Oleh Lokman Ismail
HIDUP di dunia penuh cubaan. Itulah antara tujuan manusia diturunkan ke dunia untuk diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Setiap apa yang dilakukan mendapat pembalasan setimpal, termasuk dalam soal bersabar menghadapi cabaran hidup.
Sememangnya tidak semua yang kita ingin diperoleh dengan mudah. Seperti kata pepatah, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Jika tidak dipecahkan ruyong, masakan dapat sagunya. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu bersenang-senang kemudian.
Pepatah itu mengajar kita supaya bersabar dan tekun melakukan sesuatu usaha. Kita tidak sepatutnya mengharapkan kejayaan dengan mudah bergantung kepada nasib semata-mata. Sesungguhnya, Allah menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai cara.
Sesiapa yang bersabar, dia bakal beroleh kejayaan berlipat ganda di sisi Allah, di dunia atau di akhirat. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka itulah yang diberikan pahalanya dua kali ganda disebabkan mereka telah sabar.” (Surah al-Qasas, ayat 54)
Kesabaran diperlukan dalam semua keadaan untuk meneruskan aktiviti kehidupan. Setiap usaha yang dilakukan mestilah secara berterusan dengan tenang mengharapkan keredaan Allah. Bersabar adalah jalan menuju kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Ada lebih 70 ayat dalam al-Quran yang menyebut mengenai perlunya sifat bersabar dan kebaikan daripada mengamalkan sikap itu. Dengan kata lain, perlunya sikap sabar menghiasi kehidupan setiap Muslim.
Sabar termasuk dalam erti istiqamah. Berterusan melakukan sesuatu tugasan atau usaha adalah sebahagian tanda bersabar. Banyak kejayaan hanya dicapai dengan melakukan secara berterusan.
Menurut pandangan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, sabar membawa maksud menanggung segala kesukaran fizikal dan meneruskan usaha apa yang dilakukan. Sabar juga membawa makna menahan segala kehendak nafsu yang ada dalam diri manusia.
Memang perkataan sabar mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan, melainkan orang yang teguh imannya. Setiap dugaan dan halangan perlu ditempuhi dengan reda dan penuh keinsafan. Setiap kesusahan yang dihadapi sudah pasti ada hikmahnya. Firman Allah bermaksud: “Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan.” (Surah az-Zumar, ayat 10).
Sesungguhnya, kegagalan bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Banyak orang yang berdepan dengan kegagalan bangkit berusaha lebih gigih sehingga dia berjaya mendapat lebih daripada apa yang diimpikan sebelumnya. Jika tidak kerana kegagalan yang pernah dihadapinya, dia mungkin tidak mendapat kebaikan yang lebih.
Justeru, umat Islam dilarang sama sekali mudah berputus asa. Kegagalan dan kesusahan hidup adalah pengalaman berharga untuk dijadikan panduan mendapat lebih baik pada masa depan.
Sesungguhnya Allah menyeru orang beriman sentiasa tetap bersabar. Dengan mengamalkan sikap bersabar pastinya mendapat keuntungan. Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berwaspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Ali Imran, ayat 200)
Sikap berputus asa tidak mengubah ke arah lebih baik. Orang berputus asa sebenarnya menjauhkan diri daripada kejayaan yang separuhnya sudah dicapai di sebalik kegagalan yang dihadapinya. Sebenarnya dalam kegagalan itu ada kejayaan, kerana separuh kejayaan sudah dicapai dalam setiap kegagalan. Tidak mungkin kita tidak memperoleh apa-apa kebaikan daripada yang dilakukan. Allah menetapkan dan memberi pembalasan setiap apa yang dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikitpun.” (Surah an-Nisa, ayat 124) Setiap usaha tentu ada kebaikannya, biarpun tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Oleh itu, tidak tepat jika dikatakan usaha dilakukan hanya sia-sia disebabkan tidak mencapai sasaran ditetapkan.
Soal berjaya atau tidak, itu urusan Allah menentukan. Sedangkan tugas kita adalah berusaha dan kemudian bertawakal. Balasan yang Allah janjikan di akhirat adalah lebih baik. Setiap apa diusahakan adalah ibadat jika diniatkan untuk mencari keredaan Allah. Kita perlu berpegang kepada matlamat hidup, iaitu setiap apa dilakukan adalah ibadat kepada Allah.
Setiap umat Islam dilarang keras bersikap berputus asa daripada rahmat Allah. Sikap berputus asa bererti menolak qada dan qadar yang wajib diyakini. Sesungguhnya, sabar itu tanda keimanan. Hal ini ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Hadis riwayat Abu Naim).
Thursday, July 3, 2008
Wednesday, July 2, 2008
Bersama YaPEIM: Infaq bantu hadapi tekanan ekonomi
Oleh Penulis Khas YaPEIM

Allah tolak amalan individu mengungkit setiap pemberian, sakiti hati penerima
"BANDINGAN (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya." (Surah al Baqarah, ayat 261)
Ayat itu diturunkan Allah berkaitan dua peristiwa sahabat Rasulullah SAW iaitu Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.
Suatu ketika Abdul Rahman bin Auf menghadap Rasulullah SAW sambil membawa wang sebanyak empat ribu dirham untuk disedekahkan. Abdul Rahman berkata, "Aku mempunyai lapan ribu dirham, aku simpan empat ribu dirham daripadanya untuk diriku dan keluargaku, empat ribu dirham lagi aku pinjamkan untuk Tuhanku. Lantas Rasulullah SAW bersabda: "Semoga Allah memberkati kamu pada apa yang kamu simpan dan apa yang kamu berikan."
Saidina Uthman pula berkata: "Menjadi tanggungjawab saya menyediakan kelengkapan untuk orang yang tidak memiliki kelengkapan dalam peperangan Tabuk." Lalu beliau menyediakan seribu unta siap dilengkapi tali hidung dan pelananya. Beliau juga mewakafkan perigi miliknya yang bernama Bir Ruumah kepada kaum Muslimin. Bersempena dua peristiwa itu, Allah menurunkan ayat di atas.
Abu Said al Khudri berkata, "Saya melihat Rasulullah SAW menadah tangan ke langit seraya berdoa untuk Uthman. "Ya Tuhan, sesungguhnya aku meredai Uthman bin Affan, maka engkau redailah dia." Baginda terus menadah tangan sehingga terbit fajar.
Allah SWT kemudian berfirman bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah..." (Surah al Baqarah, ayat 261)
Ayat sebelumnya banyak berkaitan dengan hari kebangkitan. Allah memberikan penegasan berhubung semua manusia akan dibangkitkan di suatu tempat untuk disempurnakan ganjaran mereka sesudah dihisab.
Ayat di atas pula diturunkan dengan memfokuskan kelebihan dan ganjaran infaq di jalan Allah. Ia boleh dianggap sebagai usaha atau amal kebaktian yang bakal menjadi sebahagian pertimbangan pada hari kebangkitan kelak.
Ada banyak kupasan kebaktian yang boleh dikategorikan 'pada jalan Allah' seperti disebutkan dalam ayat itu antaranya ialah menyebarkan ilmu, usaha membasmi kejahilan, kemiskinan dan penyakit.
Tahap yang tertinggi ialah jihad memartabatkan kalimah Allah (agama Islam). Sesiapa berjihad selepas mengenal pasti dalil seperti ditunjukkan Nabi SAW, maka ia akan mendapat ganjaran besar.
Al-Quran berkali-kali menggalakkan supaya melakukan infaq kerana ia adalah satu wasilah bagi menghimpun kekayaan dan menjamin kesenangan untuk semua. Ia adalah satu-satunya cara memelihara kekuatan dan kemuliaan umat, di samping mengalahkan musuh yang menindas mereka.
Seandainya umat bersikap bakhil dengan hartanya, pastilah mereka akan dicengkam kehinaan dan kemelesetan. Ibn Umar berkata, "Tatkala ayat di atas diturunkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ya Allah, tambahkanlah untuk umatku."
Susulan itu diturunkan firman Allah bermaksud: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?" (Surah al-Baqarah, ayat 245)
Infaq (mengeluarkan harta pada jalan kebajikan) sebenarnya mempunyai kedudukan dan peranan penting dalam sistem ekonomi. Istilah infaq ini termasuk zakat, sedekah dan segala perbelanjaan untuk jalan kebajikan (termasuk sedekah jariah dan wakaf).
Infaq juga boleh meraih keredaan Allah (merealisasikan perhambaan diri) serta membersih dan menyucikan harta (mengikis sifat cintakan harta, bakhil dan tamak) serta menetapkan matlamat sebenar penguasaan harta.
YaPEIM menerusi misi besarnya 'Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah' mempunyai peranan besar dalam membudayakan amalan sadaqatul jariah ini.
Di negara kita, amalan ini dipraktikkan secara meluas sama ada menerusi saluran diinstitusikan, mahupun saluran tidak rasmi. Ada banyak institusi ibadah, pendidikan dan kebajikan didirikan atas asas amal jariah ini.
Dua perkara penting yang harus diberi perhatian ialah:
l Semangat beramal jariah ini jika digerakkan secara bersungguh-sungguh dan melalui penyediaan prasarana beramal jariah secara profesional (seperti di YaPEIM) dan didukung semua lapisan masyarakat berdasarkan tahap keupayaan masing-masing akan dapat mewujudkan sebuah dana besar serta boleh berperanan dengan lebih berkesan bagi membantu pembangunan sosioekonomi umat dan negara.
l Pelaksanaan Program Amal Jariah berdasarkan tafsiran yang luas, akan memungkinkan kita dapat menyelesaikan sebahagian permasalahan masyarakat di samping mempamerkan keindahan Islam yang sebenar.
Firman Allah bermaksud: "Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke arah Timur atau Barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat, kitab suci, nabi dan memberi harta disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar-benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa."
Infaq merangkumi sunat dan wajib. Justeru, ada banyak jenis sumbangan kepada jalan Allah termasuk berasaskan amalan wajib iaitu zakat. Ayat di atas adalah khusus kepada infaq sunat dan digalakkan pada sebarang waktu.
Ayat berkenaan juga menjadi dalil bahawa pertanian adalah pekerjaan mulia dan sumber rezeki manusia yang baik sehingga Allah menjadikannya sebagai perumpamaan dalam al-Quran.
Infaq di jalan Allah tanpa mengungkit-ungkit dan menyakiti si penerima akan menjadi sebab kepada penerimaan Allah seperti Rasulullah SAW bersetuju dengan Uthman yang meletakkan seribu dirham di hadapan Rasulullah SAW untuk tujuan membeli kelengkapan perang Tabuk.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak akan menimpa mudarat Ibn Affan dengan apa yang dilakukan selepas hari ini. Ya Allah janganlah engkau lupakan Uthman."
Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan kelakuan yang menyakiti " (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Allah memberikan ganjaran infaq di jalan-Nya dengan tiga perkara iaitu jaminan syurga; menghilangkan rasa takut selepas mati dan menghilangkan rasa sedih atau kemurungan atas apa-apa yang berlaku termasuk musibah di dunia.
Allah berfirman: "Mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah, ayat 262)
Kata-kata yang baik adalah lebih mulia daripada sedekah diiringi dengan perbuatan menyakiti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kalimah yang baik adalah sedekah, sebahagian dari perbuatan yang baik ialah anda menemui sahabat dan wajah yang ceria."
Allah SWT menolak sedekah yang diikuti ungkitan dan perbuatan menyakiti. Allah menggunakan perkataan merosakkan atau membatalkan bagi mengungkapkan betapa Dia tidak menerima amalan berkenaan.

AMALAN TERPUJI: Memberi sumbangan atau bersedekah harta kepada golongan miskin akan mendapat keredaan Allah serta diberi ganjaran di dunia dan akhirat. - Gambar hiasan

Keberkatan rezeki halal
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya daripada meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya pada hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Hadis riwayat At-Tabrani)
Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah, kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
Allah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut Islam. Perlu diingat bahawa hanya rezeki yang halal saja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah.
Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca haram akan menimbulkan kecelakaan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Iqra: Amalan baca surah al-Waqiah elak ditimpa kemiskinan
Judul: Amalan Murah Rezeki
Qari: Anuar Hasin
Penerbit: HIjaz Records Sdn Bhd
Harga: RM15.90
Pengulas: Hasliza Hassan
Cabaran hidup hari ini boleh memberi tekanan dan pelbagai usaha dilakukan supaya bebanan dihadapi tidak menyebabkan kita hilang arah atau menyalahkan keadaan. Justeru, antara cara terbaik menghadapi tekanan serta cabaran ialah kembali kepada Allah.
Antara lain ialah memperbanyakkan amalan yang boleh memberi ketenangan serta kesabaran supaya setiap dugaan mampu dihadapi dengan hati terbuka, fikiran rasional serta kesungguhan mencari jalan penyelesaian.
Cakera padat (CD) Amalan Murah Rezeki adalah sebahagian penawar diperlukan terutama bagi mereka yang susah hati memikirkan kos kehidupan kian meningkat serta keperluan keluarga yang perlu dipenuhi.
Bacaan surah al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki dalam CD ini dibacakan juara program realiti Akademi al-Quran musim kedua, Anuar Hasin, dengan bacaan secara murattal berserta terjemahan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Siapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya." (Hadis diriwayatkan Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)
Selain berusaha meningkatkan taraf hidup dan mengubah corak perbelanjaan, amalan kerohanian boleh membantu memberi perangsang kepada umat Islam untuk meneruskan kehidupan dalam suasana tenang serta bersyukur.
Semoga amalan ikhlas mengharapkan pertolongan Allah akan membuka jalan keluar dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya oleh Allah melalui cara yang tidak pernah terfikir. Oleh itu, amalan kerohanian perlu dilakukan dengan ikhlas serta berterusan.
Seharusnya al-Quran dibaca setiap hari untuk mendapat pahala serta keredaan Allah. Amalan yang dibiasakan hingga sebati dengan diri sudah pasti akan menerima ganjaran baik daripada Allah.
Buku Surah al-Waqi'ah Terjemahan dan Huraian turut dihasilkan Pusat Pungutan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui terbitan eksklusif siri ketiga disusun Zulkifli Mohd Yusoff.
Buku itu dibahagikan kepada 15 bahagian daripada 96 ayat dengan terjemahan bagi memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan serta cerita kepada keseluruhan isi kandungan surat berkenaan.

Peguam Syarie Menulis: Insan 'al dhimmi' tak dipinggir perlembagaan
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
http://peguamsyarie.blogspot.com
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah, baru-baru ini mengingatkan rakyat supaya jangan menguji atau mencabar isu berkaitan agama Islam hingga ke peringkat boleh menimbulkan kegelisahan rakyat.
Baginda dilaporkan bertitah bahawa ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara mungkin tercetus kerana perkara mengenai agama amat sensitif dan menyentuh emosi.
Baginda juga menegaskan secara jelas bahawa agama Islam sudah diberi pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan menjadi tunjang utama pembentukan minda serta budaya khususnya di kalangan orang Melayu.
Berdasarkan latar belakang dan faktor sejarah, Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama Persekutuan dengan diberikan keistimewaan serta perlindungan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Nasihat baginda jelas iaitu mana-mana pihak hendaklah tidak melakukan apa-apa perkara bersifat mencabar kedudukan Islam di Malaysia. Teguran itu dibuat tepat pada ketika kedudukan Islam sering dipertikaikan pihak tertentu dan dibuat secara berterusan.
Dari aspek perundangan, kedudukan Islam amat jelas khususnya apabila Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Tiada agama lain yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, namun orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa tekanan.
Penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam pula boleh dihadkan melalui undang-undang seperti diperuntukkan dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Selanjutnya, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan ikrar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Jadual Keempat adalah seperti berikut: "Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memuliharakan pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri."
Malah, ikrar itu ditegaskan dengan menggunakan kalimah sumpah syarie seperti 'wallahi, wabillahi, watallahi'.
Perkara di atas adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam. Ada banyak perkara lain diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi tidak dapat diketengahkan dalam rencana ini kerana kesempitan ruang.
Kedudukan Islam ini tidak harus dicabar sesiapapun yang mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen undang-undang tertinggi negara yang mesti dihormati.
Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan Shah terkenal sebagai seorang ilmuwan yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan. Justeru, teguran baginda itu amat mendalam dan wajar diambil perhatian semua rakyat. Malah, Sultan Azlan juga dilihat sebagai sultan yang amat dihormati dan prihatin dengan perkembangan perundangan negara dewasa ini.
Kita melihat kebelakangan ini sering kali ungkapan bersifat mencabar kedudukan Islam, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di ketengahkan. Malah, dalam banyak keadaan perkara ini dibincangkan di kalangan golongan tertentu dan golongan Islam arus perdana tidak diberi tempat untuk menyuarakan pandangan.
Atau ada pelbagai helah dibuat supaya golongan Islam arus perdana tidak dapat menghadirinya seperti masa forum yang terlalu hampir dengan waktu solat Maghrib dan sebagainya. Pada masa sama golongan ini juga yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan itu agung dan tiada apa boleh mengatasinya.
Namun, apabila mereka berhadapan dengan keistimewaan Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka mempertikaikannya seolah-olah peruntukan itu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sikap 'double standard' dan memilih sesuatu perkara disukai dan membantah sesuatu yang tidak digemari amat dikesali. Oleh itu, wajar bagi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil kira pandangan serta teguran dititahkan Sultan Perak.
Sebenarnya banyak kes yang sudah diputuskan di mahkamah sivil termasuk mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi sivil turut menegaskan bahawa Islam berada pada kedudukan lebih tinggi di Malaysia.
Keputusan ini tidak diterima mereka malah dicemuh pula. Mereka masih mempertaruhkan harapan supaya kedudukan Islam perlu disama taraf dengan agama lain dengan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan keputusan mahkamah.
Penulis mengambil kesempatan pada ruangan ini mengajak pembaca sekalian tanpa mengira agama anutan supaya mengambil sikap terbuka dan akur kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan keistimewaan kepada Islam dan orang Melayu.
Sesungguhnya jika kedudukan ini dihormati, sudah tentu orang Islam juga akan lebih menghormati kebebasan dikecapi bukan Islam di negara ini. Janganlah kita menerima apa yang ada di negara lain sebagai baik. Sebaliknya, kita perlu memperhalusi terlebih dulu sama ada sesuatu yang datang dari luar itu adalah sesuatu disemai di sanubari rakyat Malaysia atau sebaliknya. Islam sudah lama tertanam dalam hati dan jati diri rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia sama ada Islam atau tidak, memang sedar kedudukan Islam ini. Sewajarnya kedudukan ini dihormati dan tidak dicari alasan untuk melupuskannya kerana risiko akan ditanggung ialah ketenteraman awam terganggu seperti dinukilkan Sultan Perak.
Jika Islam diamalkan sepenuhnya, sudah tentu kedudukan orang bukan Islam akan lebih terjamin kerana perundangan Islam banyak membahaskan mengenai kedudukan orang bukan Islam dalam sebuah negara Islam.
Mereka dikategorikan sebagai 'al dhimmi' yang menikmati beberapa keistimewaan dan dijamin Islam. Malah, jika orang Islam sendiri tidak menjaga kepentingan al dhimmi, sesungguhnya orang Islam itu sudah melakukan dosa dan boleh diambil tindakan.
Berdasarkan sejarah pula, orang Melayu sudah sekian lama berinteraksi dengan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa masalah besar melainkan jika orang Melayu berasa tercabar dan agama mereka digugat.
Toleransi orang Melayu ini dapat dibuktikan jika kita pergi ke sebahagian kampung Melayu yang ada peniaga daripada kalangan orang berketurunan bukan Melayu. Kita akan dapati peniaga ini berjaya menjalankan perniagaan, malah dikunjungi orang Melayu.
Tiada diskriminasi berlaku. Islam mengajar orang Melayu menghormati orang lain dan tidak mengambil hak orang lain secara salah. Namun, apabila hak dan agama orang Melayu mula dipersoalkan, dikhuatiri sesuatu yang tidak baik pula akan berlaku.
Oleh demikian, nasihat Sultan Perak amat bertepatan dan wajar diberikan pertimbangan serta diikuti. Bagi pihak rakyat Muslim arus perdana, penulis menjunjung kasih atas peringatan dinyatakan Sultan Perak. Sudah pasti keseluruhan rakyat gembira dengan teguran dibuat. Semoga ia menjadi pemangkin kepada hubungan antara agama di Malaysia.
Diharapkan semua pihak dapat membuka lembaran baru bagi memulakan era baru hubungan antara agama dengan mengambil kira teguran diberikan semata-mata bagi menjaga keamanan dan ketenteraman keseluruhan rakyat di Malaysia. Kami menjunjung kasih tuanku.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Tuesday, July 1, 2008
Ufuk Minda: Perkongsian nilai murni pererat hubungan kaum
Bersama Prof Dr Sidek Baba
MASYARAKAT majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan.
Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan.
Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama.
Umat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara.
Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan umat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik.
Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah.
Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan.
Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk.
Di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi.
Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah.
Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya “The Analect” menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan.
Seperti juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat.
Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik.
Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang.
Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan.
Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan.
Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni.
Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa.
Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna.
Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan.

Perspektif Ikim: Hidup sederhana didik sikap berjimat
Oleh Nik Mustapha Nik Hassan
Peraturan dianjurkan Islam untuk peniaga, pengguna boleh atasi desakan ekonomi
SUASANA ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup makin meningkat adalah masa terbaik untuk kita renungi ajaran Islam berkaitan amalan kepenggunaan. Usaha itu bukan sebagai reaksi kepada suasana ekonomi semasa, tetapi amalan yang sepatut dihayati umat Islam.
Islam dalam mengatur proses kepenggunaan ke arah pencapaian matlamat memberi kebajikan kepada pengguna serta melahirkan pengguna sempurna, mempunyai prinsip tertentu terhadap pengguna dan barangan serta perkhidmatan.
Prinsip dianjurkan Islam dalam mempengaruhi gelagat pengguna adalah melalui prinsip umum percaya kepada alam akhirat, konsep kejayaan dan kekayaan menurut Islam.
Percaya kepada alam akhirat mempunyai pertalian rapat dengan kepercayaan kepada Allah. Ia memberi pengertian bahawa manusia wujud di dunia untuk sementara waktu dan kewujudan yang hakiki adalah di alam akhirat. Ini bererti kehidupan manusia akan berterusan hingga di alam akhirat.
Corak kehidupan seseorang di dunia akan mewarnakan kehidupan di alam akhirat, sebagai penerusan hidup manusia selepas mati. Kepercayaan ini memberi kesan mendalam kepada gelagat pengguna.
Pertama, pengguna akan menilai tindak tanduknya dari sudut kesan yang ia peroleh sekarang dan di alam akhirat. Oleh itu, pengguna Muslim akan cuba menjalankan aktiviti kepenggunaan barangan serta perkhidmatan untuk faedah pada masa ini dan di alam akhirat.
Kedua, pilihan untuk membelanjakan pendapatan akan bertambah dengan wujudnya keyakinan terhadap faedah yang dinikmati khususnya di alam akhirat hasil daripada tindakannya. Umpamanya seorang pengguna membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk menolong fakir miskin.
Tindakan itu tidak memberi faedah kepadanya pada masa ini tetapi pembalasan Allah di akhirat akan dikecapi. Justeru, gelagat pengguna akan dipengaruhi oleh kepercayaan kepada alam akhirat.
Konsep kejayaan dalam Islam memberi pengertian sangat mendalam dan sudah tentu mempengaruhi aktiviti kepenggunaan umat Islam. Islam mentakrifkan kejayaan sebagai mendapat keredaan Allah. Ini berbeza dengan erti kejayaan dalam kapitalisme (mengumpul kekayaan).
Pengabdian mutlak kepada Allah adalah kunci dalam mencapai keredaan Ilahi. Segala urusan kehidupan manusia termasuk kepenggunaan mestilah dalam konteks mencapai keredaan Allah. Pentingnya mencapai objektif ini untuk menyelamatkan manusia daripada malapetaka dan masalah kehidupan.
Pengabdian kepada Allah akan membentuk dan mengatur kehidupan manusia semoga bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Pengabdian mutlak bererti menghayati segala perintah Allah dalam segala tindak tanduk manusia.
Manusia yang rasional perlu kepada kejayaan di dunia dan kehidupan di akhirat. Aktiviti kepenggunaan sudah tentu akan diusahakan ke arah kejayaan ini, iaitu membelanjakan ke atas barangan dan perkhidmatan dalam hubungan mencapai keredaan Allah.
Konsep kekayaan mengikut Islam adalah faktor ketiga yang boleh mempengaruhi gelagat pengguna Islam. Islam melihat kekayaan sebagai pengurniaan Allah dan bukan sebagai perkara yang dimurkai.
Kekayaan boleh menjurus ke arah mencapai keredaan Allah dan boleh menyebabkan kekufuran.
Kefahaman dan keyakinan terhadap konsep kekayaan mendorong pengguna membelanjakan kekayaan kurniaan Allah untuk mencapai kejayaan dan keredaan.
Natijah daripada keyakinan dan kefahaman mengenai ketiga-tiga prinsip itu, pengguna Muslim akan berbelanja dengan matlamat memenuhi keperluan diri serta mencari keredaan Allah.
Islam di samping menyediakan garis panduan yang dapat mempengaruhi gelagat pengguna, juga mempunyai peraturan tertentu terhadap barangan dan perkhidmatan yang akan dihasilkan dalam negara.
Mengikut pandangan Islam, jenis barangan dan perkhidmatan mempunyai hubungan rapat dengan ajaran Islam. Barangan dan perkhidmatan yang disediakan semestinya dapat memberi manfaat kepada pengguna.
Barangan dan perkhidmatan yang akan menjejaskan keperibadian pengguna dari segi kesihatan, nilai akhlak dan ajaran agama tidak diiktiraf sebagai barangan dan perkhidmatan seperti arak dan judi.
Islam juga menyediakan garis panduan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Jenis barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan boleh dikategorikan sebagai keperluan asas untuk kesenangan dan keperluan untuk kemewahan.
Keperluan asas adalah barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, perubatan dan lain-lain. Keperluan untuk kemewahan adalah barangan dan per-khidmatan yang mana kepenggunaannya akan menjejas kecekapan pengguna dan peruntukan sumber misalnya pembinaan rumah besar atau kereta yang mahal.
Dalam negara Islam, perhatian utama akan diberi kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asasi, diikuti pengeluaran barangan kesenangan. Barangan mewah dianggap sebagai membazir dan bertentangan dengan Islam.
Islam menganjurkan pengajaran kepada umatnya bahawa manusia adalah khalifah dalam firman yang bermaksud: "Kepunyaan Allah kerajaan semesta langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya." (Surah al-Maidah, ayat 17)
Anjuran ini memberi pengertian yang nyata, bahawa barangan dan perkhidmatan yang dihasil semestinya dinikmati bersama, dan manusia bukan empunya yang mutlak.
Ajaran Islam berhubung proses kepenggunaan diasaskan kepada matlamat untuk mencapai kejayaan, iaitu mencapai keredaan Allah. Segala tindakan manusia termasuk kepenggunaan sewajibnya di dalam lingkungan Islam.
Keadaan itu akan dapat mewujudkan proses kepenggunaan yang sederhana. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka apabila membelanjakan hartanya dengan tiada berlebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya." (Surah al-Furqan, ayat 67)
Akhlak kegiatan ekonomi mengikut Islam berhasrat mengurangkan keperluan kebendaan yang melampaui dalam rangka membebaskan tenaga manusia ke arah pembentukan manusia mempunyai kerohanian tinggi.
Islam mengatur segala amalan manusia termasuk proses kepenggunaan untuk memberi kebahagiaan, kebajikan yang tulen bersesuaian dengan fitrah, kehendak dan kejadian manusia.
Meyakini dan beramal dengan anjuran Islam dalam amalan kepenggunaan menjadikan umat manusia lebih bahagia dan kurang tertekan dengan cabaran kos sara hidup makin meninggi. Suasana semasa sepatutnya membuka pintu hati manusia untuk berfikir sejenak dan mengambil langkah sesuai menyelamat diri dan masyarakat daripada kongkongan hidup hasil pembikinan manusia.
Penulis ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Solat berkualiti zahirkan peribadi mulia
Oleh Ibrahim Abdullah
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma'ninahnya.
Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu."
Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.
Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.
Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.
Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah.
Membaca surah dengan menghayati dan berkeinginan untuk mengamalkannya. Rukuk dan sujud adalah bentuk perwujudan ketundukan, kepatuhan dan kepasrahan diri secara menyeluruh kepada Zat Yang Maha Agung.
Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-'Ankabut, ayat 45)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan." (Hadis riwayat Muttafaqa 'Alaih).
Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.
Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah.
Malaikat pencatat amalan kebajikan pun menulis setiap langkah menuju masjid dapat mengangkat satu darjat kemuliaan. Mencatatkan langkah berikutnya sebagai penghapus satu kesalahan.
Jika seorang jemaah berjalan dari rumah menuju masjid atau musalla yang jaraknya 10 meter dengan 20 langkah. Maka 10 meter pula kenaikan satu darjat kemuliaan dan 10 meter berikutnya menghapus kesalahan.
Jika dilakukan lima waktu dalam sehari semalam, bererti 50 darjat kemuliaan dan 50 penghapusan dosa. Allah pun dapat memberikan kelebihan pahala lagi bagi hamba-Nya yang ikhlas memenuhi seruan solat.
Syeikh Hasan al-Banna menulis sepucuk wasiat kepada penggerak muda Muslim yang berbunyi, "Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun kesibukan kamu."
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah, ayat 18)
Perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslimin.
Semangat persamaan dan penyatuan ummah tidak mungkin lahir jika Muslimin tidak bertemu setiap hari dalam satu saf di hadapan Allah. Masjid selain tempat beribadat adalah landasan penyatuan atas dasar ketakwaan.
Justeru, setiap masjid tidak boleh sunyi daripada aktiviti yang menyatukan ummah sebaliknya dimakmurkan supaya institusi masjid menjadi institusi penting kepada umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.
Masjid juga mesti menjadi perantara pembinaan ummah. Hanya dengan dimakmurkan, masjid akan memainkan fungsi strateginya sebagai institusi kebangkitan ummah Islam.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia." (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul seperti dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadisnya, tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh.
Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma'ninahnya.
Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu."
Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.
Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.
Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.
Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah.
Membaca surah dengan menghayati dan berkeinginan untuk mengamalkannya. Rukuk dan sujud adalah bentuk perwujudan ketundukan, kepatuhan dan kepasrahan diri secara menyeluruh kepada Zat Yang Maha Agung.
Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-'Ankabut, ayat 45)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan." (Hadis riwayat Muttafaqa 'Alaih).
Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.
Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah.
Malaikat pencatat amalan kebajikan pun menulis setiap langkah menuju masjid dapat mengangkat satu darjat kemuliaan. Mencatatkan langkah berikutnya sebagai penghapus satu kesalahan.
Jika seorang jemaah berjalan dari rumah menuju masjid atau musalla yang jaraknya 10 meter dengan 20 langkah. Maka 10 meter pula kenaikan satu darjat kemuliaan dan 10 meter berikutnya menghapus kesalahan.
Jika dilakukan lima waktu dalam sehari semalam, bererti 50 darjat kemuliaan dan 50 penghapusan dosa. Allah pun dapat memberikan kelebihan pahala lagi bagi hamba-Nya yang ikhlas memenuhi seruan solat.
Syeikh Hasan al-Banna menulis sepucuk wasiat kepada penggerak muda Muslim yang berbunyi, "Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun kesibukan kamu."
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah, ayat 18)
Perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslimin.
Semangat persamaan dan penyatuan ummah tidak mungkin lahir jika Muslimin tidak bertemu setiap hari dalam satu saf di hadapan Allah. Masjid selain tempat beribadat adalah landasan penyatuan atas dasar ketakwaan.
Justeru, setiap masjid tidak boleh sunyi daripada aktiviti yang menyatukan ummah sebaliknya dimakmurkan supaya institusi masjid menjadi institusi penting kepada umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.
Masjid juga mesti menjadi perantara pembinaan ummah. Hanya dengan dimakmurkan, masjid akan memainkan fungsi strateginya sebagai institusi kebangkitan ummah Islam.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia." (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul seperti dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadisnya, tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh.
Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.
Ufuk Minda: Perkongsian nilai murni pererat hubungan kaum
Bersama Prof Dr Sidek Baba
MASYARAKAT majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan.
Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan.
Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama.
Umat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara.
Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan umat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik.
Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah.
Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan.
Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk.
Di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi.
Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah.
Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya “The Analect” menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan.
Seperti juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat.
Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik.
Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang.
Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan.
Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan.
Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni.
Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa.
Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna.
Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan.
MASYARAKAT majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan.
Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan.
Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama.
Umat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara.
Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan umat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik.
Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah.
Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan.
Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk.
Di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi.
Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah.
Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya “The Analect” menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan.
Seperti juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat.
Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik.
Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang.
Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan.
Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan.
Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni.
Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa.
Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna.
Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan.
Subscribe to:
Posts (Atom)