Bersama Jakim
Soalan:
SAYA seorang pelanggan tetap sebuah kedai perkhidmatan membaiki komputer di kawasan rumah saya. Atas alasan puas hati dengan perkhidmatan diberikan, saya lazimnya membayar lebih daripada caj dikenakan. Namun seorang rakan mendakwa perbuatan saya itu rasuah kerana memberi imbuhan bagi menjadikan diri pelanggan disenangi pemilik kedai dan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Apakah dakwaannya itu betul sedangkan saya tidak mempunyai niat seperti itu langsung.
MOHD AMIN,
Pulau Pinang.
Jawapan:
Aktiviti rasuah adalah perbuatan yang haram di sisi Islam. Mereka yang terbabit dengan amalan rasuah adalah dilaknat dan berdosa kerana ia boleh merosakkan masyarakat di mana sesuatu pekerjaan tidak akan dilakukan dengan ikhlas dan sempurna kecuali 'dibayar' terlebih dulu. Perbuatan rasuah juga menyebabkan seseorang melanggar undang-undang, mengenepikan amanah dan tanggungjawab serta melakukan kezaliman kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah melaknat orang yang memberi rasuah, orang yang diberi rasuah dan orang yang menjadi orang tengah (antara kedua-dua pihak terbabit)." � (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Merujuk kepada persoalan di atas, sebagai peniaga, bayaran yang diminta berkemungkinan menepati pertimbangannya dari sudut keuntungan yang diperoleh, kuantiti dan kualiti perkhidmatan diberikan.
Maka, pemberian tambahan itu adalah ikhlas daripada anda kepadanya sebagai hadiah atau sedekah, tanda penghargaan dan terima kasih. Perbuatan seperti itu tidak bersalahan dengan akhlak Islamiah. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan keadaan mereka." (Surah an-Nisa' : ayat 39)
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Sunday, April 12, 2009
Friday, March 27, 2009
Politik wang wariskan pemimpin tidak berkualiti
Oleh Ghafani Awang Teh
Proses demokrasi tercalar, sistem bernegara tergugat jika perebutan kuasa jadi agenda utama
PERBUATAN merebut dan mencantas pihak lain untuk menjadi pemimpin adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan hak asasi manusia. Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa suatu ketika Abdul Rahman Samurah ditegur Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud: "Wahai Abdul Rahman Samurah, jangan engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Jika diberi kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan."
Hadis ini menjelaskan dalam Islam jawatan pemimpin adalah tanggungjawab yang berat. Ia bukan status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan. Oleh itu, Islam menegaskan jawatan pemimpin tidak boleh ditagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata.
Bahkan, proses pemilihan pemimpin atau pentadbir perlu dilakukan dengan adil berasaskan kelayakan, karisma dan ciri kepemimpinan seperti bertakwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas.
Allah mengingatkan kepemimpinan paling berkesan ialah kepemimpinan melalui teladan seperti ditunjukkan Rasulullah SAW. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang beriman." (Surah at-Taubat, ayat 128)
Pemimpin yang bersikap belas kasihan, penyayang dan prihatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka. Justeru, memegang kuasa melalui kemenangan politik wang hanya memberi keseronokan sementara untuk diri dan penyokong.
Budaya politik wang yang bertujuan memenuhi kepentingan diri dan segelintir puak memberi kesan penderitaan jangka panjang kepada negara dan rakyat. Sejarah silam tamadun Islam menunjukkan bagaimana pemimpin terbabit politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga serta mementingkan nafsu menjadi penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.
Politik wang menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Mereka berusaha menjatuhkan rakan seperjuangan dan pihak lawan walaupun secara tidak sah demi mencapai matlamat dalam politik.
Perebutan sengit kadangkala melalaikan mereka melaksanakan tugas hakiki iaitu memberi perkhidmatan memuaskan kepada masyarakat. Gelagat dan tingkah laku buruk pemimpin ini boleh menimbulkan rasa bosan dan meluat di kalangan rakyat.
Keadaan bosan berterusan menggugat sistem bernegara kerana rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin yang asyik mengejar atau mengaut kepentingan diri. Dengan perkataan lain, 'pemimpin bertelagah rakyat berpecah'.
Oleh itu, kita perlu insaf budaya politik wang mewariskan pemimpin tidak berkualiti, berakhlak dan berintegriti. Pemimpin yang berkuasa melalui politik wang melahirkan pemimpin yang mudah mengamalkan rasuah dan perbuatan keji lain. Lebih malang, amalan politik wang menutup proses demokrasi secara sihat kerana orang yang berduit saja berpeluang menjadi pemimpin besar.
Pihak yang tiada wang tidak berpeluang menjadi pemimpin walaupun benar-benar layak memimpin.
Kita juga perlu mengambil pengajaran ada pemimpin yang baik, tetapi terikut-ikut dengan kehendak dan tekanan penyokong dalam memenuhi agenda politik wang, maka pemimpin berkenaan tersungkur.
Kini orang Islam masih menjadi kuasa utama kepemimpinan negara. Kekuatan politik yang ada di tangan umat Islam menjadi ukuran kestabilan politik di negara ini. Oleh itu, apabila kuasa politik Islam lemah, maka pihak lain akan mengambil kesempatan.
Kita perlu ingat kelemahan kepemimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai ketua agama Islam, mempertikai Islam dalam Perlembagaan dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Prinsip ketiga pendekatan Islam Hadhari menetapkan kerajaan perlu berlaku adil dan beramanah. Untuk mencapai matlamat itu, amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, menyalahgunakan kuasa dan rasuah perlu ditolak dan dihapuskan. Mereka yang mengamalkan budaya ini tidak wajar diberi ruang sebagai pemimpin.
Mereka yang berjaya menjadi pemimpin secara sah mempunyai amanah dan tanggungjawab besar di sisi Allah. Mereka bertanggungjawab menentukan hala tuju negara dan rakyat ke arah pegangan hidup selari dengan ajaran al-Quran dan sunah. Pemimpin yang menunjukkan teladan, amanah dan baik terus disanjung serta ditaati rakyat.
Sebagai peringatan dalam pencarian pemimpin elok kita renungi rakaman pertukaran pemimpin antara Nabi Musa dan Nabi Harun dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: "Gantikan aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah dan jangan engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan." (Surah al-A'raf, ayat 142)
Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Thursday, March 26, 2009
Nabi melaknat pemberi, penerima rasuah
Oleh Nik Salida Suhaila
Sifat tamak haloba meminggir hukum agama dalam melaksanakan urusan harian
SIFAT manusia sering pelupa, tentulah kita perlu sentiasa mengingatkan supaya tidak terus leka. Halangan dan rintangan dalam kehidupan kadangkala tidak tertanggung oleh sesiapa, apatah lagi wang ringgit di depan mata.
Itulah yang gawat dalam organisasi, akauntabiliti tidak dipandang lagi, kredibiliti sudah tidak bererti, yang tinggal hanyalah janji bakal dimungkiri. Hari ini, kepemimpinan dan pentadbiran goyah dengan amalan rasuah.
Ia adalah satu contoh amalan berbentuk 'mata pencarian' tidak halal dan daripada sumber haram sama sekali. Malangnya, ia berlaku di mana-mana saja lantaran kurangnya keinsafan segelintir manusia mengenai akibat memakan sesuatu yang tidak baik dan tidak berjaga-jaga mengenai keselamatan dirinya di akhirat kelak.
Suruhan Allah supaya kita mencari rezeki daripada sumber halal ada sebabnya. Amalan rasuah iaitu perbuatan memberi sogokan kepada seseorang sama ada dalam bentuk wang ringgit, imbuhan, perkhidmatan atau faedah lainnya untuk membolehkan sesuatu dihajati seseorang itu diperoleh adalah perbuatan dikeji Allah.
Mengambil harta orang lain dengan cara salah adalah perbuatan mengingkari perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya." (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Ia kerana perbuatan memberi sogokan untuk mendapatkan 'sesuatu' adalah sifat diwarisi daripada sifat syaitan, iaitu musuh kepada seluruh umat Islam di dunia. Implikasinya juga besar, iaitu manusia boleh berbohong, menyatakan yang salah dan menidakkan yang benar.
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Rasulullah SAW juga melaknat orang memberi dan menerima rasuah. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Daripada Abdillah bin Amru: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Orang yang tidak bersyukur kepada Allah juga mudah mengikut jejak langkah syaitan durjana yang fungsinya menghancurkan keimanan umat Islam. Sifat memberi dan menerima rasuah contohnya adalah satu sifat tamak haloba yang meminggirkan hukum agama dalam menjalankan urusan harian.
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Makanlah daripada benda yang baik, halal, yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadat kepada Allah." (Surah al-Baqarah, ayat 172)
Satu-satunya tonggak boleh menghalang daripada berlakunya amalan rasuah dalam urusan harian adalah sifat amanah. Tidak semudah menyebutnya, amanah adalah sifat terpuji yang ditonjolkan Rasulullah SAW, khulafa' al-Rasyidin dan sahabat yang sentiasa mendampingi serta mengikuti akhlak Baginda.
Sikap amanah menjadikan kepemimpinan Rasulullah SAW diangkat sebagai kepemimpinan paling mulia untuk diteladani. Sifat pemimpin masa itu yang adil serta bijaksana mengatur strategi dakwah, sangat berkesan sebagai serampang dua mata kepada agama wahyu iaitu memimpin dan mendidik orang yang dipimpin.
Bukan sekadar memberi peringatan, Rasulullah SAW mendidik umat di bawah tadbirannya untuk mencontohi watak Baginda yang rendah diri tetapi besar hatinya, sikit harta tetapi banyak ilmunya, tenang bicara tetapi dalam maknanya dan kecil tanah jajahannya tetapi satu dunia dan akhirat ini sempadannya.
Kepemimpinan yang cemerlang itu menakutkan orang kafir Quraisy yang akhirnya menawarkan sesuatu kepada Rasulullah SAW supaya Baginda dapat bekerjasama dengan mereka tetapi ditolak.
Rasulullah SAW pernah ditanya bagaimana caranya supaya Allah mudah memakbulkan doa hambanya. Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tabarani, "Daripada Saad bin Abi Waqas, ia berkata: Wahai Rasulullah serulah kepada Allah untuk menjadikan aku orang yang mustajab dengannya. Bersabda Rasulullah SAW: Wahai Saad, perbaikilah makananmu, nescaya kamu menjadi orang yang dikabulkan doanya. Demi jiwa Muhammad dalam genggaman-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal kebajikannya selama 40 hari. Dan barang siapa yang daging dalam badannya tumbuh daripada yang haram dan hasil riba, maka api neraka lebih layak baginya."
Seseorang pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran adalah paling amanah terhadap tanggungjawabnya dan tidak berkira mencurahkan bakti terhadap orang yang dipimpin. Kita boleh membayangkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai suami atau bapa yang amanah, ia pasti kuat bekerja untuk mencari rezeki halal untuk isteri dan anak.
Isteri atau ibu yang amanah, tidak berkeluh kesah menjalankan tugas rumah tangga serta mengandung, melahir dan membimbing setiap cahaya mata dengan baik, sementara anak yang amanah tidak akan memungkiri janji kepada ibu bapa untuk menjadi insan terbilang.
Realitinya, kita boleh lihat bagaimana sebuah kehidupan tidak lagi sarat dengan sifat amanah, warganya pasti porak-peranda, kucar-kacir dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam menuju masa hadapan cemerlang.
Daripada Abi Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila hilang amanah maka tunggulah kedatangan hari kiamat. Maka bertanya seorang lelaki: Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Rasulullah SAW: Iaitu apabila sesuatu urusannya diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, Negeri Sembilan.

Labels:
(A) Nik Salida Suhaila Nik Saleh,
Rasuah
Thursday, March 12, 2009
Pekerja culas sama berdosa dengan terima rasuah
Oleh Lokman Ismail
Makan suap bukan saja membabitkan wang, malah kenaikan pangkat serta habuan seks
RASUAH adalah perbuatan tidak bermoral yang amat membahayakan keselamatan negara, keharmonian masyarakat dan kelicinan urusan kehidupan seharian. Negara akan hancur dan huru hara jika amalan rasuah berleluasa.
Banyak negara jatuh ke tangan kuasa asing disebabkan berleluasanya amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan awam. Kerajaan menjadi boneka kepada pihak yang menyogok rasuah untuk mendapat sesuatu.
Perbuatan rasuah atau makan suap bukanlah perkara baru dalam kehidupan masyarakat. Amalan itu sudah dikesan berlaku 4,000 tahun lalu atau lebih awal daripada itu. Kisah dan hukum mengenai rasuah disebut dalam Kitab Perjanjian Lama Injil.
Rasuah ialah perbuatan sogokan dengan wang atau sebarang hadiah atau manfaat sebagai ganjaran balas terhadap sesuatu hajat atau kemahuan yang sudah, sedang atau akan ditunaikan dengan cara yang tidak sebenarnya.
Penggunaan perkataan duit kopi, hadiah, sumbangan ikhlas, upah atas pertolongan dan duit proses sering digunakan sebagai mengaburi mata orang ramai untuk menghalalkan perbuatan itu.
Sesiapa dilantik menjalankan sesuatu urusan dan dibayar gajinya oleh pihak berkuasa, perlu melakukan tugas tanpa mengharapkan bayaran daripada pihak lain. Apa yang dilakukan sudah memadai dengan gaji diterima daripada kerajaan atau majikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang sudah kami lantik untuk memegang sesuatu pekerjaan, yang sudah kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada (pendapatan) yang ditetapkan itu (iaitu dengan cara rasuah), dia adalah pencuri." (Hadis riwayat Abu Daud)
Pengertian rasuah tidak terhad kepada menerima wang sogokan saja. Segala bentuk yang mempunyai 'nilai' seperti kenaikan pangkat, layanan istimewa, hubungan seks, hiburan dan jamuan juga sebahagian daripada habuan rasuah.
Sesuatu yang mempunyai hubung kait dengan rasuah membabitkan pelanggaran etika kerja. Pekerja menerima rasuah mengetepikan aturan tugas yang diamanahkan kepadanya. Dia tidak melakukan sesuatu yang hak dan mewujudkan masalah dalam pentadbiran negara.
Sesungguhnya penerima dan pemberi rasuah melakukan dosa besar dan bakal menerima seksaan di neraka pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pemberi dan penerima rasuah akan ditempatkan di neraka." (Hadis riwayat Bukhari)
Malah, dosa besar ditanggung oleh mana-mana individu yang terbabit dalam urusan rasuah, iaitu sebagai orang tengah, saksi atau tidak menghalang daripada berlaku rasuah sedangkan dia mampu melakukannya.
Daripada Abdullah Ibnu Umar, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tuhan melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah serta perantaraan di antara kedua-duanya." (Hadis riwayat Ahmad)
Perbuatan rasuah mudah berlaku di kalangan pekerja melakukan penguatkuasaan dan urusan secara langsung dengan orang ramai. Individu melakukan kesalahan sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam sistem urusan pentadbiran mengamalkan birokrasi, amalan rasuah mudah berlaku. Sistem birokrasi meletakkan pegawai mempunyai kuasa penuh terhadap sesuatu urusan dikendalikan. Sistem itu juga mempunyai pelbagai peringkat proses pengurusan membabitkan banyak peraturan.
Secara amnya pelanggan tidak suka kepada sistem birokrasi. Prosesnya mengambil masa dan banyak peraturan. Jadi, sebagai jalan mudah pelanggan memberi sogokan supaya urusan berkaitan dimudahkan. Pegawai yang berkuasa memenuhi keinginan pelanggan itu mendapat habuan lumayan.
Pegawai menerima rasuah didorong perasaan ingin mendapat wang lebih. Keperluan wang yang mendesak disebabkan cara hidup mewah atau berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan ramai pegawai terjebak amalan rasuah.
Sesiapa mengamalkan cara hidup mewah mudah terjebak amalan buruk. Sebab itu Rasulullah SAW sentiasa menasihatkan supaya pegawai yang dilantik menjauhi kehidupan mewah. Kehidupan mewah melampaui kemampuan adalah sebahagian daripada amalan syaitan.
Contohnya, Rasulullah SAW menasihatkan Muaz bin Jabal yang dilantik sebagai pegawai tinggi di Yaman, supaya tidak hidup dalam kemewahan bagi mengelak berlaku perkara buruk akibatnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jauhilah daripada hidup dalam keadaan hidup yang serba mewah kerana hamba Allah yang setia bukanlah orang yang hidup dalam keadaan serba mewah." (Hadis riwayat Ahmad)
Setiap pekerja yang dilantik tertakluk kepada peraturan tugas. Mereka dipertanggungjawab bagi memastikan mutu kerja yang memuaskan. Kecemerlangan pekerja menjadi lambang kepada kejayaan kerajaan dan organisasi diwakili yang menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Hal demikian memerlukan setiap pekerja menanam azam dan iltizam akan melakukan tugas dengan keupayaan terbaik. Matlamat itu hanya tercapai jika pekerja mengikut peraturan kerja, jujur, amanah dan melakukan yang terbaik.
Sewajarnya setiap pekerja bersyukur diberikan pekerjaan dan berpeluang untuk berkhidmat kepada negara. Gaji yang diterima atas kerja dilakukan hanya dianggap halal dan diberkati jika kerja itu dilakukan seperti mana ditugaskan.
Pekerja tidak menjalankan tugas dengan sempurna juga dianggap melakukan rasuah, yakni tidak amanah. Amalan mencuri tulang, lepas tugas dan tidak bersungguh-sungguh melakukan tugas menyebabkan mutu perkhidmatan berada pada tahap rendah.
Pekerja tidak melakukan tugas dengan sempurna, tetapi menerima gaji penuh sebulan, samalah seperti mencuri. Dia mengambil gaji yang tidak sepadan dengan apa dilakukan.
Islam tidak bertolak ansur dalam soal kecemerlangan. Semua tugas perlu dilakukan mengikut tahap terbaik yang mampu dilakukan.

Friday, October 17, 2008
Rasuah musnah pembangunan, sistem masyarakat
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Tamakkan kemewahan segera tutup pintu hati manusia daripada mengingati Allah
KITA berasa bangga dengan kesungguhan pihak kerajaan yang cukup tegas bagi membendung dan menghapuskan gejala rasuah yang sudah lama menular dalam masyarakat kita.
Ia selari dengan firman Allah Taala yang berfirman melalui surah al-Mukminun ayat 71 yang bermaksud: "Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, maka pasti binasalah langit dan bumi dan segala yang ada di dalamnya."
Biarpun ramai menyedari perbuatan makan suap atau rasuah adalah haram dan dibenci Allah dan undang-undang dunia, gejala rasuah terus berkembang di kalangan masyarakat, sama ada pada peringkat atasan atau bawahan.
Dua kemungkinan yang membawa kepada hebatnya gejala ini dengan terus berleluasa di kalangan masyarakat kerana ketidakfahaman terhadap istilah rasuah dan juga kerana kuatnya perasaan tamak dan haloba untuk memiliki kekayaan dengan cepat.
Perbuatan tumbuk rusuk ini bukanlah perkara baru dalam kehidupan masyarakat moden kini. Justeru ia dianggap sebagai suatu perbuatan biasa dan lazim dalam kehidupan seharian, maka gejala rasuah kini menjadi salah satu jenis penyakit sosial yang sukar diubati.
Dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara, rasuah menjadi ancaman cukup berbahaya. Perbuatan rasuah akan mengancam seluruh sistem pembangunan sesebuah negara yang bakal melahirkan sebuah masyarakat yang kucar-kacir dan akan menjadi penyumbang kepada keruntuhan sesebuah bangsa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang kami tunjukkan (lantik) untuk memegang sesuatu jawatan yang sudah kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih dari itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri."
Rasulullah mengutuk sesiapa saja yang memperoleh harta dan wang ringgit melalui rasuah. Khalifah Umar al-Khattab pada masa pemerintahannya juga sentiasa melafazkan perkataan amat berat dan kasar kepada pengamal rasuah.
Kekeliruan dan kejahilan seseorang individu mengenai rasuah mungkin berpunca daripada pemahaman cetek terhadap kalimah rasuah itu sendiri yang disangka hanya membabitkan wang semata-mata.
Rasuah bukan saja membabitkan penggunaan mata wang, malah turut merangkumi aspek kehidupan lain seperti tidak menjalankan tanggungjawab mengikut tempoh ditetapkan atau berlaku tidak jujur dan menyeleweng melakukan sesuatu tindakan dan perbuatan.
Pengamal rasuah biasanya akan lebih kuat menjalankan tugasnya apabila ditawarkan dengan pelbagai bentuk sogokan. Sogokan itu mungkin dalam bentuk hamper, buah tangan, hadiah, cenderamata atau apa saja yang dianggap sebagai perantara dan pemangkin kepada tercapainya sesuatu keinginan seseorang individu.
Manusia yang mengamal rasuah ini jarang memikirkan segala tindak-tanduk adalah satu bentuk penganiayaan yang sengaja mereka rancang untuk menindas orang lain.
Mereka yang tidak berhak diberikan hak dengan cara batil, sementara yang berhak sudah pasti akan kehilangan peluang walaupun mereka sebenarnya mempunyai kemampuan dan kudrat untuk melaksanakan sesuatu amanah dan tanggungjawab tertentu.
Justeru, pengamal rasuah yang hidup saling tindas menindas ini semakin alpa dengan tuntutan agama. Kemewahan dan kekayaan segera yang diperoleh menutup pintu hati mereka daripada mengingati Allah, bahkan mereka seperti sengaja menimbun dosa dan noda kerana perbuatan sendiri.
Rasulullah SAW sering berpesan kepada pegawai dan pentadbir pada zaman Baginda agar tidak menunjukkan kemewahan hidup yang mereka ada terutama ketika berurusan dengan orang ramai.
Baginda pernah berkata kepada Muaz bin Jabal yang dilantik menjadi duta di Yaman. "Wahai Muaz, jauhilah hidup kamu dari keadaan serba mewah kerana hamba Allah yang setia bukanlah begitu sifatnya." Muaz mematuhi pesanan Rasulullah kerana tidak ingin menderhakai Allah dan tidak mahu tergolong dalam golongan umat Muhamad seperti dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "Nanti akan ada di kalangan umatku yang memakan sajian makanan dan minuman yang bermacam-macam serta memakai beraneka jenis pakaian dan mereka bijak pula bercakap, berbual dan membelitkan lidah. Mereka itulah penjahat dalam umatku." (Riwayat al-Tabrani)
Seorang pegawai Rasulullah di Bahagian Perbendaharaan Negara yang menjalankan tugasnya sebagai pemungut cukai bertemu Rasulullah untuk menyerahkan hasil kutipan cukai kepada Baginda.
Kata pegawai itu, " Ya Rasulullah, inilah hasil negara dan ini pula hadiah untuk saya." Mendengar hal itu, air muka Rasulullah segera berubah, lalu Baginda berkata: "Aku sudah mengangkat seorang pegawai untuk satu pekerjaan. Sesudah dia bertugas, ada pula hak untuk negara dan hak untuk dirinya. Andainya dia duduk di rumah ibu bapanya dia akan mendapat hadiahkah sekiranya dia jujur? Janganlah kamu mengambil sesuatu yang bukan hak kamu supaya kamu tidak diseksa kerana wang atau pemberian itu pada hari akhirat kelak."
Gejala rasuah banyak mencetuskan pelbagai kes jenayah seperti peras ugut, bunuh, dendam dan pelbagai gejala lain yang boleh memusnahkan kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Pengamal rasuah tidak akan mampu menggunakan akal dengan rasional kerana jiwa dan hati mereka sudah jauh terpesong daripada landasan syariat.
Mereka sudah hilang rasa kasihan dan kemanusiaan sebaliknya mudah berkelakuan ganas dan zalim apabila tidak memperoleh apa yang mereka idamkan. Sudah tidak ada lagi rasa keinsafan dan kesedaran bahawa diri mereka milik Allah dan bakal kembali kepada-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)