JUDUL: Dosa-dosa Besar
Penterjemah: Dr Muhammad Amad Adly Ma
Penerbit: Berlian Publication Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri
PAHALA dan dosa sudah digariskan dalam Islam sebagai panduan memandu umatnya ke jalan diredai. Allah juga menjanjikan syurga, sebuah tempat yang amat indah dan penuh keajaiban kepada umatnya yang mematuhi suruhannya, manakala neraka pula tempat golongan yang mengingkari-Nya.
Allah menjamin syurga kepada orang yang menjauhi dosa besar dan mentaatinya. Mereka yang menyekutukan Allah dan tidak sempat bertaubat bakal penghuni neraka.
Buku ini mengandungi topik menarik berkaitan perkara mungkar yang boleh membawa kepada dosa besar. Dalam melayari kehidupan itu, sebilangan manusia tidak sunyi daripada melakukan perkara mungkar disebabkan kurang pengetahuan dan tipis iman.
Secara keseluruhan, 71 topik dikupas dengan mendalam terhadap jenis dosa besar dan perkara haram yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Allah menjamin sesiapa yang menjauhi dosa besar dan perkara yang diharamkan akan diampunkan semua dosa kecil.
Perkara asas yang kerap dilupakan adalah meninggalkan solat lima waktu sedangkan ia perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat. Dalam bab ini, penulis mengupas mengenai isu solat, fadilat dan hukumnya.
Solat lima waktu, Jumaat dan puasa Ramadan boleh menghapuskan dosa, selain menjauhi dosa besar lain.
Tiga golongan diharamkan Allah masuk syurga bagi orang yang terus minum arak, derhaka kepada ibu bapa dan membiarkan isterinya berbuat maksiat.
Mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut kerana meremehkannya, Allah akan mengunci mati pintu hatinya dan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tanpa halangan dan gangguan, turut dicatatkan sebagai munafik serta tidak dihapuskan atau diganti.
Antara perkara yang boleh dianggap dosa besar ialah syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana alasan yang dibenarkan, memakan harta anak yatim, memakan riba, meninggalkan medan perang dan menuduh wanita berzina.
Manusia paling berat azabnya pada hari kiamat ada tiga, iaitu musyrik, penzina dan derhaka kepada ibu bapa. Bagi mereka yang menderhaka kepada ibu bapa, tidak saja dianggap sebagai dosa besar, malah balasan terhadap dosa itu terlalu hebat.
Antaranya, jika dikuburkan, kuburnya akan menghimpitnya hingga ke tulang belulang serta berkecai.
Tiga golongan diharamkan Allah masuk syurga bagi orang yang terus minum arak, derhaka kepada ibu bapa dan membiarkan isterinya berbuat serong.
Wednesday, April 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment