Thursday, April 24, 2008

Hak Muslim: Waris mesti dahulukan bayar hutang si mati

BAPA saya meninggal dunia tiga bulan lalu. Datuk, nenek dan ibu saya masih hidup. Saya mempunyai tiga adik yang masih kecil. Datuk dan bapa saudara saya menggunakan duit mereka ketika menguruskan pengebumian arwah. Bapa saudara ingin menggunakan wang sedekah orang ramai untuk diberikan kepada orang yang menyembahyangkan jenazah dan bertahlil di kubur. Apabila ibu menyerahkan wang itu kepada bapa saudara, datuk berkata, “Itu hak anak yatim, jangan ambil.” Datuk menyimpan wang itu untuk kegunaan kami adik beradik. Ibu dan bapa saudara mengeluarkan wang simpanan arwah melalui mesin pengeluaran wang untuk membuat kenduri dan menggunakan wang khairat kematian untuk membina pusara berharga RM3,000 dengan alasan itu wasiat arwah. Arwah bapa saya ada hutang kereta sebanyak RM5,000 lagi dan bukankah sepatutnya dijelaskan hutang itu dulu? Apakah hak ibu dan waris lain dalam hal pengurusan jenazah, hutang dan kenduri arwah, pusara dan wasiat arwah bapa saya.

Anak sulung,
Kedah Darul Aman.

Syabas, sebagai anak sulung anda mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu selepas pemergian arwah bapa. Sebenarnya waris perlu menyegerakan penyelesaian pembahagian harta pusaka selepas kematian.

Keadaan ini kerana dikhuatiri ada waris termakan, menguasai atau memiliki harta pusaka tanpa mengetahui haknya yang sebenar hingga memperoleh harta dengan cara batil. Pembahagian perlu disegerakan kerana harta pusaka kepunyaan waris dan mereka mempunyai bahagian masing-masing.

Sebelum menguruskan harta arwah, perlu diketahui siapakah waris yang berhak ke atas harta pusaka dan berapakah kadar bahagian waris itu. Berbincanglah di kalangan waris demi mengenal pasti waris yang berhak.

Kadar pembahagian waris boleh diketahui melalui permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah. Namun, sebelum memohon mendapatkan sijil faraid, segala hutang dan harta arwah perlu diperoleh. Kemudian, perlu dikira berapakah jumlah belanja pengurusan dan pengebumian jenazah serta daripada mana wang itu diperoleh.

Belanja pengebumian jenazah meliputi urusan wajib diiktiraf syarak iaitu pembelian peralatan kapan, keranda, upah memandikan dan mengkapankan jenazah, upah menggali kubur dan upah membawa jenazah ke kubur sama ada menggunakan usungan atau kereta jenazah.

Merujuk Wan Abdul Halim Wan Harun dalam Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka, perbelanjaan pengebumian adalah hak si mati. Semua perbelanjaan boleh diambil daripada harta si mati, tetapi bagi perkara wajib dinyatakan di atas saja. Ia tidak boleh dilakukan berlebihan dan menyulitkan orang lain khasnya anak yatim.

Jika ada waris mendahulukan wang mereka dan menuntut balik wang itu, waris lain hendaklah membayar balik daripada harta arwah. Jika waris mengeluarkan wang mereka tanpa menuntut kembali wang dibelanjakan, itu adalah lebih baik sebagai bakti dan pengorbanan kali terakhir kepada arwah.

Jika perbelanjaan pengebumian menggunakan wang sedekah atau wang khairat kematian, ia adalah boleh, tidak perlu dibayar balik kerana wang itu bukanlah harta arwah dan bukan hak anak yatim. Wang itu derma meringankan beban keluarga menguruskan pengebumian.

Walaupun wang khairat dibayar secara yuran kepada persatuan khairat, ia sebagai sumbangan ahli, bukannya simpanan. Ia tidak dikira harta pusaka kerana diperoleh selepas berlaku kematian.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah mengeluarkan fatwa berikut: “Wang khairat kematian adalah wang derma kebajikan daripada persatuan atau pertubuhan khairat kematian atau orang ramai bagi membantu keluarga si mati menyelenggarakan jenazahnya dan membuat apa-apa kebajikan untuknya. Ia tiada termasuk kira harta pusaka.”

Sedekah kepada orang menyembahyangkan jenazah dan bertahlil di kubur, kenduri arwah serta membuat pusara arwah tidak dikira sebagai belanja pengebumian yang wajib. Ia wajar dilakukan sekadar kemampuan tanpa berhutang dan mengikut kedudukan arwah ketika hayatnya.

Jika waris ingin mengadakan kenduri dan pusara menggunakan harta arwah, hendaklah mendapat persetujuan semua waris dan tiada waris yang belum cukup umur kerana ia akan menganiayai anak yatim.

Adalah berdosa sesiapa menggunakan harta arwah tanpa izin waris yang berhak seperti anda, datuk dan nenek serta adik iaitu anak yatim yang masih belum cukup umur, ke jalan tidak sepatutnya walaupun niat mereka adalah baik.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala.” (Surah al- Nisa’, ayat 10)

Selepas selesai pengurusan jenazah, jika arwah ada meninggalkan hutang, warisnya hendaklah menjelaskan segala hutang yang ditinggalkan. Hutang itu hendaklah dibayar menggunakan harta arwah dan boleh menggunakan wang derma orang ramai atau wang khairat kematian.

Harta pusaka tidak boleh dibahagikan selagi hutang arwah belum dijelaskan. Firman Allah yang bermaksud: “Pembahagian itu ialah sesudah diselesaikan wasiat yang sudah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 11)

Namun dari segi pelaksanaan, Rasulullah SAW mendahulukan pembayaran hutang daripada pelaksanaan wasiat berdasarkan hadis diriwayatkan Saidina Ali: “Apabila kamu memerhatikan susunan ayat itu, maka Baginda SAW menetapkan pembayaran hutang si mati didahulukan dari wasiat.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Menurut Mohd Zambro Muda dan Mohd Ridzuan Awang dalam Undang-Undang Pusaka Islam, Pelaksanaan di Malaysia, hikmah didahulukan pembayaran hutang daripada pelaksanaan wasiat ialah hutang tetap menjadi beban kepada orang berhutang sama ada ketika hidup atau sesudah mati.

Orang berhutang masih dituntut penghutang dan apabila dia meninggal dunia, menjadi tanggungjawab waris menjelaskan hutang. Wasiat adalah amal kebajikan semata-mata dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.

Menurut jumhur ulama, hutang terhadap Allah tidak gugur walaupun seseorang meninggal dunia. Ia perlu dijelaskan menggunakan harta pusaka arwah walaupun tidak diwasiatkan supaya dijelaskan. Ia termasuklah zakat, kafarah, nazar, haji fardu dan sebagainya. Mazhab Shafie berpendapat bahawa hutang terhadap Allah perlu didahulukan pembayarannya sebelum hutang sesama manusia.

Jika ada hutang arwah yang bayarannya perlu dijelaskan setiap bulan atau ada hutang yang rumit diselesaikan, waris bertanggungjawab melantik seorang pentadbir yang akan menguruskan hutang sehingga selesai.

Anda dinasihatkan membuat surat kepada mana-mana institusi kewangan milik arwah memohon supaya segala transaksi akaun dibekukan sehingga sijil faraid dan perintah pembahagian dikeluarkan dengan menyatakan arwah sudah meninggal dunia dan menyertakan salinan sijil perakuan kematiannya. Berbincanglah secara baik dengan datuk dan nenek supaya menasihati ibu dan bapa saudara anda menyelesaikan hutang arwah dan pembahagian pusaka dengan kadar segera.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.

14 comments:

kudekCHOPAH said...

Assalammualaikum.
Saya ingin bertanya, arwah ayah saya berhutang lalu nenek saya memberi ibu sya wang untuk melangsaikan hutang tersebut. Tetapi sehingga hari ini kami sekeluarga tidak dapat menghubungi orang tersebut. Malah tidak tahu nama sebenar alamat serta no telefon orang tersebut. .3 tahun lalu nenek saya pula meninggal. . Persoalannya bagaimana dan apa harus saya dan keluarga lalukukan dgn wang tersebut. Kami tidak tahu ingin bayar atau memberi kpd siapa. .
Saya beharap sesiapa boleh tlg jelaskn apa yg harus saya lakukan. .
Terima kasih

Unknown said...

Assalammualaikum?sy nk Tanya suami sy telah meninggal dunia dan suami sy msh ada hutang kereta,barang perabot,Kad krdt dan hutang kwn..hsil dr Kwsp sy telah melunaskan sbhgian hutang arwah suami tp secara brperingkat kerana tidak mncukupi jka hndk dbyar semua. Selepas itu sy tlh dberi insurans arwah suami dan sy tlh mnggunakn duit itu dgn byr htang sdkit2..Dan slebihnya sy gunakn utk prblnjaan hrian sy dgn ank.. Apakah hkum jka sy mnggunakn duit Kwsp+ insurance arwah suami?

BUNGA LALANG said...

Assalamualaikum..
saya ingin bertanya. saya ada seorang kawan. Baru-baru ni, dia telah kehilangan ibunya. Sebelum ni, dia kehilangan bapanya. Jadi dia ni anak yatim piatu. Dia telah mendapat duit khairat kematian drpd pihak universiti. Bagaimana hukum kawan saya menggunakan wang tersebut untuk kegunaan hariannya?

Unknown said...

sy anak angkt.. tp mempunyai pertalian darah dengan si mati iaitu (pakcik dan ank buah) di mana bapa betul sy dan bapa yg membela sy adalah adik beradik. di sini ingin sy bertanya adakah sy juga boleh mendapat hak sy dari pakcik sy itu walaupun tidak sepenuhnya?

Unknown said...

asalamualaikum saya nak bertanya jika semua waris tidak mempunyai wang termasuk anak si mati apa yang perlu dilakukan mohon penjelasan

aspzam namaku diberi said...

Salam saya ingin bertanya

muhammad syakirin said...

assalam saya ingin bertanya apakah hukumnya melewatkan bayaran hutang si mati dengan membayar secara bulanan ..

abu taw'am ibnu nin said...

Assalamualaikum,
Saya adalah seorang Perunding Professional Mawarith WasiyyahShoppe.
Sila klik link dibawah ke FB Page saya dan PM saya untuk khidmat nasihat percuma.

https://www.facebook.com/PusakaMukmin/

Jazakumullahukhoiran,
Wassalam alaik.

AMISHA said...

BERITA BAIK UNTUK AL

Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

Mereka semua memberi kadar faedah 2%

Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

ROBBI said...

Halo,
Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu karena telah membantu saya mendapatkan pinjaman yang baik setelah saya banyak menderita di tangan pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa menawarkan pinjaman, saya telah membutuhkan pinjaman selama 3 tahun terakhir untuk memulai bisnis saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan perusahaan palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan pinjaman kepada saya. dan saya sangat Frustrasted karena saya kehilangan semua uang saya ke perusahaan palsu di Turki, karena saya berhutang kepada bank dan teman-teman saya dan saya tidak punya orang untuk dijalankan, sampai suatu hari setia bahwa seorang teman saya menelepon Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya harus menghubungi Siti Aminah dan dia mengatakan kepada saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahwa dia adalah ibu yang baik dan saya harus mengumpulkan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia Radu dan saya terkejut ketika pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 3 jam pinjaman saya ditransfer ke rekening saya dan saya sangat terkejut bahwa ini adalah mukjizat dan saya harus bersaksi tentang pekerjaan baik Ibu Alicia Radu
jadi saya akan menyarankan semua orang yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi email Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya jamin bahwa Anda akan bersaksi seperti yang saya lakukan dan Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut tentang Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan Anda masih dapat menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui email: (sitiaminah6749@gmail.com)
semoga Tuhan terus memberkati dan mencintai ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan finansial saya

El said...

https://photos.app.goo.gl/FsFvwBH4e6ioPpcV6

assalammualikum sya amirah waris pada si mati. saya ada letakan satu gamabar di antara perbicaran anatara saya dan pak cik saya. saya harap en dapat memberi pandangan en ter hadap pekara ini.

Azizul said...
This comment has been removed by the author.
Azizul said...

Assalam semua,
Sesiapa yg ada masaalah tentang harta pusaka dan sebarang pertanyaan harta pusaka
Sila hubungi saya atau whatapp pd hp no dibawah.

Azizul Azhar Mohd Yusop
0123368919

https://www.mypusaka.info/azizul-azhar-bin-mohd-yusop/
https://www.facebook.com/azizul.yusop

SURYANTO SURYANTO said...

Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)