KETIKA masih berkahwin (kini bercerai), seorang perempuan menelefon mengaku isteri kedua suami saya, tetapi suami saya menafikan. Saya mencadangkan suami supaya melafazkan talak tiga kepada perempuan itu melalui telefon.
Suami saya setuju dan melafazkan melalui telefon dengan lafaz soreh: "Aku ceraikan engkau dengan talak tiga" tanpa paksaan atau ugutan daripada saya. Tanpa pengetahuan saya, cadangan itu dimaklumkan terlebih dulu kepada perempuan itu.
Ini bermakna perempuan itu tidak mendengar lafaz suami saya, tetapi dia tahu apa yang dilafazkan. Empat hari selepas itu, suami mengaku bernikah di sempadan dan yakin talak tidak jatuh kerana tiada niat untuk menceraikan. Mereka tetap bersama sebagai suami isteri hingga ke hari ini.
Adakah lafaz talak itu sah dan berapa bilangan talak yang jatuh. Jika talak jatuh, adakah saya terlepas daripada subahat apabila hanya memberitahu hal ini kepada ibu dan abang bekas suami. Adakah tindakan saya ini memadai?
LINA,
Kuala Lumpur.
Lafaz cerai terbahagi kepada dua jenis, iaitu soreh dan kinayah. Lafaz soreh ada tiga dalam bahasa Arab berasaskan penggunaan al-Quran; iaitu tholaq, firaq, dan sarah. Maksud sarah ialah jelas menunjukkan makna cerai dan tidak boleh ditafsirkan dengan maksud lain. Lafaz kinayah pula ialah sebarang perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai cerai dan membawa maksud lain.
Sesuatu cerai sah jika digunakan lafaz soreh tanpa perlu kepada niat. Malah, cerai berlaku walaupun suami mengucapkan secara olok-olok atau bergurau. Dalam Islam, ikatan perkahwinan sangat penting dan tinggi kedudukannya serta tidak boleh dipermainkan. Cerai dengan lafaz kinayah pula perlu disertai dengan niat untuk dikira sah.
Hadis Rasulullah yang bermaksud: "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh, dan olok-oloknya juga menjadi sungguh; iaitu nikah, cerai dan rujuk" (Riwayat Abu Daud).
Sunday, July 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Suami saya telah menceritakan tentang mimpinya kepada ibunya yang berbunyi "Semalam aku bermimpi engkau curang (Saya) bersama sepupu ku sendiri dengan itu aku ceraikan Engkau (melihat kearah aku)" dia mengulang ayat itu sebanyak 2 kali. aku sudah mengigat kan dia dengan berkata begitu tidak mustahil engkau jatuhkan talak keatas aku walau pun tanpa niat. dia berkata " dia hanya menceritakan mimpinya" adakah talak akan jatuh?
Post a Comment