NABI Musa terpaksa keluar dari Mesir kerana Baginda diburu atas kesalahan membunuh seorang lelaki Mesir. Mereka meletakkan kesalahan itu ke atas Nabi Musa. Sebenarnya ketika itu Baginda cuba meleraikan perkelahian, bukannya mahu membunuh lelaki Mesir terbabit.
Berhari-hari Nabi Musa berjalan dan melalui jalan yang tidak pernah dilalui orang lain. Baginda memasuki gurun menuju ke suatu tempat. Ketika itu beliau hanya seorang diri dan hanya mengharapkan perlindungan Allah.
Baginda berjalan tanpa sepatu sehingga pecah kakinya. Baginda terasa sangat lapar. Walaupun begitu, Baginda tetap meneruskan perjalanannya hingga akhirnya tiba di Madyan dan melihat ramai manusia berkumpul dan berkerumun.
Nabi Musa hanya memerhatikan tingkah laku mereka. Mereka adalah pengembala yang sedang mengambil air untuk kambing-kambing mereka. Baginda melihat pula ke arah dua orang gadis sedang menjaga kambing sangat kurus, berbeza dengan kambing lain yang gemuk.
Apabila diselidik, kedua-dua gadis itu tidak mahu berebut mengambil air kerana menjaga kehormatan diri. Lalu Nabi Musa membantu mereka. Kedua gadis yang dibantu Baginda adalah anak kepada Nabi Syuib.
Sebagai mengenang jasa, bapa gadis berkenaan menjemput Nabi Musa ke rumah mereka. Baginda kemudian ditawarkan berkahwin dengan seorang daripada anak Nabi Syuib dan tinggal dengannya sehingga keadaan di Mesir kembali tenang. Nabi Musa juga ditawarkan kerja gembala kambing sebagai bayaran mas kahwin.
Peristiwa itu diceritakan dalam ayat 26, surah al-Qasas yang bermaksud: "Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan menjaga kambing kita. Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah."
Selepas genap sepuluh tahun Nabi Musa mencurahkan tenaganya kepada Nabi Syuib, Baginda mengambil keputusan untuk kembali ke Mesir lantaran rasa rindu yang tidak terhingga. Tambahan pula tugas untuk membimbing kaumnya, terutama bapa angkatnya Firaun, bakal bermula.
Peristiwa Nabi Musa dilantik menjadi rasul berlaku pada tahun 1230 sebelum masihi ketika Baginda berusia 55 tahun. Allah memerintahkan Nabi Musa berdakwah kepada Firaun dengan percakapan yang lemah lembut supaya dia takut kepada azab Allah yang akan menimpanya jika masih berdegil.
Firaun dan pengikutnya menyangka kepulangan Nabi Musa ke Mesir untuk mengubah agama nenek moyang mereka yang menyembah berhala sekian lama. Firaun kecewa dengan sikap Nabi Musa yang pernah dipeliharanya sehingga usia remaja dan menyangka Baginda akan merampas bumi Mesir daripada kekuasaannya.
Pada episod kali ini penonton Al-Risaalah 2 akan dibawa mengembara ke Gua As-Safi, tempat Baginda dan kedua puterinya menyelamatkan diri daripada malapetaka menimpa kaum Baginda yang durhaka itu.
Kaum Nabi Lut dibinasakan Allah kerana dosa mereka. Perlakuan mereka terlalu keji kerana meniduri kaum sejenis. Isteri Baginda turut binasa menjadi patung garam.
Kisah dongeng mengatakan Baginda meniduri dua anak gadisnya hingga melahirkan anak. Dakwaan itu tidak boleh diterima.
Apa yang sebenar berlaku, Nabi Lut bersama dua anak gadisnya membina penghidupan baru di bumi Palestin dan Baginda wafat di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment