APAKAH hukumnya jika seseorang itu melafazkan kata-kata `Memang aku Musyrikin'. Dia mengetahui maksud perkataan itu, tetapi memberi alasan hanya mengucapkan sebagai gurauan. Bolehkah dia bercakap begitu atau adakah jatuh murtad?
Razali Darus,
Batu Pahat.
SEBARANG lafaz yang mengandungi makna kufur tidak boleh diucapkan secara bergurau kerana akan menyebabkan seseorang itu jatuh murtad.
Islam tidak melarang bergurau yang tidak melampau. Namun perlulah dijauhi perkara yang menyentuh hukum agama atau membabitkan akidah agar terelak daripada melakukan dosa atau menjadi murtad.
Sunday, July 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment