Oleh Nurhidayah Muhd Hashim
MASIH adakah semangat meraikan hari ibu dirasakan anda sebagai anak selepas kebanyakan kita meraikannya pada Ahad minggu kedua pada Mei setiap tahun yang kebetulan jatuh pada 10 Mei lalu atau perasaan itu sudah hilang.
Ada beberapa perkara menarik dapat dilihat di Australia sempena sambutan Hari Ibu yang menjentik persoalan untuk dibincangkan. Sepanjang sambutan, televisyen menayangkan pelbagai filem serta drama menggambarkan pengorbanan ibu terhadap keluarga.
Iklan harga runtuh bagi barang seperti rantai emas, loket, barang kesihatan dan bermacam-macam lagi yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu ditayang dengan kerap setiap hari. Mereka menjadikan Hari Ibu sebagai satu hari yang sangat penting dalam kalendar mereka.
“Apakah anda sudah memberi sekuntum bunga untuk ibu anda? Jika belum, telefonlah ibu anda hari ini untuk menyatakan kasih anda”. Nota kecil bertulis kata-kata itu ditampal di semua muka hadapan akhbar yang dijual di Melbourne mengingatkan pembaca supaya mengingati ibu mereka.
Sekolah juga tidak terkecuali memainkan peranan. Pada dua minggu pertama bulan Mei, pihak sekolah akan menjadikan acara mereka cipta, melukis dan mewarna kad ucapan oleh pelajar untuk ibu masing-masing sebagai acara penting dalam bilik darjah.
Semua pelajar diminta melukis dan meluahkan perasaan sayang kepada ibu dalam kad itu. Kad berkenaan akan disimpan di sekolah sehinggalah hari terakhir sebelum tibanya Hari Ibu dan pelajar diminta menyerahkan pada ibu masing-masing pada hari Ahad sempena Hari Ibu.
Pihak sekolah juga menulis surat kepada ibu bapa supaya dapat memberi anak sejumlah wang untuk membeli hadiah buat ibu masing-masing yang dijual oleh pihak sekolah. Antaranya, lampu meja, buku dan lampu kristal berbentuk hati. Tujuannya supaya setiap anak mempunyai satu hadiah dan satu kad untuk ibu mereka pada hari itu.
Tindakan sekolah itu adalah suatu yang positif bagi membina semangat dan kesungguhan pelajar menghargai ibu mereka. Wajar juga amalan itu digalakkan di sekolah di Malaysia bagi menanam semangat cintakan ibu di kalangan pelajar.
Bagaimanapun, di sebalik pendekatan dibuat, ada satu yang masih tidak memenuhi hasrat kerana ibu hanya diraikan pada hari itu saja. Ibu dan bapa adalah insan mulia yang wajib dihormati dan diraikan sepanjang hayat sama ada mereka Muslim atau bukan Islam sekali pun.
Ilmuwan Islam sebenarnya berbeza pendapat mengenai sambutan Hari Ibu kerana ada berpendapat menyambutnya adalah haram atas dasar ia menyerupai amalan orang bukan Islam dan orang Islam meniru membuta tuli tanpa menyelidik apakah yang ada di sebalik sambutan itu. Apatah lagi tindakan mengambil satu hari dan dinamakan Hari Ibu tidak diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW atau sahabat.
Pendapat kedua mengatakan, harus dan dibolehkan dengan syarat anak menunjukkan penghormatan dan menjaga kebajikan ibu bukan dihadkan pada hari itu saja, tetapi meraikan ibunya sepanjang masa. Cuma pada hari itu dilebihkan penzahiran kasih sayang dan penghormatan berbanding hari lain.
Pendapat Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research), Sheikh Faysal Mawlawi, yang disiarkan dalam islamonline sangat menarik untuk diperhatikan.
Beliau menyebut, semua Muslim wajib menghormati ibu dan bapa masing-masing terutama ibu. Apa yang Islam tidak benarkan adalah kita meniru orang bukan Islam dengan meletakkan satu hari sebagai hari meraikan ibu, seolah-olah hari lain ibu tidak diraikan.
Jika kita ingin menjadikan seluruh hari dalam setahun adalah Hari Ibu, maka Islam sangat meraikannya dan tidak ada sebarang bangkangan dalam pandangan Islam.
Apa yang berlaku dalam segelintir kehidupan orang Barat ialah anak yang meninggalkan dan tidak menjaga kebajikan ibu mereka, tetapi kembali ke rumah ibu bapa bertanya khabar hanya pada Hari Ibu dan menunjukkan penghargaan kepada ibu mereka pada hari itu saja. Selepas hari ibu, keadaan akan kembali kepada biasa. Hidup terpisah seperti sebelumnya.
Umat Islam sewajarnya mempunyai pendirian jelas dalam isu ini. Kita mesti menghormati, meraikan dan menzahirkan kasih sayang dan menjaga kebajikan ibu dan juga bapa sepanjang mereka masih hidup.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran Kefahaman Islam (CITU), Shah Alam dan sekarang sedang menyambung PhD di Universiti La Trobe, Melbourne.
Showing posts with label (A) Nurhidayah Muhd Hashim. Show all posts

Saturday, May 30, 2009
Wednesday, October 8, 2008
Peguam Syarie Menulis: Ambil iktibar daripada peristiwa pada Aidilfitri
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim
Nahas jalan raya terus berlaku, jemputan hari terbuka utama orang luar daripada jiran
KITA baru saja sempurna mengerjakan ibadat puasa sebulan Ramadan dan Aidilfitri 1429 Hijrah disambut sudah seminggu. Semua umat Islam menzahirkan kegembiraan atas kejayaan itu dengan keluar beramai-ramai mengerjakan solat sunat Aidilfitri mengenakan pakaian baru.
Aidilfitri disambut meriah oleh segenap masyarakat Malaysia tanpa mengira umur dan tempat, termasuklah mereka yang bukan beragama Islam. Tiada salahnya orang bukan Islam ingin memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri dengan syarat tidak melanggar batasan ditetapkan syarak.
Keunikan rakyat Malaysia ini sukar dicari di negara lain. Kegembiraan menyambut hari raya ada kalanya tercalar dengan pelbagai peristiwa sedih. Laporan akhbar dan statistik dikeluarkan pihak polis menunjukkan kes kemalangan jalan raya dan kematian maut sepanjang cuti hari raya meningkat hari demi hari.
Ada juga kes pergaduhan sehingga membawa perceraian hanya kerana berselisih faham memutuskan tempat beraya sama ada di kampung isteri atau suami. Tidak kurang juga kes anak mangsa perceraian menjadi orang paling sedih kerana ibu bapa saling berkelahi untuk membawa mereka beraya bersama.
Seharusnya kita mengambil iktibar atas perkara yang berlaku supaya hari raya yang suci dan mulia seharusnya dilalui dengan gembira serta kembali kepada fitrah murni sesama insan. Sebulan ini juga ramai yang akan mengadakan rumah terbuka meraikan saudara serta sahabat handai.
Rumah terbuka sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia seolah-olah perayaan tidak akan lengkap tanpanya. Jika diperhatikan, perubahan budaya itu terutama di bandar secara tidak langsung menyebabkan satu kesan baru di mana tetamu hanya datang ketika rumah terbuka diadakan.
Ia berbeza dengan budaya silam. Namun, perubahan itu seolah-olah diterima ramai dan sebati dalam hidup kita. Kita tidak membantah pelaksanaan rumah terbuka tetapi konsepnya hendaklah tidak meminggirkan apa yang biasa diamalkan terdahulu dalam masyarakat Melayu Islam.
Apatah lagi keadaan ekonomi yang agak ketat memberi kesan kepada seluruh kehidupan kita. Penting untuk direnung adalah berusaha mengeluarkan perbelanjaan sewajarnya dan jangan keterlaluan sehingga boleh membawa kepada pembaziran.
Mengadakan rumah terbuka ini juga jangan kita lupa golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah seperti kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Kadang-kadang ada berlaku rumah terbuka diadakan tetapi jiran tetangga dan orang miskin berdekatan tidak dijemput sama. Ia adalah suatu yang tidak wajar dan perlu dielakkan. Raikanlah mereka juga kerana mereka ini adalah saudara seagama dan orang yang hampir dengan kita.
Tanggalkanlah pakaian adat yang kita pakai dalam meraikan Aidilfitri dan kenakanlah busana Islam ketika menyambut hari kemenangan itu. Lihatlah perspektif Aidilfitri ini dari kaca mata Islam yang sebenar. Aidilfitri adalah hari kebesaran Islam yang berbeza dari perayaan lain yang semata-mata untuk kemeriahan tanpa menyelitkan sebarang unsur agama di dalamnya.
Selepas berhari raya, ramai juga di antara kita yang memulakan ibadat puasa enam. Beruntunglah mereka yang tidak ketinggalan melakukan ibadah puasa enam ini kerana Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang menyempurnakan puasa Ramadan dan diikuti dengan puasa selama enam hari pada Syawal. Jangan pula disebabkan terlalu banyak rumah terbuka kita tidak berkesempatan berpuasa enam.
Sebagaimana hari raya sebelum ini, Aidilfitri ini pasti ceria di kalangan kanak-kanak. Tentulah yang paling menyeronokkan tatkala menerima duit raya. Mereka berlumba-lumba menziarahi rumah ke rumah semata-mata untuk mendapatkan duit raya tersebut. Itulah sifat kanak-kanak yang mana kita sebagai orang dewasa tidak patut menyalahkan mereka. Namun sebagai ibu bapa, kita boleh memberi panduan dan menanam semangat menabung hasil wang kutipan duit raya.
Semailah sifat berjimat cermat ini sewaktu mereka masih di awal usia. Begitu juga janganlah mengajar mereka membazir dalam kehidupan seharian kita.
Tentu juga ada sebahagian kita yang meninggalkan kampung halaman untuk kembali semula ke bandar kerana tuntutan kerja di ibu kota. Kedua orang tua akan kembali kesepian mengenangkan anak cucu mereka di kota yang pulang hanya sekali setahun. Jenguk-jenguklah kedua orang tua kita sementara mereka masih ada. Jika kita harap anak kita nanti akan menziarahi dan memuliakan kita, maka tunjukkanlah teladan yang baik dengan memuliakan ibu bapa kita sementara mereka masih ada.
Sempena hari raya ini juga, rapatkan hubungan sesama adik-beradik, maaf bermaafan dan raikan saudara mara yang sudah tua. Menziarahi datuk, nenek dan lain-lain wajar diutamakan. Santunilah semua orang keliling kita dengan cara terbaik kerana ia adalah sebahagian tuntutan agama.
Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita ambil sempena Aidilfitri ini. Bukalah mata, bukalah minda kita bagi menerima pengajaran ini dengan penuh ketulusan hati. Dengan cara itu kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu dalam keadaan suci bersih daripada noda dan dosa.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan baik dan menjadi titik tolak perubahan kita ke arah mencapai keredaan Allah. Moga kita tidak akan mengulangi kesilapan kita yang lalu dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah kita lalui.
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.org

Wednesday, September 10, 2008
Peguam Syarie Menulis: Masyarakat perlu bantu tangani perlakuan salah
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim
PADA Ramadan ini digalakkan mengawal diri daripada perkara yang boleh mencacatkan ibadat puasa serta melaksanakan ibadat lain sebaik mungkin seperti bersedekah, membaca al-Quran dan membantu golongan tidak berkemampuan.
Masyarakat Islam juga wajar mengambil peluang atas tawaran digandakan pahala di sisi Allah untuk menyempurnakan zakat harta, zakat pendapatan, derma kepada pihak Palestin dan derma kepada umat Islam yang terkena bencana alam pada sepanjang bulan ini.
Semoga Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda atas ibadat yang dijalankan. Rasulullah SAW juga menganjurkan kita memperbanyakkan sembahyang sunat terutama sembahyang Tarawih pada waktu malam sepanjang bulan itu.
Berkenaan ibadat Tarawih, kita selalu berdepan dengan perbezaan pendapat antara melakukan lapan rakaat atau 20 rakaat. Kadangkala perbincangan berlanjutan hingga kita banyak menghabiskan masa berhujah mengenai isu ini.
Adalah lebih baik tidak berdebat mengenai bilangan solat Tarawih sebaliknya mengajak umat secara berhikmah supaya memilih bilangan terbanyak jika mempunyai kemampuan, sihat dan kuat tubuh badan serta mempunyai masa mencukupi. Apa yang penting adalah berusaha menghidupkan bulan ini sebaik mungkin dengan kapasiti masing-masing.
Sepanjang Ramadan setiap tahun juga, kerap didedahkan dengan penangkapan orang Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak. Begitu juga wujudnya kedai makanan yang membuka premis dan menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa secara terang-terangan. Ini adalah perlakuan yang sangat dikesali.
Berhubung kesalahan itu, Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2003 (EJSS 2003) memperuntukkan: “Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu. Dan mana-mana orang yang secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya adalah dianggap melakukan kesalahan.”
Jika disabitkan, pelakunya boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama. Jika disabitkan kali kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal ini, Pegawai Penguat Kuasa Agama (PKA) di tempat berkenaan atau mana-mana pegawai diberi tauliah dan mempunyai kad kuasa boleh mengambil tindakan ke atas pelaku berkenaan.
Tetapi persoalannya, bagaimana pihak PKA boleh bertindak jika tiada sesiapa memaklumkan kepada mereka. Jumlah PKA sangat terhad dan sudah tentu tidak mampu membuat pemeriksaan serta rondaan ke semua premis.
Justeru, masyarakat perlu turut sama membantu memberi pertolongan ke arah menangani isu ini. Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 (ETJS 2003) memperuntukkan bahawa: “Tiap-tiap orang yang mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan dengan serta-merta memberikan maklumat kepada PKA atau pegawai polis yang terdekat mengenai perlakuan atau niat itu.”
Ini menunjukkan bantuan orang awam diperlukan apabila wujud perlakuan salah dalam masyarakat. Salah laku boleh dilaporkan termasuk aduan ada orang Islam tidak berpuasa, ada pasangan disyaki berkhalwat atau ada ajaran sesat di amalkan. Bantuan dalam bentuk maklumat sangat diperlukan supaya PKA dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Untuk lebih jelas, kita boleh merujuk kepada ETJS 2003 yang menggariskan bagaimana sesuatu maklumat boleh diberikan dengan mengisi Borang 5. Dalamnya terkandung nama, alamat, telefon, nombor kad pengenalan, maklumat ingin disampaikan serta tanda tangan pemberi maklumat. Ia bertujuan memastikan kebenaran sesuatu laporan dan pertanggungjawaban pemberi maklumat demi mengelakkan maklumat palsu disampaikan.
Seksyen 54 enakmen sama membenarkan maklumat secara lisan, tetapi PKA yang menerima maklumat perlu memindahkan aduan itu ke dalam tulisan menggunakan borang sama, dibacakan kepada pemberi maklumat dan ditandatangani pemberi maklumat kemudian.
Berdasarkan peruntukan keperluan borang ditandatangani oleh pemberi maklumat, seorang pemberi maklumat menerusi telefon perlu hadir ke pejabat selepas waktu itu untuk memastikan peraturan berkenaan aduan dipenuhi.
Arahan Tetap Pengarah Jais Bil 1/2002, Seksyen 13 menggariskan tahap perlu dilalui oleh pemberi maklumat supaya tindakan diambil dengan wajar. Dengan kehadiran pemberi maklumat di hadapan PKA, akan lebih mudah bagi PKA mendapatkan gambaran lokasi perlakuan salah dan masa kebiasaan berlakunya perlakuan itu supaya tindakan diambil dengan tepat.
Mengikut Seksyen 20 ETJS, pegawai masjid juga boleh mengambil tindakan dan membuat tangkapan tanpa waran. Jika ini berlaku, orang yang ditangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa kepada PKA atau pegawai polis. PKA atau polis hendaklah menangkap semula pelaku itu.
Pegawai masjid dimaksudkan adalah nazir, imam, bilal dan siak atau gelaran tertentu diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor berhubung pengurusan sesuatu masjid seperti dinyatakan dalam seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.
Dalam usaha mencegah kesalahan makan dan menjual secara terbuka ketika Ramadan atau kesalahan lain dalam peruntukan undang-undang, kita mencadangkan supaya:
l) Orang awam akan mengambil pendekatan positif dengan berusaha mengambil tahu dan berani memberi maklumat kepada PKA atas perlakuan salah di tempat mereka.
2) Nombor aduan dan tempat aduan PKA perlu diuar-uarkan supaya masyarakat tahu di mana dan siapa perlu dihubungi apabila keadaan memerlukan.
3) PKA perlu bersikap baik dalam pertuturan dan menerima serta memudahkan urusan penerimaan aduan dan maklumat oleh pihak orang awam serta mengambil tindakan sewajarnya.
4) PKA perlu mempergiatkan rondaan di tempat bermasalah untuk mencegah perlakuan salah daripada berleluasa termasuklah tidak menghormati bulan puasa.
5) PKA perlu diberi latihan sewajarnya, terutama berkaitan penguatkuasaan, prosedur siasatan dan tangkapan supaya tindakan dibuat menepati peruntukan undang-undang. Ia boleh mengelakkan mana-mana pihak menuduh dan memburukkan PKA dengan dakwaan tidak benar.
6) Adalah disarankan juga pihak berwajib menambah bilangan PKA serta membenarkan setiap kariah, kawasan atau kampung mempunyai ramai pegawai yang mempunyai kad kuasa. Ia penting demi memastikan persekitaran setempat adalah sejahtera dan pihak yang perlu dicari berada dalam jarak munasabah untuk dihubungi.
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dikirim kepada excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Wednesday, August 6, 2008
Penguam Syarie Menulis: Ilmu agama kukuh benteng ajaran sesat
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

Amalan bertentangan syariat perlu dijauhi elak gugat ketenteraman, keharmonian
AJARAN sesat berlawanan dengan pegangan agama yang diiktiraf sering kali mengganggu ketenteraman dan keharmonian hidup setempat. Walaupun ajaran itu bersifat pelik dan menyeleweng daripada yang biasa dipelajari, masih ada segelintir umat Islam terpengaruh dan menjadi sebahagian pengikut ajaran sebegini.
Antara ajaran yang difatwakan sesat dalam negeri Selangor adalah ajaran Qadiani, ajaran Haji Banuar Roslan, ajaran tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, al-Arqam, ajaran Martabat Tujuh dan ajaran Zikir Hasan Anak Rimau.
Ada juga kalangan pengikut ajaran sebegini tidak tahu bahawa apa yang dipegang dan dipertahankan itu adalah sesat serta menyimpang daripada ajaran Islam. Justeru, ilmu mengenai asas agama perlu dipelajari supaya dengan akal dan iman yang waras, kita dapat mengenali perkara baru yang diberitahu adalah sesat ataupun sebaliknya.
Apakah yang dikatakan sesuatu ajaran itu sesat dan menyeleweng? Ajaran sesat sebenarnya merujuk kepada ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan ia bercanggah dengan isi kandungan al-Quran dan sunnah.
Ajaran sesat mempunyai beberapa ciri perlu kita fahami antaranya:
Mencemarkan kesucian al-Quran dan hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikai atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap al-Quran dan hadis. Contohnya, mengatakan ayat al-Quran mengenai sembahyang tidak ada dan dimansuhkan atau mengatakan Nabi Muhamad SAW adalah bukan seorang terpuji, bukan nabi terakhir dan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad.
Mengubah prinsip asas dalam akidah Islam seperti ajaran menggabungkan Islam dengan agama lain sehingga menjadi satu ajaran sangat pelik serta terasing atau mengatakan semua agama tidak berbeza dan sama taraf serta datang dari Tuhan yang sama.
Memuja dan mendewakan ketua ajaran sehingga ke tahap mengatakan ketuanya suci daripada dosa, menjadi Nabi, menjadi jelmaan Tuhan di dunia dan boleh mencipta serta membuat mukjizat seperti Nabi terdahulu.
Apabila sampai ke tahap memuja, pengikut akan berusaha melakukan segala perkara untuk ketuanya sehingga memberikan keseluruhan harta, mencium kaki, meminum air basuhan kaki, meminta syafaat pemimpin serta pelbagai perkara yang tidak ada dalam ajaran Nabi Muhammad.
Menolak perkara yang mutlak (qat'ie) dalam Islam. Contohnya, mengatakan berkahwin secara batin tanpa saksi adalah sah, ketua ajaran dan pengikutnya boleh berkahwin dengan seberapa ramai yang dikehendaki. Ketua dan ahlinya sudah bebas daripada hukum-hakam agama dan tidak perlu mengerjakan sembahyang atau puasa, mengajarkan solat tidak perlu mengerjakan dengan perbuatan, sebaliknya memadai dilakukan dengan niat saja.
Mengubah konsep pahala dan dosa seperti memberi kuasa pengampunan dosa kepada ketua ajaran. Ketua boleh memberi pahala dan menjamin pengikutnya masuk ke syurga atau pun semua yang mengikutnya tidak akan dihisab amalannya di akhirat kelak.
Mendakwa boleh melakukan sesuatu yang pelik bersangkutan dengan perkara ghaib. Contohnya, ketua ajaran mengatakan dia boleh bercakap dengan Tuhan, boleh memanggil roh simati termasuklah berinteraksi dengan Nabi, malaikat atau pun mengatakan syaitan tidak berani menggoda kerana maqamnya terlalu tinggi.
Mendewakan sesuatu yang lain selain Allah atau mensyirikkan Allah dengan sesuatu sembahan lain termasuklah meminta bantuan bukan daripada Allah tetapi menyeru nama jin atau makhluk halus. Menolak hadis Nabi serta membenci semua diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW.
Apabila sesuatu ajaran bertentangan dengan prinsip asas Islam, maka setiap yang beriman perlu menjauhinya dan berusaha menyelamatkan orang lain daripada terpengaruh. Ada peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkenaan kesalahan ajaran sesat.
Contohnya, seksyen 4 (1) memperuntukkan kesalahan membabitkan memuja alam semula jadi atau melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan cara menyalahi hukum syarak.
Seksyen 7 enakmen yang sama memperuntukkan orang mengajar atau menjelaskan doktrin atau melaksanakan upacara bertentangan hukum syarak dan fatwa yang berkuat kuasa sama ada di tempat sendiri atau di tempat umum boleh disabitkan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak lebih enam kali sebatan.
Apakah yang boleh dilakukan jika kita mendapat tahu ada ajaran sesat berlaku dalam kawasan kita?
Kita perlu membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa Agama (PKA) memaklumkan mengenai ajaran yang disyaki bertentangan Islam. Selepas aduan dibuat, PKA akan mengadakan siasatan ke atas aduan itu.
Seksyen 54 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 memperuntukkan cara seseorang awam boleh membuat aduan. Pengadu perlu memberi aduan bertulis dengan mengisi borang, mencatat dengan terperinci apa dan di mana perkara disyaki itu berlaku.
Borang itu perlu ditandatangani dan maklumat mengenai diri pengadu juga perlu disertakan. Ini bertujuan menjaga pertanggungjawaban pengadu terhadap aduan dibuat. Jika aduan diberi secara lisan, ia juga perlu dipindahkan kepada bentuk bertulis.
Walaupun pada dasarnya PKA akan bertindak apabila ada aduan, tetapi dalam keadaan tertentu berdasarkan Seksyen 57 enakmen sama, PKA boleh terus bertindak dan menangkap walaupun tanpa aduan jika ada sebab untuk mensyaki perlakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap berlaku.
Contohnya kes yang sudah dihebohkan oleh media, PKA boleh terus bertindak melakukan siasatan kerana jika menunggu laporan orang awam terlebih dulu, mungkin masa sudah menjadi terlalu lambat dan pihak bersalah juga mungkin berjaya melarikan diri. Ini perlu diperhalusi antara kes membabitkan kesalahan boleh tangkap, kes umum dan kes dikecualikan.
Demi untuk menyelamatkan masyarakat daripada terjerumus dalam ajaran sesat kita mengharapkan supaya:
Umat Islam berusaha mencari ilmu membabitkan ajaran Islam daripada pihak yang diketahui berilmu atau badan diiktiraf supaya tidak terpengaruh dengan ajaran pelik yang terasing.
Kita juga perlu memantapkan kefahaman mengenai perkara asas dalam Islam sehingga berjaya membezakan antara ajaran tepat dengan yang menyeleweng.
Membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab atau PKA di tempat ajaran yang disyaki menyeleweng.
Memohon kerajaan menambah bilangan PKA profesional dan mahir dalam kaedah siasatan dan tangkapan di setiap negeri serta kawasan supaya mampu menangani permasalahan dan kesalahan berbentuk agama yang bertambah.
Memohon setiap ajaran yang dikenal pasti sesat dan menyeleweng disegerakan fatwanya oleh pihak berwajib dan dihebahkan kepada orang awam seberapa segera.
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

PERINGATAN: Papan tanda mengenai ajaran Qadiani yang dipasang di Balai Penghulu Mukim Batu, Gombak. - Gambar Hiasan

Wednesday, February 13, 2008
Iktibar isu batal pengharaman bertudung di Turki
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim
PADA 28 Januari lalu, media melaporkan Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan secepat mungkin melalui arahan Parlimen. Perkembangan di Turki mengenai isu penarikan balik pengharaman tudung menarik perhatian dunia.
Perubahan itu akan membabitkan pindaan Perlembagaan Turki. Sejak berada di bawah kepemimpinan Parti AK, ada banyak kemajuan berhubung penghayatan Islam dilaksanakan walaupun mendapat tentangan sesetengah golongan.
Akhirnya pada 10 Februari lalu, media massa melaporkan Parlimen Turki mengundi iaitu 411 menyokong berbanding 103 menentang penarikan balik pengharaman berkenaan. Kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah dan tahniah atas kejayaan usaha negara sekular itu.
Turki adalah negara didiami 99 peratus rakyat beragama Islam, namun terikat kepada sistem sekular diasaskan Mustapha Kamal Attartuk masih lagi menebal. Bahkan, jelas dalam Perlembagaan Turki menyatakan ciri sekular negaranya.
Walaupun diancam golongan aristokrat dan tentera Turki, golongan Islam tidak pernah berputus asa berusaha menegakkan kalimah Allah di bumi Turki.
Namun, kita melihat usaha murni Parti AK yang didukung oleh Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri baru-baru ini hanya berlaku secara unilateral dan langsung tidak disokong pejuang hak asasi kemanusiaan. Persoalan ketara, di manakah pejuang hak asasi kemanusiaan dalam isu itu?
Andai kata Turki mewajibkan pelajar wanitanya memakai tudung di universiti dan ada usul menarik balik perintah itu, sudah tentu pejuang hak asasi daripada seluruh dunia berbondong-bondong memberi tekanan dan melobi supaya perintah itu ditarik balik.
Tetapi apabila pengharaman memakai tudung diusulkan untuk ditarik balik, di mana pejuang hak asasi manusia? Adakah pejuang hak asasi mengamalkan sikap berat sebelah apabila membabitkan isu hak Muslim dalam beramal? Adakah wanita Islam di Turki tidak mempunyai hak mengenakan tudung di universiti?
Isu penarikan pengharaman tudung di universiti awam hanyalah secebis daripada isu di perantauan yang menjadi tamsil kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ia sewajarnya memberi iktibar kepada semua untuk menilai apakah yang berlaku dalam masyarakat kita.
Contohnya, ketika kes Subahsini lawan Saravanan @ Mohd Shafi dibicarakan, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas nama memperjuangkan hak wanita dari dalam dan luar negara mengeluarkan kenyataan mengecam Saravanan dengan tuduhan ingin melarikan diri daripada tanggungjawab memberi nafkah terhadap isterinya dengan memeluk Islam, termasuklah tuduhan memaksa anaknya memeluk Islam bersamanya.
Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau dan mereka melaungkan bahawa seorang wanita ditindas atas tindakan suaminya memeluk Islam. Seolah-olah si suami langsung tidak mempunyai hak mengamalkan kepercayaan agamanya.
Namun, keadaan berbeza dapat dilihat dalam beberapa kes lain di mana yang memeluk Islam itu ialah wanita dan wanita Islam ini terpaksa menempuh pelbagai rintangan serta halangan dalam mengamalkan agamanya.
Hampir tidak kedengaran langsung NGO mempertahankan hak wanita mualaf ini. Mereka juga memerlukan bantuan dan sokongan. Adakah semata-mata kerana mereka adalah wanita memeluk Islam, mereka tidak disokong?
Wanita seperti nama Nor Laily, Aishah Sandera, Siti Aisyah Lachimi, Nor Adriana Qistina dan ramai lagi memeluk Islam selepas mendapat hidayah Allah dan sekarang menghadapi kesukaran dalam rumah tangga mereka kerana suami enggan memeluk Islam.
Mereka berada di persimpangan antara hidayah Allah dan suami. Nama-nama itu begitu asing bagi kita berbanding dengan nama Subahsini yang dipertahankan atas nama hak asasi memilih agama.
Lantaran timbul persoalan kenapakah perkara sebegini boleh berlaku di negara kita?
Kebebasan beragama dijamin Perlembagaan Persekutuan dinikmati semua rakyat melangkaui batas agama dan bangsa. Namun, kebebasan itu bukanlah kebebasan mutlak yang tidak mengenal had dan sempadan. Sekiranya hak itu dinafikan sudah tentu wanita mualaf ini juga wajar mendapat perhatian daripada NGO yang memperjuangkan hak wanita.
Begitu juga kita berdepan dengan beberapa permasalahan membabitkan kod berpakaian tidak membenarkan wanita Islam memakai pakaian sopan menutup aurat seperti dilaksanakan beberapa syarikat besar di negara ini.
Contohnya, syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal mensyaratkan pakaian yang sopan untuk pekerja lelaki, tetapi sangat terdedah, sendat dengan skirt pendek yang tidak bersesuaian nilai ketimuran bagi pekerja wanitanya.
Begitu juga beberapa syarikat lain termasuk pasar raya besar, kedai gambar dan sebagainya. Bagi yang membuat keputusan memakai pakaian menutup aurat, mereka dinafikan kerja itu walaupun mempunyai kelayakan dan minat. Kenapa perkara seperti itu tidak diangkat oleh kesatuan sekerja mahupun kumpulan hak asasi manusia demi kepentingan wanita terbabit?
Apakah kita ingin melihat satu lagi kes seperti Habshah Jaafar yang terpaksa memilih diberhentikan daripada jawatan besar yang dipegangnya di sebuah hotel besar di ibu kota semata-mata kerana memilih memakai tudung seperti berlaku sebelum ini?
Sikap tidak menyenangi orang Islam mengamalkan agama mereka sebenarnya berpaksikan ketidakfahaman mengenai ajaran Islam sendiri dan kekeliruan berhubung kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tiada siapa boleh mempertikaikan kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan. Apa yang diperjuangkan adalah mengembalikan kedudukan Islam seperti mana sebelum datangnya penjajah. Jika atas nama hak asasi diperjuangkan, maka mereka perlu berlaku adil menilai dua keadaan berbeza.
Apabila seseorang tidak mahu melakukan sesuatu dan dipaksa melakukannya, maka ia dianggap melawan hak asasi seseorang. Justeru, apabila seseorang wanita memilih memakai tudung sedangkan ada peruntukan melarangnya memakai tudung, maka itu juga melawan hak asasi mereka.
Dalam kes sebegini, kita mendesak pihak kerajaan dapat memberi teguran dan NGO yang mengetengahkan isu hak asasi manusia wajib berlaku adil dengan memberi bantuan serta sokongan kepada isu beramal dengan ajaran Islam termasuk memberi sokongan moral terhadap isu wanita mualaf, juga isu tudung di negara Turki.
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/ dan sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com

Labels:
(A) Nurhidayah Muhd Hashim,
Dunia Islam
Wednesday, February 6, 2008
Peguam Syarie Menulis: Pasangan wajar disiasat, elak buta kerana cinta
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim
exco_pgsm@yahoo.com
DEWASA ini pelbagai kisah negatif dilaporkan di media berkenaan kecelaruan sistem sosial masyarakat termasuk sistem kekeluargaan. Contohnya, media pernah menyiarkan ramai pasangan berkahwin, tetapi akhirnya bercerai dalam tempoh tidak sampai 10 tahun perkahwinannya atas pelbagai alasan.
Ada kes suami didakwa mencederakan dan melakukan penderaan ke atas isteri menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kecederaan pada badan isteri. Seorang bapa ditahan atas dakwaan merogol anaknya yang masih kanak-kanak.
Mahkamah Sesyen di sebuah negeri juga dilaporkan pernah menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun ke atas seorang bapa yang mengaku merogol anak gadisnya sendiri berumur 15 tahun.
Media juga sebelum ini ada melaporkan ramai anak berstatus profesional yang mewah hidupnya mengambil tindakan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan ibu bapa uzur dan tidak boleh menjaga kebajikan mereka.
Pada masa sama, laporan mengenai pembabitan anak muda dengan dadah, menjadi mat rempit, berlumba motosikal secara haram, bergaduh sesama mereka, merompak, terbabit dalam gejala seks bebas juga tidak pernah habis diperkatakan. Belum lagi membabitkan masalah buli di sekolah, ponteng kelas, melepak tanpa tujuan, merokok dan sebagainya.
Semua ini secara tidak langsung menjadi satu petanda bahawa sistem sosial kita berada dalam keadaan yang agak celaru, sakit dan perlu diubati segera. Semua masalah yang berlaku tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak mempunyai hubungkait dengan keluarga.
Rumah tangga yang bercelaru menyebabkan anak dalamnya terganggu jiwanya. Pasangan yang selalu bergaduh juga tidak mempunyai ketenangan dalam jiwa mereka. Kebahagiaan dapat dicapai apabila hati tenang dan gembira.
Hati menjadi tenang apabila urusan sekeliling terutama membabitkan orang yang disayangi berada dalam keadaan baik. Orang yang disayangi itu pula ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan anak yang lahir daripada satu perkahwinan dibina.
Hati yang tenang juga sebenarnya datang daripada kehidupan yang berkat dan dipenuhi cahaya rahmat oleh Allah. Walau sekaya mana pun kita, kita tidak boleh membeli bahagia dan ketenangan.
Merujuk urusan rumah tangga, apabila seorang perempuan menerima lamaran untuk menjadi isteri kepada mana-mana lelaki, dia sebenarnya sudah menyerahkan hampir keseluruhan dirinya untuk berada bawah lembayung dan jagaan lelaki itu.
Segala kasih sayang yang ada dan ketaatan diberikan kepada lelaki berkenaan. Isteri juga selalunya bersedia pula berkongsi semua perkara dan menerima suaminya sebagai ketua rumah tangga yang dibina. Wanita perlu mengambil inisiatif memastikan dia tidak tersalah pilih pasangan.
Orang tua menyebut cinta itu buta. Kerana ia buta, maka ramai wanita mencintai dan berkahwin dengan lelaki yang tidak diketahui latar belakangnya. Begitu juga ramai lelaki mengahwini wanita yang belum dikenali keturunan dan agamanya.
Dalam keadaan masyarakat yang agak gawat ini, kita menyarankan supaya wanita merujuk kepada ibu bapa dan memastikan restu ibu bapa sebelum berumah tangga. Justeru, kahwin lari ke mana-mana tempat untuk mengelakkan masalah wali bapa seharusnya dielakkan.
Pada masa sama, setiap orang juga wajar membuat sedikit kerja rumah menyiasat latar belakang bakal pasangan. Orang tua dulu pernah berpesan dalam menyiasat latar belakang bakal suami, lihat bagaimana dia berhubungan dengan ibu bapa dan keluarganya. Apakah dia seorang yang menyayangi ibunya, mengasihi dan melindungi adik-adiknya serta boleh dibawa berbincang dalam menangani sesuatu masalah?
Jika ada ciri itu, besar kemungkinan dia akan turut melayani dan melindungi isteri dan anak dengan baik selepas perkahwinan. Jika dia seorang yang cepat mengamuk, pantang tersilap akan menengking dan memerintah ibunya, tidak mengasihi dan mengambil berat terhadap adiknya, maka ia petanda supaya wanita itu wajar berhati-hati sebelum mengambil keputusan yang memberi kesan kepada keseluruhan kehidupannya pada masa depan. Begitulah sebaliknya.
Dalam satu kajian yang pernah dijalankan terhadap kira-kira 100 kes tuntutan cerai di Mahkamah Syariah, kira-kira 70 kes menuntut cerai fasakh atas alasan suami mendera, melayani dengan kasar, memukul isteri di depan anak dan orang tidak berkenaan serta tidak memberi nafkah.
Dalam keterangan diberi, sebahagian besar mengakui suami adalah seorang yang panas baran, suka memukul, terbabit dengan dadah daripada awal perkahwinan, malas bekerja, pantang tersilap, maka terus memukul isteri dan ada juga yang memaksa isteri menjadi pelacur.
Di samping itu, ada kes suami dan ayah yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, anak lelaki yang meninggalkan kebajikan ibu bapa, tidak menghulurkan sebarang sumbangan kewangan selepas berkahwin dan melebihkan isteri dalam segala hal berbanding ibunya.
Termasuk menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Ini juga adalah perkara besar dan perlu ditangani dengan baik. Tidak ada sebarang alasan membolehkan anak membuang ibu bapa sama ada tidak sanggup, malas atau malu menjaga ibu bapa yang uzur.
Rasulullah SAW banyak berpesan supaya setiap kita berusaha memilih pasangan yang baik, beragama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Beragama tidak hanya menjadikan Islam sebagai agama anutannya, tetapi menjadikan agama sebagai landasan hidupnya, beramal dengan peraturan agama, menghayati halal haram, dosa pahala, menjadikan rahmat dan berkat Allah adalah matlamat dalam kehidupannya.
Semua pihak perlu menggembleng tenaga membina dan membaiki kegawatan masyarakat. Pihak kerajaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu terbabit sama menangani isu ini. Di samping perlunya pendekatan undang-undang, mungkin antara usaha yang wajar dibuat adalah pihak berwajib perlu menambah baik kandungan.
Pendekatan kursus praperkahwinan dengan tajuk yang relevan kepada isu itu di samping membina kekuatan jiwa pasangan untuk patuh kepada agama. Mungkin kursus pascaperkahwinan kepada pasangan sudah berkahwin juga perlu dilaksanakan untuk membina semangat beragama di samping memberi ilmu keibubapaan, menyuburkan kasih sayang antara pasangan, menangani tekanan dan sebagainya yang bersesuaian demi membaiki kegawatan masalah dalam masyarakat.
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Semua tulisan boleh dilayari di http://peguamsyarie.blogspot.com/ dan sebarang komentar boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

Wednesday, January 23, 2008
Peguam Syarei Menulis: 6 kriteria peguam adili perundangan syariah
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar dan Nurhidayah Muhd Hashim
exco_pgsm@yahoo.com
PADA 17 Januari lalu, berlangsung majlis pentauliahan peguam syarie baru bagi Wilayah Persekutuan. Majlis itu diadakan di Bangunan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kira-kira 150 peguam syarie berjaya memperoleh tauliah dan diiktiraf sebagai peguam syarie yang layak beramal di Wilayah Persekutuan. Majlis pentauliahan dilakukan di hadapan Ketua Hakim Syarie Malaysia, Datuk Ibrahim Lembut; Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, Hussin Ahamad dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Datuk Asri Abdullah.
Majlis itu penting bagi menunjukkan pertambahan bilangan peguam syarie baru yang diterima masuk dan layak untuk beramal. Umum mengetahui bahawa dalam setiap tindakan di mahkamah sama ada Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, peguam adalah pihak penting membantu perjalanan kes.
Perkara itu disentuh Persatuan Peguam Syarie (PGSM) pada majlis pentauliahan itu. Secara umumnya, profesion kepeguaman berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri.
Seseorang peguam wajar berusaha memiliki kualiti seperti berintegriti, sabar, suka mencari ilmu, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran untuk membantu pihak yang memerlukan tanpa menjadikan wang sebagai ganjaran dan matlamat utama. Sebaliknya, perlu menjadikan peluang berkhidmat dan membantu pihak teraniaya sebagai keutamaan.
Antara ciri yang perlu ada pada peguam ialah:
Mempunyai sikap positif dalam menjalankan tugasan. Peguam wajib menjalankan tugasan dengan penuh integriti di mana tugasan itu memerlukan mereka bersikap jujur, amanah terhadap pelanggan, menjalankan profesion dengan penuh kesungguhan tanpa menolak nilai profesional tinggi peguam. Peguam mesti bertindak dengan penuh keyakinan, menghormati orang lain sama ada pelanggan, peguam lain dan mahkamah dalam menegakkan keadilan.
Mengambil berat dan sabar dalam berurusan. Sikap ini menghendaki peguam untuk sentiasa menghormati dan melayan semua pihak sama ada pihak lawan dan peguam mereka dengan adil, baik dan sewajarnya serta menjauhi daripada bertindak tidak adil dan prejudis terhadap mana-mana pihak sepanjang proses undang-undang dilaksanakan.
Ia bermakna, walaupun peguam mewakili pelanggannya, pada masa sama, peguam di pihak lawan tetap dianggap kawan dan boleh berbincang dengan sebaiknya demi kesejahteraan kes dan pihak yang diwakili.
Cintakan ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu. Peguam perlu sentiasa berusaha menambah ilmu dengan menggunakan pelbagai kaedah sama ada menghadiri seminar undang-undang, membaca buku atau bertanya kepada peguam lebih berpengalaman perkara yang belum difahami.
Dengan bekerjasama, kita akan lebih cepat memahami dan menyelesaikan sesuatu kekusutan yang belum diketahui. Peguam berpengalaman juga perlu terbuka untuk mendidik peguam baru sebagai pelapis profesion ini.
Bersikap baik dan mengambil berat. Peguam yang mengambil berat profesion ini akan mengambil pendekatan baik dan mengambil berat serta menghormati bukan saja kepada mahkamah dan rakan sekerja, tetapi juga seluruh manusia yang digaulinya.
Menghormati mereka memerlukan kita menepati setiap mesyuarat yang diputuskan, temu janji dibuat, mengambil berat kepada jadual tugasan dan memberi komitmen tinggi kepada apa yang perlu dilaksanakan.
Peguam mesti mewakili pelanggan dengan penuh kesetiaan dan kesungguhan, komited dalam tugasannya serta menghormati kepercayaan diberikan terhadapnya. Pada masa sama, kesungguhan dan kesetiaan kepada pelanggan tidak pula menyebabkan dia melakukan tindakan tidak benar, kasar dan biadab apatah lagi menzalimi lawannya. Setiap peguam perlu menjadi contoh kepada kebaikan, kepatuhan undang-undang dan menjaga sistem keadilan syariah yang diperjuangkan.
Bersungguh dan teliti. Peguam perlu sanggup berkorban masa, tenaga, kepakaran untuk memahami dan menguasai setiap fakta kes serta peruntukan undang-undang yang dibentangkan di hadapannya. Dengan menguasai fakta dan undang-undang, ia akan membantu peguam menjalankan tugasan dan mencari hujah yang perlu, bersesuaian dan mendalam untuk kebaikan pelanggannya.
Suka berkhidmat dengan hati yang luhur dan ikhlas. Peguam tidak wajar terbabit dalam urusan undang-undang saja, tetapi perlu turut sama dalam urusan memberi kebajikan kepada masyarakat, membantu dalam soal membabitkan perundangan, pendidikan, khidmat sosial, kebajikan dan sebagainya.
Ketika berurusan dengan pihak lawan serta peguam mereka atau mana-mana pihak yang terbabit dalam sistem perundangan negara, peguam mesti berusaha menjadikan sistem keadilan itu dapat berfungsi dengan baik dan cemerlang.
Peguam perlu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan buruk, menjatuhkan nama baik Mahkamah Syariah, sistem perundangan syariah atau menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap perundangan syariah terhakis.
Apa yang menjadi matlamat adalah mencari kebenaran, menamatkan perselisihan secara baik dan memberi hak kepada yang berhak dengan penuh keadilan seperti diperuntukkan hukum syarak.
Sebelum memilih untuk membawa sesuatu kes ke muka pengadilan dan meneruskan perbicaraan, peguam wajar mencari jalan dan mencadangkan kepada pelanggan alternatif untuk menyelesaikan pertelingkahan dan masalah seperti menggunakan kaedah sulh, mediasi dan sebagainya.
Hadis diriwayatkan Abu Dawud yang bermaksud: "Hakim itu ada tiga jenis. Satu di dalam syurga dan dua lagi akan ke neraka..." Sangat memberi penekanan mengenai konsep integriti. Hadis itu bukan saja ditujukan kepada hakim, malah untuk peguam kerana hakim yang akan ke neraka itu sudah pasti akan mengheret peguam yang berhujah secara palsu di depannya bersama mereka. Oleh itu, peguam hendaklah menjadi pembantu kepada kebenaran bukan kepada kebatilan.
Justeru, peranan peguam sangat besar sebagai pembantu mahkamah menegakkan keadilan demi meletakkan hak kepada mereka yang berhak. PGSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peguam syarie yang berjaya mendapat pentauliahan.
Penulis ialah Presiden dan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/ dan sebarang komentar boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

Subscribe to:
Posts (Atom)