Sunday, February 22, 2009

Ulul Albab: Tiga perangai keji jadi kemahiran Yahudi

Oleh Abdurrahman Haqqi



KEANGKUHAN dan sifat keji Yahudi yang menghantui minda manusia sejagat harus diatasi dengan bijak. - Gambar hiasan


Boikot, kembali kepada al-Quran jalan terbaik berdepan sikap dusta, gosip, rasuah golongan angkuh


APABILA ayat suci al-Quran dikumandangkan dan diperdengarkan di telinga orang beriman maka ia akan menambah frekuensi keimanan mereka seperti firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah beriman dan kepada Tuhan mereka jualah berserah." (Surah al-Anfal: 2)

Sebaliknya, jika ia diperdengarkan di telinga orang kafir termasuk Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) maka ia akan menambah kederhakaan dan kekufuran mereka seperti firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: "Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka." (Surah al-Maidah: 64)

Kemudian, ayat dalam edisi bahasa yang sama juga disebutkan pada ayat 68 surah sama dengan tambahan perkataan "Oleh itu janganlah engkau berduka cita terhadap kaum yang kafir itu."

Jika ayat 64 di atas sebagai jawapan ke atas dakwaan orang Yahudi yang berkata bahawa tangan Allah terbelenggu dengan pengertian bakhil atau kikir atau kedekut, maka ayat 68 sebagai perkhabaran bagi semua Ahli Kitab kerana ia dimulakan dengan "Katakanlah: Wahai Ahli Kitab!"

Penyebab keadaan yang berlawanan di atas yakni bertambah iman dan bertambah derhaka dan kufur adalah sama iaitu al-Quran al-Karim. Orang beriman bertambah imannya kerana dalam al-Quran ada tanda kekuasaan Allah, manakala orang kafir khasnya Ahli Kitab bertambah derhaka dan kufur kerana al-Quran membuka tembelang siapa mereka sebenarnya.

Termasuk tembelang mereka yang dibuka al-Quran adalah ayat yang bermaksud: "Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami telah beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang Yahudi, mereka orang yang sangat suka mendengar berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini, maka terimalah dia dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang besar.

Mereka sangat suka mendengar berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu, kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil." (Surah al-Maidah: 41-42)

Ada tiga sifat perangai orang Yahudi yang ditekankan ayat di atas dan ia sudah menjadi fenomena global dan trademark mereka sepanjang zaman. Ketiga-tiga sifat itu adalah samma'una li al-kazib; samma'una li al-qaum al-akharin; dan akkaluna li al-suht. Dalam bahasa kita sehari-hari pada masa ini, sifat ini boleh disebut dengan pendustaan, gosip, rasuah dan riba. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia ketiga-tiga sifat Yahudi ini sangat menyerlah.

Mereka mendustakan nabi dan rasul yang mereka tidak sukai, walaupun daripada kalangan mereka sendiri. Allah berfirman maksudnya: "(Tetapi) tiap-tiap kali datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian daripada rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi." (Surah al-Maidah: 70)

Begitu pula dusta keji mereka ke atas Maryam maksudnya: "Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan) yang amat besar dustanya." (Surah al-Nisa: 156)

Pada hari ini kita juga menyaksikan pendustaan mereka yang mana ia bahkan sudah menjadi satu kenyataan dan disahkan dalam buku sejarah, walaupun kebenarannya masih dipertikaikan banyak pihak. Kisah pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai oleh Adolf Hitler pada Perang Dunia Kedua atau yang dikenali dengan tragedi Hollacaust adalah satu contoh pendustaan. Dikatakan enam juta orang Yahudi dibunuh dalam kejadian itu. Berapa sebenarnya jumlah orang Yahudi di dunia? Jika ia benar terjadi, sudah tentu Hitler sangat hebat kerana membunuh enam juta orang dalam satu masa pemerintahannya. Mempertikaikan kebenaran Holacaust inilah yang menyebabkan seorang paderi Kristian dibuang dari kedudukannya sebagai ketua agama Kristian di Britain dua minggu lalu.

Belum lagi kisah 9 September 2001. Dua menara kembar kebanggaan umat Yahudi yang dihancurkan 'serangan pengganas' itu pun masih banyak misteri yang tidak dibenarkan untuk diungkap. Padahal, banyak kajian yang membuktikan kebenaran terbalik daripada perkara yang digembar-gemburkan Amerika (baca: Yahudi). Bukankah ini menunjukkan betapa mahirnya orang Yahudi berdusta?

'Gosip' menurut Kamus Dewan "cakap-cakap yang mengisahkan khabar atau hal yang buruk atau kurang manis mengenai seseorang dan lain-lain". Orang Yahudi sepanjang sejarah sudah menguasai strategi pergosipan dengan sangat mahir. Mereka bergosip mengenai sumbang mahram beberapa orang nabi dalam Kitab Injil yang diselewengkan; mereka bergosip dan termakan gosip dalam kisah pengangkatan Talut sebagai Raja mereka (Surah al-Baqarah: 246-248).

Pada hari ini gosip mereka menghantui minda manusia sejagat dengan penguasaan media massa termasuk kalangan perfileman Hollywood yang sudah sampai kemuncaknya yang menyaksikan umat lain termasuk Islam tidak berdaya menghadapinya. Belum lagi gosip teori Darwin yang membicarakan manusia berasal dari kera. Memang tidak manis didengar gosip ini, malangnya pendidikan masyarakat antarabangsa tidak ada yang 'berani' mengeluarkannya dari topik wajib 'cakap-cakap' kajian sains mereka. Bagaimanapun, minggu lalu saintis dari China mengesyorkan untuk menghapuskan teori Darwin. Bukankah ini menunjukkan betapa mahirnya orang Yahudi bergosip?

Rasuah dan riba pun adalah kemahiran orang Yahudi yang tiada taranya. Penguasaan ekonomi dunia menerusi sistem ekonomi dan institusi kewangan yang diterajui Amerika Syarikat sudah cukup membuktikan bagaimana kehebatan mereka dalam permainan rasuah dan riba. Bahkan ada tuduhan yang ditujukan terhadap rancangan penyelamatan kewangan Presiden Barack Obama yang berjumlah hampir AS$800 bilion itu sebenarnya untuk menyelamatkan keyahudian sistem ekonomi dan kewangan global yang sememangnya jatuh teruk akhir-akhir ini. Bukankah ini menunjukkan betapa mahirnya orang Yahudi melakukan rasuah dan riba?

Bagi kita umat Islam, al-Quran memberikan jalan cara berdepan dengan mereka. Dalam bahasa kita sehari-hari dua cara menghadapi orang Yahudi dalam ayat ini boleh ditafsirkan dengan 'kembali kepada al-Quran dan boikot mereka! Wallahu a'lam

Persoalan Agama: Anak luar nikah tak boleh berbinkan bapa

Soalan:

Seorang bayi perempuan luar nikah dilahirkan pada Februari beberapa tahun lalu dan hanya tiga bulan selepas itu baru ibu bapa bayi berkenaan berkahwin. Malangnya, walaupun bayi itu anak luar nikah, namanya tetap dibintikan dengan nama bapanya, bukan Abdullah. Kini bayi itu sudah dewasa dan tinggal bersama ibu bapanya. Apakah wajib untuknya segera menukar binti kepada Abdullah? Apakah hukumnya jika tidak menukarnya? Adakah anak itu sentiasa berdosa disebabkan dosa ibu bapanya? Apakah prosedur yang perlu dibuat jika beliau mahu menukar nama bintinya?

Insan Keliru,
Negeri Sembilan.

Jawapan:

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan kepada sesiapa yang mengaku bapanya kecuali Abdullah atau salah satu nama Allah yang berpangkalkan Abdul. Lelaki yang menyebabkan kelahiran anak itu tidak diiktiraf sebagai bapa kerana tiada akad sah yang menghalalkan persetubuhan bagi menghasilkan anak itu.

Perkara ini dititikberatkan kerana membabitkan banyak kesan dari segi keturunan (nasab), mahram, hukum berkaitan aurat, wali dan pembahagian pusaka.

Anak tidak sah taraf tidak menanggung dosa kesalahan orang tuanya. Namun, nasab sebelah ibunya (ibu serta saudara mara ibu) perlu bertanggungjawab terhadap anak itu termasuk memastikan nama yang betul.

Bagaimanapun, jika ibu mengahwini lelaki yang menyebabkan kelahiran anak itu, si anak dikira mempunyai hubungan mahram dengan suami ibu sebagai hubungan bapa tiri dengan bersentuhan tidak membatalkan wuduk tetapi tidak boleh mewalikan pernikahan si anak perempuan itu jika ia ingin berkahwin.

Jika anak dewasa dan bin atau binti belum dibetulkan, maka dinasihatkan menukarnya dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Sebelum itu ia perlu membuat surat akuan sumpah mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 di Pesuruhjaya Sumpah dan mendapatkan surat sokongan Jabatan Agama Negeri.

ersoalan Agama: Islam haramkan perkara dorong zina

Soalan:

Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim tidur serumah tetapi di bilik berasingan.

Z Zulkifli,
Pekan, Pahang.

Jawapan:

Lelaki dan perempuan tidur di bilik berasingan dalam rumah yang sama mendedahkan mereka kepada risiko dan fitnah.

Apatah lagi jika tidak ada mahram atau orang lain di rumah berkenaan kerana dalam keadaan itu, masih ada peluang mereka untuk bertemu atau berbual.

Seperti diriwayatkan Ibnu Abbas RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam khutbahnya: “Tidak boleh bagi seorang lelaki berkhalwat dengan wanita melainkan bersamanya mahram.” (Riwayat Muslim)

Justeru, Islam bukan setakat mengajar perkara halal mesti dilaksanakan dan haram wajib dijauhi tetapi mengajar umatnya lebih baik mencegah daripada mengubati.

Contohnya, ditegah melakukan perkara yang boleh menyebabkan zina seperti berdua-duaan atau membuka aurat. Tegasnya, apa yang membawa kepada perkara haram, ia turut haram.

Persoalan Agama: Salam berlapik tudung dengan bukan muhrim

Soalan:

Saya pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), tetapi saya menghadapi masalah apabila berhubungan dengan sepupu. Persoalannya, bagaimana boleh mengelak daripada bersalaman dengan mereka sedangkan mereka sering menghulurkan tangan apabila bertemu dan berpisah ketika majlis kekeluargaan. Saya tahu perbuatan itu haram biarpun mereka mungkin tidak menyedarinya.

Ingin Tahu,
Perak.

Jawapan:
Bersalaman dengan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah haram dan membatalkan wuduk. Saudari boleh mengelaknya dengan pelbagai cara seperti menegur secara berhemah. Jika saudari tidak mampu menegur kerana menghormati mereka yang lebih dewasa, maka elok juga mencontohi budaya orang tua iaitu tetap menyambut huluran salam tetapi dengan berlapik hujung tudung dan sebagainya.

Persoalan Agama: Ketua jabatan datang lewat, balik awal cetus perbalahan

Soalan:

Saya bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Saya mempunyai ketua yang sering masuk lewat iaitu pada tengah hari sedangkan dia sepatutnya masuk jam 9 pagi seperti kami.

Anehnya, beliau juga pulang paling awal kira-kira jam 4.30 petang berbanding pekerja lain. Apakah hukum tindakan seperti itu? Bagaimana dengan status gaji yang diterimanya sama ada halal atau haram kerana tempoh kerjanya tidak mencukupi lapan jam?

Bagaimana pula dengan kami? Apakah kami perlu menegurnya atau membiarkan keadaan itu?

Norain Ali,
Pulau Pinang.

Jawapan:
Bekerja adalah ibadat jika dilakukan dengan memenuhi syarat seperti niat yang betul atau cara kerja tidak melanggar syariat. Dengan niat dan etika yang betul, bekerja memperoleh pahala.

Oleh itu, jika seseorang tidak menepati waktu, sentiasa menggunakan waktu pejabat untuk perkara lain atau datang lambat balik awal, maka pekerja itu tidak berintegriti, tiada disiplin dan amanah serta tidak beretika.

Apatah lagi yang melakukannya seorang ketua yang sepatutnya menunjukkan teladan kepada orang bawahan kecuali jika dia mempunyai keperluan keluar pejabat bagi urusan kerja seperti mesyuarat, seminar atau majlis yang perlu dihadiri ketua jabatan.

Saudari dan rakan boleh menegur secara berhemah. Contohnya, menganjurkan hari kualiti, ceramah integriti, melanggan buku motivasi atau majalah agama.

Ia satu cadangan dalam memberi kesedaran kepada ketua saudari, tetapi pada waktu sama turut meningkatkan kesedaran serta semangat kepada kakitangan lain.

Saturday, February 21, 2009

Prasangka buruk cetus sengketa berpanjangan

PERBUATAN buruk sangka terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu. Perbuatan itu melambangkan rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain kerana dikuasai nafsu marah dan dengki khianat.

Jika pun tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlulah mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebar tuduhan palsu.

Akibat daripada perbuatan sebegitu, sudah pasti perasaan dendam akan terus berpanjangan di antara yang menuduh dan yang kena tuduh, masing-masing ingin membuktikan tuduhan dibuat adalah benar dan satu pihak lagi berusaha menafikan segala tuduhan dilemparkan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, 'jangan jaga tepi kain orang'. Tetapi dalam hal membabitkan kebatilan dan perkara sumbang yang mengundang kemudaratan maka dibolehkan berbuat demikian dengan tujuan mencegah supaya tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Apa yang berlaku ialah perbuatan mencari rahsia orang lain bukan untuk mencegah berlaku perkara sumbang sebaliknya dijadikan umpan sebagai alat untuk membalas dendam terhadap orang berkenaan sedangkan Islam menyuruh supaya menyembunyikan keaiban orang lain.

Rasulullah SAW mengingatkan supaya sentiasa menjauhkan diri daripada terjerumus dalam perbuatan sengaja mencari aib orang lain kemudian menyebarkan dengan niat memalukannya di mata masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Awasilah diri kamu daripada buruk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Telinga sebagai pancaindera mendengar yang dikurniakan Allah perlu dijaga dengan baik dan hendaklah diawasi supaya tidak mendengar berita atau khabar angin yang belum tentu kebenarannya.

Begitu juga mulut, jangan pula terlalu cepat menyampaikan apa yang didengar sebelum diselidik apakah maklumat itu fakta yang benar atau hanya fitnah disebarkan pihak tertentu bertujuan menjatuhkan air muka pihak difitnah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri." (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim)

Kesan daripada fitnah yang disebarkan akan menimbulkan persengketaan antara dua pihak terbabit serta melahirkan perasaan benci apabila masing-masing mengeluarkan perkataan yang boleh menghiris perasaan serta menimbulkan keaiban.

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman, jauhkan diri kamu daripada berburuk sangka kerana sesetengahnya boleh menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia seorang lain serta memaki hamun kepada orang lain."

Dalam hal ini kesabaran menjadi asas utama yang diperlukan bagi mengelakkan hal lebih besar melanda manusia.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada tergelincir ke arah perlakuan suka menabur fitnah, eloklah beramal dengan ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali.

Antaranya, sifat al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan), al-zuhd (tidak mementingkan duniawi), kitmanus-sir (merahsiakan rahsia), al-hilm (lambat marah ), as-syajaah (berani), al-iffah (pemaaf).

Pemimpin berintegriti, amanah tonggak kecemerlangan negara

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

AMANAH adalah nilai peribadi mukmin sejati dan sangat dituntut Islam ke atas setiap umatnya, tanpa mengira pangkat serta kedudukan lebih-lebih lagi terhadap pemimpin. Pemimpin yang memiliki sifat amanah adalah imej perwatakan diri yang unggul.

Ketiadaan sifat amanah boleh menjerumuskan seseorang dalam kategori orang munafik seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkarinya dan jika diberi amanah dia khianati."

Saidina Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah menyatakan, kejujuran adalah suatu amanah dan pendustaan adalah suatu khianat.

Demikian gambaran kedudukan nilai amanah pada setiap mukmin supaya amanah menjadi sebahagian daripada jati diri umat Islam ke arah mencapai kecemerlangan dalam apa juga yang dilakukan di dunia ini.

Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz dikunjungi emak saudaranya. Tujuannya adalah kerana berhajat untuk meminta tambahan wang saraan dari Baitulmal. Pada waktu itu Umar sedang makan kacang bercampur bawang dan adas, iaitu makanan yang dimakan rakyat biasa.

Melihat emak saudaranya datang berkunjung, Umar pun berhenti makan lalu mengambil sekeping wang bernilai satu dirham dan membakarnya. Kemudian, Umar membungkus wang itu dengan sehelai kain dan diberikannya kepada emak saudaranya sambil berkata: "Inilah tambahan saraan wang yang makcik minta."

Apabila dipegang, emak saudaranya lantas menjerit kerana kepanasan. Kemudian Umar berkata: "Jika api dunia terasa sangat panas, bagaimana nanti api neraka yang akan membakar diriku dan makcik kerana mengkhianati amanah dan berbuat seleweng terhadap harta kaum muslimin?"

Peristiwa antara Khalifah Umar Abdul Aziz dengan emak saudaranya itu jelas menunjukkan Umar sangat menjaga nilai amanah hatta kepada kaum kerabatnya sendiri. Begitulah suci dan luhurnya peribadi seorang khalifah agung.

Peristiwa itu sewajarnya memberi pengajaran supaya sentiasa mengamalkan sifat amanah sebagai agenda hidup. Jika amanah sudah kukuh dan mantap terserap dalam diri seseorang mukmin, pasti sukarlah syaitan mempengaruhinya.

Membentuk dan menggemilangkan sesebuah negara, pemimpin mesti seorang yang berintegriti dan kuat sikap amanahnya. Rasulullah SAW ketika memilih pemimpin sangat peka terhadap nilai amanah pada seseorang itu sebelum dilantik sebagai pemimpin.

Hal itu bertepatan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik orang hendak engkau ambil untuk bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)." (Surah al-Qasas, ayat 36)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)." (Surah al-Nisa', ayat 58)

Dedah keaiban orang lain perbuatan keji

Oleh Mohd Shukri Hanapi

SESUNGGUHNYA perbuatan mendedahkan keaiban orang lain adalah perkara mazmumah (keji) dan sangat dipandang berat oleh Islam. Islam melarang umatnya mencari keaiban orang lain dan mendedahkannya sesuka hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-Nur, ayat 19)

Atas dasar inilah, maka dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup keaiban saudaranya. Lebih-lebih lagi jika ia hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan yang akibatnya amat berat ditanggung oleh orang itu sendiri dan masyarakat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak." (Hadis riwayat Muslim)

Menjelaskan mengenai perbuatan mendedahkan keaiban ini, Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan, pertama ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.

Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.

Menurut sesetengah ulama pula, adalah sunat merahsiakan keaiban manusia dalam empat perkara iaitu keaiban berkaitan hak Allah, keaiban lampau yang tidak diketahui orang, keaiban orang yang berkedudukan dalam masyarakat dan keaiban dilakukan untuk melindungi kepentingan anak yatim.

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh dinodai dengan diselidiki keaibannya, sekalipun ia berbuat dosa, selama ia dilakukan secara ber-sembunyi.

Abu al-Haisam pegawai kepada Uqbah bin Amir (salah seorang sahabat Nabi SAW) berkata: "Saya pernah berkata kepada Uqbah bahawa saya mempunyai jiran yang suka minum arak, dan saya akan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya mereka datang menangkapnya. Lantas Uqbah berkata: Jangan! Tetapi nasihatilah mereka itu. Abu al-Haisam menjawab: Saya sudah melarang tetapi mereka masih berbuat demikian. Justeru, saya tetap akan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Uqabah berkata lagi: Jangan! Sebab saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menutupi suatu keaiban, maka ia seolah-olah menghidupkan anak yang ditanam hidup-hidup dalam kuburnya." (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibn Hibban)

Semua orang tetap ada keaibannya tertentu, sama ada kecil atau besar keaibannya tentu ia tidak suka diketahui orang. Apatah lagi jika ada orang yang sengaja mencari keaiban dan seterusnya menyebarkannya ke sana-sini, tentulah ia akan marah. Lebih buruk lagi jika ia membawa kepada perselisihan dan pergaduhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu telah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

Sebenarnya hal ini bertentangan dengan dasar Islam yang menganjurkan umatnya supaya saling berkasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu dan tidak benci-membenci antara satu sama lain.

Bagi orang yang suka menyebarkan keaiban orang lain, seharusnya berfikir sejenak bahawa dirinya juga tidak sepi daripada aib dan cacat. Jika ia tidak suka keaibannya dicari dan didedahkan, maka mengapa pula ia sanggup mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Tidakkah ia bimbang suatu hari nanti orang lain pula akan mencari dan mendedahkan keaibannya.

Rasulullah SAW menilai bahawa mencari keaiban orang lain itu termasuk dalam perbuatan orang munafik yang menyatakan beriman dengan lidah tetapi hatinya membenci. Kelak mereka akan dibebani dosa yang berat di hadapan Allah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai orang yang sudah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Segala bentuk perbuatan dan tindakan yang kita lakukan hendaklah berlandaskan syariat Islam. Seandainya syariat Islam tidak dipedulikan, usaha untuk menghidupkan semangat kerjasama dalam masyarakat seperti bantu-membantu, hormat-menghormati dan memelihara kepentingan sesama Muslim dalam semangat kasih sayang yang tulen tidak akan tercapai. Sebaliknya akan wujud pula masyarakat yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran.

Friday, February 20, 2009

Berpantang, berjaga-jaga dalam pemakanan ibu segala ubat

AJARAN Islam menitikberatkan persoalan makanan halal lagi bersih. Halal sumber dan bersih serta zat sesuatu makanan itu memberi kesan mendalam kepada umat Islam terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal.

Antara kesan yang paling ketara ialah kejernihan akal fikiran yang mampu mengungkap dan menyelesaikan permasalahan umat serta dunia.

Otak mempunyai kekuatan menakjubkan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus daripada keseluruhan keupayaan otak sebenar. Malah, penyelidikan mereka mendapati kita menggunakan kurang daripada satu peratus kemampuan otak sebenar.

Hasilnya, jiwa menjadi lemah dan pesimis, akal menjadi lemah dan kuasa fikiran menurun serta gangguan emosi. Walau bagaimanapun keadaan ini berbeza kepada bangsa Yahudi. Mereka memiliki tahap kepintaran melebihi umat Islam.

Sejak dulu bangsa Yahudi mendepani dan menguasai pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, seni dan yang paling ketara bidang perniagaan. Hampir 70 peratus perniagaan di dunia dikuasai mereka daripada kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata dan perhotelan.

Persoalan besar timbul di sini ialah bagaimanakah bangsa Yahudi boleh mencapai tahap kepintaran sebegitu? Menurut kajian sarjana Barat, bangsa Yahudi sudah mendidik anak mereka sejak dari dalam perut sehingga ke peringkat universiti.

Apa yang menarik ialah kesungguhan mereka menjaga pemakanan ke arah meningkatkan daya fikir yang tajam. Walau bagaimanapun, Islam sudah lebih dulu memperkatakan kepentingan makanan untuk fikiran manusia.

Allah menganugerahkan kita pelbagai sumber makanan berkhasiat dan berzat. Ada makanan memberi kesan cepat terhadap kecergasan otak dan ada makanan yang lambat atau tidak memberi sebarang kesan sedikit pun.

Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal lagi bersih seimbang, berzat dan berjadual.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman. Makanlah daripada rezeki yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya." - (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Menerusi ayat ini Allah memerintahkan kita memakan makanan yang baik. Menurut Ibnu Kathir dalam kitab Tafsir al-Qur'an al-A'zim, makanan baik ialah sesuatu yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.

Pakar pemakanan sudah mengenal pasti bahawa bagi membantu akal sihat, kita hendaklah memakan makanan mengandungi karbohidrat, protein, lemak, air, mineral, dan vitamin seperti A, B, C, D, E dan K.

Makan dan minuman adalah antara ibadah penting dalam Islam kerana ia dapat membina akhlak terpuji dan membangunkan akal insan salih. Dalam hal ini, Allah memberi panduan pemakanan kepada umat Islam berlandaskan konsep 'memberi kemudahan, menjaga nyawa, jaminan kesihatan tubuh badan dan akal'.

Pengambilan makanan yang tidak diberkati dan tidak berzat mendatangkan kesan buruk pada akal serta mudah terbabit dalam gejala sosial seperti amalan rasuah, pecah amanah, perjudian, penipuan, pengkhianatan serta aktiviti negatif lain.

Pemakanan daripada sumber rezeki yang halal, baik dan berzat adalah lebih disukai serta dirahmati Allah. Ini kerana hati kita menjadi bersih dan akal menjadi bijak serta memudahkan pekerjaan. Sebagai bukti kesyukuran kepada Allah terhadap nikmat makanan, maka kita wajib memilih makanan yang disarankan dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bejana atau bekas yang lebih jahat (hina) melainkan memenuhkan perutnya. Jika ia (makan) memadai dengan suapan kecil yang mampu mendirikan (menguatkan) tulang sulbinya (tulang belakangnya). Jika dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah diisi perutnya dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga minuman dan sepertiga nafasnya." (Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad, Nasai'e, dan Ibn Majah)

Jika umat Islam kembali kepada gaya pemakanan dan adab makan yang diajarkan Rasulullah SAW, maka zat makanan tadi menyumbang kepada ibadah, menyihatkan badan dan memberi kepintaran kepada akal. Antara adab dan gaya pemakanan itu adalah sepertiga dengan makanan, sepertiga air, dan sepertiga lagi untuk bernafas.

Dibimbangi jika kita tidak menjaga adab ini, akan menyukarkan bernafas, lemah daya fikir dan mendatangkan mudarat pada diri. Menurut pandangan pakar perubatan Arab, Harith bin Kalwah, berpantang dan berjaga-jaga dalam pemakanan adalah ibu segala ubat, banyak makan itu ibu segala penyakit.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang mukmin makan dengan satu perut manakala orang kafir dengan tujuh perut." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dinyatakan Rasulullah SAW itu adalah menuntut kita bersederhana serta menjauhkan diri daripada penyakit zahir dan batin seperti sifat tamak dan mementingkan diri.

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas." - (Surah al-A'raf, ayat 31)

Khutbah online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Membaca al-Quran tanda ucap terima kasih, syukur

KELEBIHAN al-Quran turut dibincangkan salah seorang sahabat bernama Abu Musa al-Asyari. Beliau memetik kata-kata mulia Nabi Muhammad SAW yang membandingkan orang yang suka membaca al-Quran dan menghayatinya. Mereka terdiri daripada golongan berikut:

# Orang Islam yang membaca al-Quran umpama citrus (sejenis limau). Baunya harum dan rasanya lazat.

Ini menunjukkan, orang Islam yang benar-benar mentaati perintah Tuhan melaksanakan segala yang diperintahkan termasuk membaca al-Quran setiap hari. Mereka yakin, jalan itu adalah jalan mudah bagi berkomunikasi dengan Tuhan yang menciptakan.

Itu juga antara cara mengucapkan terima kasih bagi segala kurniaan Tuhan yang tiada batas. Tanpa meminta, Nabi Muhammad SAW menjelaskan mulianya kedudukan golongan ini sehingga diiktiraf dengan rasa lazat dan bauan harum dan menyenangkan.

Dengan janji seperti ini, orang Islam lebih giat mendekati al-Quran kerana memperoleh pelbagai kesenangan. Paling utama, hati menjadi tenang dan hidup menjadi lebih bahagia. Semuanya berkat membasahkan bibir dengan ayat al-Quran.

# Orang Islam, tetapi tidak membaca al-Quran seperti buah kurma. Ia tidak berbau, tetapi rasanya sedap dan manis.

Ramai manusia yang tergolong dalam golongan ini kerana akhir zaman ini terlalu ramai manusia yang mengaku beragama Islam tetapi mencalit arang kepada kesucian Islam itu sendiri. Ini menjadi bahan senda dan gurauan rakan bukan Islam.

Masakan tidak, mengaku Islam tetapi perbuatannya langsung tidak menunjukkan budaya dan cara hidup Islam. Tuhan sangat membenci golongan seperti ini. Semua orang sedia maklum, mana mungkin agama suci mengajarkan amalan buruk kepada penganutnya.

Usahlah kita jadi manusia yang hanya memakai pakaian berjenama tetapi tidak menunjukkan kualiti. Apa gunanya menjadi manusia cantik luarannya tetapi busuk hatinya. Apa gunanya kita memakan buah yang cantik dan kelihatan menyelerakan di luarnya tetapi pahit dan busuk apabila dimakan. Fikirkanlah.

# Orang yang mempersendakan agama Islam dikenali dengan gelaran munafik iaitu suka berpura-pura dalam kehidupan beragama. Walaupun mereka membaca al-Quran, mereka diibaratkan buah raihanah. Baunya sedap, tetapi rasanya pahit.

Sebenarnya, golongan ini adalah tali barut yang layak ditempatkan dalam neraka jahanam. Bukan dalam agama Islam saja, malah dalam pentadbiran negara, apabila ada golongan tali barut, pasti akhirnya menjatuhkan kerajaan itu.

Ia ibarat 'gunting dalam lipatan' yang dapat membunuh bila-bila masa saja. Golongan ini juga seperti 'musuh dalam selimut' yang dapat menyerang tidak kira masa. Mohonlah perlindungan Tuhan supaya tidak terbabit dengan manusia seperti ini.

# Golongan munafik yang tidak membaca al-Quran diumpamakan seperti petola yang tidak mempunyai bau dan rasanya pahit.

Golongan munafik membawa Islam dengan imej memalukan sehingga timbul pelbagai fitnah yang memburukkan agama Islam. Bagi mengetahui baik ataupun tidak orang itu, tidak cukup sekadar melihat luaran saja.

Kita perlu mengenalinya dengan lebih dekat supaya lahir rasa cinta seterusnya barulah ada kesudian untuk melamarnya. Mana mungkin kita berpuas hati membeli barang impian hanya dengan melihat di dalam katalog saja. Pastinya kepuasan memilih dan memiliki apabila kita dapat menyentuh dan membelai barang itu di depan mata. (Buku Apa itu al-Quran)