Oleh Mohd Noor Bin Omar
KEMATANGAN fahaman Islam di Malaysia perlu diiktiraf dengan memberi ruang kepada keseimbangan dalam rekayasa pembangunan tamadun dengan keselarian antara tata-akidah dan muamalah.
Bertambahnya sifat ketidakcukupan moral, kemiskinan adab, pengabaian tanggungjawab, penguncupan keseimbangan serta kegagalan perundangan hasil daripada kerangka kapitalis dan sekular jelas memerlukan pemulihan. Masa untuk kembali kepada aturan Islami sudah lama tiba, apatah lagi dengan wujudnya desakan.
Penekanan kepada bentuk sudah menjelmakan rupa pengasingan label konvensional dan islami. Soal ini sedang diperbincangkan dan tidak kurang juga menimbulkan pertikaian, sehingga ada yang lupa konvensional juga boleh diislamkan dengan nama. Islam tidak pernah membandingkan label tetapi menggariskan landasan tertentu sebagai panduan.
Islam tidak pernah mengasing-asingkan antara akidah, muamalah dan akhlak. Malangnya, kecenderungan yang berlaku sekarang ialah muamalah islami lebih ketara kerana pasaran manakala pada masa sama, aspek akidah dan akhlak dikesampingkan. Parahnya amat ketara kepada mereka yang berada di zaman ini dan lebih buruk lagi generasi akan datang.
Semua ini berlaku kerana wujud ketempangan dalam penekanan sama ada di peringkat diri, institusi keluarga, masyarakat atau negara. Masyarakat sudah terpengaruh dengan acuan sekular dan kapitalis yang berjaya mengubah sistem kepercayaan mereka.
Banyak telaah boleh diperhalusi, secara umumnya seperti kefahaman mengenai konsep kebebasan, kewajaran, kesahihan, keadilan, kekayaan dan sebagainya. Neraca logik sering digunakan berbanding neraca taklifi syarak atau justifikasi iman untuk mengawal selia tingkah laku.
Masalah tahap kebijaksanaan dalam memacu kemajuan, ternyata memberi gambaran bahawa aturan tamadun islami tidak seimbang atau secara khususnya sistem kepercayaan Islami mulai pudar. Persoalan mencari keredaan Allah dalam melaksanakan aktiviti seharian makin diabaikan. Apalagi ketetapan hati terhadap keperluan unsur keimanan lain seperti persoalan pembalasan, dosa dan pahala dan sebagainya.
Penggunaan laman web, media, telefon bimbit dan lain-lain lagi sering menjerumuskan kepada gejala tidak sihat malah parah di kalangan generasi muda seolah-olah segala tindakan itu tidak akan diadili dan dunia dianggap kesempatan untuk mencari kepuasan.
Dalam konteks lebih besar, memang tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpotensi menjadi medan pusat kebangkitan Islam daripada pelbagai sudut. Sebut saja pasaran kewangan dan perbankan, pendidikan dan pelajaran, pasaran barangan dan perkhidmatan, busana dan penampilan, kajian dan penerbitan, pengurusan dan banyak lagi.
Penekanan kepada muamalah islami amat berkesan, malangnya persoalan akhlak diabaikan di dalam sistem. Kes sosial seperti pergaulan bebas, pembuangan bayi, keruntuhan institusi kekeluargaan tidak boleh dipandang ringan.
Kemungkinan ini ada kaitan dengan kecenderungan masyarakat. Apa yang dipentingkan ialah rupa luarnya nampak Islam, maka aspek keimanan diabaikan. Imam Malik pernah menukilkan bahawa barang siapa yang berfekah dengan tanpa bertasauf, maka mereka akan tergolong dalam golongan yang fasik (rosak). Kebenarannya ternyata apabila berlaku kerosakan dalam sistem akhlak masyarakat terutama golongan pelapis baru.
Showing posts with label Muamalat Islam. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009
Monday, April 6, 2009
Muamalat sebagai ibadah jamin kesejahteraan umat
Oleh Nazri Hussein
Jual beli secara jujur untungkan pembeli, peniaga di samping perkukuh ekonomi negara
ISLAM sebagai agama yang lengkap mengangkat perniagaan antara sumber pendapatan yang dilimpahi keberkatan selain menjana ekonomi umat supaya dapat bersaing dengan masyarakat bukan Islam.
Keberkatan perniagaan sebagai sumber pendapatan menguntungkan dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Sembilan daripada 10 sumber rezeki manusia datangnya daripada perniagaan." (Hadis riwayat Muslim)
Perniagaan yang berkat memenuhi ciri diredai Allah seperti bersumberkan yang halal, adil dan tidak mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya jujur kepada pembeli ketika urusan jual beli.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabda bermaksud: "Sebaik-baik pendapatan adalah daripada perniagaan (jual/beli) yang berkat dan usaha daripada tangan sendiri."
Isu kenaikan harga barang menyebabkan pengguna yang kebanyakan berpendapatan sederhana dan rendah terus mempersoalkan kejujuran serta ketelusan peniaga yang dianggap tamak dan mengejar kekayaan.
Diriwayatkan Imam Bukhari, Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada golongan yang terbabit dalam dunia perniagaan seperti peruncit, pengusaha, pemborong atau orang tengah yang tidak jujur, menyeleweng serta mengamalkan rasuah.
Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sebahagian daripada penghuni neraka terdiri daripada peniaga yang tidak amanah dalam urusan perniagaan dengan menipu dan mengurangkan timbangan berat ketika berjual beli."
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik peniaga berhemah, beretika, mempunyai sikap toleransi tinggi, jujur dan bertanggungjawab ketika berniaga. Ketika membantu perniagaan isterinya, Saidatina Khadijah, Baginda sentiasa mendapat keuntungan besar kerana jujur, bertimbang rasa dan disenangi pelanggan.
Satu perkara yang sering dipandang remeh peniaga hari ini ialah mutu barang diniagakan. Kebanyakan mereka kurang mempedulikan barang tulen atau palsu serta tarikh luput yang menentukan rosak atau baiknya barang didagangkan.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW sering mengingatkan umat Islam supaya mengelak daripada menjual barang rosak atau tidak boleh digunakan kerana balasan Allah kepada peniaga yang menipu sangat berat dan pedih.
Dalam suatu kisah, ketika Rasulullah SAW tiba di sebuah pasar, Baginda melihat ramai orang Islam berniaga, lalu Baginda mendekati seorang lelaki berniaga buah tamar yang dilonggokkan lalu memeriksa buah itu.
Rasulullah sungguh terkejut apabila mendapati peniaga itu mencampurkan buah tamar elok dengan yang rosak dan dijual dengan harga yang sama. Baginda menasihati peniaga itu mengasingkan buah berkenaan kerana perbuatan itu dianggap menipu dan hasilnya tidak berkat serta haram di sisi Islam.
Selain itu, amalan riba serta mengurangkan timbangan adalah sebesar-besar dosa dikutuk Allah. Perbuatan itu dilakukan mereka yang berniat mengaut keuntungan berganda tanpa memikirkan kesusahan orang lain akan menerima seksaan di akhirat.
Firman Allah: "Dan jangan kamu dekati harta anak yatim, melainkan dengan cara yang baik sehingga dia dewasa, dan cukupkan sukatan dan timbangan dengan betul (urusan jual beli)." (Surah al-An'am, ayat 152)
Namun, berapa ramaikah peniaga hari ini menjadikan kerjaya mereka sebagai amanah dan tanggungjawab besar dalam masyarakat selain hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Menjadi kewajipan limpahan rezeki yang diperoleh dibelanjakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin dan anak yatim. Keuntungan perniagaan perlu disucikan dengan menunaikan zakat, sedekah, derma serta amalan jariah demi membersihkan harta yang dimiliki sebagai bekalan di akhirat.
Demikianlah, Islam melihat besarnya peranan peniaga dalam urusan muamalat yang menjadi penentu kepada kegawatan ekonomi atau keutuhan ekonomi umat. Keikhlasan dan kejujuran akan mengikis sifat tamak, rasuah, penyelewengan serta kesombongan demi mencari keberkatan hidup yang hanya sementara ini.
Kegawatan ekonomi ketika ini adalah saat untuk peniaga dan pengguna mencari pendekatan terbaik menyemai kesefahaman supaya situasi 'menang-menang' dicapai demi memperkasa ekonomi umat Islam secara menyeluruh.

Labels:
(A) Nazri Hussein,
Ibadah,
Muamalat Islam,
Perniagaan
Wednesday, October 15, 2008
Bersama YaPIM: Ar-Rahnu alternatif ummah elak riba dalam muamalah
Oleh Mohd Idham Mohamed Yunus
AMERIKA SYARIKAT dilanda krisis ekonomi sekali gus membuka tembelang dasar pasaran terbukanya. Buat pertama kali, Kongres Amerika meluluskan pelan penyelamat AS$700 bilion (RM2.5 trilion). Tindakan Kongres ini yang pada mulanya tidak meluluskan pelan penyelamat terbesar, sebenarnya bertentangan dengan falsafah liberalisme ekonomi mereka yang menjuarai dasar pasaran terbuka dan menolak campur tangan kerajaan.
Falsafah yang dibentuk daripada tokoh seperti Adam Smith dengan ideanya the invisible hand (tangan halimunan) kononnya mengangkat darjat pasaran terbuka yang boleh menentukan perjalanan ekonomi negara. Katanya, polisi dan ketetapan kerajaan hanya mengacau nafsu mereka untuk mengaut keuntungan maksimum. Inilah faham humanisme yang akhirnya meletakkan manusia sebagai penentu mutlak setiap keputusan.
Akhirnya, Amerika yang berkiblatkan dasar terbuka berasaskan akal kecundang dengan falsafah diperjuangkan mereka. Ketika krisis ekonomi 1997, apabila kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia melaksanakan pelan penyelamat, dikecam habis-habisan oleh Amerika. Hari ini, ibarat 'paku dulang paku serpih'. Pada 5 September lalu, Kementerian Buruh Amerika melaporkan, pengangguran meningkat hampir 6.1 peratus lima tahun lalu. Peningkatan mendadak dan menakutkan sehingga lebih teruk daripada peristiwa 11 September. Bank besar di Amerika dijangka menyusul jatuh ibarat teori domino menyebabkan ramai yang mengeluarkan deposit mereka.
Sejauh mana kita sedar kesan dan tragedi kewangan Amerika? Adakah dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, kita sekadar menutup mata dengan isu ini? Adakah kita menganggap kejadian di Amerika tidak menjejaskan kita? Jika kita bersikap begitu, ia satu kesilapan besar. Namun, masih tidak terlambat untuk kita faham dan bersedia dengan malapetaka ini.
Aidilfitri selain masa terbaik menyambung silaturahim, juga dilihat bulan meraikan fitrah baru. Kita mengharap ibadah Ramadan diterima Allah dan menjadikan kita seperti bayi baru lahir. Dalam konteks fizikal, kita boleh lahirkan sifat fitrah dengan tidak melakukan maksiat atau merokok. Selain roh dan jiwa, aspek pemikiran juga perlu difitrahkan. Sejauh mana umat Islam sedar musibah riba dan sistem ekonomi yang tidak berlandaskan syariah? Apa yang berlaku di Amerika adalah terjemahan musibah Allah terhadap riba yang sudah berakar dalam ekonomi mereka. Walaupun punca kejatuhan ekonomi di Amerika dipengaruhi banyak faktor lain, amalan riba adalah faktor dominan kerana sudah ratusan tahun menjadi fahaman falsafah kapitalisme mutlak terbit daripada akal mereka yang terhad.
Apa yang berlaku di Amerika menunjukkan bank melalui sistem simpanan berpecah, membenihkan duit melalui pinjaman yang diberikan kepada pelanggan. Duit bagi mereka adalah komoditi yang boleh dijadikan duit. Dalam Islam wang hanya alat membeli barang. Bank di Amerika juga memberi pinjaman semula kepada peminjam berpotensi tetapi mereka gagal membayar balik. Ini menunjukkan ketamakan bank hanya berniat mengejar keuntungan. Akibatnya, peminjam dan bank menanggung hutang bertimbun.
Riba adalah dosa berat dalam Islam. Imam Malik mengatakan al-Quran melihatkan riba dosa sangat berat kerana Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terhadap mereka. Firman Allah, bermaksud, "Wahai orang beriman, bertakwa kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya, " (Al-Baqarah : 278- 279).
Dalam hadis Nabi SAW, "Riba mempunyai 70 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim).
Ceti haram di Malaysia dikaitkan dengan keganasan dan pembunuhan. Kajian menunjukkan peristiwa ngeri itu berpunca daripada kegagalan membayar bunga yang terlalu tinggi.
Terbukti larangan riba oleh Allah dan Rasul adalah juga larangan kepada usaha mengaut untung bersandarkan kesengsaraan orang lain. Di negara ini, dasar kerajaan mewujudkan perbankan Islam yang menjadi pilihan kepada umat Islam dan bukan Islam. Institusi seperti YaPEIM merintis jalan menyediakan alternatif dalam penyaluran bantuan mikro kredit khususnya menerusi Skim Ar-Rahnu di rangkaian pajak gadai Islam milik YaPEIM di seluruh negara.
Umat Islam lebih maklum dengan hukum fiqh ibadat seperti dosa makan makanan haram dan minum arak. Konteks hukuman di luar fiqh ibadat juga perlu diamalkan termasuk muamalat yang terkandung di dalamnya dosa riba. Wujud kesedaran sistem kewangan Islam harus mendokong falsafah ekonomi Islam sebenar.
Apabila berlaku tragedi ekonomi di Amerika, apakah umat Islam sedia menawarkan sistem alternatif mapan atau menunggu orang lain menawarkan alternatif terbaik. Kita harus tidak memilih sesetengah hukum saja. Kadangkala kita sempurna menjaga solat dan puasa daripada terbatal namun kita cetek dalam memahami hukum agama dalam konteks aktiviti ekonomi kita.

Monday, August 18, 2008
Mendalami ilmu faraid elak pertikaian pembahagian harta
Oleh Hasliza Hassan
bhnews@bharian.com.my
ISLAM sebagai agama yang syumul menggariskan pelbagai pilihan kepada umatnya untuk meninggalkan harta kepada ahli waris atau individu yang disayangi. Antara instrumen yang ditawarkan ialah hibah, wasiat dan wakaf.
Menerusi cara dibenarkan itu, perancangan harta dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna bagi memastikan semua ahli waris dapat menikmati kehidupan lebih selesa kemudian hari yang menepati saranan Rasulullah SAW supaya meninggalkan waris dalam keadaan hidup senang, bukan meminta-minta.
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu mengenai ilmu pengurusan harta atau lebih dikenali sebagai ilmu faraid menyebabkan timbul banyak masalah apabila berlaku kematian dan ahli waris bertelagah ketika mereka mahu mendapatkan harta peninggalan.
Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008 anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Amanah Raya Berhad (ARB) cuba mengangkat ilmu faraid sebagai ilmu yang perlu diberi perhatian semua pihak.
Tujuannya, menggalakkan umat Islam mengguna pakai ilmu faraid yang menetapkan pembahagian harta pusaka bagi golongan yang berhak berlandaskan al-Quran dan sunnah kerana tidak keterlaluan jika dikatakan tidak ramai yang faham mengenai ilmu faraid.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan perasmian konvensyen itu berkata perkembangan masa kini menjadikan urusan pengurusan harta semakin mencabar.
Justeru katanya, semua pihak yang terbabit dalam mengurus harta atau memutuskan kes berkaitan umat Islam perlu bersedia daripada aspek kefahaman, rujukan serta keupayaan berijtihad untuk menghadapi kes berkaitan pengurusan harta.
“Masyarakat juga hendaklah dididik mendekati dan berjinak-jinak dengan ilmu pengurusan harta seperti faraid dan hibah supaya pentadbiran harta berjalan lancar mengikut panduan ditetapkan al-Quran dan sunnah.
“Kegagalan dan kelemahan dalam merancang, mengurus serta mentadbir harta boleh mengakibatkan pelbagai kesulitan di kalangan waris. Selain itu, boleh menyebabkan keretakan hubungan silaturahim sesama ahli waris.” katanya.
Ilmu faraid ialah kaedah fiqh dan matematik yang dapat mengetahui orang yang berhak terhadap harta pusaka dan bahagian untuk setiap ahli berhak dengan kadar wajib mereka terima. Peranan ilmu ini juga untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu ahli waris atau bukan.
Walaupun sudah jelas peruntukan pembahagian harta mengikut ilmu faraid dalam al-Quran, masih berlaku kes harta tidak dibahagikan mengikut peraturan di tetapkan dan berlaku juga pihak yang tidak berhak turut mendapat harta.
Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Mohd Ridzuan Awang berkata, bagi memastikan kesyumulan hukum faraid umat Islam perlu mematuhi hukum dan syarat, tanggungan harta dan penentuan ahli waris.
Katanya, kuasa terletak kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan semua itu sebelum sijil faraid dikeluarkan bagi membolehkan pentadbir harta menguruskan proses pembahagian berdasarkan ketetapan dalam sijil faraid.
“Harta hanya boleh diberi selepas mahkamah menentukan siapa waris yang benar-benar berhak, menentukan harta sepencarian serta kadarnya, membuat pengesahan mengenai wasiat, hibah dan wakaf selain mengeluarkan perintah mengikut Kanun Tanah Negara.
“Apabila semua itu sudah diputuskan, barulah Mahkamah Syariah mengeluarkan sijil faraid yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Berdasarkan sijil faraid inilah pembahagian harta dilakukan kepada waris,” katanya.
Beliau berkata, masalah yang sering dihadapi ketika proses pengeluaran sijil faraid ialah maklumat disertakan tidak mencukupi, senarai harta yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak ada keseragaman antara negeri dalam mengeluarkan sijil faraid.
Malah, dalam sesetengah kes, ada ahli waris yang disembunyikan sementara sebahagiannya pula tidak hadir ketika perbicaraan. Lebih menyulitkan apabila tidak ada persefahaman ketika membuat permohonan kerana ahli waris berbalah sesama mereka.
Oleh itu, katanya umat Islam perlu mengetahui cara membuat permohonan sijil faraid yang betul bagi memastikan urusan pembahagian harta yang berkesan serta menjaga kebajikan ahli waris yang berhak terhadap harta itu.
Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zamro Muda berkata, hibah adalah satu kaedah perancangan harta bertujuan membela nasib kaum kerabat terdekat dengan syarat ia berlandaskan hukum syarak.
Katanya, elemen penting dalam pemberian hibah adalah penerimaan barang hibah atau al-Qabd oleh penerima hibah daripada pemberi hibah yang bermaksud penerima mendapat sesuatu, menguasai dan boleh melakukan sesuatu ke atas barang berkenaan.
Bagaimanapun katanya, masalah berkaitan hibah ialah apabila pemberian itu hanya diketahui oleh pemberi dan penerima hibah, sedangkan waris lain tidak dimaklumkan. Ia menyebabkan berlaku pertelingkahan terutama jika ada waris tidak bersetuju.
Sebab itu katanya, disarankan supaya hibah dibuat secara bertulis dalam bentuk dokumen yang boleh ditunjukkan kepada pihak yang tidak mengetahui wujudnya hibah itu. Ia bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara waris.
“Sebaiknya apabila ada ijab dan kabul bagi barang yang dihibah, hendaklah ditukar nama sebagai bukti jika timbul pertikaian kelak. Begitu juga dengan harta, hendaklah dipindah milik kepada penerima hibah,” katanya.
Zamro berkata, hibah mempunyai kebaikan kerana harta yang dihibahkan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris. Hibah juga membolehkan pewarisan harta dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
Namun, katanya, hibah mengikut syarat sewajarnya masih tidak popular di kalangan umat Islam selain tiada undang-undang khusus mengenainya diwujudkan setakat ini. Justeru, penerangan mengenai produk hibah perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Wan Abd Halim Wan Harun berkata, sehingga kini belum ada statut khusus berkaitan harta pusaka orang Islam di Malaysia dan proses pembahagian ialah mengikut hukum faraid.
Katanya, pihak berkaitan pusaka orang Islam hanya merujuk kepada kitab faraid di samping menghadiri kursus asas dan pembelajaran secara tidak formal selain berpandukan pengalaman dalam jawatan membolehkan mereka memahami hukum faraid lebih mendalam.
“Itu baru hukum faraid, belum lagi masalah yang mungkin dihadapi apabila membabitkan hukum hibah, tuntutan harta sepencarian, wasiat atau pemilikan tanah pusaka yang mempunyai bidang kuasa berasingan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan proses pembahagian harta pusaka satu proses membebankan serta mengelirukan kerana terpaksa berurusan dengan banyak pihak,” katanya.
Justeru katanya, undang-undang berkaitan hukum harta pusaka umat Islam perlu dipermudahkan dengan mencadangkan penubuhan Mahkamah Pusaka sebagai satu institusi yang berkemampuan menyelesaikan semua masalah membabitkan pengurusan harta pusaka.

(A) Hasliza Hassan,
Faraidh,
Harta,
Muamalat Islam,
Pusaka
Saturday, August 16, 2008
Muslim cintakan harta lebih bahaya daripada serigala buas
Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad
DUNIA ini penuh dengan fitnah dan ujian. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk dan di mana saja. Harta adalah fitnah paling besar kerana tiada siapa boleh terlepas daripadanya. Perkara itu ditegaskan Allah dalam al-Quran
Firman Allah bermaksud: "Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anakmu itu hanya sebagai cubaan (fitnah) dan sesungguhnya pada sisi Allahlah pahala yang besar." (Surah al-Anfal, ayat 28)
Manusia ini jika tiada harta dianggap miskin, jika ada harta dianggap kaya, sedangkan kedua-dua keadaan itu adalah ujian dan cubaan Allah. Orang tiada harta ada dua keadaan, iaitu ada yang reda dan ada yang tamak. Yang pertama itu dipuji dan kedua dicela.
Orang yang ada harta pula ada dua keadaan iaitu ada yang bakhil, kikir kedekut dan ada pula suka berbelanja. Yang satu dicela dan yang satu lagi dipuji. Orang suka berbelanja pula ada dua keadaan, iaitu yang membazir dan ada berjimat cermat. Dipuji ialah yang berjimat.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang beriman, janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Dalam konteks bahayanya harta ini terhadap seorang Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
Maksudnya, daripada perspektif agama, seorang Muslim yang cintakan harta dan pangkat kedudukan itu lebih berbahaya daripada serigala yang berada di kandang kambing. Demikian perbandingan digambarkan Nabi Muhammad SAW bagaimana harta mempunyai pengaruh besar kepada manusia.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Sebaik-baik harta ialah harta yang berada pada orang yang baik (salih)." (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tabarani)

(A) Dr Abdul Rashid Ahmad,
Harta,
Muamalat Islam
Sunday, February 17, 2008
Ulul Albab: Ijtihad penasihat syariah membentuk tajdid
Oleh Abdurraham Haqqi
Ulama pewaris nabi menambah baik sistem kewangan Islam, perkuat isu kehidupan ummah penuh rahmat
DALAM Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2007 anjuran Centre for Research and Training (CERT) tahun lalu, ada disarankan agar institusi kewangan Islam seharusnya melantik pakar syariah sepenuh masa supaya senang membuat rujukan dan mendapatkan nasihat.
Dengan adanya penasihat syariah sepenuh masa dalam perbankan atau institusi kewangan Islam amnya, produk inovatif syariah akan lebih banyak diperkenalkan. Ia kerana penasihat syariah akan menumpukan perhatian kepada penerokaannya sama ada menjumpai satu-satu produk dalam khazanah fikah Islam mahupun mencipta satu produk baru yang belum pernah wujud sebelum ini. Perkara ini boleh dibuat seandainya penasihat syariah sudah sebati dengan organisasi perbankan Islam atau institusi kewangan Islam.
Panduan yang lazimnya dilakukan penasihat syariah perbankan Islam adalah hakikat jenis kontrak dalam khazanah fikah Islam yang antaranya adalah kontrak dalam jenis aqud musamma dan uqud ghayr musamma atau uqud mustajiddah. Yang pertama disebut merujuk jenis kontrak yang sudah dibincangkan ulama terdahulu yang membincangkan pengertian, syarat, rukun dan hukumnya seperti kontrak jual beli, sewa, dan penjaminan. Yang kedua pula disebut merujuk kepada jenis kontrak yang belum pernah atau tidak pernah disentuh dan dibincangkan oleh ulama silam secara spesifik. Antara uqud ghayr musamma yang dicipta ulama semasa dan diguna pakai secara meluas pada hari ini adalah murabahah li al-amir bi al-syira', ijarah muntahiyah bi tamlik, musyarakah mutanaqisah dan wakalah bi istithmar.
Jadi kerja penasihat syariah yang boleh dianggap sebagai mujtahid di sini adalah melakukan ijtihad ketika menerusi penemuan pandangan ulama terdahulu mahupun mencari yang terbaik daripada pandangan mereka. Dalam mempertimbangkan uqud mustajiddah beberapa perkara utama harus diambil kira. Dr Nazih Hamad dan Dr Mohammad Ali al-Qari, seperti ditulis Suhaimi Mohd Yusof dan Ahmad Hazim Alias menggariskan dhawabit atau panduan tertentu yang perlu dipatuhi dalam pembentukan apa saja konsep uqud mustajiddah.
Panduan itu ialah:
l Tujuan melaksanakan kontrak baru berkenaan adalah bagi memenuhi keperluan masyru`ah yang diharuskan syarak serta atas dasar maslahah muktabarah atau kemaslahatan (faedah) yang diambil kira.
l Ia hendaklah bebas daripada riba, gharar fahisy, ghisy, tadlis, daripada memakan harta secara batil, tidak memudaratkan salah satu pihak atau mengakibatkan kehilangan hak seseorang.
l Ia tidak bercanggah dengan nas atau ijmak yang sorih dan jelas.
l Kontrak baru boleh terbina sama ada ia langsung tidak menyerupai mana-mana uqud musamma yang sedia ada dalam syarak atau menyerupai uqud yang sedia ada dalam fiqh tetapi berbeza dari segi syarat.
Dalam keadaan di mana syaratnya berbeza, maka pada ketika ini syarat itu perlu diteliti daripada beberapa sudut yakni jika ia menggugurkan syarat yang dinaskan maka hukumnya haram. Sebagai contoh jual beli tertangguh dalam pasaran komoditi di pasaran komoditi antarabangsa menyerupai jual beli saham, tetapi ia tidak mempunyai syarat penyerahan modal ketika majlis akad, sedangkan penyerahan modal ketika majlis adalah syarat dinaskan.
Kedua, jika ia menggugurkan syarat yang juga ijtihad ulama maka hukumnya bergantung kepada: kewujudan `illah syarat berkenaan. Contohnya syarat mudarib mesti seorang Muslim diwujudkan kerana terdapat kesangsian bahawa seorang bukan Muslim tidak memelihara soal riba dan perkara haram, tetapi dengan wujudnya aktiviti pengawasan kegiatan perniagaan, rekod dan perakaunan, kesangsian itu tidak lagi timbul. Oleh itu, pengguguran syarat ini tidak menjejaskan kontrak. Dan 'uruf yang berkaitan. Contohnya, garam pada masa silam dikategorikan sebagai al-makilat, tetapi pada masa kini ia dikategorikan sebagai al-mauzunat. Akhirnya persekitaran ekonomi semasa. Contohnya logam lain seperti besi dan tembaga yang dijadikan sebagai alat perantara pertukaran dikeluarkan daripada hukum sarf dan jual beli saham dalam mata wang diharuskan ketika mata wang yang diguna pakai adalah dinar dan dirham.
Jika syarat yang wujud dalam kontrak baru tidak diketahui dalam perbahasan fikah terdahulu, maka syarat itu harus selagi ia mengandungi kemaslahatan pihak berkontrak dan tidak membatalkan atau menafikan tujuan kontrak muqtada al'aqd. Syarat itu dianggap fasid dan menjejaskan kontrak jika ia membawa kepada perkara haram dan menafikan tujuan kontrak.
Dengan perkataan lain, penerokaan produk perbankan Islam memerlukan tajdid atau pembaharuan fikah. Tajdid boleh diertikan sebagai pembaharuan (renewal); memulih (islah) atau merangka semula (reshape). Dalam konteks tulisan ini tajdid mungkin boleh merujuk kepada usaha merangka semula jenis kontrak khasnya uqud ghayr musamma dalam Islam sebagai tindak balas kepada pelbagai cabaran industri perbankan dan kewangan Islam.
Tajdid adalah perkara lumrah dalam fikah Islam. Dalam sejarah perkembangan mazhab Shafie ia sudah melalui beberapa proses "pembaharuan", "tajdid", tanqih dan tahdhib. Sebagai contoh, dua kali tanqih berlaku dalam mazhab Shafie. Tanqih pertama (505-676H) diketuai oleh al-Imam al-Rafi'i (557-623H) dan Imam al-Nawawi (631-676H), manakala tanqih yang kedua (676-1004H) dipimpin oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami (m.973H) dan Imam al-Ramli (m.1004H). Tanqih al-madhhab boleh difahami sebagai menyucikan mazhab daripada pendapat yang pelik (shadh) dan marjuh; atau menerangkan qawl muktamad fuqaha mazhab dalam semua bab fiqh. Faktor tanqih ini merujuk kepada beberapa sebab terutama "lambakan karya fiqh, takhrij fiqh yang menyalahi usul mazhab, istinbat yang marjuh atau ijtihad yang syaz; taksub mazhab dan sebagainya. (Prof Madya Dr Abdul Karim Ali, "Tajdid Fiqh Mazhab Shafie di Malaysia")
Amalan perbankan dan kewangan Islam membabitkan aktiviti kewangan yang dilakukan berdasarkan falsafah, prinsip dan konsep yang digariskan dalam syariah. Amalan perbankan dan kewangan Islam semasa dibangunkan dengan meletakkan beberapa asas penting bagi memastikan kepatuhannya kepada hukum syarak. Asas-asas utama itu ialah bebas daripada amalan riba, meminimumkan gharar dan bebas daripada unsur judi (maysir).
Ulama secara umumnya sepakat berhubung pengharaman riba. Bagaimanapun, ulama mempunyai pandangan berbeza dalam soal kategori atau jenis riba dan `illah pengharaman riba. Ulama pada dasarnya sepakat berhubung keperluan menghindari unsur gharar dalam aktiviti muamalat. Namun begitu, ulama dalam membahaskan mengenai gharar, memberikan definisi gharar yang pelbagai. Penghapusan unsur perjudian dalam aktiviti muamalat Islam adalah perkara yang disepakati oleh semua ulama kerana terdapat dalil yang jelas terhadap pengharamannya.
Urusan muamalat adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dalam mengatur kehidupan umat. Asas syariah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah menjadi sandaran utama dalam mentafsirkan kehendak dan keperluan manusia yang sering berubah-ubah dari semasa ke semasa. Dalam konteks meraikan kehendak dan amalan semasa berhubung dengan muamalat, syariah sama sekali tidak menyempitkan keadaan dengan hanya merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Ijtihad ulama diperlukan untuk memperincikan hukum sesuatu perkara yang digambarkan secara umum oleh kedua-dua sumber utama itu. Ruang lingkup ijtihad ulama sudah pastinya berasaskan sumber utama dengan melihat realiti kehidupan yang lebih praktikal sejajar kehendak syariah.
Bagi menangani isu semasa muamalat, ulama fikah mengambil kira secara serius perkara pokok dalam tradisi istinbat al-ahkam (kaedah perumusan hukum). Namun begitu, dalam menjalankan tanggungjawab ini, ulama sentiasa mengambil pendekatan seimbang antara aspek teori dengan amalan dan antara pematuhan prinsip syariah dengan `urf al-iqtisadiyyah (amalan kebiasaan aktiviti ekonomi). Dalam konteks ini, terdapat kaedah fikah yang bermaksud: "Tidak boleh dinafi atau diingkar perubahan sesuatu hukum kerana perubahan masa".
Kaedah membawa mesej jelas betapa hukum akan berubah dengan perubahan budaya dan cara hidup manusia. Dalam bidang perniagaan, kaedah perniagaan juga terus berubah bersama-sama dengan kemajuan zaman dan tamadun manusia itu sendiri. Kaedah fikah menyatakan "perkara yang menjadi amalan dalam kalangan peniaga adalah pengikat antara mereka".
Seperti dinisbahkan Subhi Mahmasani kepada Ibn al-Qayyim apabila dia berpendapat kegagalan memberikan tindak balas yang tepat terhadap perubahan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. Katanya: …interpretasi undang-undang sewajarnya berubah dengan perubahan masa, tempat, keadaan, dan adat pengabaian fakta ini mengakibatkan ketidakadilan kepada syariah dan menyebabkan banyak kesukaran dan kepayahan. Sungguhpun begitu, memang diketahui bahawa syariah yang mulia lagi memelihara kepentingan tertinggi manusia tidak akan membenarkan natijah sedemikian." (Lihat Suhaimi & Ahmad, "Kedudukan Mazhab Syafi'i dalam Produk Kewangan Semasa)
Islam adalah suatu cara hidup. Ulama adalah pihak yang bertanggung jawab memastikan Islam itu didukung dengan sewajarnya.
Mereka berusaha menjernihkan semua isu dan masalah kehidupan masyarakat Islam. Malah, kekuatan masyarakat Islam terletak kepada kewibawaan dan pendekatan mereka sebagai ulama pewaris nabi. Namun dalam melaksanakan peranannya ulama berdepan perbezaan pendekatan dan pendapat sehingga boleh menjejaskan imej Islam sebagai agama yang penuh rahmat bukan saja untuk umat Islam bahkan untuk manusia sejagat. Di sinilah letak pentingnya inovasi dalam perbankan dan kewangan Islam yang juga satu sendi perekonomian dunia. Sudah menjadi kenyataan bahawa wang global khasnya milik umat Islam yang sebelum kejadian buatan 9/11 di Amerika Syarikat 'diletak' di Barat, kini ia seolah-olah sedang balik kampung. Jika sistem kewangan Islam tidak inovatif dan kondusif serta mengakomodasi arus balik ini sudah tentu akan ada sistem lain yang melahapnya. Dan pada masa itu, umat Islam juga yang merugi. Wallahu a'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)