personaliti mereka.
Ibu bapa celik emosi akan mengambil inisiatif untuk menjadi lebih relevan kepada rasional kanak-kanak tetapi ibu bapa yang tidak celik emosi mungkin akan mengambil sikap autokratik sebagai jalan singkat.

Buku: Panduan elak dosa besar, perkara haram
JUDUL: Dosa-dosa Besar
Penterjemah: Dr Muhammad Amad Adly Ma
Penerbit: Berlian Publication Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri
PAHALA dan dosa sudah digariskan dalam Islam sebagai panduan memandu umatnya ke jalan diredai. Allah juga menjanjikan syurga, sebuah tempat yang amat indah dan penuh keajaiban kepada umatnya yang mematuhi suruhannya, manakala neraka pula tempat golongan yang mengingkari-Nya.
Allah menjamin syurga kepada orang yang menjauhi dosa besar dan mentaatinya. Mereka yang menyekutukan Allah dan tidak sempat bertaubat bakal penghuni neraka.
Buku ini mengandungi topik menarik berkaitan perkara mungkar yang boleh membawa kepada dosa besar. Dalam melayari kehidupan itu, sebilangan manusia tidak sunyi daripada melakukan perkara mungkar disebabkan kurang pengetahuan dan tipis iman.
Secara keseluruhan, 71 topik dikupas dengan mendalam terhadap jenis dosa besar dan perkara haram yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Allah menjamin sesiapa yang menjauhi dosa besar dan perkara yang diharamkan akan diampunkan semua dosa kecil.
Perkara asas yang kerap dilupakan adalah meninggalkan solat lima waktu sedangkan ia perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat. Dalam bab ini, penulis mengupas mengenai isu solat, fadilat dan hukumnya.
Solat lima waktu, Jumaat dan puasa Ramadan boleh menghapuskan dosa, selain menjauhi dosa besar lain.
Tiga golongan diharamkan Allah masuk syurga bagi orang yang terus minum arak, derhaka kepada ibu bapa dan membiarkan isterinya berbuat maksiat.
Mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut kerana meremehkannya, Allah akan mengunci mati pintu hatinya dan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tanpa halangan dan gangguan, turut dicatatkan sebagai munafik serta tidak dihapuskan atau diganti.
Antara perkara yang boleh dianggap dosa besar ialah syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana alasan yang dibenarkan, memakan harta anak yatim, memakan riba, meninggalkan medan perang dan menuduh wanita berzina.
Manusia paling berat azabnya pada hari kiamat ada tiga, iaitu musyrik, penzina dan derhaka kepada ibu bapa. Bagi mereka yang menderhaka kepada ibu bapa, tidak saja dianggap sebagai dosa besar, malah balasan terhadap dosa itu terlalu hebat.
Antaranya, jika dikuburkan, kuburnya akan menghimpitnya hingga ke tulang belulang serta berkecai.
Tiga golongan diharamkan Allah masuk syurga bagi orang yang terus minum arak, derhaka kepada ibu bapa dan membiarkan isterinya berbuat serong.

Tuesday, April 1, 2008
Ufuk Minda: Muhajirin, Ansar model persaudaraan
Bersama Prof Dr Sidek Baba
Semangat Piagam Madinah harus jadi landasan bangunkan masyarakat majmuk
RASULULLAH SAW dalam asas pembinaan Madinah berjaya membentuk masyarakat berbilang agama sebagai landasan persefahaman yang unik. Kaum Muhajirin dan Ansar diikat persaudaraan mereka dengan talian akidah yang sama.
Orang Yahudi, Nasrani dan Majusi dikaitkan hubungannya dengan orang Islam berasaskan suatu Sahifah atau piagam yang sepakat bersama. Dari situ Madinah berkembang menjadi sebuah kota yang akhirnya menjadi model bagi sebuah tamadun.
Meneliti perkembangan pemerintahan Islam di Andalusia pada zaman puncaknya, kaum Yahudi dan Nasrani hidup dalam keadaan aman bersama dengan masyarakat Islam. Pada zaman ini, ilmu pengetahuan amat berkembang dan orang Barat mengunjungi Andalusia bagi mendalami ilmu pengetahuan orang Islam dan akhirnya ilmu Islam dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi, falsafah dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani serta menjadi pencetus kepada dunia baru dalam sejarah sains dan teknologi di Barat.
Asas di atas memperjelaskan kepada kita, Barat terhutang ilmu kepada Islam. Konsep rahmah alamiah dalam perkongsian ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang unik menghubungkan dunia Islam, Barat dan Timur yang banyak membawa kebaikan kepada umat manusia sehingga hari ini.
Semangat Sahifah Madinah ini seharusnya menjadi landasan membangunkan masyarakat majmuk. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk boleh mengambil landasan ini sebagai asas membentuk negaranya. Yang berbeza hanya akidah dan kepercayaan terhadap Tuhan. Etika perbezaan harus di pupuk dan difahami dan asas persamaan berdasarkan nilai fitrah dan bersama dikongsi harus disuburkan supaya hubungan sosial dan komunikasi antara kaum berdiri atas asas amanah, adil, saksama, timbang rasa, tulus dan telus.
Asas nilai ini amat penting menjadi pedoman setiap warga Malaysia kerana daripadanya lahir keyakinan dan kepercayaan tinggi di kalangan warganya dan menjadi asas ke arah integrasi kaum. Orientasi pembangunan dan pengurusan negara akan berlaku secara seimbang supaya wujud penyertaan adil ke arah bina negara terarah yang akhirnya bakal melahirkan rasa sejahtera di kalangan setiap warganya.
Piagam Madinah cukup jelas mengenai hubungan dan hak orang Muhajirin dan Ansar dan hubungan serta hak orang yang bukan Islam. Golongan Muhajirin dan Ansar menjadi kelompok teras mencerminkan rasa persaudaraan tinggi dan teladan yang memperlihatkan contoh ikutan.
Rasulullah boleh diterima oleh semua sebagai pemimpin dipercayai, menjadi melindungi kepentingan dan kebebasan orang bukan Islam. Asas ini penting dikembangkan kerana walaupun Nabi Muhammad SAW seorang Islam, tetapi kualiti dirinya memancarkan rasa amanah yang tinggi, keadilan jelas, daya kepemimpinan telus dan pengendalian pengurusan amanah.
Kualiti nilai ini tidak saja penting bagi orang Islam tetapi juga bermanfaat bagi bukan Islam. Yang diutamakan orang bukan Islam ialah pemimpin adil, amanah, jujur dan ikhlas. Inilah inti sari risalah al-Quran yang serasi dengan fitrah manusia. Nilai Qurani menganjurkan kemakrufan iaitu amalan baik dan menolak kemungkaran atau nilai buruk.
Pancaran nilai Qurani tidak hanya terlihat dalam kekuatan rohaniah insan tetapi ia terpancar dalam amal, program memajukan dan merubah masyarakat, memperkasa ilmu pengetahuan, tolak ansur terhadap nilai budaya dan tamadun berbeza dan dalam masa yang sama memanfaatkan nilai budaya yang menyumbang ke arah kebaikan dan pembangunan masyarakat.
Masyarakat Malaysia yang kompleks memerlukan ramuan yang dapat membimbing warganya ke arah persefahaman tinggi dan pengertian mendalam bahawa perbalahan disebabkan adanya perbezaan kepercayaan boleh menyebabkan ketidakstabilan berlaku. Tetapi asas kepercayaan yang memancarkan nilai dan etika baik seharusnya berkembang dan dijadikan sandaran untuk disuburkan. Nilai kasih sayang dan saling hormat antara satu sama lain adalah kualiti komunikasi yang amat penting dalam berjiran dan berjual beli.
Sekiranya jiran seorang Islam dan bukan Islam nilai saling hormat menyebabkan hak jiran terjaga dan menghasilkan rasa percaya yang tinggi dan menyebabkan rasa menghargai wujud. Sekiranya penjual durian itu adalah orang Islam yang tahu makna amanah dan jujur berasaskan nilai agamanya, pembeli bukan Islam tidak akan tertipu kerana orang Islam menghubungkan keuntungan jual beli sebagai sesuatu yang halal dan berkat. Lalu penipuan harga dan curi timbang tidak akan berlaku.
Apa lagi dalam pengurusan negara, orang Islam yang diamanahkan menjadi teras kepemimpinan negara akan sentiasa ingat bahawa menzalimi dan menafikan hak orang lain adalah sesuatu yang tidak selari dengan ajaran al-Quran. Menjadikan kepemimpinan Islam sebagai suatu contoh adalah menjadi suatu tuntutan supaya maksud rahmah alamiah yang menjadi tujuan utama Rasulullah dihantar dan al-Quran diturunkan bakal memberikan rasa selamat dan sejahtera bagi setiap warganya.
Ia bakal mencetuskan rasa percaya yang tinggi dan Islam tidak dilihat sebagai agama yang mendalamkan lagi rasa perkauman yang tinggi tetapi sebagai sumber amanah, adil, telus dan tulus.

Perspektif Ikim: Sistem syura mantapkan pengurusan negara
Oleh Nik Mustapha Nik Hassan
MEMBICARAKAN mengenai Islam, kita perlu memahaminya secara falsafah dengan penuh ketakwaan kepada Allah. Sesebuah masyarakat dalam menyusun sistem hidup dan membudayakan nilai mulia memerlukan sandaran kepada falsafah sistem kepercayaan.
Justeru, memahami falsafah sesuatu sistem kepercayaan itu penting. Falsafah menggaris prinsip kawalan bagi sesuatu sistem kepercayaan itu. Ia juga akan membentuk pandangan hidup dan membina corak pendekatan sesuatu sistem. Ia juga akan mempengaruhi pembentukan asas akhlak dan seterusnya melahirkan budaya masyarakat berakhlak yang menyokong semangat falsafah ke arah sesuatu matlamat.
Islam adalah agama yang diwahyukan Allah untuk umat sepanjang zaman. Agama Allah ini menepati fitrah kejadian manusia. Al-Quran menegaskan semangat Islam itu dengan firman-Nya bermaksud:
"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada agama Allah. Tetap atas fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
Di dalam ayat itu, Allah menghendaki supaya setiap penganut Islam supaya menegakkan haluan hidup dengan berpandukan kepada semangat kemanusiaan yang satu yang tidak menerima sebarang perubahan alam dan peredaran zaman.
Fitrah manusia adalah sama bagi semua peringkat tamadun yang dicapainya. Sebagai penganut agama fitrah, umat Islam mesti berpegang kepada nilai kemanusiaan yang tetap kekal, walaupun wujud perubahan kepada corak kehidupan dengan berubahnya masa.
Memenuhi tuntutan fitrah dalam apa saja adalah permulaan syarat yang akan membawa kepada kejayaan. Mana-mana sistem kepercayaan yang menganjur kepada pendekatan penyusunan hidup manusia yang bercanggah dengan fitrah atau tabii manusia akan menghadapi kemusnahan kehidupan manusia. Akhirnya kehancuran peradaban ummah.
Menerusi Islam kita akan mempunyai satu pendekatan dalam menyusun kehidupan bermasyarakat dan negara menerusi sistem politik. Urusan politik dalam sesebuah negara perlu dikendalikan dengan mantap dan beramanah.
Kepemimpinan negara adalah satu tanggungjawab keagamaan besar yang perlu dipikul oleh sesebuah pemerintah. Dengan itu, mengikut Islam usaha untuk membangun sesebuah masyarakat dalam negara memerlukan kepada sebuah sistem politik yang adil dan mampu memilih sebuah pemerintahan berwibawa untuk menerajui sesebuah kerajaan. Tanggungjawab orang Islam ialah memilih pemimpin berakhlak dan berkelayakan.
Kepemimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab keagamaan untuk menghasilkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang seterusnya menjana kepada pembangunan negara. Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab keagamaan atau dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak tanduk pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat luhur.
Nabi Muhamad SAW pernah bersabda dalam hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud:
"Kaum Bani Israel, siasah kenegaraan mereka dipimpin Nabi. Setiap kali meninggal seorang Nabi, digantikan oleh Nabi yang kemudian. Sesungguhnya aku tidaklah ada Nabi yang akan mengganti dibelakangku. Yang bakal ada hanya khalifah, yang jumlah mereka adalah banyak".
Tugas pemerintah yang dipilih menerusi sistem politik dalam sesebuah negara itu adalah berat dan mencabar. Kemampuan sebuah kerajaan membangun negara ke arah peningkatan mutu hidup rakyat secara syumul dan sepadu memenuhi keperluan rakyat adalah kejayaan yang dipertanggungjawab Islam.
Kepemimpinan sesebuah negara perlu memberi perhatian yang utama kepada perkara terpenting dalam menyusun dan membangun negara. Dua daripada perkara itu ialah negara perlu mengurus pengendalian negara bersandarkan semangat syura dan negara perlu memenuhi tuntutan kebajikan rakyat.
Adalah sesuatu yang asas dalam pemerintahan Islam urusan pengendalian negara perlu disandarkan kepada semangat syura. Allah berfirman bermaksud, "Bermusyuarahlah dengan mereka dalam urusan-urusan" (Ali `Imran: 159). Dan dalam ayat lain, Allah berfirman bermaksud: "Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermusyawarah antara mereka" (Asy-Syuura: 38)
Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara. Menepati perutusan Nabi kepada umat manusia di mana risalahnya perlu menjana kebajikan kepada masyarakat manusia dan alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu meneruskan perjuangan Rasulullah. Ia termasuk usaha ke arah pencapaian kehidupan sempurna, meningkat keselesaan hidup, meminimumkan kesusahan, menjana pertumbuhan ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus ketakutan dan tekanan jiwa rakyat.
Rasulullah dalam memperingati golongan pemimpin masyarakat dan negara bersabda yang bermaksud: "Seseorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang Muslim, tetapi tidak dengan ikhlas berusaha untuk memenuhi kebajikan mereka tidak akan memasuki syurga". (Sahih Muslim)
Saidina Omar Al-Khattab, Khalifah Islam kedua pernah menulis surat kepada seorang Gabenor, Abu Musa, dengan maksud berikut:
"Seorang pemerintah yang baik dan di bawah kepemimpinannya, masyarakat berada pada keadaan senang dan makmur dan pemimpin buruk ialah di mana di bawah kepemimpinannya rakyat berada dalam keadaan menderita" (Kitab al-Kharaj)
Dari kedua-dua asas penting pemerintahan negara mengikut Islam jelas kepada kita kepemimpinan negara wajib memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang diasaskan kepada semangat syura dan sekali gus bermatlamat mencapai pembangunan negara dalam semua aspek keperluan rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu.
Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses usaha untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara oleh sesebuah pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan mutu hidup rakyat pada peringkat individu dan bermasyarakat.
Sifat manusia pada hakikatnya perlu difahami sebelum usaha memaju dan meningkat mutu hidupnya. Pada fitrahnya, manusia mengandungi roh dan jasad. Islam berpandangan bahawa keperluan kepada kedua-dua sifat itu perlu diusahakan dalam bentuk yang sepadu.
Kedua-dua sifat terkandung pada diri manusia ini tidak boleh dipisahkan. Kedua-dua kandungan itu perlu dididik dan dibina dengan usaha yang sepadu demi untuk meningkat sahsiah individu semoga mampu menjadi penyumbang berfaedah dan menikmati hasil kejayaan pembangunan. Penulis adalah Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM)

Penyempurnaan tuntutan solat sifat insan bahagia
Oleh Masmawi Abdullah
MATLAMAT hidup umat Islam ialah untuk mencari kebahagiaan yang hanya dirasakan oleh mereka melaksanakan perintah Allah terutama solat yang menjadi tiang agama.
Hal ini dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya berbahagialah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada (perebutan dan perkataan) yang tiada berguna." (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Tiga perkara penting bagi manusia untuk mencapai kebahagiaan ialah beriman kepada Allah, menjaga solat mereka dan menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan sia-sia.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama."
Solat adalah suruhan yang tidak dapat tidak mesti disempurnakan setiap umat Islam. Mereka yang menunaikan solat akan diberi ganjaran pahala dan hidupnya sentiasa mendapat nikmat serta rahmat daripada Allah.
Sementara di akhirat pula, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga bersama orang soleh.
Waktu untuk menunaikan solat sudah ditentukan dan secara tidak langsung ia mengajar kita supaya menghargai masa. Dalam erti kata lain, kita sewajarnya menepati waktu yang sudah ditetapkan untuk menunaikan solat dan tidak melambatkannya.
Namun, apa yang mendukacitakan, masih ramai di kalangan kita yang melengah-lengahkan solat. Malah, ada beranggapan menunaikan solat itu tidak semestinya pada waktu masuknya, sebab itu kita dapati ada yang menunaikan solat Zuhur lewat jam 2.30 atau 3.30 petang.
Anggapan tidak semestinya menunaikan solat tepat pada waktunya adalah satu tanggapan yang salah. Malah, sikap begini sebenarnya merugikan diri mereka sendiri kerana menyegerakan dan menepati waktu solat satu keutamaan dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang lebih utama? Baginda SAW menjawab: Solat tepat pada waktunya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Di samping itu Rasulullah SAW juga menjelaskan kelebihan orang yang berwuduk di rumahnya kemudian ke masjid untuk menunaikan solat dalam sabda Baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardu daripada beberapa fardu, sesungguhnya kedua langkahnya yang satu menghapuskan dosa dan yang satu lagi akan mengangkat darjatnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Jika kita halusi sabda Rasulullah SAW itu mengandungi dua perkara penting:
l Ganjaran pahala yang besar akan diperoleh mereka yang berwuduk di rumah dan berjalan untuk solat di masjid iaitu setiap langkahnya menghapuskan dosa yang menaikkan darjatnya.
l Mereka yang berwuduk di rumah jelas menggambarkan bahawa mereka menjaga ketepatan waktu solat kerana sudah bersedia lebih awal lagi untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.
Sesungguhnya kita memang digalakkan menepati waktu solat dan jangan sekali-kali melengah kerana solat di awal waktu menjanjikan ganjaran kepada mereka yang menjaganya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya, sujudnya dan khusyuk, maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya." (Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)
Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian luas. Antaranya, memperbetulkan bacaan, tertib melakukan solat dan menunaikan solat tepat pada waktunya.
Digalakkan menyegerakan solat kerana dikhuatiri jika kita melengahkan solat, kemungkinan kita akan tertinggal dan terlepas waktu itu.
Malah Allah menjelaskan sifat orang yang berbahagia iaitu mereka yang menyempurnakan solatnya seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya." (Surah al-Mukmin, ayat 8-11)

Subscribe to:
Posts (Atom)