Wednesday, January 13, 2010

Buku nasihat berdasarkan pengalaman



* Tajuk: Untukmu Umat
* Pengarang: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
* Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
* Pengulas: Muhd Yusuf Abu Bakar
* Harga: RM11 (Semenanjung), RM14 (Sabah & Sarawak)


KAEDAH penulisan yang digunakan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam bukunya Untukmu Umat bagi mendekatkan Islam dengan masyarakat terutama generasi muda cukup menarik. Pengalamannya sebagai pensyarah, pendakwah, pakar kewangan Islam dan kolumnis akhbar digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan buku ini yang lebih berdasarkan pengalaman diri untuk diketengahkan bagi penyelesaian masalah dalam masyarakat.

Berbanding buku bercorak agama yang memberi tumpuan khusus, pengarang menggabungkan pengalamannya selama ini untuk dikongsi bersama pembaca melalui nasihat, pengajaran dan pengetahuan.

Sebagai contoh, pengarang menjadikan pengalaman dirinya ketika menuntut di dalam dan luar negara untuk dijadikan iktibar pelajar mengenai hakikat berdepan dengan cabaran.

Selain itu, turut disentuh pengalamannya bersama ulama besar dunia, termasuk Syeikh Wahbah Al Zuhyli dan Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah untuk mendapat dan mengemukakan persoalan mengenai permasalahan terkini dalam Islam.

Dalam pada itu, pengarang turut memberi perhatian dan nasihat khusus kepada wanita berkerjaya, wanita dalam nasyid dan sikap lelaki dayus.

Pendekatan mudah pengarang menjadikan buku ini menarik untuk dibaca kerana ia ditulis berdasarkan pengalaman.

No comments: