Saturday, January 19, 2008

Lima panduan pekerja boleh mengimarahkan orang lain

SETIAP manusia dikurniakan Allah SWT dengan rezeki dan pekerjaannya. Begitu juga haiwan di bumi diberi rezeki dan pekerjaan, sehingga semut pun pandai mencari rezeki daripada pekerjaannya. Firman Allah bermaksud: "Dan tidak ada suatu haiwan yang merayap di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya." (Surah Hud, ayat 6).

Bagi manusia, rezeki diatur Allah sejak dalam kandungan rahim ibunya. Bila mana perkembangan manusia daripada kanak-kanak menjadi remaja, dewasa dan sehingga sampai sesuai usianya, ia perlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup.

Andai kata kita seorang pekerja, pengurus, pentadbir dan lain-lain pekerjaan yang diceburi dari peringkat rendah sampai atasan, maka hendaklah mengetahui bahawa rezeki itu pasti ada di mana-mana disediakan Allah.

Berikut lima panduan perlu dipatuhi seorang pekerja tanpa mengira kedudukan, darjat dan pangkat.

Bekerja sebagai amalan salih

Bekerja adalah suatu ibadat. Sesuatu pekerjaan atau pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan seseorang boleh dijadikan amalan salih kerana setiap manusia pasti mati. Harta yang dicari dan dikumpulkan tidak akan dibawa bersamanya ke liang lahad. Yang akan mengikuti dan dibawa bersama ialah amalan kebajikan. Oleh itu, pastikan pekerjaan menjadikan amalan salih.

Seseorang yang mencari kekayaan, yang tidak memfokuskan Allah, pekerjaannya tidak menjadikan amalan salih. Dia tidak akan mendapat apa pun bekalan selepas kematiannya. Oleh itu, matlamat tugas dan tanggungjawab seorang pekerja sebagai mengerjakan amalan salih.

No comments: