Monday, April 28, 2008

Amalan riba propaganda musuh Islam, Yahudi

Oleh Hashim Ahmad

APABILA Allah memberikan mukjizat Israk Mikraj kepada hamba dan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW, pada saat itu Allah memperlihatkan pelbagai kejadian kepada Baginda yang kelak akan memimpin alam fana ini.

Ketika itu Rasulullah SAW melihat adanya beberapa orang yang diseksa di neraka. Perut mereka besar bagaikan rumah yang sebelumnya tidak pernah disaksikan oleh Rasulullah SAW. Kemudian Allah menempatkan orang itu di sebuah jalan yang dilalui kaum Firaun. Mereka adalah golongan paling berat menerima seksa dan azab Allah di hari kiamat.

Pengikut Firaun ini melintasi orang yang sedang diseksa tadi. Mereka melintas bagaikan kumpulan unta yang sangat kehausan, menginjak orang itu yang tidak mampu bergerak dan berpindah dari tempatnya disebabkan perutnya yang sangat besar seperti rumah.

Akhirnya Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat Jibril yang menyertainya: "Wahai Jibril, siapakah orang yang diinjak-injak tadi? Jibril menjawab: Mereka itulah orang yang makan harta riba."

Dalam syariat Islam, riba diertikan dengan bertambahnya harta pokok tanpa adanya transaksi jual beli sehingga menjadikan hartanya itu bertambah dan berkembang dengan sistem riba. Perbuatan itu jelas diharamkan oleh Allah, Rasul-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Allah menghilangkan berkat riba, menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa." (Surah Al-Baqarah, ayat 270)

Barang haram yang tiada terhitung banyaknya itu sampai menyusahkan dan memberatkan mereka ketika harus cepat-cepat berjalan pada hari pembalasan. Setiap kali akan bangkit berdiri, mereka jatuh kembali, padahal mereka ingin berjalan bergegas bersama kumpulan manusia lainnya namun tiada sanggup melakukannya akibat maksiat dan perbuatan dosa yang mereka pikul.

Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri kecuali seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran tekanan penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat): Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah sudah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Tafsiran Ibnu Abbas mengenai ayat itu katanya: "Orang yang memakan riba akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan gila lagi tercekik." (Tafsir Ibnu Katsir)

Imam Qatadah juga berkata yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang memakan harta riba akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan gila sebagai tanda bagi mereka supaya diketahui para penghuni padang Mahsyar lainnya jika orang itu adalah orang yang makan harta riba." (Al-Kaba'ir, Imam Adz-Dzahabi)

Dalam Sahih Al-Bukhari dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bermimpi didatangi dua orang lelaki yang membawanya pergi sampai menjumpai sebuah sungai penuh darah yang di dalamnya ada seorang lelaki dan di pinggir sungai itu ada seseorang di tangannya banyak batu sambil menghadap kepada orang dalam sungai tadi.

Apabila orang dalam sungai hendak keluar maka mulutnya diisi batu oleh orang berkenaan sehingga membawanya kembali ke tempatnya semula di dalam sungai. Akhirnya Rasulullah SAW bertanya kepada dua orang yang membawanya, maka dikatakan kepada Baginda: "Orang yang engkau saksikan di dalam sungai tadi adalah orang yang memakan harta riba." (Fathul Bari)

Jabir pula mengatakan bahawa: Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya dan kedua orang yang memberikan persaksian, dan Baginda bersabda yang bermaksud: "Mereka itu sama." (Hadis riwayat Muslim)

Sesungguhnya amalan riba menjadi semarak kerana adanya propaganda daripada musuh Islam yang menjadikan umat Islam lebih senang menyimpan wangnya di bank yang mengamalkan sistem riba.

Bahkan sistem simpan pinjam dengan bunga pun kini sudah dianggap biasa dan menjadi satu hal yang mustahil jika dilepaskan daripada perbankan. Umat tidak lagi memerhatikan mana yang halal dan haram. Riba dianggap sama dengan jual beli yang dibolehkan menurut syariat Islam.

Kini kita saksikan akibat faedah bank, berapa banyak yang dulunya hidup bahagia akhirnya menderita tercekik dengan bunga yang ada. Musibah dan bencana meresahkan masyarakat kerana Allah yang menurunkan hukum-Nya atas manusia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak perbuatan zina dan riba itu nampak pada suatu kaum, kecuali sudah mereka halalkan sendiri seksa Allah atas diri mereka." (Hadis riwayat Imam Abu Ya'la)

Sebenarnya amalan riba pada awalnya adalah perilaku dan tabiat orang Yahudi dalam mencari nafkah dan mata pencarian Mereka berusaha untuk menyebarkan penyakit itu kepada umat Islam melalui industri perbankan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan disebabkan mereka (orang Yahudi) memakan riba, padahal sesungguhnya mereka sudah dilarang daripadanya dan kerana mereka memakan harta orang lain dengan jalan yang batil. Kami menyediakan untuk orang kafir di antara mereka seksa yang pedih." (Surah an-Nisa', ayat 161)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Hai orang yang beriman. Jika kamu mengikuti sebahagian daripada orang yang diberi al-Kitab (Yahudi dan Nasrani), nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman." (Surah Ali Imran, ayat 100)

Menyedari hakikat itu, tidak wajar bagi umat Islam mengikuti pola hidup suatu kaum yang pernah dikutuk Allah sebaliknya, memastikan kehidupan mereka bebas daripada amalan riba.

INTI PATI

Riba mengikut perspektif Islam

Riba diertikan dengan bertambahnya harta pokok tanpa adanya transaksi jual beli sehingga menjadikan hartanya itu bertambah dan berkembang dengan sistem riba. Perbuatan itu jelas diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesungguhnya amalan riba menjadi semarak kerana adanya propaganda daripada musuh Islam yang menjadikan umat Islam lebih senang menyimpan wangnya di bank yang mengamalkan sistem riba.

Kini kita saksikan akibat faedah bank, berapa banyak yang dulunya hidup bahagia akhirnya menderita tercekik dengan bunga yang ada. Musibah dan bencana meresahkan masyarakat kerana Allah yang menurunkan hukum-Nya atas manusia.

Sebenarnya amalan riba pada awalnya adalah perilaku dan tabiat orang Yahudi dalam mencari nafkah dan mata pencarian. Mereka berusaha untuk menyebarkan penyakit itu kepada umat Islam melalui industri perbankan.

Tidak wajar bagi umat Islam mengikuti pola hidup suatu kaum yang pernah dikutuk Allah sebaliknya, memastikan kehidupan mereka bebas daripada amalan riba.

No comments: