Friday, February 12, 2010

Masjid pamer pengaruh 'Saracenic'

MASJID Ubudiah terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini dibina atas titah Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah. Upacara peletakan batu asas masjid ini diadakan pada 26 September 1913 dan siap dibina serta dibuka dengan rasminya pada 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah. Masjid ini mempunyai pengaruh seni bina 'Saracenic' (Islam-India) direka bentuk oleh arkitek kerajaan, A B Hubback, sementara kerja pelaksanaannya diletakkan di bawah kelolaan Ketua Jurutera Negeri Perak, Caufield.



(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia )

No comments: