Penghutang mampu tetapi enggan bayar dianggap zalim, boleh menimbulkan kemudaratan
SEMASA perceraian dengan bekas suami, ada perintah persetujuan bahawa beliau akan membayar sejumlah wang dipinjam dari bank menggunakan nama saya untuk kegunaan perniagaan beliau sebelum ini. Masalahnya, beliau gagal membayar dalam tempoh diperintahkan, menyebabkan saya mengalami kesulitan membuat bayaran bank hingga menanggung bunga pinjaman. Saya yakin beliau mampu membayar hutang kerana perniagaannya semakin maju dan gaya hidupnya mewah. Saya ingin menuntut hutang dan ganti rugi akibat kelewatannya membayar tetapi diberitahu tiada peruntukan dalam enakmen mengenai ganti rugi. Bolehkah saya menuntut ganti rugi di atas kerugian dan kesusahan saya alami berserta hutang yang terpaksa dibayar kerana kegagalan beliau membayarnya. Saya juga terpaksa berhutang untuk menjelaskan hutang yang wangnya digunakan sepenuhnya oleh bekas suami. Ia juga menjejaskan saya untuk membuat pinjaman bank lain bagi memulakan perniagaan sendiri.
Penghutang bekas suami,
Alor Star, Kedah
Semoga Allah SWT memberikan puan kesabaran tinggi menghadapi dugaan ini. Tuntutan ganti rugi kerana kelewatan bayaran hutang sehingga memudaratkan penghutang, ulama tidak bersepakat mengenainya namun ada mengharuskannya.
Berdasarkan tulisan Dr Abdul Halim El- Muhammady dalam Hak Penghutang Menurut Undang-undang Islam (Jurnal Hukum, Jil XVIII Bhg II, Dis 2004) yang merujuk Mustafa Zarqa dalam Ibhath al-Iqtisad al- Islami mengatakan: "Prinsip membayar ganti rugi kepada pemiutang disebabkan kemudaratan yang dialaminya dengan sebab kelewatan penghutang membayar hutangnya adalah prinsip dapat diterima dan tidak didapati nas syarak. Dari sudut usul dan tujuan syariah mengharuskannya dan syarat penghutang dikenakan ganti rugi adalah disebabkan kelewatan pembayaran bukannya keuzuran yang diharuskan oleh syarak."
Dr Abdul Halim menyatakan ulama mengharuskan pembayaran ganti rugi antaranya Syeikh Abdul Hamid al-Sa'ih, Sheikh Mustafa Zarqa' dan Dr al Sadiq al dharir. Alasan mereka ialah:
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Penghutang yang berada enggan membayar hutang adalah satu kezaliman." Sabda Baginda SAW lagi bermaksud: "Penghutang yang enggan membayar hutang, kehormatannya harus dijejaskan dan dikenakan hukuman terhadapnya."
Maksud penghutang yang berada ialah penghutang ada kemampuan untuk membayar hutangnya tetapi jika enggan, kehormatannya harus dijejaskan dengan menyifatkannya sebagai seorang yang zalim dan dia berhak dihukum iaitu hukuman membayar ganti rugi kepada pemiutang
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan." Kaedah fiqh menyatakan, "Kemudaratan hendaklah dihindarkan."
Keengganan dan kelewatan penghutang membayar hutang pada waktu ditetapkan membawa kemudaratan kepada pemiutang kerana tidak dapat menggunakan hartanya kerana kelewatan pembayaran.
Dalam kes ini, puan tidak dapat menggunakan wang ke arah lain kerana bekas suami lewat atau enggan membayar hutang, ia adalah kemudaratan kepada puan. Maka kemudaratan tidak dapat menggunakan wang kerana terpaksa membayar hutang suami perlu dihapuskan.
Tujuan umum syariah adalah berdasarkan bahawa tidak sama antara orang amanah dengan khianat, patuh dengan ingkar, adil dengan jahat dan antara yang memenuhi hak kepada orang berhak dalam tempoh ditetapkan dengan orang tidak memenuhinya.
Pada asalnya syarat yang dipersetujui adalah sah dan mengikat, merujuk hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang Islam terikat dengan syarat mereka persetujui kecuali syarat menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Maka, persetujuan bekas suami yang dijadikan perintah adalah sah dan mengikat beliau untuk membayar dalam tempoh ditetapkan.
Berdasarkan alasan itu, puan dinasihatkan mendapatkan khidmat peguam yang boleh mewakili untuk menuntut dan berhujah berkaitan isu undang-undang serta peruntukan bertulis semasa di mahkamah kelak.
Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidangnya daripada mendengar dan menerima pendapat masyarakat awam. Yakinlah bahawa Islam menetapkan keadilannya dalam mengharuskan pembayaran ganti rugi dengan meletakkan hak kepada yang berhak.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
I got my already programmed and blanked ATM card to withdraw the maximum of $1,000 daily for a maximum of 20 days. I am so happy about this because i got mine last week and I have used it to get $20,000. Mike Fisher Hackers is giving out the card just to help the poor and needy though it is illegal but it is something nice and he is not like other scam pretending to have the blank ATM cards. And no one gets caught when using the card. get yours from Mike *email: blankatm002@gmail.com you can also call or whatsapp us Contact us today for more enlightenment +1(301) 329-5298
Hai semua
Nama saya FRADESY RIRITIA, saya dari indonesia, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang melihat jawatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda tentang bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang untuk mereka.
Saya di sini untuk memberitahu anda yang benar dan hanya LOAN SYARIKAT yang ALLAH dihantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GLOBAL GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.
Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang besar, untuk memungut semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat untuk membebankan tidak seperti syarikat-syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh penguji yang mempunyai nombor indonesia dan whatsapp, mereka semua penipu, bagaimanakah sebuah perusahaan perseorangan memberi pinjaman ?, yang sepatutnya menjadi pertanyaan pertama kalian orang-orang saya.
Saudara-saudara saya dari Asia, saya minta kamu mendengarkan saya kerana saya bersumpah kepada kamu atas nama Allah, bahawa saya memberitahu anda semua kebenaran, SEMUA LOAN GANJARAN GLOBAL, syarikat adalah satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda sebaik sahaja anda melengkapkan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Kenapa anda tidak berada di kalangan usahawan ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENINGKAT untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan untuk meningkatkan tahap hidup anda, di sini adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.
Anda sangat bebas untuk menghubungi saya di fradesyriritia12@gmail.com EMAIL saya untuk maklumat lanjut, saya akan senang mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati semua PINJAMAN SEMUA GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.
Helo,
nama saya Siti Aminah dari Indonesia, harap saya cadangkan semua orang di sini harus sangat berhati-hati, kerana terdapat banyak pemberi pinjaman pinjaman palsu di internet, tetapi mereka tetap menjadi syarikat pinjaman yang sebenarnya. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana ditangkap oleh orang kerana berhutang.
Saya hampir menyerah sehingga saya meminta nasihat seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada pemberi pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam waktu kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah rendah 2%. Saya sangat terkejut ketika memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah atau kecewa, jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai dapat pinjaman dengan mudah tanpa tekanan daripada Ibu Alicia Radu
Saya ingin anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda mesti menganggap diri anda sangat bertuah kerana berpeluang membaca kesaksian ini hari ini. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda bebas menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain setelah anda menerima pinjaman anda.
Post a Comment