Sunday, July 6, 2008

Persoalan Agama: Insan murtad tidak perlu saksi ketika ucap semula syahadah

APAKAH yang perlu dilakukan orang yang murtad dan ingin kembali ke pangkal jalan? Adakah dia perlu melafazkan dua kalimah syahadah di depan orang lain (atau pegawai agama bertauliah)? Bagaimana pula jika dia mengucap syahadah (tanpa disaksikan sesiapa), adakah taubatnya diterima Allah? Adakah sembahyang taubat itu satu daripada cara untuk orang murtad kembali ke sisi Allah?

RIDDAH ialah keluar daripada agama Islam melalui perbuatan perkataan atau i'tikad (niat). Ia adalah jenis kufur yang paling keji dan menyebabkan semua amalannya ketika Islam terhapus dan dia kekal dalam neraka sekiranya mati tanpa bertaubat. Seperti dinyatakan dalam firman Allah ayat 217 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat serta mereka itulah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."

Orang yang murtad wajib segera kembali kepada Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah. Untuk sah Islamnya, saksi tidak diperlukan, tetapi jika ada keperluan pentadbiran maka ucapan di hadapan mana-mana pegawai agama diperlukan dari segi pentadbiran saja. Sembahyang sunat taubat tidak diperlukan untuk kembali kepada Islam. Menunaikan solat lima waktu adalah paling utama bagi mengekalkan iman dan mengelak mati dalam kufur; kerana dalam solat ada bacaan dua kalimah syahadat, iaitu pada tahiyat awal dan akhir. Jika sekiranya seseorang itu murtad tanpa disedari, maka ia kembali menjadi Muslim melalui syahadah dalam solat.

1 comment:

w3tch33s3 said...

sekiranya kita murtad dengan sengaja, perlukah kita lakukan solat sunat taubat?