DARIPADA Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah pendapat tuan jika saya melakukan solat fardu (lima waktu), berpuasa pada Ramadan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga." (Hadis riwayat Muslim)
Jalan ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah sudah menentukan baginya batasan dan amalan yang menyampaikan seseorang itu kepadanya. Apa yang penting ialah iltizam seseorang melakukan apa difardukan serta meninggalkan perkara diharamkan.
Sesungguhnya Allah tidak meletakkan beban dan kesusahan yang tidak mampu dipikul hamba-Nya. Ia sejajar firman Allah yang maksudnya: "Allah menghendaki yang mudah dan tidak menghendaki yang sukar bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Seharusnya jika kita mengharapkan kejayaan di dunia dan akhirat, maka kita hendaklah menjadi 'tamak' untuk menduduki kedudukan tinggi di sisi Allah dengan tidak meninggalkan amalan sunat dan mendekati perkara makruh.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Monday, March 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment