DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam saja.
Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap insan mendiami bumi ini seharusnya menjalinkan hubungan sesama mereka dengan adab muamalah dan pergaulan sosial yang baik sama ada berbentuk perkataan baik dan enak didengar, kejiranan mendamaikan dan layanan terhadap tetamu yang selayaknya.
Beramal dengan apa yang terkandung di dalam hadis ini akan mewujudkan kesatuan ummah dan menjinakkan hati manusia serta menghapuskan sifat hasad dengki antara satu sama lain selain akan meluaskan perasaan kasih sayang berpanjangan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment