Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Rasulullah menyatakan al-Jamaah terselamat berbanding 71 golongan yang akan hancur
DARI sudut sejarah, tidak diketahui dengan tepat tarikh kemunculan mazhab Ahlal-Sunnah wal-Jamaah. Begitu juga tokoh yang mula memperkenalkan nama mazhab itu. Kemunculannya jauh berbeza daripada aliran Syiah dan Khawarij.
Kemunculan kedua-dua golongan itu bermotifkan politik terutama kepemimpinan umat Islam. Oleh itu, Syiah dan Khawarij boleh dikatakan dua parti siasah agama yang terawal lahir dalam sejarah umat Islam.
Menurut Ibnu Tamiyyah (wafat 728 Hijrah), Ahli Sunnah adalah mazhab sedia ada sejak dulu dan dikenali sebelum kemunculan Abu Hanifah, Malik, al-Syafie dan Ahmad. Ia mazhab sahabat yang bersumber daripada Nabi SAW. Mereka bersepakat mengatakan ijmak sahabat adalah hujah, tetapi mereka berselisih pendapat mengenai ijmak generasi selepas sahabat.
Ibn Abbas menyebut istilah Ahl al-Sunnah ketika beliau mentafsirkan firman Allah yang maksudnya: "(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang) menjadi hitam legam".
Dalam ayat itu, Ibn Abbas mentafsirkan muka orang yang putih berseri ialah Ahl al-Sunnah dan ulama, manakala muka hitam legam ialah ahli bidaah sesat.
Ahmad Hambal (wafat 241 Hijrah) pula menyatakan dalam mukadimah kitabnya al-Sunnah: "Inilah mazhab ahli ilmu, ashab al-athar dan ahl al-sunnah yang berpegang teguh pada al-Sunnah yang dikenali jejak langkahnya serta menjadi ikutan umat bermula daripada sahabat Nabi SAW hingga ke hari ini."
Asas pengenalan kepada Ahl al-Sunnah boleh dilihat melalui keiltizaman mereka dengan al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan utama mengatasi yang lain. Di samping itu, mereka memandang tinggi kepada generasi sahabat, tabiin dan tokoh ulama hadis kerana melalui jaluran ini ilmu agama dapat dipelajari serta diyakini.
Ulama berusaha mencari siapakah yang dimaksudkan al-Jamaah iaitu golongan yang terselamat seperti dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW. Daripada Anas Malik bahawa Rasulullah bersabda bani Israel kepada 71 golongan, daripada itu 70 golongan hancur binasa dan satu golongan lagi terselamat.
Sesungguhnya umatku juga akan berpecah kepada 72 golongan dan 71 golongan akan hancur binasa. Satu golongan lagi akan terselamat". Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah golongan yang terselamat itu? Baginda menjawab: Al-Jama'ah, al-Jamaah. (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Secara umum pendapat ulama berhubung al-Jamaah seperti berikut:
# Golongan teramai (al-Sawad al-Azam) daripada umat Islam
Ini berdasarkan sabda Rasulullah maksudnya: "Allah tidak menghimpunkan umatku dalam perkara kesesatan selama-lamanya. Hendaklah kamu mengikuti al-Sawad al-A'zam, yang bermaksud sekumpulan majoriti orang yang berhimpun mentaati pemerintah dan menurut jalan yang lurus."
Berdasarkan kenyataan ini, termasuk dalam pengertian al-Jamaah ialah golongan mujahid umat, ulama dan pendukung syariat yang beramal dengannya. Sesiapa saja yang keluar daripada jemaah, dia ialah golongan menyeleweng yang terjatuh dalam perangkap syaitan.
Begitu juga ahli bidaah kerana amalan mereka bercanggah dengan amalan golongan terdahulu daripada umat ini. Oleh itu, dalam keadaan apa sekalipun mereka tidak termasuk dalam al-Sawad al-Azam.
# Golongan ahli ilmu, fekah dan hadis kalangan ulama mujtahidin
Allah menjadikan imam mujtahid sebagai hujah terhadap makhluk yang menerima ajaran mereka dalam urusan agama. Merekalah golongan yang dimaksudkan melalui sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Allah tidak menghimpunkan umatku dalam perkara kesesatan selama-lamanya".
# Sahabat Rasulullah secara khusus tidak termasuk generasi selepas mereka
Mereka menegakkan tiang agama dan meneguhkan sendinya. Mereka juga tidak pernah berhimpun dalam perkara sesat.
Pendapat ini juga menepati riwayat al-Jamaah yang disebutkan Rasulullah dalam hadis bermaksud: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan juga sahabatku."
Dr Hamka pula berpendapat Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah orang yang mengikuti sunnah Nabi dan ulama mujtahid yang mengeluarkan pendapat bebas sebagai hasil ijtihadnya. Orang yang menganut mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali dalam soal furuk ialah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, sedangkan Syiah, Khawarij dan Muktazilah tidak termasuk di dalamnya.
Demikian juga pendukung bidaah yang menambah, apatah lagi mengurangi ajaran Nabi Muhammad SAW tidak termasuk dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Dalam ilmu kalam, mazhab al-Asyari dan al-Maturidi ialah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
Ringkasnya, Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah generasi sahabat dan tabiin yang bersatu mengikuti kebenaran yang jelas daripada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.
Showing posts with label Ahli Sunnah Wal Jamaah. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009
Saturday, November 7, 2009
'Usah lari dari kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah'
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

Pemikir kontemporari dikhuatiri tidak faham maksud Islam progresif, naif intelek
JANGAN menginjak daripada kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pembentuk tamadun Islam sejak di Madinah hingga sekarang kerana tiada apa yang salah, malah tiada masalah dalam kerangka ilmu serta sistem sedia ada itu.
Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata untuk mendepani pelbagai aliran baru, masyarakat perlu kembali kepada jati diri rantau ini yang sejak asal berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Tempat kita adalah rantau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam akidah, cara faham fekah, bentuk peribadi manusia, interaksi antara pemimpin dan rakyat semua dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Malah, mendepani isu globalisasi, percambahan ilmu, berdepan dengan masalah yang mengganggu juga dalam kekuatan intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan cara itu akan timbul suasana keseragaman, kebenaran dan keharmonian terjaga," katanya.
Beliau berkata, tidak sukar untuk memenuhi kehendak masyarakat atau perubahan hidup hari ini kerana semua boleh dilakukan berpandu kepada jati diri serta kerangka peradaban yang sudah menjadi pegangan sejak dulu.
Dr Muhammad Uthman berkata, setiap ilmu yang baru boleh dipelajari serta terbuka kepada ruang perbahasan kerana tidak semua yang diperoleh itu sesuai tetapi mana yang baik dan boleh diterima tanpa merosakkan akidah, tidak menjadi kesalahan mendalaminya.
Katanya, kata kunci yang perlu diberi penekanan ialah apakah yang datang itu sesuai, dapat diterima dan paling penting tidak mengganggu keharmonian serta ketenangan masyarakat keseluruhannya.
"Contohnya, mengetahui serta menggunakan teori quantum itu memang perlu tetapi hendaklah dijelaskan. Begitu juga dengan falsafah pasca modenisme. Persoalannya, adakah ia sesuai untuk kita di sini.
"Maknanya bukan tidak boleh membincangkan ilmu baru kerana saya juga membicarakan mengenai pelbagai bidang baru dan tidak perlu pula mengganggu kerangka ilmu serta sistem yang ada," katanya.
Beliau berkata, golongan pemikir kontemporari hari ini jangan terlalu terkesan dengan terma digunakan bagi menggambarkan Islam atau daya intelektual kerana takut apa yang dikatakan tidak seperti gambaran sebenar.
Begitu juga dalam memahami Islam yang progresif kerana dibimbangi konsep itu tidak difahami sepenuhnya tetapi lebih kepada mencari populariti dengan memberikan hujah yang mudah diterima orang lain.
"Orang yang bercakap mengenai progresif itu tahu ke maksud perkataan berkenaan, sudah ke merujuk kepada kamus Oxford. Saya takut mereka ini terperangkap dalam apa dikatakan kenaifan intelektual. Fikiran tidak jauh dan muflis kerohanian.
"Saya hormat dengan Said Nursi yang baru muncul di Turki tetapi masih setia dengan kerangka asal. Orang Turki maju dalam kerangka asal. Kita juga begitu dengan kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita ada Bank Islam, takaful, malah sistem pendidikan kita mendapat perhatian," katanya.
Dr Muhammad Uthman berkata, pendekatan golongan membawa aliran pemikiran kontemporari ini mudah diterima kerana mereka menyeru kepada khayalan sosial yang dibentuk media Barat dan sebaiknya dikaji susur galur asal pemikiran itu serta kesannya.
Katanya, media juga terbabit dalam menyebarkan pandangan berkenaan apabila mereka kadang-kadang mengutip 'Syeikh' daripada media asing seperti Reuters, Associate Press (AP), sedangkan ramai ilmuwan di negara ini mereka tidak nampak.
Menjawab soalan mengenai kecenderungan sesetengah pihak menjemput penceramah luar negara untuk menyampaikan ilmu mengenai Islam, beliau menjawab, "Ini mainan psikologi, biasalah orang lebih suka dukun luar daripada dukun kampung. Tidak semestinya dukun luar itu lebih bagus."
Oleh itu katanya, menjadi tanggungjawab pemimpin, ulama, guru dan ibu bapa termasuk media cetak dan elektronik kembali mendidik kerangka pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya masyarakat dapat hidup mengikut prinsip tamadun serta kerangka intelektual yang asal.
"Ungkapan orang tua, hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah.
"Ramai orang tidak faham. Ertinya, perlu didik orang kita menjaga integriti budaya dan intelektual umat," katanya.

Labels:
(A) Hasliza Hassan,
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Subscribe to:
Posts (Atom)