Persoalan Agama
Apakah seorang lelaki dianggap berdosa jika mengahwini wanita yang pernah berzina dengan lelaki lain. Tindakan itu dilakukan kerana mahu membentuknya menjadi isteri yang baik dan kembali ke pangkal jalan. Saya bertanyakan soalan ini kerana ada yang berpendapat lelaki dianggap berdosa kerana bersubahat apabila mengetahui perbuatan zina dilakukan wanita itu dengan lelaki lain. Apakah pendapat ini betul?
Insan Keliru,
JB, Johor.
Tidak dianggap berdosa atau bersubahat seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang pernah berzina dengan lelaki lain. Niat dan keazaman lelaki itu mengambil wanita yang pernah berzina sebagai isteri untuk mendidik serta menjaganya dengan baik harus dipuji dengan syarat wanita berkenaan bertaubat.
Imam Ahmad ibnu Hanbal menyatakan haram perkahwinan seseorang yang pernah berzina dengan yang masih suci kecuali apabila calon suami atau isteri yang melakukan zina itu bertaubat.
Perkara ini dilakukan untuk menjaga keharmonian rumah tangga agar kedua-dua pihak melupakan sejarah hitam lampau dan tidak mengungkitnya serta berazam membina hidup baru berlandaskan ajaran Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment