Saturday, May 31, 2008

Waqaf An-Nur urus sedekah jariah ahli

JOHOR Corporation (JCorp) yang menjadi perintis kepada sistem pengembangan wakaf di negara ini, turut mempelopori syarikat terunggul di negara ini yang membuka penyertaan orang ramai atau individu menyumbangkan sejumlah wang mereka menerusi keahlian sebagai ahli Kumpulan Waqaf An-Nur Bhd yang akan dihimpunkan semua modal itu dengan niat untuk beramal jariah.

Wakaf itu yang diwujudkan sejak 2000 dapat menggalakkan penyertaan individu termasuk ahli korporat dan kehormat sebagai ahli kumpulan itu.

Bagi Ahli Biasa (individu) boleh membuat permohonan dengan lembaga pengarah dengan bayaran minimum serendah RM150, iaitu RM50 sebagai yuran pendaftaran dan RM100 (yuran tahunan).

Keahlian Ahli Biasa tidak boleh dipindahkan kepada sesiapa dan akan tamat atas sebab kematian ahli atau pembubaran Waqaf An-Nur.

Ketika ini, kira-kira 600 individu biasa sudah menjadi ahli.

Selain itu, dalam kategori itu juga, ada Ahli Biasa (Korporat) iaitu syarikat atau badan perniagaan berasaskan syariat Islam yang dimiliki orang Islam dengan bayaran minimum RM250 (yuran pendaftaran) dan RM1,000 (yuran tahunan).

Di bawah kategori ini, ia termasuk peniaga tunggal, tuan punya bersama yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Akta Perkongsian 1976; peniaga berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965; perniagaan yang dilesenkan oleh kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan dengan syarat Waqaf An-Nur diberi kuasa menentukan dari semasa ke semasa status syarikat yang memohon dan diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Sementara itu, kategori Ahli Korporat, iaitu terdiri daripada ahli korporat ‘Fiddhah’ dan ‘Zahab’.

Bagi Ahli Korporat (Fiddhah) yuran tahunan ialah RM250, manakala yuran tahunan (RM10,000) ia dibayar sekali saja pada tahun pertama keahlian secara sekali gus.

Ahli Biasa Korporat yang membayar yuran tahunan secara tunai RM10,000 secara kumulatif boleh dari masa ke masa ditentukan untuk dijemput menjadi Ahli Korporat ‘Fiddhah’.

Bagi Ahli Korporat Zahab pula yuran tahunan RM250 dan yuran tahunan RM100,000.

Justeru, JCorp mengalu-alukan individu dan syarikat menyertai wakaf berkenaan termasuk menggalakkan pemilik saham syarikat mewakafkan di dalam Waqaf An-Nur Bhd.

Bagi individu boleh pada bila-bila masa menambah pelaburan untuk akhirat.

No comments: