APAKAH hukum keluar dengan lelaki bukan mahram untuk tujuan melakukan aktiviti perkhemahan, lawatan pendidikan dan sebagainya seperti dilakukan oleh pelajar sekolah, universiti dan rombongan pejabat?
HALIM,
Kuantan.
KELUAR beramai-ramai dengan golongan bukan mahram dengan objektif yang sudah dijelaskan secara prinsipnya adalah harus. Perkara yang dilarang keras oleh Islam sebenarnya adalah percampuran bebas.
Memang tidak dinafikan Nabi SAW pernah melarang wanita daripada berjalan tanpa mahram dengan sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat untuk bermusafir dalam jarak sehari melainkan bersama mahram. (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dari Abi Hurairah).
Namun kita haruslah memahami bahawa larangan Rasulullah terhadap wanita untuk keluar tanpa disertai oleh mahram, disebabkan motifnya, apabila ia mengundang fitnah dan maksiat. Larangan itu bukan sekadar difahami menerusi teksnya semata-mata sebaliknya kita perlu melihat dan mengkaji maksud itu secara mendalam.
Jika dilihat, larangan itu disebabkan kebimbangan terjadinya gangguan terhadap wanita atau rangsangan melakukan dosa, atau timbulnya perkara negatif apabila pemergiannya itu tidak disertai mahramnya. Akan tetapi apabila perjalanannya itu disertai golongan yang diyakini ketelusan imannya dan berada dalam kumpulan yang diyakini akan menjalankan tanggungjawab menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, maka Islam tidak melarangnya.
Itulah sebabnya, dalam sirah Nabi apabila dikaji, kita pasti akan menemui bukti yang banyak menunjukkan pembabitan golongan wanita dalam perjuangan bersama Nabi SAW termasuk peperangan. Wanita yang terbabit dalam peperangan bersama sahabat yang lain ternyata sudah memberikan sumbangan dan menjalankan tanggungjawab hebat seperti merawat pesakit, menyediakan air dan memasak makanan.
Selain itu mereka juga berperanan memberikan sokongan moral kepada umat Islam. Bahkan ulama juga membenarkan wanita ketiadaan mahram untuk mengerjakan haji bersama dengan kumpulan manusia yang dipercayai agamanya.
Oleh itu pemergian anak perempuan ataupun golongan wanita dalam sesuatu rombongan menerusi perjalanan yang melebihi dua marhalah adalah dibenarkan dengan syarat bersama-sama dalam rombongan itu orang yang diyakini kebaikan dan agamanya.
Showing posts with label Pergaulan. Show all posts

Sunday, January 17, 2010
Thursday, August 7, 2008
Pendidikan seks asas penting didik remaja batasan pergaulan
ISLAM agama mempunyai peradaban tinggi dalam mengatur sistem kehidupan manusia. Pandangan Islam dalam pendidikan memfokuskan kepada konsep manusia dijadikan khalifah di bumi sebagai pembawa risalah Allah kepada umat manusia seluruhnya.
Perhatian besar terhadap pendidikan, termasuklah pendidikan seks. Prof Muhammad Alamuddin dalam risalahnya Wa'ay al-Islam berkata: "Pendidikan seks adalah mendidik kedua jenis insan, lelaki dan wanita tatacara pergaulan yang serasi dan harmonis."
Islam tidak memandang pendidikan seks dalam konsep sempit dengan anggapan hubungan perasaan dan pancaindera antara remaja akan menggoncangkan kematangan fizikal secara lahirlah dan mengembangkan naluri seks bebas.
Islam memandang pendidikan seks secara sejagat, di mana pergaulan antara lelaki dan wanita tidak terbatas kepada satu lingkungan bahkan dalam aspek lebih luas.
Firman Allah yang bermaksud: "Orang lelaki dan wanita beriman setengahnya menjadi wali bagi yang lain. Mereka menyuruh dengan makruf, dan melarang yang mungkar, lagi mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta taat mengikut perintah Allah dan Rasul-Nya." (Surah at-Taubah, ayat 71)
Islam mempunyai alternatif lengkap mendidik umatnya, terutama kehidupan seks. Seks adalah keperluan biologi manusia. Pendidikan seks menurut Islam terutama bagi remaja melalui beberapa langkah penting.
Pertama, menjaga kehormatan diri. Al-Quran menjelaskan bahawa wanita diperintahkan supaya menjaga kehormatan diri daripada segala hal yang boleh mendorong nafsu syahwat lelaki, terutama dalam pergaulan hidup seharian di tengah-tengah masyarakat.
Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung sampai ke dadanya." (Surah an-Nur, ayat 31)
Kedua, menjauhi pergaulan bebas kerana pergaulan bebas antara lelaki dan wanita boleh menimbulkan fitnah, berlakunya maksiat serta kerosakan akhlak. Sebaliknya Islam membolehkan mereka bergaul dengan batas tertentu ke arah mendidik dan membangun ummah beriman, beramal dan bertakwa kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya." (Surah al-Maidah, ayat 2)
Wanita Islam dilarang menyertai pertubuhan sosial berunsur maksiat, seperti peraduan ratu cantik serta aktiviti lain menjurus kepada perbuatan maksiat yang merosakkan moral serta imej umat Islam.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Daripada tanda kebagusan keislaman seseorang adalah ia akan meninggalkan apa-apa yang tidak berguna baginya." (Hadis riwayat Tirmizi)
Ketiga, menjauhi zina atau melacur. Zina adalah maksiat dan kejahatan moral yang dikeji oleh Islam. Islam mengakui manusia mempunyai naluri seks dan perlu penyaluran yang sah dan sihat, iaitu melalui perkahwinan.
Firman Allah yang bermaksud: "Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangatlah keji dan jalan yang amat jahat." (Surah al-Isra', ayat 32)
Islam juga mengharamkan homoseksual dan lesbian iaitu hubungan sesama lelaki atau wanita, kerana perbuatan itu melanggar batas moral manusia. Firman Allah yang bermaksud: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia. Dan kamu tinggalkan isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas." (Surah asy-Syura, ayat 165-166)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa antara kamu mendapati orang yang melakukan perbuatan kaum Lut, maka bunuhlah dia baik yang mengajak mahupun orang yang diajak." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam mengajak umatnya berakhlak mulia dengan nilai kesopanan tinggi. Maka menjadi kewajipan dan tanggungjawab seluruh umat Islam menjaga serta mencegah segala perbuatan mungkar.
Keempat, Islam menganjurkan perkahwinan sebagai ikatan membolehkan lelaki dan wanita menjalani kehidupan baru menurut kemampuan mereka, supaya tercipta ketenangan dan ketenteraman penuh rasa kasih sayang
Firman Allah yang bermaksud: "Di antara tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri untukmu dan bangsamu supaya kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia menjadi antara kamu rasa kasih dan sayang." (Surah ar-Rum, ayat 21)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda, barang siapa mampu hendaknya kahwin, sebab kahwin akan menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan, kalau kamu belum mampu harap berpuasa, kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya." (Hadis riwayat Bukahri dan Muslim)
Kelima, mengamalkan hukum Islam mempunyai peraturan lengkap dan adil dalam segala aspek kehidupan umat manusia. Orang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi mereka yang belum berkahwin atau direjam sampai mati bagi mereka yang berkahwin.
Firman Allah yang bermaksud: "Wanita dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing 100 dera dan janganlah kamu belas kasihan terhadap keduanya dalam (melaksanakan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat." (Surah an-Nur, ayat 2)
Demikianlah pendidikan seks menurut kacamata Islam yang menjadi sebahagian keperluan hidup manusia. Justeru, marilah sentiasa menjaga diri serta masyarakat daripada perbuatan keji dan mungkar serta memohon ampun atas kesalahan dosa dilakukan kepada Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)