Wednesday, January 2, 2008

Bersama YaPEIM: Mikro kredit syariah beri kesan positif

Oleh Penulis Khas YaPEIM

Aktiviti pembangunan manusia, ekonomi perlu rujuk pendekatan agama

PADA 1998, Bank Dunia menganggarkan lebih daripada 1.2 bilion manusia hidup dengan pendapatan di bawah RM3.6 sehari. Sebahagian besar daripada mereka tinggal di Asia Selatan, Asia Timur dan sub-Sahara Afrika.

Pelbagai usaha dijalankan oleh Bank Dunia dan negara yang mengalami masalah itu namun, usaha berkenaan masih jauh daripada mencapai kejayaan.

Tiga strategi penting yang dicadangkan Bank Dunia bagi mengatasi keadaan itu ialah, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi bagi menggalakkan kestabilan makro ekonomi, mengalihkan sumber ke sektor lebih cekap dan penyatuan dengan ekonomi global.

Kedua, meningkatkan agihan pendapatan dan kekayaan, sementara yang ketiga ialah mempercepatkan pembangunan sosial khususnya di bidang pendidikan dan kesihatan.

Di satu pihak lain, usaha itu tidak cukup hanya dengan memperbaiki kehidupan sosial mengikut strategi yang digariskan pelbagai pihak kerana mereka menyedari pelaksanaan strategi bagi menyelesaikan isu pada peringkat mikro perlu diikuti pendekatan yang berkesan.

Dalam konteks ini, agama dilihat sebagai satu faktor penting untuk dibawa bersama dalam menyelesaikan isu dalam pelbagai sektor membangunkan ekonomi dan sosial. Penulis seperti Fowler (1996), Manz (2001), Jones (1995) dan Baron (1999) menyatakan, agama perlu diaplikasikan dalam setiap dimensi usaha membangunkan ekonomi dan manusia, malah ia perlu di bawa ke setiap tempat termasuk di tempat kerja.

Ini bermakna agama perlu dijadikan rujukan dalam merancang setiap aktiviti membangunkan manusia. Menjadikan manusia sebagai landasan membangunkan ekonomi dan sosial dilihat sebagai satu cara berkesan dan akhirnya hasil daripada usaha itu lahirnya kesaksamaan, keadilan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

Oleh itu, membangunkan ekonomi dan manusia menggunakan pendekatan agama khususnya dalam mewujudkan skim mikro kredit berlandaskan syariah, adalah sesuatu yang banyak memberi impak positif kepada pembangunan sosial.

Di Malaysia, pelbagai usaha dijalankan bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah. Galakan dalam membangunkan ekonomi keluarga terus diberikan sama ada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mahu pun di bandar.

Pelbagai kemudahan pinjaman diwujudkan untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman kewangan yang kemudian digunakan untuk tujuan perniagaan atau kegiatan menjana wang.

Tetapi, banyak pihak masih ragu dalam memberi pinjaman kewangan kepada golongan berpendapatan rendah kerana jaminan pembayaran balik untuk pinjaman itu hampir tiada.

Mereka yang memerlukan wang akan pergi ke pelbagai institusi menawarkan perkhidmatan pinjaman wang untuk memenuhi keperluan wang segera mereka dan tempat yang biasa dikunjungi ialah bank.

Bank perdagangan khususnya di Malaysia boleh memberi pinjaman wang melalui pinjaman peribadi. Malangnya, tidak semua boleh meminjam wang melalui cara itu kerana syarat ditetapkan terlalu ketat menyebabkan mereka berpendapatan rendah tidak boleh membuat pinjaman.

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh beberapa bank perdagangan di Malaysia nampaknya memihak kepada soal keselamatan bank yang memberi pinjaman dan memerlukan jaminan daripada peminjam.

Ada jurang yang jelas antara mereka yang bergaji tetap dan orang mempunyai harta yang boleh disandarkan kepada bank apabila membuat pinjaman dengan orang yang berpendapatan kecil dan tidak mempunyai sebarang sandaran untuk jaminan kepada bank.

Bagi mereka yang tidak mampu memenuhi syarat ditetapkan pihak bank akan memilih jalan mudah dengan mendapatkan pinjaman daripada ceti haram atau along yang memberi bantuan kewangan dengan kadar faedah tinggi.

Di samping itu mereka sudah tidak ada pilihan lain. Malangnya isu ini menjadi isu yang terus dibincangkan tanpa ada jalan penyelesaian yang berkesan. Pihak yang menawarkan perkhidmatan menjalankan operasi secara haram (tanpa lesen) sukar dikesan.

Sebagai membantu kumpulan yang berhadapan masalah mendapatkan pinjaman, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperkenalkan skim ar-Rahnu bermula 1993 sebagai Skim Mikro Kredit yang berkesan di negara ini.

Tidak seperti kebanyakan bank perdagangan di Malaysia, Skim Mikro Kredit yang ditawarkan Skim Ar-Rahnu lebih memberi keselesaan kepada kedua-dua belah pihak.

Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (Input) satu daripada institusi milik penuh YaPEIM menjalankan kajian ke atas tingkah laku sosial terhadap Skim Ar-Rahnu pada 2001. Kajian itu membabitkan sebahagian besar kaunter Ar-Rahnu di Malaysia yang dikendalikan oleh Bank Kerjasama Rakyat dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Objektif kajian bagi menilai persepsi penggadai mengenai Skim Ar-Rahnu, menilai impak Skim Ar-Rahnu ke atas sosial di kawasan kajian dan memberi gambaran mengenai pasaran Skim Ar-Rahnu dan mencadangkan kemungkinan meluaskan skim itu.

1 comment:

AMISHA said...

BERITA BAIK UNTUK AL

Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

Mereka semua memberi kadar faedah 2%

Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak