Wednesday, January 27, 2010

Iqra: Merungkai aliran perkembangan semasa abad ke-21



Tajuk: Kebangkitan Semula Islam
Pengarang: Amin Nordin Abd Rahman
Penerbit: Taftan Enterprise (03-41074737)
Harga: RM7
Pengulas: Hasliza Hassan


ILMUWAN Islam, Dr Yusul Al-Qaradawi berkata, abad ke-19 kepunyaan kaum Kristian, adab ke-20 dikuasai orang Yahudi sementara abad ke-21 dengan izin Allah akan menjadi hak milik orang Islam. Apa diduga beliau itu sudah mula menampakkan kejayaan.

Buku Kebangkitan Semula Islam merungkai mengenai telahan itu melihat kepada aliran perkembangan semasa yang berlaku dalam dunia Islam, walaupun ada umat Islam di sesetengah tempat berhadapan peperangan atau penindasan, namun mereka tidak mengalah.

Semangat ditunjukkan itu antara tanda kebangkitan umat Islam dan perjuangan itu perlu diteruskan bersandar kepada iman yang menjadi senjata menentang dan menghadapi dugaan. Buku 45 halaman dibahagikan kepada lima bab:

# Kebangkitan semula Islam

# Bagaimana Islammenguasai dunia

# Kaedah mendaulatkan Islam

# Perlunya umat Islam bangkit

# Perjuangan berasaskan iman

Situasi semasa sekarang banyak mencabar umat Islam dan buku ini boleh menjadi bahan ilmiah untuk menilai apa yang berlaku dan mencari tindakan terbaik supaya Islam gemilang serta mampu berdepan cabaran.

Contohnya, saranan mengadakan perancangan serta strategi mendaulatkan Islam dengan melahirkan mujahid berjiwa Islam seperti sahabat Rasulullah SAW. Berdasarkan penelitian, jiwa jihad membawa kejayaan kepada Islam ialah tauhid yang menghidupkan roh.

Pujangga Islam terkemuka, Mohd Iqbal berkata, apabila seseorang mempunyai keyakinan Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, maka apa juga yang dilakukan ialah bagi memperoleh keredaan Allah.

No comments: