Wednesday, January 30, 2008

3 golongan layak meminta bantuan

DARIPADA Qabishah bin Mukhariq al-Hilali katanya: "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling bersengketa).

Lalu aku datang kepada Rasulullah SAW meminta bantuan kepada Baginda untuk membayarnya. Jawab Baginda: "Tunggulah hingga orang datang menghantarkan zakat, nanti kusuruh serahkan kepadamu." Kemudian Baginda melanjutkan sabdanya, "Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan iaitu:

Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta, sehingga hutangnya langsai. Apabila hutangnya selesai, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta.

Orang yang ditimpa bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak bagi dirinya.

Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta hingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak. Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta dan haram pula baginya memakan hasil perbuatan meminta-minta itu." (Hadis riwayat Muslim)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments: