Bersama Jakim
Soalan:
DI sesetengah masjid, ada khatib membaca khutbah begitu panjang hingga menyebabkan jemaah tertidur. Apakah pandangan Islam terhadap perkara ini? Bagaimanakah bentuk khutbah yang baik dan berkesan?
Abdul Hamid Awang,
Dungun, Terengganu.
Jawapan:
TEKS khutbah Jumaat biasanya disediakan pihak berkuasa agama negeri. Tindakan ini bagi memastikan khutbah itu memenuhi keperluan semasa dan tidak menyeleweng daripada ajaran Islam, di samping memenuhi rukun dan syarat khutbah, manakala teksnya tidak panjang dan tidak terlalu pendek.
Jemaah yang tertidur ketika khutbah dibacakan sebenarnya didorong dua faktor utama.
Pertama, faktor yang lahir daripada pendengar khutbah sendiri yang tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada isi kandungan khutbah berkenaan.
Faktor kedua berpunca daripada cara khutbah yang disampaikan khatib.
Sekiranya khutbah disampaikan oleh khatib dengan nada dan intonasi tidak bersesuaian ia akan menjadi hambar dan jemaah tidak dapat menumpukan perhatian sehingga tertidur.
Oleh itu, penghasilan dan penyampaian khutbah yang baik perlu kepada bahasa yang mudah difahami oleh jemaah, nada suara yang jelas serta mengandungi isu berinformatif selain relevan dengan keadaan semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment