Sunday, August 24, 2008

Persoalan Agama: Perkim, Jakim sedia bantu saudara baru

Soalan:

Saya saudara baru berusia 58 tahun di Sabah ingin meningkatkan pengetahuan agama di Perkim, tetapi tidak tahu cara memohon ke institusi ini. Adakah cara lain untuk meningkatkan pengetahuan Islam?

Saudara baru
Tamparuli, Sabah.

Jawapan:

Tahniah kerana anda melepaskan pegangan lama dan menggenggam akidah baru.

Bagi memantapkan akidah Islam, anda boleh mengikuti kelas anjuran pihak berkuasa agama negeri.

Bagi yang menetap di Sabah, anda boleh mempelajari ajaran Islam di Perkim cawangan Sabah di alamat seperti berikut:

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia),
Jalan Sembulan,
Peti Surat 10316,
88803 Kota Kinabalu Sabah.
Tel: 088-217060 Faks: 088-249341

Saudara juga boleh menghubungi ibu pejabat PERKIM Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelas pengajian saudara baru di alamat seperti berikut:

Ibu Pejabat Perkim Kuala Lumpur,
Tingkat 4 Bangunan Perkim,
Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-40426224/4041 2482>Br>Fax: 03-40427403

Saudara boleh mengikuti kursus anjuran Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) yang ditubuhkan pada 1963 bertujuan melatih saudara dan saudari baru serta remaja bukan Islam hingga dapat menjadi pendidik atau pendakwah kepada masyarakat.

Borang permohonan boleh diperoleh menerusi:

Pengetua Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP),
Taman Putra 16100,
Kota Bharu, Kelantan.

Pejabat Agama Islam berhampiran boleh juga dihubungi untuk mendapatkan bantuan bagi merungkai segala permasalahan berkaitan saudara baru.

Sebagai maklumat tambahan, saudara boleh menghubungi Pejabat Agama Islam berhampiran serta menghadiri kelas bimbingan yang diadakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cawangan Sabah dan Unit Saudara Baru Jabatan Agama Islam Sabah untuk maklumat lanjut.

Semoga anda mendapat bimbingan yang sempurna dan berjaya dalam usaha memperkukuhkan lagi pegangan dan penghayatan Islam.

No comments: