Oleh Nik Mustapha Nik Hassan
Peraturan dianjurkan Islam untuk peniaga, pengguna boleh atasi desakan ekonomi
SUASANA ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup makin meningkat adalah masa terbaik untuk kita renungi ajaran Islam berkaitan amalan kepenggunaan. Usaha itu bukan sebagai reaksi kepada suasana ekonomi semasa, tetapi amalan yang sepatut dihayati umat Islam.
Islam dalam mengatur proses kepenggunaan ke arah pencapaian matlamat memberi kebajikan kepada pengguna serta melahirkan pengguna sempurna, mempunyai prinsip tertentu terhadap pengguna dan barangan serta perkhidmatan.
Prinsip dianjurkan Islam dalam mempengaruhi gelagat pengguna adalah melalui prinsip umum percaya kepada alam akhirat, konsep kejayaan dan kekayaan menurut Islam.
Percaya kepada alam akhirat mempunyai pertalian rapat dengan kepercayaan kepada Allah. Ia memberi pengertian bahawa manusia wujud di dunia untuk sementara waktu dan kewujudan yang hakiki adalah di alam akhirat. Ini bererti kehidupan manusia akan berterusan hingga di alam akhirat.
Corak kehidupan seseorang di dunia akan mewarnakan kehidupan di alam akhirat, sebagai penerusan hidup manusia selepas mati. Kepercayaan ini memberi kesan mendalam kepada gelagat pengguna.
Pertama, pengguna akan menilai tindak tanduknya dari sudut kesan yang ia peroleh sekarang dan di alam akhirat. Oleh itu, pengguna Muslim akan cuba menjalankan aktiviti kepenggunaan barangan serta perkhidmatan untuk faedah pada masa ini dan di alam akhirat.
Kedua, pilihan untuk membelanjakan pendapatan akan bertambah dengan wujudnya keyakinan terhadap faedah yang dinikmati khususnya di alam akhirat hasil daripada tindakannya. Umpamanya seorang pengguna membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk menolong fakir miskin.
Tindakan itu tidak memberi faedah kepadanya pada masa ini tetapi pembalasan Allah di akhirat akan dikecapi. Justeru, gelagat pengguna akan dipengaruhi oleh kepercayaan kepada alam akhirat.
Konsep kejayaan dalam Islam memberi pengertian sangat mendalam dan sudah tentu mempengaruhi aktiviti kepenggunaan umat Islam. Islam mentakrifkan kejayaan sebagai mendapat keredaan Allah. Ini berbeza dengan erti kejayaan dalam kapitalisme (mengumpul kekayaan).
Pengabdian mutlak kepada Allah adalah kunci dalam mencapai keredaan Ilahi. Segala urusan kehidupan manusia termasuk kepenggunaan mestilah dalam konteks mencapai keredaan Allah. Pentingnya mencapai objektif ini untuk menyelamatkan manusia daripada malapetaka dan masalah kehidupan.
Pengabdian kepada Allah akan membentuk dan mengatur kehidupan manusia semoga bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Pengabdian mutlak bererti menghayati segala perintah Allah dalam segala tindak tanduk manusia.
Manusia yang rasional perlu kepada kejayaan di dunia dan kehidupan di akhirat. Aktiviti kepenggunaan sudah tentu akan diusahakan ke arah kejayaan ini, iaitu membelanjakan ke atas barangan dan perkhidmatan dalam hubungan mencapai keredaan Allah.
Konsep kekayaan mengikut Islam adalah faktor ketiga yang boleh mempengaruhi gelagat pengguna Islam. Islam melihat kekayaan sebagai pengurniaan Allah dan bukan sebagai perkara yang dimurkai.
Kekayaan boleh menjurus ke arah mencapai keredaan Allah dan boleh menyebabkan kekufuran.
Kefahaman dan keyakinan terhadap konsep kekayaan mendorong pengguna membelanjakan kekayaan kurniaan Allah untuk mencapai kejayaan dan keredaan.
Natijah daripada keyakinan dan kefahaman mengenai ketiga-tiga prinsip itu, pengguna Muslim akan berbelanja dengan matlamat memenuhi keperluan diri serta mencari keredaan Allah.
Islam di samping menyediakan garis panduan yang dapat mempengaruhi gelagat pengguna, juga mempunyai peraturan tertentu terhadap barangan dan perkhidmatan yang akan dihasilkan dalam negara.
Mengikut pandangan Islam, jenis barangan dan perkhidmatan mempunyai hubungan rapat dengan ajaran Islam. Barangan dan perkhidmatan yang disediakan semestinya dapat memberi manfaat kepada pengguna.
Barangan dan perkhidmatan yang akan menjejaskan keperibadian pengguna dari segi kesihatan, nilai akhlak dan ajaran agama tidak diiktiraf sebagai barangan dan perkhidmatan seperti arak dan judi.
Islam juga menyediakan garis panduan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Jenis barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan boleh dikategorikan sebagai keperluan asas untuk kesenangan dan keperluan untuk kemewahan.
Keperluan asas adalah barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, perubatan dan lain-lain. Keperluan untuk kemewahan adalah barangan dan per-khidmatan yang mana kepenggunaannya akan menjejas kecekapan pengguna dan peruntukan sumber misalnya pembinaan rumah besar atau kereta yang mahal.
Dalam negara Islam, perhatian utama akan diberi kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asasi, diikuti pengeluaran barangan kesenangan. Barangan mewah dianggap sebagai membazir dan bertentangan dengan Islam.
Islam menganjurkan pengajaran kepada umatnya bahawa manusia adalah khalifah dalam firman yang bermaksud: "Kepunyaan Allah kerajaan semesta langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya." (Surah al-Maidah, ayat 17)
Anjuran ini memberi pengertian yang nyata, bahawa barangan dan perkhidmatan yang dihasil semestinya dinikmati bersama, dan manusia bukan empunya yang mutlak.
Ajaran Islam berhubung proses kepenggunaan diasaskan kepada matlamat untuk mencapai kejayaan, iaitu mencapai keredaan Allah. Segala tindakan manusia termasuk kepenggunaan sewajibnya di dalam lingkungan Islam.
Keadaan itu akan dapat mewujudkan proses kepenggunaan yang sederhana. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka apabila membelanjakan hartanya dengan tiada berlebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya." (Surah al-Furqan, ayat 67)
Akhlak kegiatan ekonomi mengikut Islam berhasrat mengurangkan keperluan kebendaan yang melampaui dalam rangka membebaskan tenaga manusia ke arah pembentukan manusia mempunyai kerohanian tinggi.
Islam mengatur segala amalan manusia termasuk proses kepenggunaan untuk memberi kebahagiaan, kebajikan yang tulen bersesuaian dengan fitrah, kehendak dan kejadian manusia.
Meyakini dan beramal dengan anjuran Islam dalam amalan kepenggunaan menjadikan umat manusia lebih bahagia dan kurang tertekan dengan cabaran kos sara hidup makin meninggi. Suasana semasa sepatutnya membuka pintu hati manusia untuk berfikir sejenak dan mengambil langkah sesuai menyelamat diri dan masyarakat daripada kongkongan hidup hasil pembikinan manusia.
Penulis ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Tuesday, July 1, 2008
Solat berkualiti zahirkan peribadi mulia
Oleh Ibrahim Abdullah
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma'ninahnya.
Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu."
Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.
Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.
Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.
Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah.
Membaca surah dengan menghayati dan berkeinginan untuk mengamalkannya. Rukuk dan sujud adalah bentuk perwujudan ketundukan, kepatuhan dan kepasrahan diri secara menyeluruh kepada Zat Yang Maha Agung.
Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-'Ankabut, ayat 45)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan." (Hadis riwayat Muttafaqa 'Alaih).
Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.
Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah.
Malaikat pencatat amalan kebajikan pun menulis setiap langkah menuju masjid dapat mengangkat satu darjat kemuliaan. Mencatatkan langkah berikutnya sebagai penghapus satu kesalahan.
Jika seorang jemaah berjalan dari rumah menuju masjid atau musalla yang jaraknya 10 meter dengan 20 langkah. Maka 10 meter pula kenaikan satu darjat kemuliaan dan 10 meter berikutnya menghapus kesalahan.
Jika dilakukan lima waktu dalam sehari semalam, bererti 50 darjat kemuliaan dan 50 penghapusan dosa. Allah pun dapat memberikan kelebihan pahala lagi bagi hamba-Nya yang ikhlas memenuhi seruan solat.
Syeikh Hasan al-Banna menulis sepucuk wasiat kepada penggerak muda Muslim yang berbunyi, "Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun kesibukan kamu."
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah, ayat 18)
Perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslimin.
Semangat persamaan dan penyatuan ummah tidak mungkin lahir jika Muslimin tidak bertemu setiap hari dalam satu saf di hadapan Allah. Masjid selain tempat beribadat adalah landasan penyatuan atas dasar ketakwaan.
Justeru, setiap masjid tidak boleh sunyi daripada aktiviti yang menyatukan ummah sebaliknya dimakmurkan supaya institusi masjid menjadi institusi penting kepada umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.
Masjid juga mesti menjadi perantara pembinaan ummah. Hanya dengan dimakmurkan, masjid akan memainkan fungsi strateginya sebagai institusi kebangkitan ummah Islam.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia." (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul seperti dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadisnya, tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh.
Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.

Ufuk Minda: Perkongsian nilai murni pererat hubungan kaum
Bersama Prof Dr Sidek Baba
MASYARAKAT majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan.
Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan.
Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama.
Umat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara.
Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan umat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik.
Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah.
Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan.
Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk.
Di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi.
Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah.
Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya “The Analect” menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan.
Seperti juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat.
Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik.
Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang.
Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan.
Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan.
Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni.
Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa.
Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna.
Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan.

Monday, June 30, 2008
Tajdid Iman: Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati
Oleh Dr Juanda Jaya
Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia
DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.
Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.
Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.
Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.
Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak ramai.
Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.
Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.
Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud: "Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka." (Surah al-Tur, ayat 27)
Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah yang bermaksud: "Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maidah, ayat 118)
Saidina Umar al-Khatab berkata: "Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga, kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku." Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.
Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka." (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka. Tetapi manusia yang lalai sudah melepaskan peluang keemasan itu untuk sekadar menikmati mimpi yang sebenarnya tidak dapat memuaskan hati.
Untuk mencapai darjat iman yang tinggi seperti sahabat Rasulullah SAW, tentu banyak rintangan yang harus dihadapi. Malas dan leka dengan permainan serta hiburan membuat hati manusia keras, ditambah lagi kurangnya ilmu, penghayatan mengenai jalan mendekatkan diri kepada Allah.
Kesibukan memuaskan nafsu syahwat terlalu mengganggu kekhusyukan hati. Akhirnya kelalaian itu menjadi kebiasaan, bagi yang sudah terbiasa akhirnya bukan menjadi suatu keaiban lagi selepasnya. Semakin lama dirinya semakin tenggelam kealpaan. Bahawa kita perlukan pertolongan Allah kerana hanya Allah yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada kejahatan dirinya sendiri.
Allah berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud: "Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku." (Surah Yusuf, ayat 53)
Apabila nafsu sentiasa menyuruh berbuat maksiat, lalai dan menunda amal maka keraslah hati dan keringlah mata daripada air mata taubat. Jika berdiri untuk sembahyang, akalnya menjelajah hingga ke seluruh ruang pemikiran yang terpendam dalam memorinya. Barang yang hilang pun boleh diingat di manakah tempat menyimpannya.
Maka terbukti sembahyangnya kosong, hatinya hampa, fikirannya tidak menumpu kepada kebesaran dan keagungan Allah. Bagaimanakah matanya boleh menangis, hatinya boleh takut dan akalnya boleh tunduk di hadapan Maha Pencipta?
Begitu juga ketika membaca ayat al-Quran, ia hanya semata-mata untuk pahala, kerana ilmunya belum sampai kepada penghayatan yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran. Padahal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami." (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya'la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)
Rasulullah SAW pernah meminta Abdullah bin Mas'ud untuk membacakan al-Quran kepada Baginda. Beliau membaca awal surah al-Nisa hingga ke ayat 41 dan beliau melihat Rasulullah SAW menitiskan air mata.
Abdullah bin al-Syakir berkata: "Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan." (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?
Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah. Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.
Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.
Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.
Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!

Jawi ajak dalami ilmu al-Quran, al-Qiraat
Oleh Hasliza Hassan
AL-QURAN bukan milik kumpulan tertentu, tetapi wahyu Allah untuk umat manusia sebagai panduan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat. Menyedari kepentingan mempelajari ilmu al-Quran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan Seminar Ilmu al-Quran dan al-Qiraat peringkat Kariah bermula 6 Julai ini.
Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jawi, Saimah Mukhtar, berkata seminar itu bertujuan memasyarakatkan ilmu al-Quran dan al-Qiraat supaya keindahan dan keunikan al-Quran dapat dikuasai semua lapisan masyarakat.
Katanya, minta masyarakat yang kian meningkat terhadap pembacaan al-Quran secara berlagu akan lebih bermakna jika mereka memahami kaedah yang betul seterusnya menguasai ilmu dalam bidang berkenaan.
"Selama ini ilmu pembacaan al-Quran hanya dikuasai pelajar Darul Quran atau maktab tahfiz yang ada di negara kita saja. Tujuan seminar ialah supaya masyarakat juga didedahkan kepada ilmu ini, terutama mereka yang berminat untuk mendalami ilmu membaca al-Quran.
"Harapan kita juga dengan adanya program seumpama ini dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang terbentuk daripada pembinaan ilmu pengetahuan dalam bidang al-Quran," katanya.
Seminar Ilmu al-Quran dan al-Qiraat peringkat kariah membabitkan lapan zon di Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya dan Labuan. Setiap zon mewakili antara tujuh hingga 11 masjid mengikut kariah masing-masing.
Kumpulan sasar seminar ini ialah imam, bilal, noja pegawai serta pengerusi masjid dan terbuka kepada ahli kariah yang ingin meningkatkan ilmu al-Quran atau menjinakkan diri dengan keistimewaan serta kelebihan mempelajari kaedah membaca al-Quran secara berlagu dengan betul.
Seminar dua hari bermula Sabtu ini yang diadakan di Masjid Imam al-Ghazali Bandar Manjalara, Kepong, dijangka dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohammad Syeikh Abdul Aziz.
Tenaga pengajar yang akan berkongsi maklumat dengan peserta seminar terdiri daripada juri program realiti Akademi al-Quran (AQ) bahagian taranum yang juga johan qari peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Radzi Kamarul Hailan; juri bahagian qiraat, Nazri Abdullah dan tenaga pengajar AQ, Ehsan Mohd Hosni.
Saimah berkata, selain mendedahkan ilmu berkaitan al-Quran dan al-Qiraat, seminar itu juga adalah cara Jawi mengimarahkan institusi masjid menerusi program yang dapat menarik minat serta mengeratkan lagi hubungan ahli kariah masjid.
Katanya, pada masa sama, Jawi ingin memberi nilai tambah kepada usaha dilakukan kerajaan mendedahkan rakyat kepada ilmu al-Quran menerusi penganjuran Majlis Tliawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang terbukti berjaya mencetuskan minat masyarakat mendengar serta mempelajari ilmu al-Quran yang mempunyai pelbagai cabang.
Khusus bagi seminar yang dianjurkan Jawi ini, peserta bakal didedahkan ilmu ulum al-Quran, dhob al-Quran, tarikh mushaf, fawasil, qiraat 7 atau 10 dan resam al-Quran yang sebelum ini agak asing kepada masyarakat umum.
"Selalunya apabila kita mendengar qari atau qariah membaca al-Quran, berasa sudah sedap, tetapi kenapa mereka tidak menang. Ilmu itu yang ingin kita beri kepada masyarakat supaya apabila mereka dengar mereka juga tahu.
"Perasaan mendengar dengan ilmu dan mendengar hanya alunan bacaan yang sedap pada telinga saja adalah dua situasi berbeza. Mendengar dengan ilmu boleh menimbulkan rasa cinta kepada al-Quran," katanya.
Katanya, ilmu yang diajarkan kepada peserta seminar bukan saja membolehkan mereka membaca al-Quran secara berlagu, tetapi juga membimbing ke arah mempelbagaikan kreativiti seperti mengalunkan azan menggunakan kaedah taranum.
Cara itu dapat melahirkan muazin yang lebih kreatif serta mengelakkan seruan azan bersifat stereotaip. Malah, usaha itu jika dikembangkan dengan betul akan menjurus kepada banyak lagi program yang boleh dikembangkan daripada asas mempelajari al-Quran dan al-Qiraat.
Saimah berkata, jika mendapat sambutan daripada peserta, Jawi akan menganjurkan kelas mendalami ilmu al-Quran mengikut zon supaya ilmu yang diperoleh daripada seminar dapat dipertingkatkan secara berterusan.
Peserta Seminar Ilmu al-Quran dan al-Qiraat yang berminat boleh mendapatkan maklumat daripada Bahagian Pengurusan Kariah dengan menghubungi 03-22749333 sambungan 1119 (Nurul dan Nafisah).

Dua tuntutan tempah kejayaan di dunia, akhirat
Oleh Masmawi Abdullah
IMAM al-Ghazali berkata, agama Islam itu ada dua bahagian iaitu pertama meninggalkan maksiat, maksudnya tidak melakukan perkara dilarang Allah dan Rasul-Nya. Kedua, taat iaitu mengerjakan suruhan Allah dan Rasul-Nya.
Oleh itu, jika seorang dapat memenuhi dua tuntutan berkenaan maka ia sudah mematuhi tuntutan agama Islam. Dengan ini ia sudah menempah kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Ingatlah! Sesungguhnya wali Allah itu tiada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) bagi mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita. (Wali Allah itu ialah) orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dunia dan akhirat, tiada ada (sebarang perubahan bagi janji Allah). Demikian itulah kejayaan yang besar.” (Surah Yunus, ayat 62, 63 dan 64)
Dalam melakukan maksiat kepada Allah atau mengerjakan perkara dilarang seperti berzina, mencuri, seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa dia menggunakan anggota pemberian Allah. Apakah wajar kita menerima pemberian Allah, tetapi menggunakan pemberian itu untuk menderhakai-Nya?
Imam al-Ghazali pernah berkata: “Ketahuilah, bahawa engkau menderhakai Allah dengan anggota engkau sedangkan ia nikmat pemberian Allah kepada engkau dan amanah-Nya (simpanan) di sisi engkau, maka engkau meminta tolong (menggunakan) nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada Allah adalah sangat kufur nikmat Allah.”
Allah jadikan mata untuk kita melihat kejadian di muka bumi dan di langit sebagai dalil kekuasaan Allah. Oleh itu, hendaklah kita menjaga dan mengawal mata supaya tidak melihat perkara yang dilarang Allah.
Telinga pula, Allah jadikan untuk mendengar perkara yang baik seperti bacaan al-Quran, ceramah agama serta seruan mengajak kepada kebaikan. Dilarang kita menggunakan telinga mendengar perkara tidak baik dan boleh mendatangkan kerosakan.
Sementara itu, hikmat Allah jadikan lidah supaya dapat kita menyebut nama Allah, membaca al-Quran, dapat memberi ilmu pengetahuan, memberi nasihat, menyuruh berbuat kebaikan serta melarang berbuat perkara mungkar.
Perut pula hendaklah kita memelihara daripada memakan makanan yang haram, makanan subahat (tidak jelas haram halalnya). Sementara dua tangan, hendaklah menjaganya supaya tidak melakukan perkara dilarang seperti mengambil sesuatu kepunyaan orang secara tidak sah atau menulis berita tidak benar.
Sentiasalah ingat firman Allah yang bermaksud: “Pada hari yang Kami tutupkan mulut mereka, sedang tangan mereka bercakap kepada Kami dan naik saksi kaki mereka dengan semua maksiat yang mereka lakukan semasa hidup di dunia dulu (hari itu ialah hari kiamat).” (Surah Yasin, ayat 62)

Ganjaran syukuri nikmat diberikan
NABI SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu, dua malaikat menyerukan seruan yang didengari semua makhluk Allah selain daripada manusia dan jin, katanya: Wahai sekalian manusia! Marilah kamu berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat menyeru seruan yang didengari semua makhluk Allah selain manusia dan jin, katanya: Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti berganda kepada orang yang mencurahkan nikmat dikurniakan kepadanya pada jalan diredai Allah, dan timpakanlah kerugian besar ke atas orang yang menahan nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan dituntut Allah.” (Hadis riwayat Abu ad-Dardaa')
Menghadapi kehidupan dunia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara melalaikan daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara berhubung harta benda dan cara membelanjakannya.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari ada dua malaikat yang menyeru manusia supaya mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa dilarang untuk mencapai keredaan Allah.
Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh walaupun sedikit, tetapi mencukupi keperluan hidup di dunia meliputi harta benda dan nikmat lain sebenarnya lebih baik daripada pendapatan yang banyak, tetapi melalaikan daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, June 29, 2008
Ulul Albab: Bahasa Arab asas spiritual tamadun
Bersama Abdurrahman Haqqi

KITAB SUCI: Al-Quran dapat digambarkan sebagai sebuah bahasa yang bersifat rabbani. Setiap patah dibaca diberi ganjaran pahala. - Gambar hiasan
Al-Quran wajib dibaca setiap hari, bahasa yang tidak akan pupus selama-lamanya
HANYA ada satu bahasa di dunia ini yang apabila anda mengucapkan satu huruf daripada 28 hurufnya akan mendapat pahala dan dicucuri rahmat. Hanya ada satu bahasa di dunia ini jika Allah mahu menghapuskan semua bahasa pasti ia akan terselamat. Hanya ada satu bahasa di dunia ini yang wajib digunakan setiap hari oleh setiap manusia Muslim tidak kira suku, bangsa dan latar belakang.
Bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Arab. Anda menyebut huruf alif, lam dan mim ketika membaca al-Quran al-Karim akan mendapat 10 kebaikan bagi setiap satu huruf seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW bahawa al-Quran diturunkan sebagai kitab peringatan dan akan sentiasa dipelihara oleh Allah Yang Maha Kuasa seperti ditegaskan dalam ayatnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Surah al-Hijr: 9) Dan setiap Muslim diwajibkan sembahyang lima waktu sehari semalam manakala dalam setiap sembahyangnya dia diwajibkan melafazkan perkataan khusus dalam bahasa Arab termasuk Surah al-Fatihah.
Al-Quran adalah 'Kalam Allah yang penuh mukjizat diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ditulis dalam mushaf, diturunkan secara beransur-ansur, pembacaannya adalah ibadat, bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas'.
Al-Quran dapat digambarkan sebagai sebuah bahasa yang bersifat rabbani. Banyak sekali perkataan yang digunakan oleh Allah SWT bagi menjelaskan bahawa al-Quran adalah sebuah bahasa. Malah, perkataan 'al-Quran' itu sendiri yang bermakna 'bacaan' disifatkan sebagai bahasa kerana sesuatu yang menjadi bahan bacaan pasti mempunyai sistem bahasa agar dapat difahami oleh pembacanya. Begitu juga halnya dengan perkataan lain seperti al-Kitab, al-Furqan dan al-Zikr.
Al-Kitab bererti buku, al-Furqan bermakna perbezaan antara hak dengan yang batil sementara al-Zikr bermaksud peringatan. Daripada ketiga-tiga sinonim itu, nyata sekali bahawa keupayaan dan kekuatan al-Quran direalisasikan oleh satu sistem bahasa yang mantap, saintifik lagi rasional.
Pada satu ketika dulu apabila umat Islam menjadi pelopor tamadun dunia, kemajuan sains, teknologi dan seni ketika itu menggunakan bahasa Arab. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana umat Islam ketika itu memahami sebenar-benar kefahaman ayat al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab agar kamu berfikir". (Surah Yusuf: 2)
Tamadun Islam memberikan sumbangan yang sangat besar bagi tamadun Barat, namun masih banyak yang mengabaikan kenyataan itu. Sejumlah kurator seni mengungkapkan hal itu dalam pameran bertajuk 1001 Inventions: Discover The Muslim Heritage Of Our World pada Mac 2006 yang diselenggarakan atas kerjasama British Home Office dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pameran ini menampilkan wajah tamadun Islam dan sumbangannya bagi ilmu pengetahuan, teknologi dan seni pada masa abad kegelapan dalam sejarah Eropah. Pelbagai inovasi dari tamadun Islam, bermula dari kios dan catur hingga kincir angin dan ilmu memecahkan sandi rahsia yang mana semua ilmu itu sangat popular dan cenderung dianggap sebagai hasil tamadun Barat, padahal asalnya ditemukan oleh ilmuwan dan cendikiawan Muslim.
Berdasarkan lebih daripada 3,000 kajian kalangan akademik, pameran nasional ini menyajikan inovasi Islam dalam kurun waktu 10 dekad 'sejarah yang hilang' antara abad ke-6 hingga ke-16 mulai dari China hingga selatan Sepanyol. Projek pameran tamadun Islam ini diawali di Muzium Ilmu Pengetahuan dan Industri Manchester dan disebarkan ke sebilangan besar kota di Britain.
Prof Salim al-Hassani, yang selama lima tahun mengetuai projek kajian penyusunan dan pengesahan untuk penyelenggaraan pameran berkenaan menyatakan, "Jika anda bertanya pada orang kebanyakan mengenai dari mana cermin mata atau kamera atau pen berasal, hanya sebahagian kecil yang menjawab dari umat Islam." Beliau yang menguasai ilmu teknik mekanik, memanfaatkan manuskrip yang berasal dari abad ke-13 untuk membuat rekonstruksi pompa air dan mesin pengangkut jentera berat yang canggih.
"Teknologi di sebalik ilmu mekanik ini sangat luar biasa canggih untuk masa itu dan akhirnya melahirkan mesin yang sampai saat ini masih digunakan oleh kereta," katanya.
Tema utama daripada pameran inovasi tamadun Islam itu bertujuan untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa pelbagai ilmu dan budaya antara tamadun dan pengaruh Islam ditinggalkannya sampai zaman moden ini. Pihak penyelenggara pameran, Foundation for Science, Technology and Civilisation yang berpangkalan di Manchester berharap pameran berkenaan mampu mendorong adanya audit terhadap kurikulum nasional untuk memastikan bahawa kurikulum itu mengakui prestasi yang dihasilkan tamadun Islam serta meningkatkan pengetahuan yang luas mengenai perpindahan tamadun dari abad ke abad.
Dalam pameran berkenaan, Prof Mark Halstead, seorang pensyarah pendidikan moral di Plymouth University menyatakan, perlu adanya latihan yang lebih baik bagi guru untuk mengajar kurikulum pelajaran mengenai sumbangan tamadun Islam. "Islam perlu diberi tempat yang sama dengan sejarah kelompok lainnya seperti sejarah Romawi dan Yunani kuno. Ketika Eropah hidup dalam abad kegelapan, tamadun Islam berkembang pesat dan kemajuan pada tempoh ini lebih relevan dengan perkembangan dunia moden sekarang ini dibandingkan dengan pada masa Mesir Kuno dan Aztek," katanya.
Kemajuan tamadun Islam ketika itu boleh dicapai oleh umat Islam kerana umat Islam belum meninggalkan bahasa rabbani mereka. Mereka masih mencintai bahasa al-Quran. Mereka masih menghormati bahasa al-Quran. Dan mereka masih bangga dan berbesar hati dengan bahasa al-Quran mereka.
Dalam pendahuluan kertas kerja bertajuk 'Bahasa dari Perspektif al-Quran' oleh Mustafa Daud dan Munif Zarirrudin Fikri Nordin, kedua-dua penulis menyatakan: "Bahasa adalah wahana tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, wahana terawal yang mengungkapkan segala aspek ketamadunannya ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai bahasa al-Quran. Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa kitab suci yang terakhir memperlihatkan kekuatan dan keupayaannya sebagai bahasa agama yang saintifik, rasional, dan bersifat ilmu pengetahuan (Syed Naquib 1972: 37). Pemilihan bahasa Arab perlu juga dianggap sebagai simbol kelahiran serta kemantapan bahasa lain yang turut menyumbangkan peranan yang besar dan penting ke arah pembinaan dan perkembangan tamadun Islam di seluruh pelosok dunia termasuk bahasa Melayu di Nusantara.
Ibnu Khaldun (1331-1406M) menerusi karya agungnya Muqaddimah Ibni Khaldun meletakkan syarat bahawa kekuatan tamadun Islam hanya akan dapat disaksikan apabila penggunaan bahasa dijadikan sebagai 'syiar agama' (t.t.: 420) dan dalam konteks ini, bahasa yang dimaksudkan beliau ialah bahasa Arab. Kekuatan bahasa itu sekali gus menjadi kekuatan kepada aspek lain yang akhirnya menghasilkan pula kekuatan kepada tamadun itu sendiri. Itulah yang berlaku kepada tamadun Islam."
Bahasa Arab sebagai bahasa rabbani mempunyai nilai ibadah di dalamnya yang tidak dijumpai dalam bahasa lain. Sedangkan ibadah seperti dikatakan almarhum Fathi Yakan, di dalam Islam adalah kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya.
Begitu juga dengan ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariat-Nya termasuk dalam pengertian ibadah.
Bertitik tolak daripada pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah SWT seperti yang dinyatakan oleh Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dialah saja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah saja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (Surah al-Zariyat: 56-58)
Bahasa sebagai satu sistem komunikasi manusia yang terdiri daripada bunyi berstruktur (atau yang bertulis) kepada unit yang lebih besar seperti morfem, perkataan, ayat yang dihasilkan oleh organ pertuturan untuk membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain.
Menurut Syed Naquib dalam Islam, Sejarah dan Kebudayaan Melayu, al-Quran telah menerapkan satu sistem nilai atau aksiologi bahasa yang tidak terdapat dalam bahasa lain. Sebelum al-Quran diturunkan, bahasa Arab Jahiliah adalah bahasa yang lebih suci dan bebas daripada pengaruh estetik dan istilah metos, metafizik dan falsafah agama yang tentu mengelirukan berbanding dengan bahasa Yunani-Romawi Kuno, bahasa Iran-Farsi Kuno, dan bahasa yang digunakan orang di Timur Tengah zaman itu dalam rumpun Semitiknya. Inilah satu sebab mengapa bahasa Arab dipilih sebagai bahasa al-Quran. Pemilihan ini dijelaskan juga oleh Allah SWT dalam ayat yang bermaksud: "Dan jika Kami jadikan al-Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: 'Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?' Apakah (patut al-Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: 'Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman'." (Surah Fussilat: 44)
Wallahu a'lam.

Saturday, June 28, 2008
Konsep ihsan galak berbuat kebajikan
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Amalan secara menyeluruh bantu manusia capai matlamat jadi individu bertakwa
IHSAN adalah satu daripada tonggak yang sama-sama menegakkan kerangka agama Islam seiring dengan iman. Namun, ramai umat Islam sekarang memandang remeh konsep ihsan sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Jika diteliti secara mendalam, ihsan sama penting seperti iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang Muslim, sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sebaliknya.
Ihsan ialah berbuat baik atau berbuat sebaik mungkin, manakala dalam pengertian istilah, ihsan dapat didefinisikan sebagai ajaran atau konsep yang mendukung etika kerja yang baik.
Berdasarkan kepada perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai satu produktiviti kerja secara optimum, iaitu bekerja dan melaksanakan sesuatu tugas sesuai dengan hasil sumbangan yang terbaik serta berkualiti tinggi.
Justeru, orang beriman diperintahkan berbuat ihsan seperti Allah berbuat ihsan kepada umat manusia sejagat. Allah berfirman yang bermaksud: "Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah)." (Surah al-Qasas, ayat 77)
Sejauh penggunaannya dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, kalimah ihsan selalunya dihubungkaitkan dengan Allah dan manusia sejagat.
Konsep ihsan sebenarnya menjurus kepada dua matlamat iaitu ihsan dalam ibadat dan ihsan dalam muamalat.
Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping bersifat ikhlas kepada-Nya seolah-olah berasa pada saat dan ketika itu berhadapan dengan Allah.
Jika perasaan seumpama timbul dan menyerlah dalam diri manusia, sudah tentu mereka gerun serta takut untuk melanggar larangan Allah kerana berasakan kehadiran Allah yang sentiasa mengawasi setiap gerak geri dan perbuatan mereka setiap detik.
Itulah ihsan sebenarnya seperti ditegaskan Rasulullah SAW apabila Baginda didatangi malaikat Jibril yang bertanyakan mengenai Islam, iman dan ihsan. Baginda menjelaskan, "Ihsan itu ialah hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak melihat-Nya sekalipun, maka sesungguhnya Allah tetap melihat kamu." (Hadis riwayat Muslim)
Setiap Muslim hendaklah menyempurnakan segala amalan ibadat sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW.
Wadah ini penting supaya amalan diterima tanpa sebarang cacat cela dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah.
Ibadat solat contohnya, setiap Muslim dituntut memelihara segala syarat dan rukun solat dengan sempurna di samping dituntut khusyuk serta tawaduk supaya solat itu dapat mencegahnya daripada kemungkaran dan maksiat.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Perlu diingat bahawa konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah semata-mata, malah ihsan juga merangkumi perbuatan dan perlakuan sesama manusia, sama ada bersangkutan perkara duniawi atau ukhrawi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara." (Hadis riwayat Muslim)
Imam al-Asfahani mentafsirkannya ihsan dalam muamalat dengan dua pengertian, iaitu memberikan limpahan nikmat untuk kesejahteraan dan kepentingan pihak lain, selain mempertingkatkan kualiti kerja.
Pengertian pertama dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam komuniti Islam.
Dalam lingkungan kekeluargaan, setiap unit dalam keluarga iaitu ibu, bapa, anak, suami dan isteri mempunyai tanggungjawab serta rasa saling hormat menghormati.
Seorang anak tidak boleh sama sekali mengecewa dan mengecilkan hati ibu bapanya. Ibu bapa pula hendaklah mendekati anak dengan penuh kasih sayang dan mendidik supaya mereka menjadi Muslim yang salih dan bertakwa kepada Allah.
Wujudnya keadaan itu, cita-cita melahirkan institusi keluarga yang menepati slogan rumahku syurgaku pasti tercapai dengan izin Allah.
Dalam lingkungan kemasyarakatan pula, setiap anggota masyarakat perlu mempunyai rasa tanggungjawab seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seseorang Muslim adalah bersaudara dengan seorang Muslim yang lain. Janganlah kamu menzaliminya, jangan pula menghinanya dan juga jangan merendahkan mereka." (Hadis riwayat Muslim)
Maksud ihsan adalah menyeluruh, bukan sekadar kepada fakir miskin, malah meliputi segala aspek kehidupan dan diberikan kepada semua lapisan manusia tidak kira kaya atau miskin.
Golongan fakir miskin dan anak yatim seharusnya diberikan bantuan sewajarnya bagi meringankan kesusahan mereka. Begitu juga orang kaya atau berada yang ditimpa kesusahan diberikan bantuan sepatutnya bagi melepaskan mereka daripada belenggu kesempitan hidup
Orang sakit pula hendaklah dibantu dengan mengiringnya ke hospital untuk mendapat rawatan.
Begitulah antara makna konsep ihsan yang wajib diterapkan dalam pentas kehidupan manusia untuk mewujudkan masyarakat harmoni, sejahtera serta diredai Allah.
Tidak dilupakan, ihsan juga dianjurkan terhadap binatang. Imam Muslim pernah meriwayatkan satu hadis bahawa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW ketika dalam satu perjalanan jauh, menunggang unta yang susah hendak dikendalikan.
Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan dan ke kiri. Rasulullah SAW menegurnya lalu bersabda yang maksudnya: "Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak."
Pengertian kedua daripada skop ihsan dalam muamalat yakni mempertingkatkan kualiti kerja amat bergantung kepada dua syarat utama iaitu ilmu pengetahuan menyeluruh dan ketrampilan kemahiran yang mantap.
Tanpa kedua-dua syarat itu, tidak akan lahir perbuatan atau kerja yang berkualiti ihsan.
Ihsan sebagai satu konsep yang menjurus ke arah hasil kerja yang optimum menuntut setiap Muslim kepada tiga perkara:
l Bekerja atau melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin selaras sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mencintai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik)." (Hadis riwayat Baihaqi)
l Menguasai ilmu pengetahuan dan mengetahui kemampuan diri yang berkaitan dengan tugas dan kerja sehingga dapat menyempurnakan kerja dengan jayanya serta tepat pada masanya. Ilmu dan kelayakan seseorang antara kriteria utama menjamin kejayaan sesuatu kerja yang dilakukan.
l Ikhlas dan benar dalam kerja dan amalannya. Seorang ulama salaf iaitu Fudhail bin 'Iyadh pernah ditanya makna ikhlas dan benar dalam amalannya. Beliau menjawab: "Sesungguhnya amal yang benar tapi tidak dilakukan dengan ikhlas, tidak akan diterima Allah. Begitu juga jika dilakukan dengan ikhlas tapi tidak dengan cara yang benar juga tidak diterima.
Jadi, amal itu hanya akan diterima jika ikhlas dan benar. Ikhlas hanya akan wujud jika amal dilakukan hanya kerana Allah, manakala amal yang benar pula hanya boleh diperoleh dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW."
Demikianlah konsep ihsan yang perlu difahami, dihayati serta dipraktikkan dalam segenap aspek kehidupan. Penghayatan secara menyeluruh terhadap konsep ihsan membolehkan manusia mencapai matlamat yang diimpikan ke arah melahirkan individu bertakwa.
Firman Allah yang bermaksud: "Negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun." (Surah Saba', ayat 15)

NILAI MURNI: Setiap Muslim hendaklah menyempurnakan amalan ibadat bertepatan ajaran Islam. - Gambar hiasan

Penghayatan etika, akhlak tingkat prestasi kerja
Oleh Noor Shakirah Mat Akhir
TEKANAN di tempat kerja boleh menjejaskan prestasi dan tingkah laku individu, bukan saja terhadap pekerjaan, malah seluruh kehidupannya. Oleh itu, pengurusan prestasi diri amat diperlukan dalam menangani pelbagai keadaan dihadapi dalam pekerjaan supaya individu itu terus mantap dan tingkah lakunya juga seimbang.
Penghayatan kepada etika dan akhlak dalam pekerjaan mampu menseimbangkan prestasi seterusnya memastikan tingkah laku seseorang itu berada pada tahap yang baik dan tidak terjejas.
Individu yang tersasar daripada etika sebenar ialah mereka yang sering fokus pada manusia dan benda, bukan prinsip serta nilai itu sendiri. Oleh itu, dalam konteks pekerjaan, penekanan latihan perlu diletakkan kepada nilai dan prinsip, tidak hanya terhadap pekerjaan.
Melihat kembali konsep nilai akan membawa kepada kawalan dan keyakinan serta menguatkan daya tahan menghadapi godaan atau kecenderungan untuk melakukan kesalahan.
Ketentuan moral yang baik memerlukan ilmu daripada pelbagai aspek dan banyak perkara berkaitan termasuk kemahiran untuk mengenal pasti keadaan dan ciri moral yang berkaitan, maklumat mengenai manusia dan dunia serta senario sosial masyarakat.
Perkembangan seseorang bermula dari zaman kanak-kanak ketika mereka di bawah jagaan ibu bapa sehingga ke fasa mereka berkemampuan mengharungi hidup secara berdikari. Setiap kanak-kanak perlu memahami keperluan sendiri dan tidak boleh dipaksa mengikuti keperluan orang lain.
Sebagai faktor penggalak kepada perkembangan sihat kanak-kanak, peraturan dan disiplin perlu diadakan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.
Mereka juga perlu diasuh daripada awal supaya mengamalkan proses penilaian (muhasabah) diri supaya sentiasa prihatin dan menyedari kesalahan serta kekurangan masing-masing seterusnya memperbaikinya.
Dalam konteks pekerjaan pula, usaha penghayatan etika atau akhlak mulia boleh bermula dengan melatih kalangan yang mempunyai kesedaran mengenai nilai murni.
Proses latihan itu perlu disusuli dengan usaha pengawasan dan pemberian insentif kepada yang melaksanakannya dengan baik. Atau kaedah lain ialah melaksanakan tempoh percubaan dan pekerja yang berjaya melepasi tempoh latihan, maka dia akan diterima sebagai pekerja tetap.
Faktor yang menyumbang kepada kejayaan untuk mempraktikkan etika seterusnya menjiwainya, ialah kefahaman dan keprihatinan terhadap cabaran mungkin dihadapi oleh ahli organisasi dan kepakaran membudayakan etika serta pengetahuan perundangan berkaitan.
Namun, dari perspektif Islam, selain pengawasan, faktor kawalan dan imbuhan kepada yang menghayati etika, konsep ihsan adalah pengawal serta pendorong utama dalam apa juga kepatuhan dengan ajaran agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ihsan ialah anda mengabdikan kepada Allah, (beribadat kepada-Nya) seolah-olah anda melihat-Nya, seandainya anda tidak melihat-Nya, maka (ingatlah) bahawa Dia tetap melihat anda." (Hadis riwayat Muslim)
Ihsan bukan saja memberi kesan kepada kesempurnaan ibadat seseorang, malah sifat ihsan ini memberi kesan kepada pelbagai kegiatan harian seorang muhsin dalam keikhlasannya bekerja, ketekunan dan ketelitian. Ini bertepatan dengan maksud ihsan yang berkisar kepada makna keindahan, kebaikan, kebajikan, ketelitian dan kecemerlangan.
Iman dan ihsan akan memotivasikan seseorang itu terus melakukan amal soleh yang akan memperbaiki hati dan akhlak mereka.
Akidah dan keimanan ialah suatu tembok yang keadaan yang menguji seseorang itu dapat diterima sebagai cabaran.
Seseorang Muslim hendaklah berusaha untuk kehidupannya di dunia dengan menginsafi bahawa kehidupan akhirat adalah lebih utama dan tinggi kedudukannya. Maka, seseorang yang sedar hakikat dirinya akan lebih produktif kerana keimanannya itu memberi ketenangan jiwa serta harapan. Dia hidup dan bekerja dalam batas ditentukan Allah dengan penuh beretika.
Pekerjaan tidak sepatutnya dianggap beban. Kesedaran bahawa pekerjaan sebagai ibadat akan menambah nilai kepada pekerjaan itu dan menjadikan seseorang lebih menghayati etika dalam melaksanakan pekerjaannya.
Pekerjaan diterima sebagai tanggungjawab akan disusuli dengan keazaman untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Dalam menjalankan tugas, kecekapan dan profesionalisme menjadi kayu pengukur.
Antara nilai utama perlu dihayati dan diamalkan ialah bertanggungjawab, tekun, sabar dan mementingkan kualiti.

Subscribe to:
Posts (Atom)