DARIPADA Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Wahai wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa wanita lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah SAW bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.” Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada Ramadan kerana haid. Maka inilah dikatakan kekurangan agama.” (Hadis riwayat Muslim)
Wanita daripada asal kejadiannya (fitrahnya) memang sudah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya tertentu.
Lemahnya agama bagi wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang memberi pahala untuk mendekatkan diri pada Allah.
Kecuali sebaliknya iaitu jika mereka membabitkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.
Perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu serta terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang selain bersifat emosional.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Thursday, July 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment