RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sahabat kita yang lalu sudah pun meninggal dunia, Allah tidak mengurangi martabat mereka dengan sebab cintanya kepada dunia, dan sesungguhnya kita juga memperoleh harta yang banyak, tidak ada tempat untuk menyimpannya melainkan di dalam tanah. Kalaulah tidak kerana Nabi SAW melarang kita daripada berdoa untuk mati, nescaya aku akan berdoa dengannya.” Kemudian kami datang kepada Baginda SAW di suatu ketika yang lain, sedang pada masa itu beliau sedang membina dinding, lalu Baginda SAW pun bersabda, “sesungguhnya seseorang Muslim itu akan diberi pahala pada setiap perkara yang dibelanjakannya melainkan pada benda yang disimpannya dalam tanah, kerana melebihi daripada keperluan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam melarang mengumpul harta terlalu banyak untuk kepentingan diri sendiri. Sebaliknya ia digalakkan membelanjakannya untuk kebajikan semoga mendapat ganjaran daripada Allah.
Islam tidak melarang umatnya cintakan dunia dan mencari harta kekayaan yang banyak, asalkan harta itu didapati daripada unsur yang halal dan dibelanjakan untuk pembangunan ummah, tidak hanya untuk disimpan saja.
Umat Islam hendaklah sentiasa bersabar dalam menghadapi segala cubaan yang diberikan Allah serta berusaha untuk mengatasinya dari semasa ke semasa.
Saturday, May 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment