Sunday, March 22, 2009

Persoalan Agama: Hukum baca al-Quran rumi

Soalan:

SAYA musykil apakah hukumnya membaca surah seperti Yasin dan doa yang ditulis rumi. Ada rakan menyatakan bacaan itu tidak sah dan tidak diterima kerana tulisan rumi itu menyebabkan bacaan salah dan menyimpang daripada maksud sebenar.

Aiman Johan
Seri Kembangan, Selangor.

Jawapan:

Benar, al-Quran hanya boleh dibaca mengikut kaedah bahasa Arab yang sesuai dengan Rasam Uthmani saja bagi mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada kesalahan makna.

Usaha mempelajari al-Quran adalah fardu ain bagi orang Islam, malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya” (Riwayat Bukhari). Bahkan dengan membaca al-Quran, seseorang itu memperoleh pahala dan kebajikan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.” (Riwayat Tirmizi).

Berkenaan doa pula, sekiranya tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa Arab, maka boleh berdoa dalam bahasa yang anda fahami. Bagaimanapun, sekiranya dapat menghafal doa dalam bahasa Arab dan memahaminya ketika berdoa, perkara itu lebih baik.

5 comments:

Unknown said...

jika dia dah pandai bc dlm bahasa arab. tapi dia saje saje nk bc dlm rumi.. sebutan semua betul. tu mcm mane pulak?

Unknown said...

Bagaimana klu seseorang tu langsung x pandai membaca al-quran dlm tulisan arab tp dia teringin sgt nk belajar mengaji.kena lak umur skg dh senja.nk cari ustaza dtg ke rumah utk ajar mengaji,susah nk jumpa.tp ati nk sgt belajar.klu ada ustaza yg blh ajar,tp payah lak.mcm mana nk belajar klu kelas nya di tingkat atas sedangkan dia seowg oku.pakai kete sorong.mcm mana nk naik.k..soalan skg sila bg tahu cara bagaimana nk belajar mengaji ngn keadaan mcm ni.nk xnk terpaksalah lah belajar mengaji menggunakan tulisan rumi sb dengan cara itu sj yg dpt si dia belajar

shahkt said...

Jika x boleh mengaji maka pergilah belajar mengaji sememangnya al quran hanya boleh di baca dalam bahasa arab, belajarlah al quran seperti mana jibrail membacanya

Rahawriter said...

Assalamualaikum ketika majlis yaa siin, jika seseorang individu tak dapat nak ikut serentak bacaan Surah yaa siin yang di pimpin oleh ustaz atau imam apakah hukumnya... Salah atau apa?