Oleh Mohd Fikri Che Hussain
LAPORAN media mengenai sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak yang berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube cukup menggemparkan.
Begitu juga kes sekumpulan pelajar yang dikatakan membelasah seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi sehingga mati amat membimbangkan banyak pihak.
Ini antara beberapa kes yang berjaya disiarkan, malah banyak lagi kes jenayah yang masih terpendam dan tidak dibongkar di luar pengetahuan pihak berwajib.
Kementerian Pelajaran sudah menggunakan pelbagai kaedah dalam mengekang masalah pelajar ini. Antaranya, menggunakan kaedah terbaru termasuk mendapatkan kepakaran polis bagi mengemas kini semua peraturan dan undang-undang disiplin sekolah untuk mengekang budaya jenayah di kalangan pelajar.
Kementerian juga mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membantu memantap dan menguatkuasa peraturan sedia ada yang dikatakan semakin longgar.
Berita keruntuhan disiplin dan moral pelajar ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. England turut menghadapi masalah berhubung krisis disiplin ini. Badan Kajian dan Penyelidikan di London menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah kaedah kawalan berkesan kepada pelajar. Mereka juga percaya tingkah laku kanak-kanak dan remaja semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan di bidang pendidikan.
Pihak penyelidik menyatakan keputusan mengharamkan hukuman itu menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar di negara itu. Jika England akan mengembalikan peranan rotan dan pembaris ke tempatnya, mengapa kita tidak mendahului mereka dalam hal ini.
Seingat penulis yang dibesarkan dalam 'suasana rotan dan pembaris' yang dihadiahkan guru setiap hari bukanlah bertujuan untuk mendera pelajar tetapi mendidik supaya tidak melakukan kesalahan demi kebaikan diri mereka juga.
Ibu bapa dan penjaga perlu memahami kaedah ini dalam asuhan pendidikan. Mereka bersikap 'garang' untuk membentuk orang yang berguna dalam masyarakat. Cuba perhatikan anak sekarang yang semakin terhakis budaya timur dan akhlak hingga hilang rasa hormat kepada golongan lebih tua terutama ibu bapa serta guru.
Persoalannya adakah salah merotan anak? Sesetengah pihak menganggap ia adalah perbuatan yang teruk kerana boleh menjejaskan hubungan antara kedua pihak. Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan buruk jika dilakukan guru atau ibu bapa.
Sebelum mengenakan hukuman ini, pihak guru dan penjaga wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak itu. Guru dan penjaga juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak.
Jika anak mempunyai hubungan rapat dengan guru dan penjaga, maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak. Sebaliknya jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak terganggu seperti berdendam atau marah.
Guru dan penjaga perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak.
Jangan sesekali memukul di bahagian sensitif seperti muka atau di tempat boleh mendatangkan bahaya seperti kepala atau perut. Pukulan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi 'pengajaran dan peringatan' kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Bagi umat Islam, mereka sudah tentu pernah mendengar sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." � (Hadis riwayat Abu Dawud)
Jika perlu merotan anak, guru dan ibu bapa boleh berbuat demikian selepas anak berumur 10 tahun. Mengapa pada usia 10 tahun? Ilmuwan Islam berpendapat anak yang berumur prabaligh iaitu sekitar 9 hingga 12 tahun boleh memahami kesan hukuman dikenakan.
Anak kecil di bawah umur itu selalunya tidak dapat memahami jika didenda atas kesalahannya. Justeru, jika anak kecil yang didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan penjaganya.
Amaran awal harus diberi iaitu jika peraturan tertentu dilanggar, anak boleh dirotan. Berikan juga peluang kedua sebelum mengambil tindakan merotan. Lebih penting ialah menasihati mereka secara berterusan di samping memantau perkembangan pelajaran, kesihatan dan pergaulan sosial mereka.
Showing posts with label (A) Mohd Fikri Che Hussain. Show all posts

Friday, March 6, 2009
Wednesday, September 3, 2008
Puasa dorong perbanyak ibadat sunat, kebajikan
Oleh Mohd Fikri Che Hussain
MEREKA yang berpuasa sebenarnya sedang melaksanakan ibadat penting dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Oleh demikian, seseorang yang sedang berpuasa sebaiknya menjaga diri dan tingkah laku daripada sebarang perbuatan yang boleh mencacatkan ibadat puasanya.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa permintaannya, antara golongan itu ialah seseorang yang berpuasa apabila dia berbuka puasanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Bagi seseorang yang berpuasa Ramadan, sejak bermula ibadat puasanya hingga berbuka, akan dikabulkan segala doa permintaannya oleh Allah dengan syarat puasanya benar-benar tulen seperti diperintahkan Allah dan Rasul-Nya.
Ibadat puasa membantu menjaga ibadat lain kerana orang yang berpuasa memelihara solatnya dan khusyuk dengan menjaga rukun serta syarat utama solat.
Mereka yang berpuasa dan mendirikan solat, pasti bertanya pada diri sendiri, “bagaimana aku melakukan ibadat diperintah Allah dan pada waktu sama melalaikan ibadat lain? Sedangkan perbuatan itu tidak sepatutnya aku lakukan.”
Mereka yang berpuasa tidak harus melalaikan ibadat lain. Inilah yang dikatakan puasa seharusnya mendorong pelakunya supaya lebih banyak mengamalkan ibadat lain sebagai tanda ketaatan kepada Allah.
Apabila melakukan ibadat wajib, maka dia akan turut sama melaksanakan amalan sunat yang lain. Bukan satu yang menghairankan apabila kita melihat sebahagian besar umat Islam mulai memenuhi ruang masjid untuk solat berjemaah, mengerjakan solat Rawatib, berzikir dan bertadarus al-Quran di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Pelbagai program dan kegiatan dilaksanakan sepanjang Ramadan seperti berbuka puasa, tazkirah selepas solat Zuhur, Tarawih di semua masjid dan surau serta program ceramah hujung minggu. Ini semua membuktikan puasa mengajak memperbanyakkan ibadat dan amalan kebajikan. Objektif utamanya adalah mencari reda Allah supaya dijauhi daripada azab dan seksa di akhirat kelak.
Puasa mendorong individu Muslim melaksanakan amalan kebajikan untuk dirinya sendiri. Mereka melaksanakan ibadat sunat di samping kewajipan puasa Ramadan. Contohnya, solat sunat Tarawih dan Tahajud dibuat pada setiap malam secara berjemaah dan bersendirian. Sememangnya ibadat sunat ini dianjurkan sepanjang bulan mulia ini, sebagaimana Allah mewajibkan ibadah puasa pada siangnya, manakala qiamullail di sepanjang malamnya.
Ibadat puasa yang hakiki memberi manfaat antaranya faedah yang bakal diperoleh daripada sedekah atau zakat fitrah. Berkata sebahagian ulama salaf, “Apabila tibanya Ramadan, perluaskan amalan sedekah dan membantu gologan yang susah kerana amalan itu ganjarannya hampir sama dengan bersedekah di jalan Allah.”
Oleh itu, manusia diperintah memperbanyakkan sedekah pada bulan ini. Nabi Muhammad SAW lebih pemurah pada Ramadan berbanding bulan lain. Baginda bertadarus al-Quran dengan Jibrail dan melaksanakan kebajikan lebih pantas dari angin yang bertiup.
Pada bulan ini, Muslim berpeluang melakukan ibadah dan ketaatan sepenuh hati serta berupaya meninggalkan perbuatan buruk dan maksiat. Perokok tegar mampu meninggalkan tabiat merokok yang sebati pada dirinya selepas berniat untuk berpuasa kerana Allah. Inilah keajaiban Ramadan yang sering dilupakan sebahagian manusia.
Apabila seseorang membuat kebaikan untuk keuntungan dirinya, dia juga perlu menyebarkan segala kebaikan itu kepada orang lain. Apabila kita melakukan kebajikan kerana Allah, kita juga berhak mengajak dan menasihati orang lain melakukan kebajikan sama.
Ajak mereka beroleh faedah yang sama seperti mana sabda Nabi SAW yang bermaksud “Siapa yang mengajak ke arah kebaikan, dia beroleh pahala yang sama daripada pahala orang yang mengikuti nasihatnya itu, malah tidak dikurangi sedikitpun pahala sesama mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Labels:
(A) Mohd Fikri Che Hussain,
Ibadah,
Puasa,
Ramadan
Monday, August 25, 2008
Budaya ilmu generasi sahabat Rasulullah
Oleh Mohd Fikri Che Hussain
Umat Islam digesa ikut cara tabiin untuk capai kesempurnaan hidup
MENUNTUT ilmu agama tidak cukup dengan hanya bermodalkan semangat. Seseorang Muslim patut mengetahui juga segala bentuk prinsip asas dan cabangnya seperti digariskan syariat yang sempurna.
Tujuannya supaya seseorang Muslim itu tidak kebingungan dalam menghadapi seruan daripada kepelbagaian kelompok dakwah. Apa yang penting, mereka tidak mudah terjerumus ke arah pemahaman menyeleweng.
Dewasa ini ada banyak ‘ruang’ dan ‘jalan’ ditawarkan bagi mempelajari agama Islam. Sudah pasti semua pihak mendakwa cara dan gaya mereka adalah yang terbaik dan paling benar. Melalui pelbagai cara dan gaya ini jugalah mereka berusaha menambat pengikut seramai boleh.
Lihatlah dalam masyarakat kita sendiri, ada pihak menawarkan cara dengan motivasi diri dan hati, ada mengajak untuk ikut serta dalam persoalan politik, ada golongan menyeru supaya segera mendirikan Khilafah Islamiyah kali kedua, ada secara santai menantikan kehadiran al-Mahdi dan ada pula bermusafir dari satu tempat ke tempat lain mengajak manusia untuk berjemaah di masjid.
Tetapi, cuba perhatikan di persekitaran tempat tinggal dan masyarakat sekeliling kita. Keadaan masyarakat Islam masih lagi pada takuk lama, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai objektif hidup dan tidak mengerti kerana apa mereka dihidupkan di atas muka bumi ini.
Pada jiwa dan sanubari mereka, tiada perkara penting melainkan kemewahan hidup. Kejahilan masih lagi menyelimuti seolah-olah mereka akan hidup kekal di dunia ini. Bahkan, keluarga serta sanak saudara terbabit pelbagai isu keruntuhan akhlak dan kebejatan moral yang bertambah parah.
Adakah perkara yang salah dalam tindakan mereka? Jawapannya sudah pasti ada yang salah, apabila kita dapat menyaksikan saban hari berlaku pelbagai kepincangan di sisi umat yang semakin jauh daripada panduan diserukan Islam.
Golongan Ahli Sunnah yang menjadi pewaris Nabi SAW sering kali menyeru dan tetap berusaha mengamalkan apa diwasiatkan Rasulullah dalam mengajak umat Islam kembali mempelajari agamanya.
Dalam pelbagai situasi yang ditempuhi, Ahli Sunnah tidak akan keluar dari jalan yang dilandaskan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW untuk mengambil dan memahami apa yang ditunjukkan Nabi SAW dalam persoalan agama.
Keselarasan kita dalam menurut segala aspek ditonjolkan Nabi SAW berdasarkan hadis diriwayatkan ulama hadis sejak dulu adalah sesuatu yang utama dalam kehidupan seorang Muslim. Inilah yang sebenarnya sangat diperlukan oleh umat Islam.
Justeru, untuk mencapai kesempurnaan ilmu agama, seseorang Muslim perlu memahami ajaran agama yang dianuti sejak sekian lama dan berpegang kepada perkara asas mencari ilmu antaranya:
l Mengambil ilmu agama daripada sumbernya yang asal. Sumber utama ilmu Islam yang menjadi prinsip asasnya adalah berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Hal ini jelas difahami daripada firman Allah yang bermaksud: “Ikutilah daripada apa yang diturunkan kepada kamu semua oleh tuhan kamu (Allah) dan janganlah kamu mengikuti panduan selain-Nya.” (Surah al-A’raf, ayat 3)
Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawasanya aku diberi al-Quran dan yang serupa dengannya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
l Memahami al-Quran dan al-Sunnah sesuai dengan pemahaman golongan salaf. Golongan salaf yang dimaksudkan adalah sahabat serta orang yang mengikuti mereka dari kalangan tabiin dan generasi selepas mereka.
Hal ini jelas seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi yang datang setelah mereka, kemudian generasi lain yang datang setelah mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mereka ini bukanlah golongan yang mengaku dirinya ‘salaf’ seperti yang ada hari ini kerana jauhnya zaman itu. Golongan kini hanya layak digelar sebagai salafi kerana menasabkan diri mereka dengan akidah salafiyah yang dibawa generasi awal Islam.
Golongan salaf atau generasi awal Islam ini perlu diteladani memandangkan segala kebaikan yang berada pada mereka adalah kebaikan mencakup segala hal berkaitan agama, sama ada daripada aspek keilmuan, pemahaman, pengamalan dan strategi dakwah berkesan.
Ibn al-Qayyim pernah merumuskan bahawa: “Nabi SAW pernah menyatakan bahawa sebaik-baik generasi adalah generasinya secara mutlak. Itu bermaksud merekalah yang paling utama dalam segala bentuk kebaikan. Jika bukan yang sedemikian, sudah pasti mereka adalah golongan yang baik dari beberapa aspek saja (seperti generasi lain) dan mereka sudah pasti bukan tergolong sebaik-baik generasi secara mutlak.”
Dengan demikian, pemahaman mereka terhadap agama sudah dijamin oleh Nabi SAW tanpa perlu meraguinya lagi bahawa kebenaran itu pasti bersama mereka. Kewajaran ini jelas kerana mereka adalah golongan yang paling mengetahui selok-belok ajaran Islam selepas Nabi SAW.
Bahkan, mereka menyaksikan sendiri di mana dan bilakah turunnya wahyu serta mengetahui kaitan peristiwa terlafaznya sesebuah hadis. Keadaan sebegini sudah tentu membuatkan ulama selepas era mereka sangat menghormati generasi terbaik ini.
Oleh demikian, sesetengah ulama sendiri menyatakan bahawa jika sahabat bersepakat terhadap sesuatu urusan, maka menjadi kesalahan bagi seorang Muslim berselisih dengan kesepakatan mereka.
Jika mereka sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu urusan agama, maka seseorang Muslim itu tidak boleh mencari pendapat lain daripada mengetahui titik perselisihan mereka. Ini bermaksud bagi seorang Muslim, beliau harus memilih salah satu daripada pendapat mereka dan tidak boleh membuat pendapat yang lain di luar pandangan mereka.
Imam Syafii sendiri menyatakan: “Mereka (sahabat) adalah golongan paling tinggi berbanding dengan kita dari segala aspek keilmuan, ijtihad, warak (sikap penuh berhati-hati), berakal dan pada setiap perkara yang mendatangkan ilmu atau diambil daripada mereka ilmu. Pendapat mereka lebih baik dan lebih utama buat kita dari pandangan kita sendiri…”
Jika kita mampu kembali ke arah tatacara pelaksanaan yang dilandaskan generasi terbaik ini dalam mengkaji usul agama, sudah pasti kita mampu mengubah masyarakat dan membetulkan mereka dengan sandaran petunjuk Ilahi.
Kesatuan dan kesepaduan yang dijalinkan berasaskan hujah dan contoh teladan itu pasti mampu menghindarkan umat Islam daripada pengaruh kesesatan. Perkara ini sudah dijamin Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah melindungi umatku dari berkumpul di atas kesesatan.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ibn Abi Asim)

Menuntut Ilmu
Saturday, August 9, 2008
Contohi kesabaran Rasulullah berdakwah
Oleh Mohd Fikri Che Hussain
Usaha penyampaian ilmu agama tidak pandang taraf, kedudukan
SETIAP kejayaan pasti ada cara untuk memperolehnya. Begitu juga dakwah Islam yang bermula dari Semenanjung Tanah Arab hingga ke nusantara ini. Bukan sedikit peluh yang meleleh, air mata menitis dan darah tertumpah kerananya.
Nabi Muhammad SAW dan sahabat berusaha dengan segala penat lelah bagi menyampaikan risalah kebenaran ini. Meskipun Baginda SAW serta sahabat terus ditekan dengan hasutan dan pujukan atau ditindas dengan gertakan dan ancaman, Baginda terus menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia.
Kedua-dua teknik ini, sama ada berbentuk pujukan ataupun gertakan masih lagi dilaksanakan sebahagian manusia terhadap mereka yang cuba membawa kebenaran dan menjunjung amanah yang harus ditegakkan di muka bumi ini.
Natijah daripada usaha melawan segala bentuk hasutan dan penindasan ini dengan penuh kesabaran bakal memuliakan seseorang itu di dunia dan bakal mendapat reda Allah di akhirat kelak.
Mengikut catatan sirah mengenai permulaan dakwah Nabi SAW menunjukkan Baginda berdakwah selama tiga tahun secara rahsia. Baginda berjaya mengislamkan kaum kerabat dan sahabat yang terdekat dengan Baginda.
Antara mereka memeluk Islam ialah Khadijah, 'Ali bin Abi Thalib, anak perempuan Baginda, Zaid bin Haritsah, Abu Bakar, Bilal, Abu 'Ubaidah, Abu Salamah dan al-Arqam. Hal ini seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan berilah peringatan kepada keluarga kamu yang terdekat." (Surah al-Syu'ara, ayat 214)
Selepas peringkat itu, Baginda SAW mula berdakwah secara terang-terangan dengan menyeru kepada seluruh penduduk Makkah supaya beriman kepada Allah dan mengakui bahawa Baginda adalah nabi terakhir diutuskan.
Namun, seruan itu ditolak penyembah berhala di Makkah. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi Nabi Muhammad dan sahabatnya dalam usaha itu.
Walaupun demikian, dakwah itu akhirnya berjaya membawa masuk Umar bin al-Khattab serta Hamzah bin Abdul Muttalib yang dikenali begitu tegas serta berani di kalangan masyarakat Makkah.
Situasi itu memaksa pemimpin Musyrikin Makkah supaya lebih berhemah dalam usaha memujuk Nabi Muhammad dan penganut Islam lain kembali kepada anutan nenek moyang mereka.
Mereka terpaksa melakukan segala bentuk hasutan dan tipu daya bagi mengembalikan kehidupan kaum Muslimin kepada amalan dan kepercayaan masyarakat jahiliah yang lampau.
Bagi mereka itu adalah usaha terbaik dalam memelihara adat dan juga struktur masyarakat supaya tidak diubah dan digantikan dengan sistem peraturan baru yang menjejaskan penguasaan dan kezaliman mereka.
Antara tipu daya mereka dalam usaha itu adalah berjanji untuk memeluk Islam tetapi dengan syarat beberapa hukum dalam Islam perlu ditukar dan diubah menurut kemahuan mereka hingga diturunkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi dan petang dengan mengharap keredaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini. Janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan keadaan mereka itu sudah melampaui batas. Katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman dan barang siapa yang ingin (kufur) biarlah dia tetap dalam keadaan kufur." (Surah al-Kahfi, ayat 28-29)
Ayat itu menceritakan bagaimana sebilangan pembesar Musyrikin memujuk Nabi SAW menerima syarat supaya Nabi SAW hanya bergaul dengan mereka saja tanpa mempedulikan golongan hamba dan orang miskin.
Golongan bawahan dan tidak setaraf dengan diri mereka seperti Bilal, 'Ammar, Suhaib, Khabbab, dan Ibn Mas'ud. Setiap majlis yang diperbincangkan perlu didahulukan golongan kaya dan bangsawan, manakala golongan terakhir adalah kelompok miskin, fakir dan juga hamba.
Lalu Allah turunkan ayat itu yang mengajak Nabi SAW terus bersabar dalam menempuhi segala cabaran. Allah memerintahkan Baginda sering berinteraksi dengan golongan kafir dalam firman yang bermaksud: "Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini."
Situasi ini sama dengan apa yang berlaku hari ini. Sesetengah golongan agama lebih memilih untuk memberikan dakwah kepada golongan terpelajar, berpangkat dan berjawatan besar atas alasan orang kampung atau masyarakat luar bandar tidak mampu menerima ilmu dakwah atau berfikiran terlalu kolot. Mereka meminggirkan golongan ini dengan meninggalkan mereka di kampung lantas bertumpu di bandar besar untuk mendampingi golongan elit dan bangsawan.
Inilah kesabaran yang harus dilalui mereka yang menurut jejak langkah Baginda SAW yang tidak mampu ditanggung sebahagian besar manusia.
Mereka hanya mengharapkan neraca timbangan al-Quran dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Begitu juga berpandukan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Boleh jadi orang yang tidak terurus dan selekeh yang ditolak di muka pintu, jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya diperkenankan." (Hadis riwayat Muslim)
Kesabaran dalam meneruskan perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan isi dakwah tidak perlu dilihat pada sisi pandangan materialistik semata. Jangan sesekali pendakwah atau golongan agama menilai manusia berdasarkan zahir.
Mereka adalah golongan memikul tanggungjawab menjernihkan kembali senario sosial umat manusia.
Usaha berdakwah untuk mendekati golongan terpinggir diharap dapat mengajar masyarakat memahami, menghayati dan mengamalkan konsep ajaran agama Islam yang tidak memandang taraf dan kedudukan.
Dakwah itu pada dasarnya adalah usaha membawa umat dan golongan terpinggir menghadapi cabaran hidup dan menyelesaikan permasalahan itu secara Islamik sehingga mereka merasakan Islam itu satu rahmat. Laksanakanlah yang terbaik demi mengharapkan keredaan Allah.

Agama,
Dakwah,
Rasulullah SAW,
Sabar,
Sirah
Subscribe to:
Posts (Atom)