Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
SAYYID Qutb menjelaskan kewujudan manusia pada alam ini mempunyai matlamat tertentu. Matlamat itu akan dapat dicapai dengan melakukan tugas yang ditetapkan, iaitu memperhambakan diri kepada Allah.
Untuk mendapatkan keredaan Allah, umat Islam hendaklah sentiasa memastikan segala amalan dilakukan termasuk dalam kategori yang disuruh dan meninggalkan segala amalan yang dilarang.
Mereka yang berusaha mendapatkan keredaan Allah akan sentiasa melakukan perkara kebaikan dan apabila berlaku pertentangan antara apa yang diredai Allah dengan kehendak diri, tanpa rasa ragu memilih keredaan Allah.
Sikap istiqamah dalam melakukan kebaikan mendorong mereka melaksanakan kebaikan sepanjang masa sama ada ketika bersendirian mahupun bersama orang ramai, kerana dia mengetahui Allah Maha Melihat perbuatan hambanya.
Kehidupan bagi mereka yang ingin mendapatkan keredaan Allah mendorong untuk memahami bahawa segala nikmat diberikan mesti dimanfaatkan untuk meraih ganjaran yang disediakan Allah.
Mereka yang mendapat keredaan Allah akan ditempatkan dalam syurga.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang bertakwa bersungguh-sungguh, yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhan Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat dengan mendapat segala yang diharapkan)." (Surah al-Lail, ayat 17-21)
Menurut al-Quran, mereka ini digambarkan sebagai golongan kanan yang berada dalam syurga di kelilingi pohon bidara yang rendang, tidak berduri dan mempunyai banyak buahnya yang tidak pernah putus.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam syurga ada sebatang pohon. Jika orang yang berkenderaan berjalan di bawahnya selama seratus tahun, ia tetap berada di bawah naungannya dan tidak berhasil menaklukinya." ( Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)
Hadis itu menjelaskan bahawa syurga Allah terlalu luas seperti diwahyukan dalam al-Quran, di mana sungai mengalir dengan air yang tidak berubah rasa dan aromanya serta diciptakan Allah untuk mereka bidadari yang langsing.
Sebaliknya, bagi mereka yang disediakan Allah pelbagai nikmat tetapi tidak berusaha mendapatkan keredaan Allah akan dimasukkan ke neraka kerana mereka kufur dengan nikmat itu hingga leka terhadap tanggungjawab kepada Allah.
Mereka ini akan diseksa oleh Allah dengan angin yang sangat panas, air mendidih dan naungan asap hitam dalam neraka kelak seperti dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka diseksa dalam angin yang amat panas dan air panas yang mendidih dan dalam naungan asap yang hitam yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan." (Surah al-Waqiah, ayat 42-44)
Oleh demikian, marilah bertindak serta berusaha membetulkan perjalanan hidup kita supaya benar-benar memenuhi matlamat mendapatkan keredaan Allah, mudah-mudahan kehidupan di dunia ini akan beroleh berkat serta mendapat rahmat berkekalan.
Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM
Showing posts with label (A) Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. Show all posts

Monday, August 11, 2008
Monday, January 28, 2008
Mantapkan keimanan dengan akal sempurna
Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
AL-QURAN banyak menjelaskan siapakah mereka yang dimaksudkan dengan ulil albab. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (ulil albab)." (Surah ali-Imran, ayat 190).
Melalui ayat itu, dapat difahami bahawa ulil albab adalah orang yang berakal. Mereka menggunakan akal dikurniakan Allah untuk memikirkan kebesaran dan keagungan-Nya.
Mereka adalah orang yang mempunyai akal sihat lagi sempurna, yang mengetahui hakikat Ketuhanan secara jelas dan nyata. Hasilnya, mereka menjadi manusia yang taat kepada Allah dengan mentaati segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya.
Mereka bukanlah orang yang mempunyai akal, tetapi menyalahgunakan akal untuk kufur dan ingkar kepada Allah, sedangkan mereka melihat kebesaran Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka laluinya, sedang mereka berpaling daripadanya. Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain)." (Surah Yusuf, ayat 105-106)
Kesan daripada pemikiran terhadap kebesaran dan ketinggian Allah itulah, maka ulil albab adalah orang yang sentiasa mengingati Allah di mana juga mereka berada dan dalam keadaan apa pun kedudukan mereka sama ada sedang berdiri, duduk mahupun baring.
Gambaran golongan inilah dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang mengingatkan Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring." (Surah ali-Imran, ayat 191)
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Solatlah dengan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah sambil duduk, jika kamu tidak mampu, lakukanlah sambil berbaring." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mereka adalah orang yang tidak mudah berputus asa mengingati Allah sama ada dalam kedudukan senang mahupun susah hingga mereka menjadi orang yang memahami apa yang ada di langit dan bumi. Semuanya adalah kepunyaaan Allah, memperlihatkan keagungan-Nya, kekuasaan-Nya, keluasan ilmu-Nya dan kehebatan-Nya.
Bagi golongan ini setiap apa yang diciptakan Allah ada ilmu yang boleh ditimba daripadanya melalui pemikiran yang tajam. Hassan al-Basri pernah berkata: Berfikir sejenak lebih baik daripada bangun solat malam. Begitu juga ungkapan yang pernah dilontarkan Sufyan bin Uyainah: Berfikir mengenai kekuasaan Allah adalah cahaya yang masuk ke dalam hatimu.
Berfikir mengenai kekuasaan Allah sebenarnya boleh membuka jalan seseorang menuju kepada syurga Allah. Lukman al-Hakim pernah menjelaskan: "Sesungguhnya lama menyendiri akan mengilhamkan untuk berfikir dan lama berfikir (kekuasaan Allah) adalah jalan menuju ke pintu syurga."
Sesungguhnya Allah mencela orang yang tidak mengambil pelajaran mengenai makhluknya yang menunjukkan kepada zat-Nya, sifat-Nya, syariat-Nya, kekuasaan-Nya dan tanda-Nya.
Sebenarnya, Allah menciptakan sesuatu itu bukanlah dengan sia-sia, tetapi pada setiap penciptaan-Nya ada pengajaran dan kebenaran yang boleh diambil setiap insan yang memikirkannya.
Hasil pemikiran itulah, mereka melihat diri amat kerdil di sisi Allah. Mereka akan melihat segala-galanya milik Allah dan kepada Allah juga mereka akan kembali. Lantaran itulah mereka tidak putus-putus memanjatkan doa supaya mendapat keampunan daripada Allah di atas setiap kesalahan dilakukan.
Mereka juga memohon kepada Allah supaya dipertemukan dengan orang salih dan apa yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang beriman dan jangan sampai nanti mereka dihina di hari akhirat kelak.
Doa mereka dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji." (Surah ali-Imran, ayat 193-194)
Doa mereka diperkenankan oleh Allah lantaran keimanan mereka. Akal yang digunakan mereka memantapkan keimanan terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): Sesungguhnya Aku tidak menyia-yiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun perempuan." (Surah ali-Imran, ayat 195). Inilah antara sifat yang ada pada ulil albab yang perlu dipraktikkan setiap Muslim supaya keimanan kita kepada Allah akan bertambah jitu dari semasa ke semasa.

Labels:
(A) Ahmad Redzuwan Mohd Yunus,
Akal,
Iman
Monday, January 14, 2008
Balasan syurga bagi orang menahan marah, nafkahkan harta
Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
SETIAP muslim bercita-cita untuk masuk syurga. Beruntunglah bagi mereka yang dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT. Mereka adalah orang yang taat kepada Allah SWT dan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara dilarang-Nya.
Allah SWT menjelaskan mengenai sifat mereka yang akan masuk syurga, yang pertama ialah mereka suka menafkahkan harta pada jalan Allah SWT sama ada di waktu senang mahupun susah.
Firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit.” (Surah ali-Imran, ayat 134)
Sifat kedua yang ada pada ahli syurga, mereka adalah orang yang kuat menahan sifat marahnya dan suka pula memaafkan orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang.” (Surah ali-Imran, ayat 134)
Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaannya ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk.
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan.
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Hal itu dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.
Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Di samping mampu menahan sifat marah, sifat ahli syurga juga ialah mereka suka memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap diri mereka, sehingga tidak ada sedikitpun niat dalam diri mereka untuk membalas dendam kepada seseorang.
Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Sifat ketiga yang ada pada ahli syurga ialah mereka suka memohon ampun terhadap kesalahan mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah ali Imran, ayat 135).
Bagi mereka yang memohon keampunan kepada Allah SWT, Allah SWT akan mengampunkannya. Daripada Abu Said, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhanku, demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka memohon ampunan kepada-Ku.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah SAW juga mengingatkan mereka yang selalu memberi ampunan kepada seseorang akan mudah mendapat keampunan daripada Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu).” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Harta,
Marah,
Syurga
Subscribe to:
Posts (Atom)