Wan Zahid Wan Teh
SAYA mempunyai nafsu seks yang sangat kuat. Dalam hal ini bolehkah saya berpoligami bagi menyelesaikan masalah itu. Bolehkah jelaskan syarat membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami?
NIKAH adalah satu daripada cara yang dianjurkan Islam bagi menjauhi maksiat terkutuk, iaitu zina. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa daripada kamu yang mampu (memberi nafkah) hendaklah berkahwin kerana ia dapat memelihara mata (dari memandang yang haram) dan kemaluan (daripada zina). Poligami adalah harus dalam Islam. Seseorang yang hendak berkahwin atau berpoligami perlu memastikan dia mampu memberi nafkah dan melaksanakan kewajipan lain seperti berlaku adil. Walaupun hukum asal berkahwin adalah sunat, namun ia boleh menjadi haram jika menimbulkan pengabaian kewajipan berumah tangga.
Bagi mengelak poligami disalahgunakan, sama ada disebabkan kejahilan atau kekurangan sifat amanah serta sikap bertanggungjawab di kalangan orang ramai, pemerintah membuat peraturan tertentu untuk berpoligami seperti yang terdapat dalam undang-undang keluarga Islam.
Mewujudkan peraturan seperti ini menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan demi memelihara maslahah dan kepentingan umum. Peraturan ini wajib dipatuhi berasaskan ayat 59 daripada surah An-Nisa' yang memerintahkan orang beriman supaya taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah mereka. Imam Al-Qurtubi, ketika mengulas ayat ini menulis: "Jika pemerintah memerintahkan perkara yang harus, maka mentaatinya adalah wajib dan tidak halal menyalahinya (al-Mufhim).
Banyak hadis yang mengukuhkan perintah di atas, antaranya hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: "wajib ke atas setiap Muslim dengar dan taat kepada pemerintah, pada perintah yang dia suka atau tidak, selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat.....". Berasaskan dalil-dalil di atas, ulama membuat suatu rumusan berkaitan perkara ini seperti yang disebut oleh Sheikh Mustafa Al-Zarqa' dalam kitabnya al-fiq al-Islamifi thaubihi al-Jadid: "fuqaha" menyatakan bahawa perintah yang dikeluarkan oleh pemerintah wajib diterima dan dilaksanakan.... selama mana perintah itu (bukan maksiat) dan berlandaskan kepada kepentingan umum, yang mana penentuannya terpulang kepada budi bicara pemerintah sendiri, sesuai dengan satu prinsip dalam ilmu usul fiqah yang dipanggil 'al-Masalih al-Mursahah'.
Sunday, July 6, 2008
Persoalan Agama: Insan murtad tidak perlu saksi ketika ucap semula syahadah
APAKAH yang perlu dilakukan orang yang murtad dan ingin kembali ke pangkal jalan? Adakah dia perlu melafazkan dua kalimah syahadah di depan orang lain (atau pegawai agama bertauliah)? Bagaimana pula jika dia mengucap syahadah (tanpa disaksikan sesiapa), adakah taubatnya diterima Allah? Adakah sembahyang taubat itu satu daripada cara untuk orang murtad kembali ke sisi Allah?
RIDDAH ialah keluar daripada agama Islam melalui perbuatan perkataan atau i'tikad (niat). Ia adalah jenis kufur yang paling keji dan menyebabkan semua amalannya ketika Islam terhapus dan dia kekal dalam neraka sekiranya mati tanpa bertaubat. Seperti dinyatakan dalam firman Allah ayat 217 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat serta mereka itulah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."
Orang yang murtad wajib segera kembali kepada Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah. Untuk sah Islamnya, saksi tidak diperlukan, tetapi jika ada keperluan pentadbiran maka ucapan di hadapan mana-mana pegawai agama diperlukan dari segi pentadbiran saja. Sembahyang sunat taubat tidak diperlukan untuk kembali kepada Islam. Menunaikan solat lima waktu adalah paling utama bagi mengekalkan iman dan mengelak mati dalam kufur; kerana dalam solat ada bacaan dua kalimah syahadat, iaitu pada tahiyat awal dan akhir. Jika sekiranya seseorang itu murtad tanpa disedari, maka ia kembali menjadi Muslim melalui syahadah dalam solat.

Saturday, July 5, 2008
Masjid Abu Bakar As-Siddiq sambut jubli perak
Oleh Hasliza Hassan

SEMPENA sambutan jubli perak penubuhannya, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Kuala Lumpur, menganjurkan pelbagai program bertujuan mengajak ahli kariah mengunjungi serta menyertai program mengimarahkan masjid.
Lima program direncanakan bermula 3 Julai hingga 8 Ogos depan sebagai mengiktiraf usaha pihak pengurusan serta ahli kariah memajukan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar selama 25 tahun sebagai pusat menyatupadukan masyarakat melalui pendekatan agama.
Program berkenaan ialah Majlis Membaca Yasin, tahlil dan doa selamat, hari keluarga dan mini ekspo, pertandingan golf mesra, forum perdana dan majlis makan malam amal.
Pengerusi masjid, Datuk Nik Farid Kamil, berkata selain membawa ahli kariah ke masjid pihaknya turut meluaskan jemputan kepada 10 surau di bawah pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar serta semua masjid di sekitar Lembah Pantai.
Katanya, sambutan 25 tahun Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar bukan sekadar meraikan ulang tahun penubuhannya tetapi untuk membawa ahli kariah bersama-sama menjayakan program yang dianjurkan untuk mereka.
"Kami mahu ahli kariah dan masyarakat berhampiran datang ke masjid untuk mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan selain menanam semangat cintakan masjid terutama kepada generasi muda.

"Masjid bukan sekadar tempat beribadat kerana sebagai institusi penting umat Islam, masjid menjadi pusat sumber ilmu. Justeru, pentadbiran dan pengurusan yang cekap membantu memastikan ahli kariah mendapat kebaikan daripada program yang dianjurkan," katanya.
Nik Farid berkata, pembinaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar diluluskan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn pada 25 Julai 1977 atas permintaan penduduk setempat yang ketika itu amat memerlukan masjid sebagai tempat beribadat dan perkumpulan umat Islam.
Proses pembinaan masjid berkenaan dimulakan pada 18 Julai 1980 dan siap sepenuhnya pada 27 Mac 1982. Solat Jumaat pertama dilaksanakan pada 9 April 1982 dan diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika itu, Allahyarham Tan Sri Sheikh Mohsein.
Perasmian Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong Ketujuh, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 15 Julai 1982.
Walaupun sambutan jubli perak masjid itu sepatutnya disambut 14 Julai tahun lalu tetapi disebabkan beberapa perkara tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan masjid mengambil keputusan untuk meraikan peristiwa penuh bersejarah tahun ini.
Hari Keluarga yang diadakan hari ini di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, ekspo jualan serta pameran oleh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, sukaneka, pertandingan kemahiran dan kesenian.
Sementara Forum Perdana bertajuk Masjid Sebagai Institusi Masyarakat diadakan pada 12 Julai depan di dewan solat masjid menampilkan ahli panel terdiri daripada Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor, Mohd Farid Ravi Abdullah; Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Norhafizah Musa dan Ketua Imam Masjid SABA Bangsar, Hazman Hashim.
Majlis Makan Malam Amal yang dijadualkan 8 Ogos di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertujuan mengumpul sumbangan untuk pembinaan masjid perkampungan orang asli di Kampung Tuil, Gua Musang, Kelantan.
Nik Farid berkata, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar memang aktif dalam usaha mengembangkan syiar Islam melalui aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan untuk umat Islam, kaum ibu serta remaja.
Katanya, pengurusan berkesan yang dilaksanakan membolehkan masjid berkenaan dianugerahkan sebagain Masjid Terbaik Kategori Masjid di Wilayah Persekutuan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan tahun ini.
"Hasrat kita untuk terus memajukan masjid dan meramaikan jemaah serta meningkatkan mutu pengurusan. Di harap matlamat itu dapat dicapai dengan kerjasama daripada ahli kariah kerana institusi masjid adalah institusi masyarakat," katanya.

SIAP SEDIA: Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar membuat persiapan sempena sambutan ulang tahun ke-25.

Nik Farid Kamil

Lidah penentu martabat setiap insan
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Umat Islam dituntut pelihara pertuturan bagi mengelak perpecahan akibat fitnah
SEJAK akhir-akhir ini, amalan fitnah memfitnah, tuduh menuduh, sindir menyindir, menyebarkan khabar angin, e-mel layang atau berita palsu, perkataan lucah, mendedahkan keburukan orang lain, berprasangka buruk semakin menjalar dan membarah dalam masyarakat Islam.
Semua amalan itu secara umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang. Namun lidah boleh menjadi lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat dan implikasi buruk kepada umat manusia seluruhnya.
Oleh itu, Islam dari awal lagi sudah memperingatkan umat Islam akan bahaya penyalahgunaan nikmat lidah yang dianugerahi Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)." (Surah al-Baqarah, ayat 217)
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya." (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Walaupun lidah adalah satu anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah, lidah mempunyai peranan besar dalam kehidupan manusia.
Pada satu ketika, lidah boleh memuliakan serta mengangkat maruah seseorang dan dalam ketika yang lain, lidah mampu pula untuk menghina dan menjatuhkan seseorang. Malah, lidah berupaya membawa kejayaan juga kegagalan. Maka tidak hairanlah orang tua ada bermadah, 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa'.
Menyedari akan kedudukan lidah yang penting, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, kami pun turut menyimpang." (Hadis riwayat Tirmizi)
Maksudnya, lidah umpama pisau bermata dua. Ia boleh hadir sebagai rahmat kepada manusia di kala ungkapan ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kepada Allah dan pada masa sama boleh membawa kepedihan di kala lisannya mendedahkan belang yang tersembunyi.
Contohnya, khabar angin yang disebarkan bisa melonjakkan indeks ekonomi sesebuah negara, begitu juga ia mampu membuatkan indeks ekonominya jatuh merudum gara-gara spekulasi yang tersebar. Begitulah peranan lidah yang mengundang bahaya tersembunyi di sebalik kepetahan dan keindahan bahasa terungkap.
Menurut perspektif Islam, lidah akan melambangkan identiti seseorang sama ada dia seorang yang bertakwa dan beriman kepada Allah ataupun sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik ataupun dia berdiam saja." (Hadis riwayat Bukhari)
Seseorang insan dianggap beriman kepada Allah dan juga hari akhirat jika dia dapat memelihara lidah daripada perkara batil dan dilarang Islam. Seterusnya seorang yang beriman dan bertakwa akan menjuruskan lidahnya dengan amalan kebajikan serta mengelak perkara yang melalaikan.
Hal ini juga ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan serta perkataan sia-sia." (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Allah menyediakan panduan dalam al-Quran bagaimana lidah seseorang yang beriman sewajarnya disalurkan dan dimanfaatkan kerana setiap perkataan yang terkeluar akan dirakam dan direkodkan oleh malaikat.
Firman Allah yang bermaksud: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Surah Qaf, ayat 18)
Alangkah berbahagia dan beruntung seorang beriman yang menyumbangkan kebaikan dan kedamaian alam sejagat melalui ungkapan kata-kata yang sentiasa bermakna dan bermanfaat.
Allah berfirman yang bermaksud: "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisik mereka kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar." (Surah al-Nisa', ayat 114)
Tiga jenis amalan dianjurkan Islam iaitu menyuruh orang melakukan amalan sedekah, juga menyuruh orang lain berbuat kebaikan dan kebajikan serta mendamaikan antara dua orang atau dua pihak yang bergaduh.
Ini bermakna amalan selain daripada itu seperti melepak, mengumpat, bergurau senda berlebihan, memfitnah adalah perbuatan sia-sia yang dilarang Islam dan mengakibatkan dosa kepada si pelakunya dan orang bersubahat dengannya.
Malah dia termasuk di kalangan orang yang rugi sama ada di dunia dan di akhirat seperti firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan kebenaran (iktiqad kepercayaan, tutur kata dan amal perbuatan) serta berpesan dengan sabar (dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya)." (Surah al-'Asr, ayat 1 - 3)
Selanjutnya, Islam amat melarang umatnya melakukan perbuatan keji yang berpunca daripada lidah seperti mengumpat dan mengutuk. Malah, amalan itu tidak termasuk dalam adab susila kesopanan Islam.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bukanlah seseorang mukmin itu yang menjadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina." (Hadis riwayat Bazzar dan Hakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam melarang keras sebarang perbuatan keji yang terbit daripada lidah. Ini kerana natijah perbuatan itu merbahaya bukan saja kepada individu, bahkan boleh membabitkan komuniti masyarakat keseluruhannya.
Jika diimbas zaman Khulafa' al-Rasyidin, sejarah Islam sudah menyaksikan perpecahan dan pertelagahan di kalangan umat Islam akibat berlakunya fitnah terbesar di zaman Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.
Sebab itulah, munculnya pelbagai mazhab ilmu kalam yang berselisih pendapat dalam beberapa isu agama. Selain itu, ia memberi kesan secara tidak langsung kepada kekuatan sesuatu bangsa dalam meneruskan perjuangan hidup yang sentiasa bergolak dengan pelbagai krisis.
Seterusnya, Islam menegaskan bahawa kemuliaan dan penghormatan seseorang manusia di sisi Allah bukanlah berdasarkan kepada rupa parasnya, kekayaannya, hartanya atau warna kulitnya. Sebaliknya neraca yang sebenarnya di sisi Allah ialah nilai keimanan dan ketakwaan yang sentiasa bertakhta dalam jiwa.
Oleh itu, setiap Muslim hendaklah sentiasa berwaspada ketika bercakap dan bertutur dengan saudaranya yang lain, juga memelihara lidah daripada melakukan perbuatan tercela lagi dilarang Allah.
Allah memerintahkan umat Islam supaya menapis dan menyaring terlebih dulu sebarang khabar berita atau fitnah yang tersebar seperti surat layang supaya tidak terperangkap dengan jerangkap dosa yang merugikan.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka hendaklah kamu selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali terhadap apa yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Amalan ibadat wajib, sunat mesti disertai keikhlasan
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
ABUL A'la Al-Maududi dalam bukunya Asas-Asas Islam mendefinisikan ibadat sebagai "....taat, tunduk dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadat ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah".
Mirip dengan definisi itu, ahli tafsir At-Tabari menyatakan: "Khusyuk kepada Allah, merendah diri dan tetap hati kepada-Nya."
Dua pengertian itu, dapatlah dirumuskan bahawa ibadat ialah menghambakan diri semata-mata kepada Allah dengan mengikut segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala bentuk tegahan-Nya.
Seperti yang pernah diungkapkan Abu Urwah dalam bukunya Konsep-Konsep Umum Islam iaitu menjadikan seluruh masa dalam hidupnya dan setiap tindakannya sebagai sesuatu yang ditujukan untuk mendapatkan keredaan Allah.
Oleh itu tidak ada ruang dalam hidupnya dan tidak ada satu pun daripada perbuatannya yang terlepas patuh mengikut ketentuan ditetapkan Allah.
Apabila melakukan ibadat, perlu disedari hendaklah benar-benar lahir daripada lubuk hati penuh ikhlas.
Lantaran ibadat tanpa diiringi keikhlasan, maka amalan itu menjadi hampa dan tidak bernilai di sisi Allah .
Nabi SAW menyatakan secara tegas hal ini dalam sabda yang bermaksud: "Allah tidak menerima amalan, melainkan ikhlas dan untuk mencari keredaan-Nya." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Jika demikian, ikhlas bukanlah perkara ringan bahkan menjadi wajib bagi setiap amal ibadat yang dilakukan. Dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai perintah supaya manusia melakukan ibadat.
Firman Allah yang bermaksud: ".....dan tidak Kami utuskan sebelum kamu seorang rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Abu, oleh itu beribadatlah kepada-Ku." (Surah al-Anbia', ayat 25)
Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhanmu, maka sembahlah kamu akan Aku." (Surah al-Anbia', ayat 92)
Ibadat terbahagi kepada dua iaitu ibadat khusus iaitu ibadat yang sudah ditentukan Allah seperti solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya, manakala ibadat umum pula iaitu semua bentuk perlakuan manusia yang mempunyai hubungan kepada Allah seperti berniaga, menjaga kebersihan, menghubungkan silaturahim, bermurah hati dan tolong-menolong.
Setiap amalan atau pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi ibadat dan tetap akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Dr Muhd Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya 'Ibadah dalam Islam' menyenaraikan kriteria pekerjaan akan menjadi ibadat:
Hendaklah kerja itu diakui Islam, bersesuaian dengan hukum syarak dan tidak bercanggah dengan hukum.
Dilakukan dengan niat baik bagi tujuan memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya.
Amalan itu mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan Rasulullah SAW.
Jangan sampai mengganggu atau melalaikan daripada ibadat pokok seperti solat, puasa, zakat dan yang lainnya.
Menjaga larangan Allah dalam kerja itu, jangan zalim, menipu dan melampaui batas.
Allah berfirman yang bermaksud: "Hadapkan mukamu untuk melaksanakan agama ini dengan patuh, sebab itulah fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrahnya. Tiada perubahan sedikitpun dalam ciptaan Allah. Demikian itulah agama yang benar, namun sebahagian besar manusia tidak mengerti." (Surah ar-Rum, ayat 30)
Di samping itu, perlunya manusia beribadat ialah sebagai pembuktian kesyukuran di atas segala nikmat yang dicurahkan Allah. Lalu sebagai hamba sejati yang sedar, insaf serta beriman perlulah menunjukkan rasa cinta dan ketaatan dengan melakukan ibadat.
Firman Allah yang bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku." (Surah al-Baqarah, ayat 152)
Manusia yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. perlu menjalankan segala perintah-Nya dan menghindari diri daripada perbuatan mungkar serta perkara yang dimurkai Allah.
Hidup ini hendaklah diisi dengan melaksanakan ibadat wajib serta sunat serta meninggalkan perkara yang dilarang.
Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam." (Surah al-An'am, ayat 162)

Friday, July 4, 2008
Tiada ibadat khusus sempena Rejab
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
Pendapat mengenai amalan solat sunat puasa, umrah bersandar kepada hadis lemah
REJAB bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan.
Kalendar Islam yang mempunyai 12 bulan ada empat bulan dimuliakan Allah dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa." - (Surah at-Taubah, ayat 36)
Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran "maka janganlah kamu menganiaya diri kamu" dalam ayat itu bermaksud jangan seseorang menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman Allah hanya menunjukkan ada empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi SAW memperincikan nama bulan itu: "Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Rejab termasuk dalam bulan dimuliakan Allah. Lantaran itu tersebar dalam masyarakat kita amalan memiliki fadilat yang besar dikhaskan sempena Rejab ini. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud satu dalil sah menunjukkan amal ibadah tertentu bersempena Rejab.
Hal ini diperakui tokoh ulama hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafidz Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis sahih mengenai keutamaan Rejab (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada Rejab yang dapat dijadikan pegangan.
Adalah masyhur di kalangan masyarakat disunatkan untuk berpuasa pada hari pertama Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, 15 Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.
Selain daripada itu, ada juga yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Imam Ibnul Qayyim berkata: "Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan itu secara terus menerus seperti dilakukan sebahagian orang dan Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan Baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti diriwayatkan Ibnu Majah."
Walaupun begitu jika seseorang itu berpuasa pada Rejab tanpa niat mengagungkan bulan berkenaan tetapi berpuasa bertepatan dengan hari disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) pada Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan syarak.
Ada juga pandangan bahawa pada Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu, menurut 'Aisyah, Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada Rejab.
Daripada Mujahid dia berkata: "Aku masuk bersama Urwah bin az-Zubair ke masjid, ternyata 'Abdullah bin 'Umar sedang duduk di samping bilik Saidatina 'Aisyah. Kemudian dia berkata kepadanya: Berapa kali Rasulullah SAW melakukan umrah? Dia (Ibnu 'Umar) menjawab: Empat kali Rasulullah SAW melakukan umrah. Dia (Ibnu 'Umar) menjawab: Empat kali, salah satunya pada Rejab. Lalu kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya. Dia (Mujahid) berkata: Kami mendengar dia (iaitu 'Aisyah) sedang bersiwak. Kemudian Urwah bertanya kepada 'Aisyah: Wahai ibu orang mukmin! Benarkah apa yang dikatakan oleh Abu 'Abdurrahman? 'Aisyah berkata: Apa yang dia katakan? Aku menjawab: Dia berkata bahawa Nabi SAW pernah mengerjakan umrah pada Rejab. Beliau berkata: Semoga Allah merahmati Abu 'Abdurrahman. Rasulullah tidak melakukan satu Umrah pun melainkan dia (yakni 'Aisyah) ikut bersama Baginda dan Baginda tidak pernah mengerjakan umrah pada Rejab." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Tarikh 27 Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj dan pelbagai program diatur bagi mengingati peristiwa bersejarah itu. Ia adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam supaya mengambil pengajaran daripadanya.
Namun, wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj seperti dijelaskan Ibu Hajar al-'Asqalani: Ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum Baginda SAW dilantik menjadi nabi. Pendapat ini ganjil kecuali dianggap terjadi dalam mimpi. Kebanyakan ulama berpendapat selepas Baginda SAW menjadi nabi.
Selanjutnya dalam kitab itu Ibnu Hajar menyebutkan pendapat ulama seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini.
Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie menegaskan: "Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ulama hadis ialah satu pembohongan.
Ibn Rajab al-Hanbali pula berkata: "Diriwayatkan bahawa pada Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi Nabi pada 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih."
Kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat mengenai tarikh peristiwa Israk dan Mikraj supaya peristiwa itu diketahui secara jelas dan pada masa sama, tiada ibadat khusus atau sambutan tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa bersempena tarikh berkenaan.
Ada golongan yang lebih ekstrim beranggapan bahawa beribadah pada malam 27 Rejab lebih utama berbanding ibadah pada malam lailatulqadar. Jika ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti bila sebenarnya ia berlaku seperti amalan sunnah lain iaitu puasa 'Asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharam dan beribadah pada malam lailatulqadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.
Ia memperlihatkan tidak ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Jika memperingati malam Israk dan Mikraj dengan ibadah tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama melaksanakannya adalah Rasulullah SAW serta sahabat.
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih. Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar kepada hadis lemah.
Banyak lagi amalan sunat yang umum belum kita amalkan boleh dipraktikkan pada Rejab sebagai persediaan menanti kedatangan Ramadan dengan membanyakkan solat malam, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tadarus al-Quran.

Jendela Hikmah: Umat kena keluar daripada kepompong rugi
Oleh Maznah Daud
CABARAN membabitkan aspek kehidupan serta sosial terus mendatangi masyarakat hari ini dan bagi menghadapi setiap ujian, umat Islam tidak harus menyerah kalah atau cepat berputus asa. Sebaliknya, yakin dengan janji Allah, berlindung dan meminta pertolongan-Nya.
Oleh itu, daripada memikirkan cubaan demi cubaan yang datang, umat Islam perlu bangkit dan sedar akan tanggungjawab mereka dan pada masa sama mempersiapkan diri dengan melakukan perubahan demi mencapai kesejahteraan hidup.
Firman Allah yang bermaksud: "Tiadalah suatu daripada makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus." - (Surah Hud, ayat 56)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau. Maka jadilah ia." (Surah Yasin, ayat 82)
Ilmu adalah satu daripada senjata yang mesti dimiliki setiap insan yang berakal dan waras. Tanpa ilmu seseorang tidak dapat memahami dan menggambarkan sesuatu dengan betul dan tepat. Kita sebagai Muslim sepatutnya lebih peka dan lebih ghairah mencari ilmu.
Malah, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW adalah perintah cukup jelas supaya mencari ilmu.
Firman Allah yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." - (Surah al-'Alaq, ayat 1-5)
Seorang ulama salaf pernah berkata: "Allah merahmati seseorang yang mengenali zamannya, maka dia beristiqamah di atas jalan dipilihnya."
Kini kita berdepan pelbagai pemikiran, teori dan ideologi dalam segenap bidang serta lapangan melalui bermacam media dan saluran. Mampukah kita menghadapi dan mendepani semua itu tanpa ilmu?
Umat Islam juga perlu menyuburkan perasaan bertanggungjawab. Lihat bagaimana sikap Abu Bakr as-Siddiq ketika beberapa kabilah Arab enggan membayar zakat. Beliau berdiri teguh menentang golongan itu sambil memberitahu ungkapan yang begitu mengesankan: "Sesungguhnya wahyu sudah dihentikan dan agama sudah disempurnakan. Apakah agama ini mahu dirombak tatkala saya masih hidup?"
Begitu juga dengan Salahuddin al-Ayubi. Beliau seorang yang sangat kuat berpegang kepada sunnah Rasulullah SAW. Namun selepas membaca doa menaiki kenderaan beliau tidak senyum seperti dilakukan Baginda SAW.
Apabila ditanya kenapa beliau tidak berbuat demikian, Salahuddin menjawab: "Bagaimana aku hendak ketawa sedangkan al-Aqsa kini berada dalam tawanan?" Sesungguhnya perasaan bertanggungjawab beginilah yang membangkitkan cita-cita tinggi, keazaman kental dan semangat tidak kunjung padam untuk meneruskan jihad pada jalan Allah.
Fikiran positif mendorong kita sentiasa mencari yang terbaik demi kebaikan Islam dan umatnya. Ketika peperangan Badar, Rasulullah SAW menempatkan tentera Islam di suatu tempat yang pada pandangan Habbab bin al-Munzir kurang sesuai.
Dengan sopan beliau bertanya Baginda SAW: "Ya Rasulullah, adakah tempat ini adalah wahyu yang diperintah oleh Allah dan kita tidak boleh berganjak lagi darinya? Atau ini satu strategi dan taktik dalam peperangan? Rasulullah SAW menjawab: Ini hanyalah satu strategi dan taktik dalam peperangan. Mendengar jawapan itu Habbab tidak teragak-agak mengemukakan cadangannya yang bernas supaya beralih ke tempat lebih sesuai. Cadangan itu diterima Baginda SAW dan ternyata ia menjadi pelengkap kepada sebab kemenangan yang dijanjikan.
Melihat ramainya pembaca dan al-Hafiz al-Quran syahid dalam peperangan al-Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab, Umar bin al-Khattab mengemukakan cadangan kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq supaya mengumpul dan membukukan al-Quran.
Beliau tidak putus-putus menyatakan kepentingan usaha itu dilakukan secepat mungkin. Akhirnya Allah melapangkan hati khalifah untuk menerima dan melaksanakan cadangan yang benar-benar bermakna dalam menyelamatkan kesucian dan kemurnian agama ini
Luasnya sasaran Islam meliputi bumi, tingginya melangkaui angkasa dan menyeluruhnya merangkumi semua manusia. Firman Allah yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." - (Surah al-Anbiya', ayat 107)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." - (Surah Saba', ayat 28)
Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku diutuskan kepada setiap golongan, yang berkulit merah dan berkulit kuning."
Kita mesti bijak bergaul dengan masyarakat tidak kira bangsa, anutan, fahaman, aliran dan kecenderungan. Semua kita mesti keluar daripada kepompong masing-masing dan runtuhkan tembok malu yang tidak menguntungkan.
Hiduplah bersama masyarakat. Bergaul dengan mereka, pengaruhi mereka, pimpin mereka dan ubah peta kehidupan mereka. Sesungguhnya mereka mengharap kepimpinan kamu dan menanti kehadiran kamu. Semoga Allah memimpin kita semua dengan hidayah-Nya. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pemimpin dan Pelindung.
Penulis adalah Penasihat Syariah dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com.

Bicara Kalbu: Bernikah orang dikagumi ubat paling baik rindu
SAYA mengenali jejaka ini selama dua tahun sebagai jiran sebelah rumah. Kami bertegur sapa hanya beberapa kali. Dia pemuda masjid, perwatakannya warak, berbudi bahasa dan menghormati orang tua membuat saya mengagumi dia dalam diam. Hati saya sudah pandai merinduinya. Bagaimana cara menghadapi keadaan ini.
GADIS PINGITAN,
Muar, Johor
SYABAS saudari, saya bersyukur kepada Allah kerana dalam dunia tanpa sempadan dan serba bebas begini masih ada lagi gadis pingitan yang mampu menjaga batas pergaulan serta punya sifat malu yang masih terbendung.
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya:
Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: "Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnul Qayyim menyatakan: "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Jawapan disediakan panel penasihat Wanita JIM. Persoalan yang lalu boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com

Thursday, July 3, 2008
Hak Muslim: Isteri didera perlu berani bertindak
excopgsm@yahoo.com

Soalan:
SAYA bersuamikan seorang lelaki yang cepat panas baran. Dia kerap memukul, menampar dan menendang saya lebih-lebih lagi jika kami kehabisan wang. Pernah saya cuba untuk melaporkan perbuatannya kepada polis atau mendapat laporan perubatan, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana dihalang suami. Malah, tidak ada saksi yang melihat kejadian itu kecuali anak berusia tujuh tahun. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, dia mengurung saya dalam rumah. Saya seolah-olah terpenjara dalam rumah sendiri. Dia mengurung saya berminggu-minggu hingga kesan luka serta lebam di badan hilang. Dia juga pernah mengugut untuk menghalau saya pada suatu malam selepas membogelkan saya. Saya juga pernah mengalami penderitaan seks ketika masih dalam pantang. Apa yang patut saya lakukan.
Isteri mangsa kezaliman,
Selangor.
Jawapan:
Saya sangat bersimpati dengan nasib puan. Apa yang puan lalui adalah satu pengalaman menyakitkan dan saya berharap puan bersabar, berusaha mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan membawa kes ke muka pengadilan.
Suami puan sudah melakukan tindakan tidak wajar yang berlawanan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah mereka yang baik dengan isterinya. Dan aku adalah yang terbaik di antara kamu."
Ini menunjukkan Rasulullah SAW menyuruh suami berlaku lembut, melayan isteri dengan baik dan tidak melakukan keganasan terhadap isteri. Baginda SAW sendiri tidak pernah menyakiti isterinya walau apa alasan yang ada. Semoga Allah memberi petunjuk kepada suami puan untuk berubah serta bertaubat atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.
Sebenarnya keganasan rumah tangga sama ada dilakukan suami atau isteri adalah satu daripada perlakuan tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat. Ini sudah tentu membawa kepada ketidakselesaan, menggugat kebahagiaan dan keharmonian hidup berkeluarga.
Mengikut kajian, kejadian suami mendera isteri, sama ada secara fizikal atau mental sudah lama berlaku dan berterusan hingga hari ini. Statistik menunjukkan keganasan rumah tangga banyak berlaku dan ada sesetengah isteri hanya berdiam diri serta mengalah atas apa yang dilaluinya. Perkara ini wajar diubah bersama.
Hakikatnya, atas tangan isteri untuk mengambil tindakan ke atas keganasan dilakukan suami atau membiarkan keganasan itu berterusan tanpa membuat tindakan segera untuk mengelakkan berlakunya keganasan.
Keganasan atau kezaliman suami terhadap isteri seharusnya dihentikan segera dan isteri yang menghadapi keadaan seperti itu perlu berani untuk bertindak bagi menghalang perbuatan itu berterusan. Inilah antara perkara besar dalam rangka memperkasakan jiwa wanita yang teruji dengan masalah sebegini.
Puan seharusnya melakukan sesuatu dan mengambil tindakan segera jika mahu menyelamatkan rumah tangga dan memberhentikan tindakan zalim terhadap diri serta anak.
Pada pandangan saya, apabila kita membiarkan dan menyembunyikan keganasan yang dilakukan suami, ia boleh disifatkan sebagai penyumbang kepada keganasan suami yang pasti melakukan kezaliman lebih besar. Sedangkan Rasulullah SAW memberi nasihat supaya jangan melakukan kemudaratan ke atas orang lain dan jangan membiarkan orang melakukan kemudaratan ke atas kita.
Saya mencadangkan supaya puan berusaha mendapatkan bantuan moral daripada keluarga terdekat atau jiran yang ada. Kemungkinan dengan campur tangan ibu bapa kedua-dua belah pihak, hubungan rumah tangga puan dapat diperbaiki.
Pada masa sama, suka saya nasihatkan bahawa walaupun tiada saksi ketika puan dipukul, puan masih boleh mendapatkan bantuan kerana mungkin jiran mendengar pergaduhan dan melihat kesan lebam yang ada di badan puan.
Orang terdekat yang mengetahui hubungan dan layanan buruk dibuat terhadap puan boleh memberi keterangan di mahkamah jika perlu. Ia akan menguatkan permohonan puan jika di bawa ke mahkamah.
Antara perkara yang puan perlu ambil sekiranya berlaku deraan adalah segera melaporkan penderaan itu kepada polis. Pihak polis akan merekodkan aduan itu dan mereka akan membuat laporan rasmi yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Puan juga wajar mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan, laporan doktor adalah perlu untuk dijadikan bahan bukti (qarinah) di mahkamah jika perlu. Dalam kes jika puan dikurung dan sebagainya, puan boleh berusaha mendapatkan rawatan sebaik berjaya mencari jalan keluar. Adalah nyata suami puan tidak menaruh belas ihsan kepada puan dan melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama.
Perlakuan buruk seperti inilah yang sangat kita khuatiri kerana ia boleh memburukkan nama baik agama di kalangan orang luar. Kadang-kadang perlakuan segelintir golongan tersasar ini dijadikan hujah bahawa Islam yang mengajar umatnya melayan isteri dengan keras dan kasar.
Puan boleh merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor di mana dalam Seksyen 53, ada diperuntukkan jelas bahawa seseorang suami itu disifatkan sebagai melakukan kekejaman dan kezaliman kepada isterinya jika dia lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita berpunca daripada perbuatan aniaya, termasuk suami berkawan dengan wanita jahat atau berperangai keji pada pandangan syarak.
Suami juga dianggap kejam jika memaksa isterinya hidup secara lucah kerana ia bertentangan dengan syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam. Selain itu, suami kejam dan zalim jika melupuskan harta isteri atau melarang isteri menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu. Malah, suami juga dianggap zalim jika menghalang isterinya menjalankan kewajipan terhadap agama.
Suami yang mencederakan isterinya seperti memukul, menampar serta menendang adalah melakukan kezaliman dan ia adalah alasan yang kukuh untuk menuntut fasakh. Di samping itu, suami juga boleh diambil tindakan jika dengan sengaja menyebabkan cedera atau dengan sengaja menyebabkan cedera, dengan jalan menggunakan senjata atau lain benda berbahaya yang berkaitan dengan peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga dan Kanun Keseksaan.
Puan boleh menghubungi mana-mana peguam syarie yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat terperinci mengenai hak puan. Jika puan tidak bekerja atau mempunyai tahap pendapatan tertentu, puan boleh menggunakan khidmat Peguam Biro Bantuan Guaman (BBG) yang berdekatan dengan tempat puan. Saya doakan puan berjaya mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan anak.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.com

PERLU PERLINDUNGAN: Wanita yang dizalimi bukan saja mengalami penderaan fizikal malah emosi yang memerlukan tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan diri dan anak. - Gambar hiasanSuami lakukan kezaliman adalah alasan kukuh bagi wanita untuk tuntut fasakh

Pembinaan iman, takwa bendung gejala sosial
Oleh Aminudin Mansor
GEJALA sosial yang melanda umat Islam hari ini amat mencemaskan kerana setiap hari dalam media tempatan terpapar pelbagai permasalahan yang menunjukkan gejala sosial sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini.
Oleh itu, sebagai manusia dianugerahkan Allah akal fikiran yang waras, maka manusia dituntut untuk mencari jalan penyelesaian ke atas fenomena yang mencetuskan gejala sosial melanda umat Islam.
Antara gejala sosial sering dipaparkan ialah bohsia, disiplin pelajar, lari dari rumah, lepak, murtad, pelacuran, pembuangan bayi, penculikan, penagihan dadah, penderaan terhadap isteri, penganiayaan kanak-kanak, perceraian, rasuah dan rogol.
Punca berlakunya gejala sosial ialah kelemahan iman dan kurang didikan agama sejak kecil. Remaja terlalu mengikut nafsu serta terdedah kepada unsur kurang sihat. Daripada kes bohsia membabitkan jangkitan virus HIV, pembuangan bayi, pelacuran dan penagihan dadah.
Masalah dan gejala disiplin pelajar disebabkan ibu bapa gagal memainkan peranan penting dalam mendidik anak. Ini diikuti faktor disiplin terlalu ketat serta pelajar berasa bosan dengan keadaan persekitaran dan suasana di sekolah.
Selain itu, kurangnya didikan agama dan pengaruh media elektronik juga banyak menyumbang ke arah masalah disiplin pelajar. Hal ini menyebabkan kes lari dari rumah, merokok, melepak dan penagihan dadah.
Permasalahan ini mempunyai kaitan yang menyumbang kepada gejala sosial membabitkan pelajar dan remaja. Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak sebagai amanah Allah kepada mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalannya." (Surah al-Khafi, ayat 7)
Jelaslah ibu bapa adalah orang paling penting mengawasi tingkah laku dan peribadi anak, selain daripada teman rapat, rakan dan guru. Oleh itu, ibu bapa mesti memastikan teman atau rakan anak remaja dalam kalangan mereka yang beriman serta baik budi pekertinya.
Bagi gejala sosial, penderaan isteri, penganiayaan kanak-kanak, pembuangan bayi ada kaitan dengan kes atau gejala perceraian antara suami isteri. Hal ini juga mungkin disebabkan faktor emosi, kurang didikan agama, persekitaran sosial, tekanan hidup, kemiskinan, pergaulan bebas dan ketiadaan contoh teladan akhlak Islamiah.
Semuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain dalam dunia yang penuh pancaroba dan dugaan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah melindungi hamba-Nya yang mukmin daripada godaan dunia dan Allah juga melindungi orang yang sakit dan menegahnya daripada makanan serta minuman yang kamu takuti akan mengganggu kesihatannya." (Riwayat Al-Hakim dan Ahmad)
Semua gejala dalam masyarakat hari ini ada penawar dan cara mengatasinya. Apa yang penting adalah perasaan takut kepada Allah. Jika manusia takut kepada Allah semua gejala sosial ini akan berlalu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barang siapa takut kepada Allah, maka Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Barang siapa tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikannya takut kepada segala sesuatu." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Dalam hal ini, Hamka pernah berkata, "Akan bagaimana jadinya, apabila generasi yang kita harapkan menjadi generasi penerus, apabila budi angkatan muda (remaja) rosak hancur kerana ditentukan oleh agama yang kita peluk dan pesan datuk nenek moyang kita?"
Maksudnya, jati diri dan peribadi remaja hari ini yang akan menjadi pemimpin masa depan banyak bergantung pada didikan agama diterima mereka. Selain itu, pendidikan, pesanan serta ajaran datuk nenek juga banyak mempengaruhi gaya hidup remaja ke arah kebaikan.
Untuk menangani segala masalah gejala sosial, pembentukan akhlak mulia dalam diri anak adalah cara terbaik. Oleh itu, akhlak mulia mestilah dididik sejak anak itu lahir kemudian diasuh dan dipupuk hinggalah dewasa dan seterusnya sehingga tua.
Imam Al-Ghazali pernah berkata, "Kuat dan gayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosak, maka binasalah umat itu." Oleh itu, peringatan ini patut dijadikan iktibar kepada umat yang terkemudian bagi menyelamatkan umat seterusnya daripada kebinasaan disebabkan gejala sosial yang melanda dewasa ini.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, "Barang siapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya ia tidak meninggalkan usaha mencari syurga dan lari dari neraka. Pertama, ia mengenal Allah lalu mentaati-Nya, kedua, ia mengenal syaitan lalu menderhakainya, ketiga, ia mengenal kebenaran lalu mengikutinya, keempat, ia mengenal yang batil lalu menjaga diri daripadanya, kelima, ia mengenal dunia lalu menolaknya, keenam, ia mengenal akhirat lalu mencarinya."
Semua pihak mesti berusaha mengatasi gejala sosial yang boleh meruntuhkan umat Islam. Menerusi iman dan takwa, semua gejala sosial ini dapat dibanteras hingga ke akar umbinya. Dengan iman yang kuat, yakin, sabar dan jihad, gejala sosial dapat ditangani dan diatasi dengan akal bijak.
Kesimpulannya, kita tidak mahu melihat generasi akan datang hanyut dalam kancah gejala sosial yang boleh meruntuhkan iman umat Islam. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini dipenuhi pelbagai cubaan. Jika tidak mempunyai iman yang kuat akan membawa ke arah kehancuran dalam kehidupan.

Subscribe to:
Posts (Atom)