Sunday, October 19, 2008

Persoalan Agama: Penghuni tingkat atas tak langkah ayat suci

Soalan:

BOLEHKAH saya menggantung ayat suci al-Quran dalam rumah kerana saya tinggal di tingkat bawah sebuah pangsapuri? Bukankah penghuni tingkat atas melangkah ayat suci itu sedangkan kita tidak boleh melangkah ayat suci dan wajib menghormati kesuciannya?

Wan Ikmal Wan Ahmad,
Kuala Lumpur.

Jawapan:

Ayat al-Quran wajib dipelihara kesuciannya, manakala menggantung ayat al-Quran sebagai perhiasan dinding rumah adalah harus. Ia boleh digantung di rumah tingkat bawah kerana ada had pemisah iaitu dinding, lantai atau syiling yang memisahkan antara dua bahagian rumah atau dua aras yang berbeza. Ia sudah dikira sebagai bahagian atau rumah berlainan.

Bagaimanapun, tujuan menggantung perhiasan itu adalah lebih baik untuk dibaca, difahami dan dihayati bagi mendapat pahala, manfaat dan peringatan iaitu bukan semata-mata dijadikan perhiasan yang hanya cantik untuk dipandang.

No comments: