DARIPADA Al Bara’ bin ‘Azib katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidiladha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidiladha), maka sesungguhnya ia sudah menyempurnakan korbannya dan mengikut sunnah kaum Muslimin.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Masa atau waktu penyembelihan korban ialah selepas menunaikan sembahyang sunat Aidiladha. Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka penyembelihan itu hanya untuk dirinya sendiri dan bukan termasuk dalam ibadat korban, manakala sesiapa yang menyembelih selepas sembahyang Aidiladha, maka ia sudah menyempurnakan korbannya dengan mengikut sunnah.
Menurut Imam Syafie, ibadat korban hendaklah dilakukan pada musim haji. Waktu penyembelihan ialah pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik, iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Wednesday, January 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment