Sunday, August 10, 2008

Persoalan Agama: Kajian buktikan babi pembawa, sebarkan pelbagai virus

Bersama Jakim

Soalan:
Semua orang tahu bahawa babi adalah haiwan yang diharamkan dalam Islam. Soalnya mengapa binatang itu diharamkan iaitu dari sudut agama dan kesihatan? Bagaimana Islam mengatur dan memberi nasihat kepada seseorang bukan Islam yang ingin menternak haiwan itu dan menjualnya kepada orang ramai yang bukan Islam?

Abdul Razak Abdullah,
Jenderam, Selangor.

Jawapan:
Allah mengharamkan babi secara mutlak (qat'i) dan tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun melalui firmannya dalam al-Quran al- Karim: "Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi." (Surah Al-Baqarah ayat 173). Pengharaman itu adalah disebabkan babi itu najis. Firman Allah dalam Surah al-An'am ayat 145 yang bermaksud: "…atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah najis…." Babi dikategorikan dalam najis mughallazah (najis berat).

Bahaya daging babi dari sudut kesihatan sudah dibuktikan melalui kajian sains masa kini. Hasil kajian mendapati babi membawa dan menyebarkan pelbagai virus dan penyakit kepada manusia seperti virus Nipah, Japanese Encephalitis (JE), virus Influenza dan sebagainya.

Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London berkata, "Babi mempunyai banyak kuman virus. Satu daripada masalah yang perlu kita hadapi ialah babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga sama dengan kuman HIV.

Namun, orang bukan Islam dibenarkan menternak babi bagi memenuhi keperluan mereka, tetapi perlu mematuhi garis panduan ditetapkan pihak berkuasa seperti jarak ladang dari kawasan perumahan.

No comments: