ALLAH berfirman dalam al-Quran menjelaskan perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan adalah di bawah tadbir Allah. Oleh itu sujudlah kepada Allah yang mengawal selia dan menyelenggara terbit, terbenam matahari serta bulan.
Firman-Nya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah." (Surah al-Fussilat, ayat 37)
Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, antaranya memberi peringatan supaya hamba-Nya tidak melampaui batas.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah.
"Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang di kalangan manusia.
"Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari).
Gerhana bulan adalah amaran Allah untuk manusia supaya patuh dan setia di atas titah perintah dan menjauhi larangan-Nya. Gerhana bulan adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya.
Sesungguhnya gerhana bulan akan berlaku dari tahun ke tahun sebagai peringatan Allah atas segala keterlanjuran dasar yang dilakukan sama ada disukai atau tidak kerana sampai satu ketika, gerhana bulan tidak pulih daripada gerhana dan bumi juga gerhana.
Firman Allah yang bermaksud: "Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan apabila bulan hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan." (Surah al-Qiyamah, ayat 7-9)
Mengikut sejarah, gerhana bulan berlaku beberapa kali pada hayat baginda Rasulullah SAW. Sementara gerhana matahari terjadi pada tanggal 10 Rabiulawal tahun ke-8 hijrah.
Gerhana matahari kebetulan berlaku sewaktu kematian putera baginda Rasulullah SAW iaitu Ibrahim ketika berusia 70 hari. Gerhana matahari terjadi sekali lagi pada 10 Muharam 61 hijrah sewaktu Saidina Hazim bin Ali dibunuh.
Ahli falak Islam yang masyhur di zaman silam, Imam al-Khawarizmi berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan itu mewujudkan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah.
Oleh kerana sewaktu berlakunya gerhana matahari, matahari berada hampir dengan bumi.
Pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang menyebabkan berlakunya perubahan angin yang memberi kesan kepada cuaca dan musim. Ini boleh membawa perubahan kepada tumbuhan, tanaman dan benda hidup di dunia.
Ummul mukminin Saidatina Aishah berkata, "Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah.
Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: Wahai umat Muhammad, jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Nasai)
Khutbah online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Showing posts with label Alam. Show all posts

Thursday, January 7, 2010
Thursday, May 7, 2009
Kebersihan jiwa mampu tangani kemusnahan alam
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com

Influenza A berlaku angkara alpa tanggungjawab sebagai khalifah
KEHIDUPAN dan kematian adalah ketentuan Allah. Dalam dunia serba fana, semua ada kepada yang berusaha, mampu memiliki apa dianugerahkan kepada makhluk semesta tetapi yang selalu dilupa ialah kehidupan dunia hanya sementara, tiba masanya perlu meninggalkan segala-galanya. Tambahan, apa yang ada di dunia ini menyebabkan manusia lalai dan lupa. Justeru, Allah mengutuskan Rasul dan Nabi sebagai penyampai peringatan daripada-Nya supaya manusia yang alpa kembali kepada fitrah. Ada yang menentang, ada juga yang taat.
Apabila ditimpa bencana dan wabak menguji manusia, ia bukan bertujuan menghukum atau mendera atas kesalahan dilakukan tetapi sebagai amaran kita melewati batas dan harus sentiasa beringat ujian untuk menguji keimanan.
Oleh itu, orang yang mengakui hakikat keesaan Allah harus menerima qada dan qadar di samping meningkatkan ketahanan diri daripada tipu daya serta berusaha memantapkan diri kerana setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya.
Namun, kesombongan juga boleh membuatkan manusia menghadapi bencana sebagai tanda kita harus akur dan mematuhi perintah-Nya serta insaf terhadap perilaku yang mencabar kekuasaan-Nya.
Firman Allah bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka sudah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat." (Surah ar-Ruum, ayat 41)
Benar juga bahawa aksi dan lagak manusia adalah permainan serta hiburan. Firman Allah bermaksud: "Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan melalaikan." (Surah al-An'aam, ayat 32)
Hari ini dunia digemparkan dengan wabak Influenza A yang virusnya begitu rakus menyerang manusia di beberapa negara dan ia penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian. Sesiapa saja boleh terdedah kepada virus itu walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengelak ia berlarutan. Langkah pemantauan serta usaha awal menghadapi kemungkinan dijangkiti wabak dilakukan dengan pantas dan berkesan.
Namun, kita trauma dengan apa yang sedang berlaku sehingga selesema dan demam biasa pun menimbulkan kerisauan yang bukan sedikit. Itulah akibat tidak menjaga kebersihan dan tidak adil terhadap imbangan alam. Ia boleh dielak dengan pencegahan seperti mengelak kekotoran di ladang ternakan, tidak makan makanan memudaratkan kesihatan serta mengamalkan hidup berhemah. Firman Allah bermaksud: "Dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka zahir dan batin." (Surah at-Taubah, ayat 108)
Dalam Islam, membersihkan diri tidak cukup dengan yang zahirnya saja, tetapi mencakupi kesucian akidah daripada syirik dan kufur. Perbuatan menjurus kepada mempercayai kuasa lebih besar daripada Allah menandakan akidah sudah tercemar dengan anasir mengganggu kesucian hati serta jiwa.
Kita juga harus membersihkan diri daripada dikotori nafsu yang bersifat zalim kepada diri serta orang lain. Nafsu memusnahkan hidup manusia dan membuatkan mereka ketagih kehidupan sia-sia sedangkan mereka tahu ada kehidupan sesudah itu yang kekal abadi.
Selain itu, kita boleh mengelakkan wabak dan bencana yang menghancurkan umat Islam dengan menjaga kebersihan akal daripada terlalu bebas sehingga mengetepikan wahyu dan sunnah yang diutus sebagai panduan hidup di dunia.
Ada penyakit yang menimpa jasad manusia akibat mengamalkan seks bebas, minum arak, makan makanan haramkan dan yang berpunca daripada akal dikotori pemikiran bebas, bukan berteraskan perintah serta larangan Ilahi.
Kehidupan sosial yang terjaga mengikut batasan syarak dan bersih daripada anasir melampaui keizinan hukum serta syariat akan menjamin kehidupan lebih baik. Bukan saja hubungan sosial secara umum juga membabitkan pergaulan antara suami dan isteri yang ada sempadannya.
Banyak bencana berlaku terhadap manusia kerana tidak berpegang teguh kepada perintah dan panduan disediakan. Selain itu, bersih daripada sifat keji antara cara mencegah kebinasaan manusia. Lalai mengingati Allah dan suka menzalimi manusia antara sifat bermukim di hati manusia yang sudah kotor dengan dosa.
Musuh manusia bukan iblis dan syaitan saja tetapi juga manusia memusuhi Penciptanya dan kotor jiwa sehingga sanggup melakukan perbuatan jahat seperti fitnah serta membunuh. Cabaran dan dugaan melanda dunia hasil tangan makhluk Allah ternyata menjadi pengajaran kepada orang yang berfikir. Kemusnahan manusia dan alam tidak berlaku tanpa sebab dan manusia perlu memohon pertolongan-Nya supaya bumi serta isinya selamat.
salidasuhaila99@yahoo.com

LANGKAH pencegahan wabak Influenza A turut dilakukan di dalam kelas. - Gambar hiasan

Labels:
(A) Nik Salida Suhaila Nik Saleh,
Alam,
Kebersihan,
Penyakit
Subscribe to:
Posts (Atom)